~♥~ STALKERS ~♥~


Friday, December 24, 2010

@}--- Bila aku masuk shopping mall sorang²...

Tajuk macam nak ada insiden tragik kan? Tak tragik mana pun.... sendiri juga cari pasal.
Ok ok....kita start cerita.
Petang semalam, jalan² ke Alamanda. Mana lagi nak pergi kalau kat Putrajaya ni kan.
Boleh je nak pergi JJ kat Equine or Puchong, tapi weekdays ni malas la. Sure jammed!

Motif utama adalah nak buat gambar passport. Esok nak pergi kursus kahwin.
So kena buat gambar passport.
Mesti pelikkan, apa kena mengena gi kursus kawen ngan gambar passport?
Haaa jgn tak tau, kat Johor je sijil kursus kawen tu nanti ada gambar.
Kompem orang tak boleh duplicate...! 

Dah pi snap gambar kena tunggu 15 min. Sambil tunggu aku jalan² dlm Carrefour.
Nak cari menatang ni haaa....


Cita-cita besor tu...nak baca buku dlm bas time² balik kampung. Gila poyo!
Tengok tu buku apa....Indahnya Hidup Bersyariat - Ustaz Ismail Kamus!
Hahahaha...mcm tak caya je kan. Eh tapi buku ni best woooo...siap gambar berwarna tu.
Real picture tau...bukan ilustrasi. Ni kira motif no.2 laaa nak gi beli buku ni. (konon² persediaan nak kawen....aicehhh)
 

Tak sempat gi beli buku, aku dah rembat menatang lain.
Taraaaaaa.....


Tukar case fon lagi. Yang ni tak tau laa berapa lama je aku pakai... Gatal kan?
Yer aku mmg tak boleh tengok benda² colorful yg menarik minat aku...sekian, harap maklum.

Ok sambung cerita.
Dah amik gambar passport. Apesal muka aku macam orang sakit ekk? Abaikan ia disitu.... =(


Masuk MPH plak. Mencari-cari buku Ustaz Ismail Kamus tadi.
Skodeng punya skodeng....tak jumpe.
Tanye promoter tu, dah SOLD OUT!
Arghhhhhhh....baru semangat nak pupuk ilmu di dada.
Sedih hokkay....

Ngadu ngan Incek Tunang.... seb baik dia kata beli je buku lain yg seakan-akan.
Pusing-pusing kat celah-celah rak tu...aku amik laa buku ni.
Formula Solat Sempurna.... kita mulakan dgn tiang agama.
Harga buku ni RM25.90. Kadar mampu milik.
Ehhh korang doakan aku rajin membaca yer....hihihihi (ada tanda² tanduk mula tumbuh...)
 

Tak habis kat situ. Aku kan dah kata, aku mmg gilakan benda² yg colorful.
Ni sebahagian koleksi yang aku suka. Pen color color. Warna hijau muda tu baru je aku rembat.
Sebab tu ink dia banyak lagi....
Motif beli pen hijau muda ni sebab esok nak pergi kursus kawen.
Nanti nak conteng-conteng senang.

Soalan korang :: Eh mcm tak boleh guna pen biasa pulak kan?
Jawapan aku :: Kata majlis ilmu, kenalaa pakai pen warna hijau.

Hijau tu kan macam sesuai je dengan keindahan Islam ni kan. Tapi aku bukan ahli parti PAS k!
 

Dah amik pen, korang ingat terus gi bayar ke? Jangan harap... sure mata melilau-lilau.
Tengok magazines...tapi yang biasa aku beli dah beli pun last week.
So pandang sekali lalu je.

Tiba-tiba.....lalu kat almari kaca. Berkenan kat menatang ni pulak. Lama hokkay aku tenung menatang nih.
Berkira-kira berapa laaa harga. Nak tengok harga, berkunci kot almari ni.
Nak tanya promoter, malu... kang kalau mahal, aku tak jadi beli, tak ke kena kutuk? Ni persepsi aku laaa...
Sekian lama aku tenung atas bawah...baru aku perasan kat cermin tu ada tag PUSH.
hahahaa....sengal. Tekan je...dah terbuka. Ape lagi...belek cecepat.
Owhhh tak laaa mahal sangat. RM36 jek. Under budget lagi....
Tak semena-mena, menatang ni dah ada kat rumah aku....lalalalaaaa

Tapi kan.... aku pun tak tau aku nak wat ape ngan menatang ni. kah kah kah
Ada sifat-sifat syaitonirrajim di situ. Membazir!!!
Motif beli sebab menatang ni kaler pink.
Aku ulang lagi, aku kan tak boleh tengok benda² yg colorful!

  
Kalau aku dapat beli buku Ustaz Ismail Kamus tu, kosnya baru RM55.00.
Tapi now dgn buku Solat, pen hijau dan caption maker ni....total kos dah jadi RM66.00!!!
hwaaaa....tak pasal-pasal jer.
Ni laaa akibat BILA AKU MASUK SHOPPING MALL SORANG²... takde yg nak pantau. 

Siap bayar, cepat-cepat lari. Pergi cari makan pulak. Perut dah bunyi-bunyi.
Bab ni kena pantau, Incek Tunang suh makan yang ringan-ringan je.
Salah satu kaedah suruh aku diet!
Ok aku dengar kata, tapau laaa Crispy Popiah ni.

Korang tau apa ada dalam tu? Mesti tak tau kalau aku tak cakap kan?
Takde maknanya aku nak beli Crispy Roll yang biasa tu....
Kompom tambah Chicken and Cheese. Ulang lagi sekali....Chicken and Cheeseeeeeee!!!
Berkaedah ke nak diet? Memang tidak sama sekali....hihihihi
Sssyyyhhhhhh....Incek Tunang tak tau nih. =)


Akhir kata, malam tadi testing booklite ngan buku baru. Ok kan kalo baca dalam keadaan gelap.
Ehhh....korang caye ke aku baca malam tadi?
Sila jangan terpedaya, tapi kalau fikiran baik, Alhamdulillah...aku doakan syurgalaa tempat kalian.

** Aku snap untuk demo booklite tu je. Dah snap, tutup letak kat meja semula. hahahahaaaaa


Ok chau... Tetiba banyak pulak kerja datang. Aku dah semangat nak balik kampung.
Takde perasaan dah nak buat kerja-kerja ni.
Kompem buat ala kadar jek....lantokkk laa labu!




Catatan Bunga Telur :: Dalam masa seminggu ni, aku cuma cantum²kan manik dan lilit dawai dgn reben. Tak tercantum menjadi kuntuman yg cantik lagi. huhuhuhu...bila laa nak siap nih...!




Thanks for singgah dan membaca...


0 Crappers:

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...