Tapi itulah hakikat sebenarnya.
hahahhaa....meh nak story!
Semalam haku telah di booking oleh Minah Osmet agar tidak berlegar² ke mana² selepas waktu berbuka kerana Minah Osmet ada misi membuat kuih raya.
Owhhh pelish laaa...dah 5 thn duduk serumah, baru puasa tahun ni Minah Osmet ajak buat kuih raya bersama.
Motif?
Aku fikir mungkin sebab kami sama² sudah genap 27 tahun. Eh ye ke? Haku baru 18 hokkayyyy...(ni teriakan dari hati...huhuhu)
Misi bermula jam 9:30 malam.
Resepi di cilok dari blog resepi4u.
Aku sharekan jugak kat sini resepinya kalau² korang malas nak click link tuh.
Biskut Croquant
110g mentega
25g gula kastor + 15g gula kastor
20g tepung jagung
1 biji telur kuning
160g tepung gandum
2 cawan cornflakes kisar kasar
2 cawan badam hancur
6 keping cookies chocolate chips dihancurkanBahan hiasan:
Kuning telur
Croquant (campuran gula, kacang hazel cincang dan badam cincang)
Coklat yang disagat halus
Note :: kitorang tukar hiasan asal kpd coklat yang disagat halus sebab croquant tu dah dimasukkan siap² dalam doh.
Cara Penyediaan:
Masukkan mentega bersama gula kastor ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang.
Setelah kembang, masukkan tepung jagung dan kuning telur. Kacau hingga sebati.
Masukkan tepung gandum dan uli hingga membentuk doh.
Masukkan juga cornflakes, badam dan cookies chocolate chips yang telah dihancurkan tadi dan uli sekata dalam doh.
Canai adunan setebal 1cm. Cetak mengikut bentuk yang disukai. Susun atas dulang pembakar yang telah digris dengan mentega atau minyak masak. Kitorang buat ikut suka hati.
Sapukan kuning telur pada permukaan biskut dan taburi croquant. Kitorang tak sapu telur, cuma letak coklat yang dah disagat halus tadi.
Bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak. Kitorang panaskan oven pada suhu 170C tapi masa membakar hanya menten dengan suhu di bawah 100C dalam tempoh 10 min. Mungkin sebab doh yang kami cetak tu kecik, maka dalam tempoh 10 min dah kekuningan dan masak.
Setelah masak, boleh dihidangkan panas-panas atau biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara. Tunggu betul-betul sejuk baru terasa kerangupannya.
Selamat mncuba.Try and error adalah percubaan yang terbaik. hahahahaha....
Note :: Tulisan berwarna merah adalah apa perubahan yang kitorg buat dari resepi asal.
MARI KITA LIHAT HASIL SEBENAR...!
hahahahahaaha
Mula² mmg kene gelak dulu.
Satu adunan resepi kat atas tu tak banyak mana pun.
Maka adunan pertama adalah sesi membuat eksperimen samada sedap atau tidak.
Tray pertama dan kedua adalah eksperimen tahap kemasakan mengikut daya kepanasan resepi asal.
Hasilnya semua hangus.
Dan bila rasa, cookies tidak rasa sedap sebab tepung tu kosong.
Maka kami eksperimen dengan bahan² tambahan yang tulisan berwarna merah itu.
Last skali ekperimen meletakkan hiasan coklat yang disagat kasar.
Agak tidak menarik di situ kan?
Tapi rasa cookies tu sudah sodapppppp!
Bila rasa dah sodap, maka kami menukar pula rupa parasnya.
Start adunan ke-2 dgn menDOUBLEkan jumlah adunan.
Misi bermula kembali jam 11:00 p.m.... ko mampu???
Bolat-bolatkan.
Penyekan dan tabur coklat hiasan.
Dibakar dan terhasil sudey...
Selepas 2 adunan...inilah hasilnya.
Tak seal habis lagi....sebab Minah Osmet nak tambah lagi.
huhuhu berjaya juga walau rupa tak lawa.
Maka dengan itu, kami mengisytiharkan biskut raya ini Cookies Sundal Malam...!
wakakakka....next time kene cetak lawo lawo laaa.
Ok dah tu jek citer semalam.
Tamat jam 2:00 pagi!
p/s :: Petang ni beriftar di De Lanai Lakeview Cafe, Presint 11 bersama teman-teman tercayang. Pastu balik Jaybeeeeeee.....yeayyyyy!
Thanks for singgah dan membaca...
3 Crappers:
ye tu dia semangat kekawanan hehhe...menjadi korang wat,akk???....mmg tak jd la nak wat biskut2 tu kihkihkih
kak naemah...
hahaha menjadi laa sangat. rasa tu ada la....tapi rupe mmg hancur. tu yg jadi sundal malam. wakakakkaaa...
next time kene cetak bentuk lain laaa...
nak wat ala2 chipsmore tak menjadi la plak...hiks
ye la..tak penah umur korang nak buat cookies, tetibe raye tahun ni plak buat...bagus2....
pasni try buat suji la plak...lagi senang wakakakaka...
Post a Comment