~♥~ STALKERS ~♥~

Tuesday, August 9, 2011

@}--- Menu Iftar Bersama Ayahanda dan Mak Bonda

Salam....salam....salam...
First of all, kita kene hoyeayyyyyyyyyyyyyy...!
Syukur Alhamdulillah...ada rezeki untuk raya  nanti.
Walaupun semalam agak gundah gulana lepas dapat berita sedih, tapi akhirnya masih boleh senyum.
Terima kasih ye PM, sebab masih terbuka pintu hati nak bagi bonus khas raya pada kami.
(Walaupun aku dah tau ke mana hala tuju saguhati tu nanti....huhuhuhu)

Apa pun raya tahun ni tak best sebab Incek Somi bekerja.
Hwaaaaa....tak suke...! tak suke...!
Parents lak balik beraya ke Kelantan.
hwa hwa hwaaaa...double tak suke!!!
Tapi hidup tetap kena teruskan.....chaiyokkkk.

Hari ni nak share citer menu beriftar bersama Ayahanda dan Mak Bonda.
Walaupun dah basi, tetap nak share.
Nak update semalam tak sempat....kunun kunun bz.
Maklumlaaa semalam kan Monday.

Meh layan picca dari lensa blackberry haku yang tak baper nak cun...
Tetibe sebak memikirkan SLR.....hwaaa triple tak suke!!!
Eh...jom jom layan picca...

 Menu 1 :: Low Fat Puding Roti

Haaa....yang ni aku buat khas untuk Ayahanda.
Ayahanda aku ni kan orang Kelantan, makanya waktu berbuka memang tidak sah kalau takde yang manis-manis sebagai appetizer dia.
So, sebagai anak yang solehah...aku dgn rela hati buatkan puding roti ni.
Sekadar guna bahan apa yang ada kat rumah.
Lagi lagi terkena tempias ofismates yg galak duk buat puding roti, maka aku pun terjangkit sama.
Tapi sumpah, aku tak ingat langsung resepinya.
Ni men lanyak jek...janji ada rupa puding roti...kikikiki
Macam biasalaa kan..rendam roti dalam susu dan taburkan kismis.
Ayahanda aku ni memang kuat berpantang, sebab tu laa stock Low Fat milk ni sentiasa ada kat rumah.
Tetengah rendam roti tu susu Ductch Lady abes, Mak Bonda bagi aku susu cair F&N plak.
Lantak...kita kasi harung saja.


 Dah rendam dalam setengah jam, dah kembang....terus masuk microwave.
Inilah hasilnya.
Nampak moist...! Sebab aku bakar dalam microwave...kurang garinglaaa sebelah atas tu.
Nampak macam sedap giler.
Then buatkan sos custard utk makan bersama puding roti.
Waktu berbuka, Ayahanda makan memang tak pandang kiri kanan.
Semangkuk tu dia pulun sorang.
Sampai aku pun tertanye-tanye..sedap sangat ke?
Mintak sesudu kat Ayahanda sebab nak rasa.
SUMPAH TAK SEDAP!
Tawar....langsung tak rasa manis.
Rasa lemak susu cair semata.
Lantak ko laa Ayah...janji ko kata sedap, ada anak ko ni kesah kalau benda tu betul-betul tak sedap???
wakakakaka...



 Menu 2 :: Grill Black Pepper Chicken Wing

haaaa....yang ni plak atas arahan Mak Bonda.
Katanya, Ayahanda request dah lama...tapi nak tunggu jugak anak comei dia ni balik baru buat.
Tu sajer ar tuh... nak suh aku yg bertungkus-lumus di dapur.
Tapi takpe, demi Ayahanda dan Mak Bonda terchenta, lautan api sanggup anakanda renangi.
Hak hak hak

Okeh okeh
Memula sila marinate kepak-kepak ayam dengan sos lada hitam.
Tak payah susah2 nak fikir ramuan.
Beli je yang ada jual di pasaran tu.
Cuma Mak Bonda tambah sikit bawang putih dan halia yang ditumbuk lumat.
Then tambah sikit garam dan gula.
Lastly taburkan serbuk lada hitam.


Dah perap dalam sejam dua,  boleh laa di grill kan
Masa susun atas tray tu...sila kautkan rempah marinate tu.
Tepek atas ayam tu lagi dan tambahkan serbuk lada hitam.
Pastu bakarlaa dalam anggaran 30 minit.
Sebab kepak ayam jek kan...tak perlu lama sangat.
So ini lah hasilnya...memang sodap...!


Menu 3 :: Spicy Chicken & Prawn Carbonara

 Ekekee...tetibe terselit menu omputih.
Ni hasil sampukan osmet aku.
Spicy carbonara.
Hasil memang mantop.
Kompom ko tak kan rasa muak menelan carbonara tu walau berpinggan-pinggan ko belasah.
Sebab???
Sebab carbonara ko spicy.
Tidak muak ditelan dek tekak.
Rahsianya?
Ko cincang jek baper puluh tangkai cili padi yang ko nak...ko campak je dlm carbonara tu masa ko mereneh kuah carbonara tu.
So easy kan? kan?


 Menu 4 :: Spicy Crispy Wedges

Haaa yang ni kompom korang pun tau buatkan?
Kentang dipotong bentuk wedges, direbus sekejap.
Di taburkan serbuk kari dan garam.
Disalut tepung serbaguna.
Maka ini lah hasilnya.
Nak wat sos cheese tak pandai, maka makan jek laa ngan sos chili Life.
Pon sodappppp....!



Ok dah tu jek nak story.
Ni menu hari Sabtu.
Menu hari Jumaat dan Ahad, aku tak sempat nak snap snap.
Banyak lagi benda lain aku kerjakan....
Penutup kata, berbuka dengan keluarga memang seronok.
Terasa hari-hari nak bersama keluarga.
Baru laaa Mak Bonda tak selalu sentap ngan haku kan???


Maksud tersirat => Petang ni isi borang transfer ke JB. Kompom!




p/s :: Ada sapa-sapa nak ajak aku berbuka umah dia tak? Dah malas laa nak masak kat umah. Bowink...sendiri masak, sendiri makan.



Thanks for singgah dan membaca...





6 Crappers:

mawar (^_*) said...

syeeedaaap nye menu buke pose...makanan matleh gitu =)

Rose Emely said...

aien...

hak hak hak...
rojak tuh!
tak matleh sangat...
hidup ber3 jek...tapi menu sorang satu hokkay.

yatt said...

gambar rendang mak mertua aku mana? hikhik

Rose Emely said...

kak yatot..

itu dah up dlm entry seblom balik jb yer.
entry ni menu hari sabtu.
dah selamat rendang MIL ko dlm pewot haku...

Princess Feyqa said...

sedapnyeeee! aduh lapar lak~

Rose Emely said...

feyqa...

pose pose...sila sabar
tapi time buat entry tadi pun terus terasa lapaq....sampai sekarang hokkayy!
huhuhu....kijam entry ku ini!

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...