~♥~ STALKERS ~♥~


Thursday, December 22, 2011

@}--- L'oreal Everstrong Reconstruct Shampoo


Tengok picca atas tu pun semorang dah tau.
Ni mesti ada masalah rambut gugur kan?
Yup yup yup....untuk aku ia sangatlah dasyat.
Sebab...aku adalah golongan manusia yang tidak berambut lebat.
So kalau dah selalu, kerap dan banyak yang gugur sure laaa makin nipis rambut haku kan.
Apa yang aku tau, keguguran rambut itu normal.
Bak kata cikgu ERT aku dulu, sehari 100 helai rambut gugur adalah normal.
Untuk orang yang rambut lebat nak mampus memang la normal, untuk yang nipis cam haku ni abnormal dah tu....

Lebih dasyat kalau tengok mosaic lantai rumah....macam nak menangis.
Sana sini bersepah rambut...cam nak kutip sambung balik.
huhuhu....hari-hari nak kena menyapu.
Bukan sekadar habuk tapi helaian rambut.
Sampai aku sendiri rasa muak nak kemas meja solek haku...bersepah-sepah rambut.
Asal sentuh je rambut...kompom ada yang gugur.
Cam fobia dah nak sentuh rambut sendiri...tapi tu laa kan kalau tak sentuh sape plak nak tolong sentuh.
Nak biar je cam rambut mak lampir????
Tak cun hokkay! Tak cun...!

Dalam pic 1 ni laaa rupa rambut aku setiap kali aku sikat, raut, or even lepas mandi.
Setiap kali raut lebih kurang banyak ni laa.
Tu belum yang gugur tatkala di hembus angin...huhuhu
Just bayangkanlaaa kalau sehari 3 4 kali sikat rambut.
Ni haku pakai sikat yang jarang-jarang matanya taw...kalau pakai yang rapat-rapat, terus botak gamaknya.
Sebab tu laaa...aku adalah manusia yang jarang-jarang nak sikat rambut.
Lepas mandi memang tak penah nak sikat.
Luckily rambut aku jenis lurus...so takde laa rupa sarang tebuan kalau tak bersikat kan.

Pic 1 :: Rambut yang gugur.

 Last week aku ada jenjalan blog yang share info pasal kesihatan rambut.
Aku ni plak bukan jenis yang suka lepak saloon and buat spa rambut or any other hair treatment.
100% bergantung dengan shampoooooo.
Lepas preview dan preview dan preview.....
Came out with L'oreal product.
Sebelum ni aku pernah laa cuba shampoo Pantene, Clear, Head & Shoulders, Herbal Essence dan Dove.
Haram....satu pun tak menjadi.
Aku yang tak berkelumumur pun kadang-kadang ada kelumumur balik sebab salah pakai shampoo.
L'oreal je tak pernah cuba lagi.
Sebab shampoo L'oreal mahal jugak kan.
Memang tu pilihan terakhir kalau nak beli.
Tapi disebabkan tengok rambut sendiri bersepah kat lantai....terus hati berkata 'ok aku kene try product ni.'

So weekend hari tu berjaya mengepow Incek Somi.
 New product from L'Oreal.
L'oreal Everstrong Reconstruct Shampoo & Conditioner

Shampoo ni adalah sulfate-free.
Menggunakan herbal sebagai bahan utamanya.
Beraroma Rosemary dan Juniper.
Berfungsi mengawal minyak pada kulit kepala dan secara tidak langsung mengawal keguguran rambut serta mengelakkan rambut menjadi kering.
Selain membina semula struktur rambut yang lemah, shampoo ni juga mengawal rambut dari menjadi kusut.
Lebih berkesan jika menggunakan Conditioner.

Cara penggunaan adalah mudah. 
Shampoo ni likat, so guna sikit je dah cukup.
Ratakan pada rambut yang basah, pastu massage kepala dalam 4 -5 minit.
Bilas sampai bersih.
Lepas tu, sapukan Conditioner pulak. Tak perlu sapu hingga ke kulit kepala sebab hujung rambut yang dah kering lebih memerlukan nutrisi tambahan.
Biarkan terperap dalam 1-2 minit, baru bilas rambut sebersihnya.




On 19 12 2011 was my first trial.
Superb! Awesome!
My hair so silky.
Sangat lembut dan sangat licin.
Very much different than before.
I'm impressed!

Lepas mandi....aku try sikat rambut.
Hasilnya masih ada rambut yang gugur.
Tapi aku rasa macam kurang.
Masa mandi pun selalunya gugur tapi tak sebanyak dulu.
Hmmm...tanda-tanda yang sangat baik laa kan.



 Pic 2 :: Rambut yang gugur selepas mandi dan telah menggunakan L'oreal Everstrong Reconstruct Shampoo & Conditioner.

 Sebelum tidur pula, aku pakai L'oreal  Everstrong Overnight Hair Repair Treatment ni.
Pakej sekali dengan Everstrong Reconstruct Shampoo & Conditioner.
Cara pakai senang je....sebelum tidur sapu je kat rambut especially kat hujung-hujung rambut.
Sama je macam pakai Conditioner tu...tak perlu sapu pada pangkal rambut, sebab hujung rambut tu lebih perlukan nutrisi tambahan.
 


 Selepas semalaman guna, bangun pagi terus sikat rambut.
Gigih nak tengok hasilnya kan.
Taraaaaa.....memang teruja!
Makin sikit je yang gugur.
Best best best....!

  Pic 3 :: Selepas semalaman menggunakan L'oreal Everstrong Reconstruct Shampoo, Conditioner & Overnight Hair Repair Treatment.

 Dan paling kagum bila waktu balik kerja semalam.
Bila tarik getah rambut langsung takde sehelai pun rambut melekat kat getah.
Wowwww...tak pernah berlaku macam tu.
Biasanya memang penuh rambut kat getah rambut tu.
Terus amik sikat plak.....and that's it.
Cuma beberapa helai je!!!

 Pic 4 :: Selepas 24 jam menggunakan L'oreal Everstrong Reconstruct Shampoo, Conditioner & Overnight Hair Repair Treatment.


Kesimpulan yang boleh dibuat, haku sangat soooooka!
Walau kocek agak koyak rabak.
Tinggal satu lagi product yang aku belum guna.

L'oreal Everstrong Deep Replenishing Masque

Fungsi masque ni untuk melembutkan dan melicinkan rambut.
Secara langsung sebagai nutrisi tambahan untuk rambut juga.
Cara guna senang je...lepas shampoo dan conditioner, sapu masque ni pula.
Biarkan dalam 5 minit, baru cuci bersih.
Kegunaan adalah seminggu sekali atau bila perlu.



 Tak sabar nak tunggu rambut panjang lagi.
Incek Somi pun dah cakap....simpan rambut panjang macam dulu.
Kalau dulu merungut tak nak simpan rambut panjang sebab selalu gugur, skarang dah tak merungut...
Macam tak sabar-sabar nak suh panjang cepat.
Paling best bila pakai shampoo ni terasa rambut macam tebal sikit.
Tak senipis dah sehalus dulu.
Wahhh....best! best!


Well....produk ni ada jual kat Watsons.
Skarang masih harga promosi.
Aku lupa exact price...ini harga yang aku ingat je laa k
Shampoo : RM24.00
Conditioner : RM24.00
Overnight Hair Repair : RM32.00
Masque : RM38.00
*Ni harga promosi...(lebih kurang yg aku igt). Normal price aku tak tau berapa.
Then bonus 50% point rewards bagi pemegang loyal card Watsons.
Harga memang boleh tahan, tapi worth it laaa sebab berhasil.
Apa pun kena ingat, tak semua produk sesuai untuk setiap orang. 
Lain orang lain keperluannya, so kita memang kena try and error.


 Last but not least...gambar atas ngan gambar bawah ni macam adik beradik tak???


ngeh...ngeh...ngehhh...pisnowor!




 Nota kaki :: Dis week balik JB. Ada 2 wedding nak kene attend....cousin & SIL.

Thanks for singgah dan membaca...



5 Crappers:

Unknown said...

wahhh entry yg best...akk br dok usha2 syampoo yang sesuai, sbb byk sgt rmbt yg gugur ni...sib baik ada info ni..thnks ye...sat g nak rembat syampoo tu gak ekekeke...watson here i come :)

Rose Emely said...

kak naemah....

hehehe...just shared. apa pun hasilnya depends pada condition individu tu...kalau sesuai mmg baguslaa. kalau sebaliknya, kene try yang lain pulak laa.. ;)

SYiDa k@RiM said...

ish..aku pon same la lysot...rambut gugur lepas beranak ni.. nk cube gak la.. tenkiu =)

Rose Emely said...

Shida....

hoyeah! hoyeah!
jom semua pakai pakai L'oreal...
hiks...welcome ;)

Anonymous said...

These modern fitness devices are worn about the waist, positioned appropriate about the abs and then
making use of what is identified as electronic muscle stimulation.



Also visit my web site; Http://Www.Prnewswire.Com/News-Releases/Flex-Belt-Review-And-Latest-Coupon-Code-Savings-Now-Featured-At-Awesomealldaycom-190317331.Html

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...