~♥~ STALKERS ~♥~


Tuesday, December 21, 2010

@}--- Usah pilih kasih antara anak², Untungnya aku si anak emas!

Syian blog haku ni sunyi. Tu arrr sape suruh tak hapdet... padan laa muka haku!

Bukan malas hapdet. Tapi takde story nak share. Last weekend pun biasa² jer. Lebih² lagi Atok aku sakit. So lebih byk habiskan masa dgn dia. Bila orang tua tu dah ada kat rumah aku, automatik laaa rumah aku penuh. Sekejapan ada je yg dtg bertandang. Bukan laa sesape pun, pakcik² & makcik² aku juga. Tak semena-mena kenalah masak lelebih sket. Mujur mak long aku ada...hiks bertungkus lumus laa memasak 2 beranak. Mak Bonda baik je bersila mengadap bapak dia. Tak jenguk dapur dah...

Bila dah ramai² tu, mcm² laa cerita keluar. Dan aku sgt tertarik pd cerita perihal si anak. Aku nak describe mcm mana pun susah. Nama pun manusia. Macam² perangai hado. Pantang-larang pulak, jgn nak mengata org, nanti esok lusa balik kat kita semula. Simpang malaikat 44...minta dijauhkan.

Aku bukan nak mengumpat mengata....tapi itu laa hakikat. Aku nak mengata nasihat laa juga kat parents yg ada anak lebih dari sorang ni. Jangan laaa pilih kasih antara anak². Mentang² yg sorang ni lebih pandai, lebih cantik, bekerjaya....mak bapak lebih kan yg ni sorang je. Kena laa pulak sorang lagi tu kurang bernasib baik, tak secerdik mana, tak bekerjaya, tak berupa paras....mak bapak berkira² lebih pulak dgn yg ini. Kan nampak ketidakadilan disitu.

Jgn disangka yg belajar tinggi², kerja bagus², ada rupa paras tu mampu bela mak bapak di hari tua nnti. Silap² anak yg takda apa² kelebihan di dunia ni laaa yg esok² sanggup pikul beban bela mak bapak. haaa time tu laa baru mak bapak rasa nak menyesal dulu² buat tak endah je dgn anak yg sorang ni dek kerana lebih kan yg sorang lagi.

Lain laa haku ni. Aku memang bukan nak berlagak, tapi dah memang rezeki aku dilahirkan sebagai Anak Emas. Sah-sah laaa aku tak pernah rasa perkongsian kasih sayang. Jgn kata kasih syg...semua benda laah. Aku sorang je yg punya. Tapi tu masa kecik² laaa...bila dah besar ni beban tanggungjawab pun terpikul sama. Yelaah sape lagi nak diharapkan. Itu pun....aku rasa Incek Tunang byk membantu. Walaupun belum jadi menantu, tapi tanggungjawab sebagai anak lelaki dah terpikul di bahu dia. Terima kasih Tuhan kerana menemukan aku insan sepertinya. Terima kasih abang kerana kau sangat memahami.

Kepada si anak tu pun....jgn laa nak amik kesempatan. Mentang²laaa ko anak kesayangan. Jgn laa di waktu² senja si mak bapak ni ko nak bebankan diorg lagi. Fikirlah secara meluas. Byk jasa mak bapak yg kita takkan mampu nak balas dan bayar balik. Cukuplah sekadar kita menyenangkan hidupnya. Beri kegembiraan di hari tua mereka. Tak rugi berbakti dgn org tua. Hidup akan lebih tenang bila mak bapak kita gembira dgn kita. Berkat hidup kita nanti.



Nota hati :: Aku sayang mak ngan ayah aku... ~♥~





Thanks for singgah dan membaca...

0 Crappers:

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...