~♥~ STALKERS ~♥~


Tuesday, July 17, 2012

@}--- Kenapa harga udang galah mahal?



Hari ni entry khas pasal udang galah.
Lebih spesifik pasal udang galah sungai yang aku jual.
Ni semua sebab kenapa harganya mahal.
Mahal ke?
Pada aku murah lagi.
Setahu aku market sekarang RM60 sekilo.
Tapi dengan aku boleh dapat RM52 atau RM55 (termasuk kos delivery).
Boleh jadi mahal sebab ketiadaan musim udang galah.

Jom layan piccas....


 Hala tuju yang perlu direntasi.
Korang nampak tak kat hujung jalan tu ada kepala kenderaan warna biru.
Jauh hokkay.
Dah dekat baru nampak, lori pasir rupanya.
Apa di buatnya lori pasir dalam kawasan ladang kelapa sawit ni???


 Masuk celah-celah jalan ladang sawit pula.


Laluan yang makin ekstrem.

Lepas naik turun satu jalan berbukit, terus nampak pemandangan ni.
Bukan tasik biru ye tuan puan.
Tapi lombong.
No wonder laaa ada lori pasir lalu tadi.


Perjalanan diteruskan.

Akhirnya jumpa juga Sungai Kota Tinggi.
Ni lah asal usul udang galah yang aku jual.
Bukan belaan di kolam-kolam plastik atau simen, tapi simpanan di sungai ciptaan Allah.

 Dari jeti nampak laaa beberapa orang pemancing udang sedang setia menunggu hasil tangkapan.


Kita kasi closed-up sikit.
Di bawah terik mentari sabar menanti rezeki.
 Siap letak payung tu.
Satu perkara yang korang kena ingat, "di mana ada udang, di situlah ada buaya".
So betapa berisikonya kerjaya mereka ini demi merealisasikan tekak kita yang nak makan udang galah ni.


Ni pula pengakalan peraih udang.
Hasil tangkapan pemancing-pemancing tu akan dijual kepada peraih udang.
Maka udang ni semua dijual hidup hidup.

Tok peraih on the way nak amik udang yang dah disimpan khas untuk aku.
Aku kena order seminggu sebelum aku nak amik.
Bagi ruang pada pemancing-pemancing kumpul hasil tangkapan diorang.

Bakul pertama.

Bakul kedua.

Bakul ketiga.


Bawa naik ke darat.
Susah kan?
Semata-mata nak jaga kualiti.
Udang fresh kan sedap.
Lebih-lebih lagi yang pure dari sungai.

Antara yang terbesar.
Eh yang pegang pun cukup besarrrr! kikikiki

Time ni udang ni meloncat-loncat mengelitik lagi ye tuan puan.
Sangat seram mao pegang.
Takut kene sepit!

Ni kalau loncat masuk mulut terus ni camno?

Dah timbang tak cukup kilo lagi, tok peraih patah balik kat pengkalan.
Kali ni main sauk pulak.
Ni bukan kaedah nak membazir masa ye.
Mission peraih ni adalah menjual udang galahnya hidup-hidup.
So peraih ni sanggup je ulang-alik ke pengkalan semata-mata mengurangkan risiko udang tu mati cepat.


Yeah!!!

Dah timbang, patah balik ke darat.

Done!


Dah siap timbang, terus simpan dalam kotak gabus putih tu.
Zassss balik umah nak kasi frozen sebelum deliver kat customer.
Sayang ek, amik fresh gila.
Hantar kat customer frozen.
Tapi frozen frozen pun cuma 2 3 hari.
Takde laa frozen sampai sebulan.
Maka kemanisan udang tu still terasa.

Now cabaran masa nak balik.
Langit semakin gelap.
Laluan pula kene naik bukit.
Hampir-hampir tak lepas....tapi alhamdulillah, driver memang pakar.
hehehe


Settle packing, terus operate udang-udang balance.
Memang tak tunggu lama tau.
Tak payah nak masak susah-susah.
Goreng dengan garam kunyit je.
Settle.
See see...tak muat kuali.

Kasi closed-up sikit.
Ouchhhh merembis dohhhhh!
Tips....goreng udang jangan lama-lama tau.
Asal dah merah dan garing sikit tu angkat laa cepat.
Baru laaa rasa isinya tak terjejas.
Oh la la....

Oh tidakkkkk!
Ratah panas panas.
Sangat rangup kulitnya.
Oh ho....terliurrrrrr!

Aku paling suka hongges penyepit udang ni.
Tak bagi badan udang pun tak pe.
Janji dapat penyepit ni.
Nikmat makan udang adalah apabila kita rasa susah nak keluarkan isinya.
kikiki
Tapi dengan syarat penyepit udang yang besar macam ni laa, yang kecik-kecik tak main okeh!

Ok tu je nak share.
So sesiapa yang berminat boleh pm saya ye.
Kawasan jajahan adalah dari daerah Kulaijaya hingga ke Johor Bahru.
Dan juga Putrajaya.
Luar Putrajaya, boleh order tapi manage datang amik sendiri ye... =)

rose_emely@yahoo.com
 012-3041107

Udang-udang ni kena pre-order ye tuan puan.
Nak on the dot memang tak boleh.
Sebab tok peraih bukan bela dalam kolam sendiri, tapi ini udang hasil tangkapan di sungai.
Chiaoooo
Psssttt....pre-order raya dibuka sekarang ye.
Minggu terakhir ramadhan kita kasi deliver.


TEMPORARILY CLOSED FOR ORDER.


Nota Hati: Ramadhan semakin hampir. Tak sabar menanti. Nampak gayanya sambut puasa sendiri tahun ni. Mak bapak balik Kelantan, Incek Somi keje. Housemate semua balik kampung, aku juga sensorang. huhuhu




Thanks for singgah dan membaca...

 




8 Crappers:

[leily.laily] said...

my febret ni..
suke wat masak lomak cili api..
pernah kenduri udang galah,
banyak woo.. sedap tak henggat!

Rose Emely said...

kak Leily...

yup...our feberet too!
setiap kali raya memang jd menu utama dalam family.
hehehe

Mrs. Norrie said...

Ya Allah terliurnya,
klulah ada deliver kat KL dah lama order nih...

nak pg amik sendiri terasa sungguh jauh

Rose Emely said...

Mrs. Norrie...

hehehe area KL blom termampu nak jajah. tak jauh mana KL - Putrajaya tu kak....cuma saya ni tak terror jln KL tu, tu yg tak boleh buat delivery.

Anonymous said...

ni bukan kt kg makam ke bro tempatnye?

Rose Emely said...

Errrr kg. Makam tu x pasti. Tapi tu memang sungai kota tinggi. Ni jalan lalu felda.

labu said...

masak udang potong janggut depan je? taiknya camna? makan sekali kah? orang potong bawah mata, keluarkan kantung taik yg kaler hitam tu.. tu perut dan taik dia cik kak semua.. dalam tu cacing dan ntah ape ape yang dimakan udang ade dalam tu.. kalo suka bahagian lemak kt kepala tu buang la kantung taik dia tu.. kalo tk suka lebih baik buang semua yang kt kepala dia tu

Rose Emely said...

Labu...

Kan saya belah bahagian atas kepala tu untuk buang semua kotoran dalam tu. cuma perlu gunting belah tengah....dan keluarkan isi2 dalam kepala tu. boleh juga tarik urat hitam dalam badan udang tu perlahan2 dengan pisau.
Tak ada masalah kalau taknak penggal terus kepalanya.
Saya suka udang tu nampak lebih sempurna begitu walhal kepala tu tak dimakan pun...
Kesempurnaan itu kan lebih cantik dipandang...
Apa pun terima kasih sebab beri teguran.

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...