~♥~ STALKERS ~♥~

Tuesday, August 23, 2011

@}--- Chicken Meatballs Pasta

Menu iftar hari ke-22 Ramadhan.

Chicken Meatballs Pasta
* versi separa bujang




Bahan-bahan :

Setengah peket pasta (direndam dan direbus)

1 tin sos Prego tradisi
1 tin cendawan butang (dipotong sesuka sesuki kamu)
1 peket (lebih atau kurang terpulang pada korang ) chicken meatballs
2 keping daging burger (dihancurkan mcm daging cincang)
2 keping atau lebih cheesedales (guna cheddar or mozarella lagi syiokkk)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
5 sudu makan cili giling (aku guna brand Puteri sebab cili giling ni betul-betul pedas dan tak masam)
1 sudu makan lada hitam (dikisar kasar)
Sedikit minyak masak
Sedikit air
Garam
Serbuk perasa (aku guna ajinomoto jek. eh ada jenama lain ke yg femes?)



Cara-cara :

Gorengkan sekejap chicken meatballs tu. Jangan terlalu masak, agak-agak nampak kekuningan boleh angkat dan toskan.

Panaskan sedikit minyak (aku guna minyak yg goreng chicken meatballs tadi, tapi kurangkan sikit kalau terlalu banyak), tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dah dicincang tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan cili giling dan sedikit serbuk lada hitam. Biarkan sekejap.

Masukkan sos prego. Masukkan daging burger, cendawan butang, chicken meatballs, serbuk lada hitam, sedikit garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.

Setelah masak, boleh taburkan kepingan-kepingan cheesedale yang dah dipotong dadu (rujuk gambar). Lagi banyak cheesedale lagi sedap....sebab kuah akan jadi sticky....

Siap....boleh di hidangkan panas-panas atau sejuk.



~ Ini hasilnya ~


Sambil menikmati Orange Tea
Heaven!



Selamat mencuba!!!
~ dari tukang masak tomei... (^_~)




p/s :: Hari ni bercita-cita nak masak daging masak kicap. Owhhh rindunya nak makan daging....ahaks!~


Thanks for singgah dan membaca...





4 Crappers:

Lala Adila said...

sedapnyaa ... :D

...sWeeT uMi... said...

mmg comei la tukang masak ni hehehe...rajin nko masak elysa (^_^)

Rose Emely said...

Lala Adila..

hehehe...cedap dap dap!

Rose Emely said...

sweet umi...

puasa thn ni mmg rajin arr kak. tak tau kenape. thn sudah manjang pegi bazaar, plg tidak pun berbuka dgn roti jek.
sebab ada gang kot...tu yg cam rajin jer nak masak.

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...