Tinggal 8 hari jer lagi nak puasa.
Best! Best!
Tahun ni puasa paling seronok...rasa sekejap jer.
Tau tau dah nak raya...
Tapi....duit raya tak prepare lagi.
Tak pe, haku serah je pada Incek Somi...kikikiki
Anak-anak buah dia ramai, haku takde anak buah...sebab aku takde adik-beradik.
Hiks....heaven heaven!
Ari ni nak share cerita beriftar di Hotel Thistle hari Jumaat lepas.
Actually aku dah lama plan nak bawa Atok aku berbuka kat hotel.
Plan dari tahun lepas lagi.
Tapi tahun lepas teramat busy dan kesuntukkan masa.
So kitorg forward tahun ni dan Alhamdulillah laaa dgn ada rezeki lebih, Atok pun panjang umur dapat laa tunaikan hajat.
First of all, haruslah ucap jutaan terima kasih kepada Incek Somi yang bertungkus-lumus merealisasikan kehendak Puan Isteri kan. Tanpa beliau, siapalah aku....ekekekeke. Dengan ucapan..."Abang, tahun depan kita pegi lagi ek...."
Ini laa hotel nyer.
Nak snap picca penoh tak dapat laa jack!
Pakai compact camera jek....mane bley nak snap satu bangunan.
Len laa ko hangkut DSLR kan?
Alamak...windunya sama Canon ku....huhuhuhu
Kat lobby ada replika rumah kampung nih.
Paksa Mak Bonda ngan Atok amik gambor kat sini.
Comei jek umah tu...
Otw ke Ballroom.
Pak Mertua dan Anak Menantu
Eh mak bapak aku ni kan...bab amik gambar memang selalu buat muka takde perasaan.
Tension haku taw!!!
Lepak kat sini dulu...sementara nak duduk kat meja santap.
Padahal meja santap depan mata jek...kikiki
Apepun sorry ye aku tak dan nak snap deretan-deretan meja buffet dan gerai-gerai makanan yang hado.
Haku bz mengCOLLECT makanan jer ler.
Bukannya apa, manusia memang ramai.
Makanan pun memang banyak.
Macam-macam ada.
Memang tak terbendung nafsu nak melantak.
Reason utama tak dan nak snap adalah....MALU HAKU WEIII NAK SNAP² PICCA BUFFET TU.
Kat hotel kot aku nak buat perangai camtu...len arrr hangkut DSLR.
Takde arr malu sangat...ni compact cam.
Siap ngan flash lagi...huhuhu malu malu (T_T)
Okeh ni meja santapan kitorg.
Penuh tak? Penuh tak?
Makan untuk 5 orang, tapi meja penuh macam seploh orang.
Last-last aku kira cawan minum tu ada 15 hokkay!
Actually buffet ramadhan ni diorg buat kat dalam ballroom.
Tapi malangnya, disebabkan kitorg booking lambat kitorg dapat meja kat luar.
Eh tapi aku suka jek...sebabnya kat situ lagi lapang.
Dalam ballroom tu lagi sempit nak mampus.
Jauh plak tu nak pi amik makanan.
Siap ada piano belakang kitorang.
Agak-agak terra pi laa petik piano tuh.
Takat lagu enjit-enjit semut pun xpe... tu kalau tak malu la kan...
Ini dessert pertama yang aku amik.
Kek coklat tu memang super sedap.
Takde tandingan.
Sangat moist, sangat creamy, memang sedap laaa...
Eh tapi mana-mana hotel pun aku rasa dessert diorg memang super sedap.
Lepas makan aku return lagi pi cungkil kek coklat nih.
Arghhhh sampai hari ni masih terasa-rasa di tekak!
Okeh ni menu utama aku.
Udang, Sotong, Pari dan Salmon bakar.
Sape hantu Salmon?
Sila laaa ke buffet Ramadhan di Thistle Hotel ni.
Ko nak telan satu tray salmon tu pun orang tak marah.
Makan sampai muntah pun takpe.
Paling tidak pun orang kutuk dan halau keluar jek.
Time aku snap pic ni, ada Chef lalu...siap perli "amik gambar ye kak? ini laaa yg saya makan hari ni."
huhuhu...pasrah jek laa kan.
Ni menu ke dua.
Nasi beriani + Kuzi kambing + Puyuh goreng
Puyuh goreng tu teramatlaa sodapppp!
Mak Bonda pun bleh habis sekor.
Hebat Mak haku!
Ayam pandan tu toksah kata laaa sedapnye....dahlaa dibalut sungguh2 ngan pandan.
Sampai seksa aku nak bukaknye.
Okeh ni menu bapak haku.
Sangat kampung sampai dalam hotel pun nak tibai sambal tumis petai.
hehehe...tapi memang best pon!
Menu orang lain aku tak dan nak snap.
Takde masa nak snap.
Terliur dah tengok menu sendiri.
Incek Somi opkos laa dengan timbunan salmon dan saladnya.
Feeling mat soleh celup!
Ada jugak satay.
Ni Ayahanda aku punye kerja.
Kunun-kunun amik sepinggan utk semua.
Padahal aku dah sound awal-awal, amik makanan utk sendiri-sendiri jek.
Cuak laa orang tua tu sebab tak abis-abis.
Kikiki....
Actually Ayahanda aku ni, memang pantang pembaziran.
Event kat hotel tu tak kisah pun sebab ko dah bayar, but since kita ni orang Islam, berjimat-cermat tu kan amalan mulia.
So walaupun dah mengah tahap dewa, dia usahakan juga abiskan satay-satay dia.
Padan muke!
hahahhaaha
Since ko iftar kat hotel kan.
Dah bayar mahal-mahal kan.
So baik ko gunakan masa yang diberikan sepenuhnya.
Boleh lepak sampai kol 10 mlm....so no point laa ko nak balik awal kan?
Surau pun ada tersedia.
Comfort lagi.
Agak-agak dah kenyang tu gi laa solat dulu.
Pastu boleh sambung makan lagi.
Lepas borak-borak dan santai-santai, aku pi rembat lagi ikan-ikan ni.
Ikan merah, siakap dan salmon bakar.
Beserta sambal kicap dan air asam.
Perghhh...memang syok layan!
Ada banyak lagi menu yang kitorang makan.
Tapi tak sempat laa nak makan nak amik gambar.
Terganggu selera i tawww..
Siap ada eskrim Nestle kat situ.
Ko beratur jek laa kat tepi peti eskrim tu...adalah waiter yang tolong cedokkan.
Eskrim potong pun hado.
Beberapa menu yang aku tak dan nak makan seperti di bawah:
1) Yong Tau Fu
2) Fruits + Chocolate Melt
3) Durian Goreng
4) Otak-otak JB
5) Macaroni and Pasta
6) Vegetarian food
7) Kambing Panggang
Hopefully next year dapat iftar kat sini lagi.
Ayahanda plak sponsor.
Ayahanda plak sponsor.
hehehehe...
Buffet kat sini charge RM75 per head.
Gov tax 6%
Service charge 10%
Total makan kat situ...kira laa sendiri yek.
Last but not least...haruslah tepek tuan blog yang happy sebab Incek Somi sudah kasi belanja sama kitorang.
heehhehee...ni yang makin sayang nih.
p/s :: Malam ni nak sambung buat Cookies Sundal Malam arr...
Thanks for singgah dan membaca...
4 Crappers:
Taon depan jgn lupa hajak aku taooo!
Dolly...
bleh ajak ko...tapi ko bayar sendiri ek!
tahun depan kene grab early bird promotion arr...baru berbaloi!
bestnyer berbuka di hotel... akak dah lama tak gi sejak der anak.. husband tak suka nak kelam kabut...
Jom jengah :-blog akak
kak zila...
hehehe...ni 1st time kak kitorg sefamily berbuka kat hotel.
actually nak lepaskan hajat Atok tu haa...yg teringin sangat.
kalau ikutkan mmg tak nak...kurang selesa rasanya.
Post a Comment