~♥~ STALKERS ~♥~


Friday, February 25, 2011

@}--- Testing testing !!!

1 2 3...Testing testing!

Once again! Testing testing 1 2 3....

Here we go!!!!!!

Yeay yeay....dah pandai dah hapdet blog dr tipon. Dalam banyak2 tutorial yg aku follow, dr blog Mai Korner juga yg mmbantu dgn jayanya. Tak sia2 keep track blog dia. Hehehe...tq sis!

See u later peps! Mmuahss

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 24, 2011

@}--- Peluang keemasan kepada Si Fotogedik!!!





 Click at any of the picture to get more info.
The best offer for Outdoor Portraiture session.
Grab it now!!!



Thanks for singgah dan membaca...


Tuesday, February 22, 2011

@}--- Cuti di hari Jumaat lepas...

Cuti bukan sebarang cuti, tapi cuti demi kepentingan sejagat.
Ahaks!~
Sejagat laa sangat. Cuti² pi buat HIV test lor....

Almaklumlaa nak kawenkan. So kenalaa buat HIV test.
Perak tak perak....tapi perak laa juga.
Tak penah amik tau pun HIV test ni cemane rupanya.
Takat yang aku penah dengar, kena buat ujian darah.
Huh! Sah² kene curi satu tube darah aku nih....

Planning asal aku nak buat kat Klinik Kesihatan Putrajaya jek, tapi takut kat Johor kang tak terima lak,
so aku balik buat test kat JB jek.
Hari Jumaat tu pi laa Q kat KK Hosp. Sultanah Aminah, JB
Nak kata cuak sangat tu tak laa, tapi sikit tu ada.
Takut kene cucuk jarum...heheehe
Sampai terasa nak pi shishi.
Incek Tunang lak tak kasi, takut jap lagi nak kena wat urine test dah takde urine.
huhuhuhu....berjam jugaklaa aku tahan.

Almost 3:00 p.m. baru nurse datang buka pintu bilik check-up.
Nurse lelaki youuuu....Abe Kelate agik!!!
hehehehehe

Dia panggil 4 org skali masuk bilik check-up tu
Siapa yg datang bercouple, dia suh masuk skali
Lagi senang, sebab lagi cepat siap...then leh balik sama-sama.

Best juga buat test ni. Tak laa seteruk yg aku fikirkan.
Sekarang dah mudah, dah pakai HIV test kit.
Dlm masa 30 minit dah dpt result.
Dan yg paling penting....takde der nak buat urine urine test ni.
Test darah jek sket....
Huh! Sia² tahan kencing!!!

Haaa ni contoh HIV Test Kit
Sempoi jek.
Macam Pregnancy Test pun hado.
Bagus jugak ek ada Self Test Kit ni.
Siapa² yg sker buat seks rambang tu, boleh laa test pasangan dulu.
Kalau negatif boleh teruskan projek.
hahahahaa........pangggg!!!


Yang ni contoh ekstreme. Sakit tu nak paksa darah menitik camtu.
Biasanya Self Kit ni ada sediakan pump tiub utk sedut darah tu.
So takde laa kene picit bagai nak rak cam nih.



Then after 30 minit, leh dapat result.



Nak dpt result tu kena tunggu palang merah tu naik...
Kalau dua² timbul maknanya POSITIF...so boleh laa jumpe doctor dgn kadar segera.
Kalau satu je timbul maknanya NEGATIF...then boleh laa kawen dgn selamatnya.
hehehehehe....
Dan opkos result aku NEGATIF...........yeayyyyyyy dah boleh kawen!!!



* sumber picca adalah dari Mr.Google. Ahaks!~ Dlm klinik kerajaan takde maknanya diorg nak layan kita snap picca nih...mao kena halau hado arrr....




Thanks for singgah dan membaca...

Monday, February 21, 2011

@}--- Cerita Detik 1 a.m.

Ini bukan kisah seram, tapi ini kisah gerammmm...!

Alkisahnya, semalam aku baru sampai Putrajaya dari JB.
Maklum jelah, skang ni ulang-alik JB naik bas je.
Takde dah nak drive² long distance ni. Membazir bayar tol dan minyak!
Lebih baik hire driver bas, then aku boleh lentok² tidur sambil hantuk kepala kat cermin bas tu.
Agak² pahala balik kampung berjemaah tu sama banyak tak dgn pahala sembahyang berjemaah?
Pangggg!!!

Ok ok sambung citer. FYI, fucking parking kat ERL/Putrajaya Sentral skarang ni dah start berbayar.
Aku selalu kalau nak balik kampung, parking je kereta kat open car park tu.
Senang sikit, then dekat dgn tempat tunggu bas.

Then, hari Khamis lepas berkejar laa aku ke tempat biasa.
Jenuh laaa aku tekan button ticket tu, haram tak function.

Tekan button help tu baru ada Mak Guard jawab, "Sila guna ruangan parking bertingkat utk waktu di luar waktu pejabat." Damn! Suka menyusahkan aku ke hulu ke hilir kan???
Dah laa start berbayar, fucking parking yg open tu cuma beroperasi dari jam 8:00 a.m. - 6:00 p.m. sahaja.
Patutlaaa aku tengok tempat yg selalu penuh kereta tu dah tak ramai.

Hangin jek aku. Aku sememangnya malas nak parking kat parking bertingkat tu.
Sebab utama, aku kalau dari JB sah² sampai Putrajaya ni tengah malam.
So kalau dah malam² dan sensorang, ade ke aku nak jalan jauh² naik ke parking bertingkat tu?
Hwaaaaa....sure takut². Eh tapi aku ni kan berani!
Nak tak nak, suka tak suka, memang kena parking juga.
Tu je tempat yang disediakan. Nak hegeh² sat gi kena tinggal bas.
Melalak plak tak pasal².

Aku sebenarnya tak paham sangat syarat bayaran kat parking tu kalau kita parking lebih dari 24jam.
Yang aku baca, sekali masuk RM2.00. Kalau 24jam diorg charge RM5.00. Keluar lebih pukul 1:00 a.m., diorang charge lebih RM1.00.
Ko paham??!!
Macam ular belit kan?
Kan senang ko tulis je, Siang RM2.00, Malam RM6.00.
So total Siang + Malam iaitu 24jam = RM8.00.
Betul tak? Then option pada pengguna, kalau rasa mahal tak payah laa nak parking kat situ.
Pi je tempat lain or else naik bas jek dari rumah!

Nak dijadikan cerita akibat ketidakfahaman aku ni, mlm tadi gelabah beruk tak cukup duit nak bayar fucking eh parking!!!
Damn bullshit!
Aku dah kira² dah dari hari mula² park kereta. Sure kena bayar RM20.00.
Yelah, aku tinggal dari hari Khamis sampai Ahad. 4 hari. So bajet RM20.00

Maka terhegeh² laa aku ke mesin autopay ini...!!!

Tup tup..........kene RM23.00 ko!



RM23.00 tu ok lagi, tapi dia tak nak terima duit RM50.00 haku!!!!!!!!!
Lima nam ploh kali aku cuba, memang tak nak terima.

RM50 tu laa paling kecik. (riak kejap. eh tapi tu je pun yg ada nak tunggu sampai gaji nih!)
Masuk kereta balik, korek laa duit pecah dalam purse, bekas syiling dalam kereta.
Masa tu duit kertas ada laa RM6. Duit syiling RM9. Baru ada RM15. Tak cukup weiiiiii....
Aku dah takde duit kecik dah.


Kat body mesin ni pun haramnya nak warning duit RM50 tak terima.
Langsung takde notes kata leh terima syiling, RM1, RM2, RM5 & RM10.
Macam gampang kan???
Tetengah malam, mane aku nak pi pecah duit. Kat ERL tu bukannya ada kedai 24jam.
Giler.....!


Tipon Incek Tunang, mintak option. Aku time tu dah tak leh nak fikir betul² dah.
Dah laa cuak tetengah malam. Sorang². Pempuan lak tu.
Kang kena apa²...melalak air mata darah mak bapak aku.
Incek Tunang takpe lagi, leh cari pengganti lain.
Mak bapak aku nak cari anak ganti kat mana? Bukan ada adik-beradik pun.
Ishhhh....seram ko.

Sambil² berdiri tepi tembok tu, nampak laaa pokcik² driver teksi ngan main daun terup.
Incek Tunang suh pi tanya, kot² diorg ada duit tukar.
Aku pulak fikir, aku ni perempuan.
Tak nak laa tunjuk aku ada problem time tu.
Hati ngan otak orang ni kita tak boleh jangka, kang ada yg berfikiran jahat?
Tak namanya cari padah???

Last option. Tipon housemate.
Sian minah ni, dah tido. Kena kacau. Sorry arr babe!
Tunggu la plak dia datang amik aku.
Jam dah kol 1 lebih...
Sampai² jek, terus je masuk kereta dia.
Dah duk diam², dia plak hulur, nah aku ada RM10.00. Korek² lagi dalam keter dia dpt lagi RM1.50
So, duit tadi collect² ada RM15 + RM11.50 = RM26.50
Haaaa....cukup dah. Dah leh balik dah. yeay....

Tengokkkk....syian tak kat aku. Kutip segala syiling syemiling yang hado.
Sampai kosong purse, kocek, dalam keter. Ada belen pun singgit dua jek.
Nak kuar parking punya pasal.
Tak kisahlaa, janji selamat.


Tiba-tiba setelah masuk kad parking....korang agak² apa?
Meh kita tengok sama²...   
* * * * * * * * * * * * * * *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Taraaaaaa..........


RM28.00  kauuuuuu...................!!!
Damn bastard!
Sebab time ni dah kol 1:17 a.m.
Berpeluh² aku kol 1 pagi tu kira duit syiling.
Nasib baik cukup lagi RM3 ngan balance syiling² yang ada.
Macam gampang Putrajaya Park and Ride nih!!!



Thanks for singgah dan membaca...

Friday, February 18, 2011

@}--- Keyboard zaman kanak-kanak...!

Salam Jumaat yang mulia...

Korang kerja, aku cuti. Korang tak kisah pun kan? Aku laaaagilaa takde hal!
Well, cuti pun bukan sekadar cuti. Ada perkara yang nak kena settle.
Sebab tu kena korban hari bekerja, which is mean perkara nak settle tu adalah kena mengena ngan office hour.

Bila kat rumah ni, tetiba terpandang koleksi lama.
Barang mainan lama, zaman kecik² dulu.
Korang ada simpan lagi tak?
Yang mana adik-beradik ramai tu, sure simpankan?
Alat mainan turun-temurun.
Cam haku ni takde laa temurun sangat, sebab takde adik-beradik.




Haku kecik² dulu men menatang ni. Keyboard! Sempat laa belajar intro lagu Ulik Mayang.
Sampai skang pun aku ingat lagi key dia.
Aku dapat keyboard ni masa umur aku 9 tahun.
Now, dah nak masuk 27 tahun.
Means, dah 18 tahun ada dalam simpanan.
Walaupun rumah aku huru hara kejap sebab pindah randah kerana banjir, keyboard ni still selamat.
Tak pernah laa berendam dalam banjir.
Still in good condition.
Cuma skang ni kurang sket la, sebab dah lama tak on. Kadang² sound tu hilang² kejap.

Keyboard ni masih baik samada aku ni bukan seorang yg ganas, or disimpan dengan baik or sebab Ayahanda beli jenama YAMAHA. Which is mean super brand for music instrument.
Masa mula² beli, ada skali buku note lagu.
Lagu² omputih la. Especially Chrismas Carol.
Kebetulan laa zaman skolah rendah dulu ada belajar muzik kan?
So agak senang laa nak letak kod lagu tu not A, B, C, D, E, G or #

But, after 18 years, keyboard ini telah diserang oleh makhluk kecil ini.
Si Arissa Rania @ Memey!
Kalo dah si kecik ni yg tekan, kirim salam laaa kalo nak suh dia tekan slow².
Men hantam jek...takde kesian punye tekan.


Haaa time ni aku duk cover² jemari dia supaya tekan slow². Sayang tu... aku tak penah nak men ganas² dulu.
Bak kata mama Arissa, kalo bagi Arissa ni kompom tak sampai 18 jam.
Hwaaaaa....sabar je lah.


Budak notty yang tak makan saman!!! 
Sangat geram hokkay...
But menyampah bila dia bahasakan diri dia Memey.
Bluekkkkk....bajet cun sangat nak panggil Memey!!!




Thanks for singgah dan membaca...

Thursday, February 17, 2011

@}--- Carl-see-umph!!!

Entry gedik-gedik dan poyo-poyo!



Sila tenung pic saye ini.
Ada perubahan tak? Ada nampak tak? Makin cun kah?
Sure korang jawab tak...hehehehe....
Entry ni bukan pasal make-up.
Bukan juga pasal gila bergambor.
Apatah lagi pasal kelangsingan. Jauh skali bab diet.

Entry kali ni adalah kerana ke'poyo'an nak war-warkan satu donia blogger.
Bahawasanya, aku kini peminum susu Anlene.


Ehem....sungguh tidak sangka kan?
Ye...aku mmg tidak suka minuman bersusu
(tak laa reject terus, minum gak...tpi kena berperisa laaa...pure white tak leh telan okay!)
Tapi masih berhajat mau menambah kalsium di tulang-temulang demi kesejahteraan masa depan.

Dapat hidayah masa lepak² dgn officemate kat Mc'D last week.
Sebelum rapuh dgn rakusnya, baik kita top-up lubang² yg mula menyerlah itu.
So, sempena cuti Maulidur Rasul, aku gagahkan diri pi laa Carrefour, Alamanda tu nak beli susu Anlene.
Gila tak menyaborkan?
Tengok² paket paling kecik 700mg.
Alamak...byk tu. Aku ni dah laa memang tak minum sangat susu.
Bab² nak membancuh air ni pun liat.
So, demi mengelakkan pembaziran....Aku grab yg ready to drink ni.


Dalam ni ada 4 kotak kecik. Kat Carrefour, harganya RM5.95.
Kalau sehari 2 kotak kecik, korang kirala sendiri berapa banyak nak kena sediakan.
Aku takde laa nak minum  hari-hari. Selang seli ngan minuman lain. Baru rare!!!
Eh...ade camtu lak kan? Pastu kecoh nak war² ko peminum Anlene...
hehehehe...saje nak wat entry. Dah takde story....

Wokeh....chau chin chau...
Psst..psttt....mlm ni mao lek JB. Esok ponteng! Jangan bg tau boss tau... (^_^)



Thanks for singgah dan membaca...


Wednesday, February 16, 2011

@}--- Gila Contest !!!


Siapa kat sini gila join contest??!!
Game mudah untuk warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Tak payah nak keluar² office, sambil² take 5 pun leh main game.
Dari korang keluar² smoking or curi² ngumpat, 
baik korang join game ni.
Ada faedah gak kan. 
Untung² leh menang McBook Air.
Berbaloi-baloi kan???
So, nak tunggu ape lagi? 
Click je mane² link tu...leh baca terms and condition.
Happy gaming guys!






Thanks for singgah dan membaca...

Monday, February 14, 2011

@}--- Get well soon daddy...

Ayahanda shayer warded dari pagi Ahad jam 2 a.m.
Now still in ward.
Mula-mula allergy sebab salah makan ubat.
Lepas check up, doc kata HB rendah.
Pagi tadi call, paras gula ada sikit naik.
Hurmm...for better result,
'Ayah duk la lama-lama sket kat spital tu. Pakej isteri-hat'
hehehehe....
Get well soon ayah... 
Weekend nanti kita jumpe k....



~*~ LOVE YOU AYAH ~*~



Thanks for singgah dan membaca...

Wednesday, February 9, 2011

@}--- Si Pemalas

Hai hai bye bye...
Dah sampai mood malas hapdet blog nih...
Camno nak buat...
Cerita hado...nak create entry malas...
Kene plak hari ni fenomena ISO...
Sure berkepuk-kepuk tahap kemalasan...
Oleh yang demikian....
Aku duk diam mengadap home page blog ni jek...

Untuk kesekian kalinya....
Incek Tunang ada kat sini...
So lebih baik kita dating...
Dari berpoyo-poyo create entry...
Tata....
Nak gi ngedate....!


p/s :: Alice...kalo ekau baca...nanti2 saja ku grab tag kamu itu ya... hehehehe yg pasti daku jua sweet seperti segala gegula di donia. Manis manis tetapi membunuh dalam senyap! hahhaaha

Thanks for singgah dan membaca...

Wednesday, February 2, 2011

@}--- Eskrim eskrim...Sherbet

Korang pernah makan Sherbet Ice-Cream Magnolia tak? Aku rasa ice-cream ni baru kot.
Eh...ke aku yang selalu ketinggalan zaman? Yang pasti aku memang tak sure ice-cream ni baru or lama.
Tapi tak kisahlah....just nak share. Sebelum ni kalo ice-cream sherbet type ni aku makan yang kat Baskin Robin je.
Brand lain tak pernah lak rasa. Tapi tiba-tiba terserempak dengan Sherbet Magnolia ni.
Not bad laaa. Ni pun aku makan masa kat Pahang hari tu.
Kebetulan Incek Tunang isi minyak, aku pun nak isi tekak. hehehehe....laju jer pegi kat peti ice-cream tu.
Ada banyak perisa actually, tapi aku lebih berkenan perisa manggis ni. Tak pernah lagi rasa ice-cream manggis kan?
Yang lelain tu macam biasa la oren, tembikai susu dan laici.
So, better kita rasa perisa yang jarang-jarang jumpa.
First impression, not bad! Tak terlalu manis dan tidak masam. Sesedap rasa.
Semangkuk kecik tu habis tak sampai 5 minit...! Next time leh cuba flavour lain plak.
Highly recommended!
Sila laaa rasa yer teman-teman.




Aku blog walking tadi tiba-tiba terjumpa satu entry pasal Sherbet Magnolia ni.
Agak-agak aku nyer promo ni tak menaikkan nafsu korang nak merasa Sherbet ice-cream ni,
sila laa jenguk-jenguk entry Mr. Curly Keli  ni.... baekkkk punya promo! =)



Thanks for singgah dan membaca...
 

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...