~♥~ STALKERS ~♥~


Monday, December 31, 2012

@}--- Selamat Tahun Baru 2013

Setahun telah berlalu namun kenangan semalam masih segar bersama.

Tiada perayaan...tiada keraian...tiada kemeriahan, cukup sekadar alunan serangkap Yassin yang lebih merdu, lebih beralun, lebih meruntun kalbu.

Titipan doa dan sedekah sentiasa diiring agar dikau lebih aman di sana.

Salam al-Fatihah buat Allahyarhamah mak mertuaku...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 13, 2012

@}--- Ragam Si Pemakai Tudung FAREEDA

Semalam lunch Mee Tarik Warisan Asli kat Sungai Besi.

Memang sedap. Actually that was my 2nd time.

So aku dah rasa dua2 mee dan kue teow.

Nama menu aku tu aku tak ingat...yang ingat no 414. Mee with fungus and beef kot...kalau tak silap laaa..

Paling menarik time lunch bila makan dgn kawan2 yang gilakan fareeda...hahahhaa ampunnnn....

Lihat saja aksi dan gaya demi Fareeda.

p/s: Jangan bunuh aku woiiii.....hahahaaaaaampun.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, December 11, 2012

@}--- Salam perkenalan

Fuhhhhhh....

Dah berabuk sangat dah ni. Janji cuti kejap....ni macam dah berbulan-bulan cuti.

Well...mood berubah-ubah. Haruslah entry pun berubah-ubah.

Bape hari lagi dah nak abes tahun 2012....mari pasang azam baru nak rajin post entry.

Rajin la sangat.....esok senyap balik ni.

Btw....i'm on leave today. Tak berapa nak sihat, plus malas keje. Cuti ada lagi...so pulun laa amik cuti sehari.

Ok....saya dah bermalas-malasan. Sampai dah waktu nak pi isi perut yang menjerit2 kelaparan.

See ya.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 15, 2012

@}--- Selamat Hari Raya







 Tuan tanah start cuti esok bersamaan 16 Ogos 2012 hingga 27 Ogos 2012.
Now ngah tunggu Incek Somi datang amik....lepas berbuka nanti, terus gerak balik JB.
28 Ogos 2012 baru menjejak kaki ke opis semula.
Eh tapi tu perancangan, agak-agak bosan duk kat JB....balik laa Putrajaya awal sikit.
Harapan!

Well di kesempatan ini, nak ucap Salam Aidilfitri buat semua keluarga, teman-teman dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yang meraikannya tak kira di mana jua anda berada.
Mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap samada sengaja atau tidak.
Adat laaa kan, jadi manusia suka gurau-gurau kasar, kot kot ada yang sentap mintak mahap laaa yer.

Pesanan penaja, untuk mereka yang akan menempuh pejalanan yang jauh tu hati-hati laaa ye di jalan raya.
Jangan nak fikir raya je, fikir keselamatan tu dulu.
Make sure kenderaan anda dalam keadaan baik.
huhuhu aku pun baru nak pi hantar servis hari ni.

Maka dengan itu, diumumkan blog akan bercuti raya juga.
Kalau rajin dan banyak masa terluang, insyaAllah....update thru Miss Note.
Kalau rajin ok.....kalau rajin!
* Kebarangkalian tak rajin adalah sangat tinggi.

By the way, nak wish happy anniversary to myself too.
Bersempena hari ni genap 6 tahun  bermastautin dan bekerja di Putrajaya.
Hopefully tak sempat jejak 10 tahun kat sini, aku dah pindah JB.
Harapan yang ke-2!
Muakakkakaaka.....

Pssst...pssstt.....men meriam lidi nanti ingat kat haku tau.
Dah bertahun rasanya tak men bunga api.
huhuhuhu jeles!!!

 
Thanks for singgah dan membaca...
 

Monday, August 13, 2012

@}--- Resepi cekodok selagi mampu....!!! hahaha


Ni siyes tak de bahan punya kes.
Tak kisah laaa....janji boleh share ngan uols kan...
Moh layan resepi hujung-hujung puasa....mood berbuka dah ke laut.

Mula-mula hiris bawang besar. Ikut suka hati kome laa nak tebal mane.
Pastu amik 2 batang sosej yang korang suka, aku guna sosej lembu brand ramly.
Potong dadu...pepandai laa nak buat cemane.
Then masukkan dalam mangkuk.


Lepas tu hiris halus cili padi pula.
Ni terpulang, kalau tak nak pedas tak payah letak.
Aku letak ni kaedah kalau malas makan cicah sos.
So siap-siap dah rasa pedas.
 

Terjumpa pula kentang kat rak bawang.
So aku cincang dadu juga kentang tu.
Masukkan sekali dalam mangkuk.


Masukkan telur pula.
Tapi bukan telur mentah ye uols....masukkan telur yg dah siap di goreng.
Kacau-kacau sket masa goreng tu.
Macam kat gambar tu.


Ni ingredient paling penting.....ikan bilis!
Aku tumbuk je ikan bilis ni.
Supaya dia terasa-rasa bila digigit dalam cekodok tu nanti.
Eh kalau korang tak rajin, korang bleh blender je.
Kalau malas, pakai kiub pati ikan bilis pon boley...


Tambahkan sedikit garam.


Sebelum letak tepung, uols gaul-gaulkan dulu bahan-bahan tadi tau.
Bagi mereka bermesraan sesame mereka gitu.


Then letak laa tepung.
Banyak mana?
Sker hati engkorang laaaa.


Bancuh dengan air.
Nak dapatkan texture yang lembut, campur air panas sikit.
Jangan banyak-banyak...nanti lembik plak.
Ready to fry!


Ready to eat!


 Kenapa nama dia cekodok selagi mampu?
Sebab apa sahaja bahan basah korang boleh masukkan...contoh lagi udang, sotong, ayam.
Selagi mampu...korang masukkan je lah.

Menu ni sesuai untuk orang yang duk umah bujang dan guna bahan sekadar apa yang ada.
Miahahahhaa.....penghasilan adalah disebabkan sifat super malas untuk keluar mencari juadah.

Sekian, terima kasih.

* sebab resepi merepek, maka malas aku nak besarkan pic.
Wat malu Mak Munah je anak dia share resepi cekodok.
Wakakakkakakaaa


Thanks for singgah dan membaca...
 

Thursday, August 9, 2012

@}--- Crumble tak jadi....


Hajat hati nak belajar buat manik crumble.
Tapi tak berjaya....asal jahit mesti buka balik.
Rasa macam tak cantik je.
Ni laaa kaedahnya kalau belajar jahit main ikut kepala sendiri...

Eh tapi tak kisahlah...janji baju-baju haku ada manik.
Tak crumble pun tak pelah...
Yang penting aku dah jatuh chenta sama itu pearls....ouchh!!! 



Haku dah salah setting ni...siapkan jahit manik untuk baju-baju yang bukan nak pakai pagi raya.
Yang untuk first raya masih kosong agik.....adoiyaiii!
Mintak-mintak laaa sempat pulun weekend nih!


Nota minda :: Bersederhana saja Aidilfitri tahun ni. Asalkan punyai waktu bersama keluarga dah cukup baik.


Thanks for singgah dan membaca...
 

Tuesday, August 7, 2012

@}--- Iftar di Malay Village, JB


Last weekend bawa family iftar kat luar.
Actually tak tau nak iftar kat mana kat area JB ni...sebab jarang-jarang makan kat restoran kalau kat JB.
Takat warung tepi jalan tu selalu laaa...
Last year dah bawa pi Thistle, tahun ni ingat nak cari tempat lain.
So come out with Malays Village.
Survey kat tenet, Malay Village ni tiap-tiap tahun provide buffet Ramadhan.
Ni kira first time aku jejak kat sini...jom layan piccas!



Nak berbuffet kat sini kene buat reservation dulu ye.
Lebih-lebih lagi kalau weekend.
Nak walk-in pun boleh, tapi kira nasib-nasib laa kalau masih ada tempat kosong.
Dan sebelum masuk, ko kene check reservation dan buat bayaran siap-siap.
Then, ko nak buat apa pun ko punya suka.
Ini lahhh harga buffetnya....dewasa RM32, kanak-kanak RM18.
Buffet available from 6:00 to 8:30 p.m.
Lepas 8:30 pm, consider untuk ala carte menu. Eh kat sini ada jual dim sum, dumpling dan adik beradiknya....lepas raya nanti nak try ahhh.


Kaunter air...


Main course buffet


Bubur, soup counter and fruits


Side dish counter


Kat sini makan dalam taman kaedahnya.
Ada pondok-pondok untuk setiap meja.
Ada juga yang set meja panjang.
Setiap pondok-pondok ada dihias pokok-pokok.
So agak tenang makan kat sini....entertainment memang takde.
Boleh fokus masa makan.
Ni tempat kitorang....open air.
Seronok!


Ada juga tempat makan yang berair-cond.
Boleh request nak meja ni.
Dalam tu semua meja bulat.
And mostly, orang akan booking tempat tu untuk adakan event such birthday party.



Incek Somi yang setia menemani Miss Wifey... ♥ u sayang.


Ni antara menu-menu yang tersedia.
Menu tak banyak pun.
Padan laaa dengan harga kan.
Kalau kat hotel berpuluh-puluh menu pun belum tentu semua sempat rasa....(ni ayat tak puas hati sebenarnya...ngeh ngeh ngeh)












Antara menu-menu yang ada:
Nasi putih
Nasi bukhari
Rendang daging
Sotong blackpepper
Udang masak lemak cili padi
Ikan patin masak tempoyak
Ayam goreng
Kerabu ayam
Kupang
Paru
Ulam-ulaman
Kerabu
Salad
Sup ayam
Bubur lambuk
Bubur kacang
Kuih-muih
Air dan ABC


Meja dah penuh dah tu...tapi Mak Bonda, Ayahanda ngan Atok lesap lagi.
Entah apa yang diorang cari lagi aku pun tak tau...


Pada aku makan kat sini so so jek.
Takde laa sedap sangat.
Tapi positifkan minda sebab bulan puasa, so ada makanan yang termasin dan tertawar.
Erti kata lain, chef dia betul-betul berpuasa.
Terima seadanya.
Insya-Allah, lepas raya nanti aku nak return pi sini.
Nak try sedap ke tidak sebenarnya menu-menu kat sini. Especially, dim sum and dumpling.


I heart U

---------- :: ----------


Thanks for singgah dan membaca...
 

Friday, August 3, 2012

@}--- Saya budak baru belajar....


Agenda mengisi waktu terluang.
Berkampung dalam bilik sampai sakit-sakit pinggang dan juling-juling biji mata.
Sesungguhnya memang memerlukan kesabaran.
Naik surrender!
Tapi sebab baju sendiri kan...tak cantik pun pakai juga.
kikikikiki


 






Thanks for singgah dan membaca...
 

@}--- Sapa mau order lagi???



OFFICIALLY CLOSE!



Ada sesiapa lagi nak order udang galah?
Order untuk raya.
Pre-order closed sehingga 03 Ogos 2012.
Delivery pada 13 Ogos 2012.


 Harga sekilo RM52.00.
Delivery RM55.00.
** Kawasan jajahan delivery adalah dari daerah Kulaijaya, Skudai, Johor Bahru dan Putrajaya.
Luar dari kawasan ni boleh order tapi manage amik sendiri ye.


Boleh email, call dan message ye:
 rose_emely@yahoo.com
012-3041107

p/s:: Ni udang galah sungai tau. Bukan bela dalam kolam belakang rumah. Boleh tengok kat sini.
Maka stock adalah based on pre-order. Harap maklum. Tq.




Thanks for singgah dan membaca...
 



Thursday, August 2, 2012

@}--- .......... [tak mampu letak tajuk...sebab sedih tengok mereka ni.]


Kesiankan pakcik dan makcik ni?
Duduk kat pondok usang je.
Atap pun asal boleh.
Dinding pun sebelah je. Mungkin angin selalu bertiup dari arah tu...maka di situ je laaa dinding yang tertutup.
Buaian dari jala usang untuk hiburan kehidupan.
Sedih melihatkan kedaifan mereka.

Pagi hari lagi dah hidupkan api.
Nak bakar ubi kayu katanya.
Maklumlah, bulan puasa. Tak ada dapur gas, maka pagi hari lagi dah mula memasak.
Agar sempat di buat juadah berbuka puasa.
Bagai nak menitis air mata melihatkan mereka.

Kepada sesiapa yang sudi menderma, nak berzakat, nak beramal, boleh laa hubungi saya.
Mereka tidak meminta tapi kita yang patut menghulur.
Tangan yang menghulur itu lebih baik dari tangan yang menerima.....
Selamat beramal!



























hahahhahaa.....mampos kalo mak bapak aku baca nih!!!



Thanks for singgah dan membaca...
 

Wednesday, August 1, 2012

@}--- Ais Krim Durian Malaysia


Errrr....ais krim durian Malaysia or ais krim Malaysia durian ek???
What ever....
Hari ni just nak share cara-cara buat ais krim durian versi Mak Bonda.

Bahan paling utama adalah DURIAN.
Kalau boleh dapat yang fresh.
Laaaagi super sedap.



Lepas tu rebuskan seperiuk air.
Bila air dah mendidih, masukkan je ulas-ulas durian tadi.
Berapa banyak, terpulang pada korang.
Lagi banyak durian, lagi sedap pada aku.
Tapi tulah, nanti nak packing susah sket.


Rebus durian tu sampai isi-isi terasing dari biji.
Masa korang kacau tu, siat-siat sekali isi durian tu dari biji.
Rebus lagi sampai isi tu macam dah lebur sikit.


Lepas tu masukkan santan, gula dan sedikit serbuk pewarna.
Kalau ikut Mak Bonda, 10 ulas durian tu, dia masukkan santan pekat RM2.
hahhaaha sumpah aku tak reti nak sukat.
Gula tu ikut suka tekak korang....kot nak lebih manis. Letak laa lebih sikit.
Didihkan santan....api slow je taw, nanti pecah santan tak sedap laa plak.
Agak-agak dah didih, tutup api dan sejukkan.


Then masukkan dalam jag supaya senang nak masukkan dalam plastik ais krim Malaysia tu.
Part yang tu tak tunjuk gambar pun korang tau kan.


Maka ini lah hasilnya setelah disejukkan....
Nyaman bila lalu kat tekak...


Kaedah ni sama je macam buat serawa or gula durian tu.
Cuma untuk ais krim ni buat laaaaagi cair.
Warna tu pula terpulang pada korang laa nak letak color apa.
Mak Bonda sempat buat 4 color....merah, hijau, kuning dan coklat.
Merah guna sirap ros.
Hijau dan kuning guna serbuk pewarna.
Coklat tu guna gula melaka atau gula merah....so jadi warna coklat perang sikit.

Ni antara option untuk abiskan stok durian selain boleh buat serawa, bubur, lempuk dan pulut durian.
Enjoy happily!




Thanks for singgah dan membaca...
 

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...