~♥~ STALKERS ~♥~


Monday, December 27, 2010

@}--- Sizzling Stone Grill

Jalan-jalan cari makan lagi.
Ni aktiviti selepas tamat berkursus semalam.
Niat di hati nak makan kat A&W jer.
Dapat waffle ngan ais krim plus rootbeer float kat best kan.
Malangnya kat JB cam dah susah nak cari A&W sekarang ni.
Dan dan laa teringat kat Alamanda tu tercongok A&W, tapi tak plak berhajat nak makan kat situ.
Manusia ni pelik-pelik kan???

At last, menapak ke Pelangi Mall je. Jumpa laaa Sizzling Stonegrill ni.
Aku dah lama nak masuk StoneGrill yang kat Jusco Tebrau, tapi asik cancel jek.
Incek Tunang mesti tukar menu.

Tapi lately ni, dia sedang bertekak western, so dapatlaa juga try makan atas stone ni.
Kat Pelangi Mall ni restoran dia tak cantik sangat. Cantik lagi kat Jusco Tebrau.
Deco semua berasaskan stone. Boleh feeling feeling zaman Flinstone.
So sesape nak try, kat JB tu silalaa ke Jusco Tebrau.
(korang boleh je google image kalo nak review)
Kat KL aku tak tau kat mana.
Ada atau tak pun aku tak tau. heheehe korang google laa sendiri.

Ok ok...jom kita layan gambar...


Antara menu yang ada. Harga pun boleh tahan...
Oklaaa takde mahal sangat.




Haruslah ada muka ini b000dak.
Dan saya sayang sama ini b00dakkk...


 

Air biasa je, Ice Lemon Tea.
Ice bled pun menarik. Tapi takut muak. So ini yg terbaik, ada masam-masam sket.


Yeahhhh.... ini menu aku Grilled Chicken Surf !
Di datangkan bersama prawn, nasi goreng dan sweet corn.

 

Closed up sket !
hehehee...semua mentah hokkay. ko tunggu laa sampai masak atas stone tu.
Nasib aku order chicken, kalo tetiba aku buang tebiat amik steak?
Kompom daging tu merah merah....half done! euwww....

Ok dah sampai mcm ni jgn korang biarkan.
Sila laaa balik balikkan ayam and udang tu or apa-apa menu yang korang order la. Kang hangus sebelah pula...sebelah lagi mentah.
Nak lagi best korang sapu laa sket black pepper sos yang tersedia tu.

Dah masak lauk-lauk ni, korang boleh turunkan atas piring yang disediakan.
Then, korang leh panaskan pulak nasi goreng yang kat tepi tu.
Baru leh makan panas-panas.
Kalo takde kejer, boleh jugak panaskan sweet corn tu.
Harga Grilled Chicken Surf ni cuma RM19.90

*Gambor sesi memasak tak dan snap, sebab dah kebulur. Makan je laa, xde nak snap snap dah.




Ini menu Incek Tunang. Aku dah lupa nama menu ni.
Kalo tak silap Spaghetti with Spicy Salmon. Lebih kurang kot camtu namanya.
Ada option samada nak Tuna or Salmon.
Harga Spghetti ni RM9.90.


Time makan tu, ada table lain order Grilled Salmon.
Sangat menarik hokkay.
Incek Tunang dah terliur tengok Salmon selambak atas stone tu.
Mamat ni memang gila Salmon. Seb baik dia kata tahan perasaan, lain kali leh return.
hehehehe....nasib nasib...!

Dah kenyang, bergegas ke Larkin. Buat ape?
Balik Putrajaya laaaaa....ape lagi!
Kalo tak cemane aku nak update blog pagi nih.... =)



Nota kata :: Terpaksa cancel pergi kursus. Ada kerja yg lagi penting nak kena settle. Apasal laaa diorg ni suka sangat menyusahkan aku....huhuhu (T_T)



Thanks for singgah dan membaca...

0 Crappers:

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...