~♥~ STALKERS ~♥~


Thursday, March 31, 2011

@}--- Tony Roma's

Jalan-jalan ke Sunway Pyramid last Saturday.
Hajat di hati mau beli kasut utk kawen nanti.
Jalan punya jalan, kasut entah ke mana, makan jua yang datang dulu.
Ngeh ngeh ngeh...biasalaa I kan...ape ape pun makan itu yang utama.
Kalau tak camne nak hidup ceria kan? kan? kan?

Pilihan kali ni adalah Tony Roma's.
Layan western sambil ramas ramas. Ok kan? Ahaks!~


Bila dah masuk, tiba-tiba jadi blur plak. Tak tau nak makan ape.
Masuk sini pun sebab future SIL nak makan Chicken Chop.
Dalam Sunway ni rasanya fast food yang banyak tang ayam ni...nak cari Chicken Chop betul tak tau lak kedai mana.



Tengok menu pun rambang mata. Semua sedap. But luckily time tu aku macam nak demam.
So nafsu tu kurang membuak-buak tang makan.
Teringat lak masa first time datang Tony Roma's ni aku bleh order half chicken grilled.
Perghhh....mcm nak muntah balik makan ayam yang besar itu.
Then kali ni dah set nak amik menu yang simple dan kecik ciket....
 

Ni French Toast with Garlic sauce....compliment dari Tony Roma's.
Sejak bila tah bagi compliment nih....

Aku berkemampuan nak order Ice Lemon Tea jek.
Order smoothies kang tak terabis lak....


Yang ni menu future SIL ye...replace chicken chop.
So orderkan dia Chicken Tenderloin Platter - RM28.90
Sampai senak laa beliau makan...tank kecik!


Yang ni aku punya plate. Ape ke nama set burger ni mmg aku tak hengat.
Aku suh waiter tu yang pilih mane satu burger yang sedap.
Ini yang dia suggest kan.
Pada sape² yang suka makan Quarter Pounder kat Mc'D tu...sila laa makan burger ni kat Tony Roma's.
Lagi tebal hokkay daging dia tuh.... Sedap!


Kasi closed-up sket...
Yang paling sedap cheese dia. hiks...
Atas cheese tu ada smoked beef slices.
Tapi....aku boleh makan suku jek. Incek Tunang jua kasi perabes.
Rugi tol gi time-time nak demam ni...mkn pun tak berasa...huhuhu
"Abang....nanti pigi lagi ek...Abg banjer..." hihihi



Ni lak menu Incek Tunang. Beef Short Ribs - RM58.90
Memang marbeles! Aku sker tang kentang dia tu...xtra butter kot.
Lazat di telan panas-panas....


Closed-up yang ni lak. Sangat juicy okeh!
Tak nyesal...daging dia pun lembut jek.
Sedap sedap....!


Haishhhh...time update ni pun aku dah terliur agik.
Sabar jek lahhh....



Thanks for singgah dan membaca...
 

Wednesday, March 30, 2011

@}--- Kecewa Kecundang Kundang

Aku tak paham kenapa dalam bulan Mac ni ramai sangat orang nak berBIG BREAKFAST kat Mc'Donald tu sampaikan aku yang tak berapa nak teringin ni pun jadi macam nak sangat-sangat makan big  breakfast tu yang akhirnya sampai ke hari ni tak dapat-dapat bersarapan pagi di Mc'Donald. Fuhhhh....senapas!



 * credit


Manusia ni pun satu....dah malas sangat ke hape nak masak sarapan kat rumah time-time weekend nih?
Dah laa weekdays tak masak. Mesti reason sebuk nak gi kejer.
Weekend pun tak nak masak?!!!
Tolong laaa...tolong laa belajar bagi anak-anak korang makanan yang lebih berkhasiat kat rumah.
Akibatnya....que sejam baru leh dapat makanan. Tu pun sure que sampai ke luar pintu!

(ok itu adalah suara hati seorang insan yang sakit hati sebab tak dapat nak sarapan kat Mc'D)

Kesimpulannya kini.....

* credit

Demi menjaga hati yang sedang sakit....aku tukar Big Breakfast kepada Big Croissant!


Masa ni singgah kat Petronas Gombak kalo tak silap aku. Otw ke Kuantan.
Pagi tu bercita-cita besar nak berBIG BREAKFAST.
Manusia que panjang sangat, tukar laa ke BIG CROISSANT.
Ngeh ngeh ngeh....Dunkin Donut jek.

Ni plate haku. Chicken Mayo + Coffee Latte + Bavarian Donuts.
Donut tu tahpaw....mkn dalam keter.
Senak pewot nak abeskan croissant tu....coffee tu mmg Incek Tunang yg perabeskan.


Then sambung perjalanan. Tetiba Incek Tunang dengki suh haku yang drive.
Aku ni ada penyakit stereng keter.
Pegang kejap jek stereng tu, sure ngantuk gila babas!
hahahaha...penyudahnya drive sampai Temerloh jek
Benti kat R&R cari ubat hilang ngantuk.

Taraaaaaa.......

Kenal tak buah ape tu? Buah Kundang ye kawan-kawan.
Konon-konon nak cari yang masam bior hilang ngantuk.
Skali buah ni manissss da.....
Patutlaa pun reger sekilo RM20.00.
Dan kerana itu...aku rembat 7 bijik jek. Tu pun dah RM8.50.
Dalam picca tu tinggal 6 bijik...aku dah takleh tahan dah nak tunggu² terus jek ngap sbijik.


First bite memang tak mengecewakan....nyummy!


Gigitan kedua....so juicy!
Gigitan seterusnya memang takdan nak snap dah....telan terus!



Thanks for singgah dan membaca...

Tuesday, March 29, 2011

@}--- Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Kembali bersiaran setelah beberapa hari bizi berdating. Harap maklum.

Setelah sekian hari bersama Incek Tunang, semalam dengan rela hati melepaskan beliau balik ke JB.
Balik macam biasa ek...sila naik bas ekspress. Murah!
Oleh kerana bas dari Putrajaya - JB dah full booked, so kitorg ke TBS.
Maka sesi cerita hari ni adalah pasal Terminal Bersepadu Selatan atau short formnyer TBS.
Korang dah pegi blom? Tempat baru ni. Belakang Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan.
Tapi new building ni dah bercantum menjadi satu kawasan.

Haaa....ini buildingnya. Sangat besar dan cantik.
Picca² dalam ni aku songlap dr web Jom Naik Bas. Credit to the crew.
Sebab tu semua gambar adalah di waktu siang. Padahal aku pegi malam.
Ni bahana nak berstory tapi takde bukti...so pinjam laa gambar depa sat. hihihi
Dan oleh kerana aku parking kereta kat luar bangunan, so Incek Tunang tak benarkan aku membawa Si Canon....takut nanti time jalan sensorang ada yang nak ragut.
Alasan diterima...so luas mata memandang jek laaa.


Waktu malam lagi cantik dengan lampu neon di sepanjang jalan. Berseri-seri jek bangunan baru nih.
Memang kalah laa Puduraya walau dah di upgrade kawasan yang berair-cond.
Masuk je pintu utama, korang akan nampak kaunter pembelian tiket kat sebelah kanan korang.

Kaunter banyak giler. Kalau tak silap aku ada 70 kaunter. Sangat tersusun dan mudah.
So tak kan ada masalah berebut-rebut. Sistem pun dah distandardkan
Takde dah tiket yang cam dulu ada cop company bus...skang ni print jek.
Yang paling best, passenger kene bagi kad pengenalan dan no fon untuk record perjalanan.
Kat tiket tu pun ada nama tau.


Korang jangan ingat nak naik flight je ada Boarding Pass.
Naik bas pun dah ada boarding pass ok!
Sistem kat TBS ni memang sebijik macam terminal flight.
Kaunter A tu adalah khas untuk orang-orang OKU.


Agak-agak kaunter tiket tu penuh, korang boleh je beli melalui e-tickets kat machine khas ni.
Sangat fleksible. So...no reason ko nak berebut-rebut. Sila jaga tingkah laku!


Sila tengok betul-betul!
Bas pun dah ada Departure Schedule okay! Jangan ingat kat KLIA or LCCT jek ada mendalah ni.
Kat TBS pun hado taww...



Skrin ni ada pasang kat ruang legar, food court area dan waiting area.
Lepas ni dah takde reason tertinggal bas ek.
Kat skrin tu siap tulis no plat bas. Kalo tertinggal jugak, makna kata ko tu yang bongok.


Signage ni kat Level 3. Masuk masuk pun memang dah kat level 3.
Kat TBS ni pun dah guna konsep terminal kapal terbang siap ada Balai Ketibaan dan Pintu Perlepasan.
hehehe....Bak kata Incek Tunang, pasni nak bawak luggage takde laa seksa macam naik kat Puduraya.


Yang ni plak Executive Lounge. Ruang menunggu Kelas Pertama.
Tang ni aku tak pasti sangat apa kelebihannya.
Cuma satu yang aku nampak tempat ni tertutup.
Samada ada dihidangkan makan atau tak, aku tak pasti sebab masa aku pergi tempat ni takde orang gak.

Yang ramai kat open waiting area nih. TV yang tergantung tu semua adalah skrin Departure Schedule.
Dalam toilet jek diorg tak pasang skrin nih. hehehehe...


Then ini adalah Pintu Perlepasan. Ada 16 gate semua skali.
Ticket holder diarahkan turun ke Departure Gate SETENGAH JAM awal!
Dan hanya pemegang tiket dibenarkan turun ke Departure Gate nih.
Takde dah sesi-sesi nak antor passenger sampai ke atas bas.
Bersesak-sesak nak bawakan beg sampai naik bas.
Kadang-kadang tu yg nak naik bas sorang jek....yang mengantor sekampung!
Kat TBS ni jgn harap laa....

So far aku rasa Terminal Bas TBS ni yang terbaik laaa.
Cantik pun cantik. Sistematik pun ye. Kira thumbs up la... (tempat baru kan? mmg la ok)
Buat masa sekarang ni tak banyak kedai lagi yang buka.
Masa ronda-ronda semalam, ada laa nampak a few kedai yang dah beroperasi.
Macam biasalaa..7-E ada dimana-mana. Operation tu aku tak sure laa samada 24jam atau tak.

Kat Level 4 tu ada satu kedai Nasi Kandar, Baker's Cottage, KFC dan kedai-kedai mini mart.
Opening soon yang aku perasan ada Hailam Kopitiam, Wendy's, Kenny Rogers.
Meriah ok.... sure tak kisah nak lepak kat TBS ni lama-lama sebab tunggu org.
Tempat makan best-best wooo...

Kat Level 3 tu mostly kedai-kedai barangan la.
Ada jugak butik, tapi tak ingat butik apa. Opening soon adalah Elianto. hehehe
Dan masih ada kiosk² yang kosong. So, pada sesape yang nak meniaga...sila amik peluang yg hado.

TBS memang terbaekkkkkk! (aku suka sebab tempat ni fully air-cond. tak panas macam kat Puduraya. and confirm aku dah tak maki hamun stress sebab kepanasan.....)

Thanks for singgah dan membaca...

Saturday, March 26, 2011

@}--- Kuantan

Me & Incek Tunang otw ke Kuantan.

Bubye...~

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 23, 2011

@}--- Gedik nak gebang...!


Header dah tukar.
Background pun tukar.
Font pun ada sikit ubah.
Color pun tukar sikit walau masih based on pink.
Tuan jer tak tukar lagi.
Satu hari ni kejerkan blog.
Now baru nak start buat kejer ofis.
4:30 p.m. kang dah nak balik.
So....its time to berlipas kudung....
Ngeh ngeh ngeh....


Thanks for singgah dan membaca...

@}--- Si Kodok Hijau

Tomei tak? Tomei tak?






Nombor-nombor yang kuar pun cute jek...
Senget benget itu seni ok!


Closed up sket!
Kan tomei kan?
Tak cam calculator standard...hehehhe


Ok dah. Tu jek nak tayang!





Thanks for singgah dan membaca...

Tuesday, March 22, 2011

@}--- Tidak Cair di Tangan, Tapi Cair di Mulut

 Al-Labuuuuuuuuu...






 Smarties si Labi dah abessssss...............
 

Thanks for singgah dan membaca...

@}--- Taste

Dah lama tak wat entry panjang-panjang.
Kali ni leh story mory the morning glory sebab aku tetiba rajin snap snap gambor.
Pakai camera tepon jek pun.

Rasa sana, rasa sini, akhirnya ke Taste.
Taste yang ala-ala English concept tapi masih bermenukan Melayu.
Lokasi adalah di Bandar Baru Bangi.
Depan-depan kedai dah terbentang menu bunting.
Siap dengan price. Nak tunjuk laa tu...kedai ala-ala mewah, tapi reger masih mampu milik.


Jom masuk!


Pintu masuk yang ala-ala pintu kat rumah.
Memang sempoi. Dinding sumer cermin.
Kat sini ok je kalo ko nak makan tepi dinding...sebab tak ramai pun orang lalu lalang.
Tapi...aku pilih meja besar. Takut tak muat nak letak pinggan nanti. Hiks!


Ni decor kat dalam kedai.


Ada juga jual pinggan mangkuk Corell.
So tak yah susah-susah nak gi beli kat Langkawi.
Kat Jusco pun banyak. Cuma mahal sikit.
Tapi oklah, dari ko nak berangkut naik kapal terbang tu kan.
Eh tetiba jek! hehehe....
Yang kat dalam Taste ni aku tak sure mahal ke murah...nak tau gi tanya tokei.
Dekat rak-rak tu ada gak jual baby busha.
Baju-baju gown ala English tapi season pun ada.
Second hand kot. Price...memang tak nampak.
Dan aku memang tak kuasa nak pi tengok dekat-dekat. Vontot dah melekat jek kat kusi.

Taraaaa....abg Saleh gitew...


Yang ni aku tak sure samada pekerja or husband owner.
Tapi kerja-kerja clean-up memang dia yang buat. Order pun dia yang deliver.
Kerja dia sangat pantas dan expert. Kagum!
Tapi lepas buat keje dia akan dating ngan owner kedai duk kat table cashier sambil layan movie kot kat lappy dia....


Ni gambar kaunter dia buat air.
Window counter kecik kat belakang tu utk menghubungkan kitchen.
Kaunter cashier kat depan sikit tu... Sempoi jek...mesin cashier satu, lappy satu.
Hiks....tak kesah kaunter kecik, janji masuk riban-riban tetiap ari kan?
Tapi...masa aku masuk, ada 2 couple baru nak kuar.
Aku dah nak abes makan, baru ada satu family masuk.
Meja lain...kosong! So? (jawab sendiri)

I pilih table no.2. Kenape 2? Sebab bukan 3 or 4 or 5....


Ni antara menu-menu yang ada. Click for enlarge!







Haa...dalam phamplet ni ada explanation pasal Taste of Home.
Kira cam home decor gak laa.
Kalau tak silap aku bahagian atas kedai ni ada juga jual barang-barang decor.


Crystal clear. Hiks! Aku order air barli jek.


Sebab lately ni rasa cam panas badan.
Or sebenarnya dalaman tak berapa nak stabil.
Barley is the best choice.


Menu 1: Roasted Chicken Breast.
Price: RM13.90


Memang sodap. Terasa rempah sampai ke dalam.
Daging dia pun lembut jek.
Dapat panas-panas...memang sangat menyelerakan.


Menu 2: Chicken Chop
Price: RM13.90


Aku suke sebab dia served dengan curly fries.
Takde laa kemaruk tunggu curly fries Mc'D jek.
Fried chicken dia sangat tebal hokkay. Berbaloi-baloi....
Tak pernah-pernah aku makan tak habis...kali ni mmg tak leh habis!

Cuma yang kureng....salad & black pepper sauce dia.
Salad tu memang totally daun salad jek dia bagi ko.
Tu pun 2 keping jek.
Black pepper sauce tu pulak agak cair.
So tak berapa nak in dgn ayam tu kalo di cicah....
Tak terfikir pulak nak mintak extra.

Eh...tak kan nak buat cam kedai mamak plak kan.
Pantang tak cukup rasa. Komplen terus.
Agak tak pedas, sure mintak cili potong.
Tak pun mintak botol sos terus.
Tapi bila masuk kedai-kedai cun camni, segan lak nak wat perangai.
Mind set lak kata, memang cara dia kot camni. haahahaha...sengal!

Ada gak jual cake kat sini. Tapi sebab cam dah full, tak jadi aku nak order.
Or maybe next time, tea time boleh lepak sini.
Tempat memang cool.
Takde gangguan.
Wifi pun free.
Nak chit chat memang best....apatah lagi ngedate ngan dot dot dot..... tetttttttttttt!

Chiawwwww....!

Thanks for singgah dan membaca...


~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...