~♥~ STALKERS ~♥~


Thursday, December 30, 2010

@}--- Hip hip hooreyyy...!

Esok cutiiiiii....! Esok cutii weiii...!
hehehe....excited macam laaa kita yang sumbangkan kemenangan.
Ehh korang tau kan aku citer pasal ape?
Selagi korang rakyat or pemastautin tetap kat bumi Malaysia yg bertuah ni, kot laa korang tak tau citer kan?

Ishhh memang tak logik. Lain citer laa kalo korang memang jenis tak amik tau.
Tapi kalo aku pun, kalo tak amik tau pasal bola, pasal cuti sure aku amik tau.
Yelahh sape yg tak nak cuti free kan? Lagi-lagi manusia mcm aku ni, yg tengah-tengah tahun lagi dah kehabisan cuti tahunan.
So, azam 2011 aku nak kawal tempoh bercuti aku. Aku berazam untuk lebih rajin bekerja.

Ehhh boleh caye ke?
Tahun depan kan dah kawen...Insya-Allah, sure aku lagi banyak cuti. Ye laaa...konon-konon nak laksana tanggungjawab utk suami. ahaks!~ bleh gitu?
Tolong laaa percaya, memang aku akan pulun cuti cukup-cukup!

Apa-apa pun, tahniah laa pada skuad bola sepak Malaysia kerana beraksi dgn penuh gagah dan berani mengharungi pelbagai cabaran, tak kira samada di padan atau luar padang.
Cuma aku tak puas hati si Julia Perez tu tak kuar-kuar ngan coli laser dia. Aku baru nak amik ilham utk malam pertama nanti... kasi laki aku mata pinar-pinar sket. kikikiki

Well, apa agenda korang esok? Cuti dah jadi 3 hari termasuk weekend. Mesti gi jalan-jalan sambut new year kan?
Ha ni lagi satu rugi. Cuti new year jatuh hari Sabtu. Ishhhh...rugi rugi. Tak leh dpt cuti ganti.
Aku mungkin balik JB lagi malam ni.

Nak wat camner, Ayahanda pepagi hari dah tepon suh balik JB malam ni.
Siang sikit, Mak Bonda pula cucuk jarum suh balik.
Siang lagi sikit, Incek Tunang lagi laa setuju suh balik. So kesimpulan, kena balik.
(hwaaaaaa baru plan nak sambut new year kat Putrajaya...) hahahhaa...poyo jek.

Tak penah hayat aku nyambut new year ni bagai...! Baik tidur kat umah lagi bagus dari bersengkang mata tunggu detik 12 mlm. Pastu nak count down terpekik2 sampai sakit tekak. Kalo tidur kat umah kan lagi nyenyak kan? Selesa gitu.... =)

Ok...now nak sambung kijer jap. Dah abes merapu dah ni. Nak settle kijer-kijer yg tertunggak seblom masuk 2011. Pastu nak prepare sket-sket untuk kerja-kerja tahun 2011. Hopefully, semua berjalan lancar.

Dengan lafaz Bismillah....aku sambut kedatangan tahun 2011. Semoga tahun hadapan memberikan aku kehidupan yang lebih baik dan lebih sempurna. Semoga aku sentiasa di lindungi di bawah lembayung Islam oleh Allah s.w.t dan terpeliharalah aku dari segala kemungkaran. Aminnnnnnnn.... ♥


Thanks for singgah dan membaca...


1 Crappers:

Anonymous said...

Ιt is аpρropriate tіme to make
some plans fοr the future and it's time to be happy. I'νе
read this ρost and if I сould I want to suggest you
few іntereѕtіng things or аdvice.
Perhaps yοu cоuld writе neхt artісles referring to
this articlе. I ωiѕh to reaԁ even more thingѕ abоut it!


Tаke a look at my web blog :: small loans

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...