~♥~ STALKERS ~♥~


Monday, December 6, 2010

@}--- What happened last night?


Okehhh itu bukan tajuk sebenar cerita hari ni...tapi itu persoalan di baju aku. hiks.... gediks!

Story of the weekend!

Last weekend agak meaningful sebab Mak Bonda dan Incek Tunang ada bersama. Jalan-jalan tinjau-tinjau sampai duit aku habis. Lepas ni jangan tanya, mana pergi duit imbuhan RM500 yg kerajaan bagi. Semua settle dalam masa 3 4 hari lepas. Totally aku yg sponsor. Terima kasih kerana aku jd seorang yg pemurah.

Mulakan hari Sabtu dengan menjelajah ke MAHA 2010 di MAEPS Serdang. Semua gara-gara Incek Tunang yg tak menyabor, kol 7 dah terpacak kat tapak MAHA tu. Gila ko...umat peniaga pun tak bangun tidur lagi. Punyalaa semangat!!! Tapi ada faedahnya, kitorg boleh parking betul-betul sebelah kawasan food court dekat dengan area exhibition hall tu. So takde laa susah payah naik transit or tram dari car park ke exhibition centre.

Inilaaa faedahnya bila sampai di tempat kejadian terlebih awal dari kejadian. Ayam KFC pun tak sembelih lagi hokkay...!
 Haku suruh kerja...ko bantai tidur ye Pak Guard!!! (credit to Incek Tunang sbb snap juga pic abg jaga ni yg dah senget-senget kengantukkan..)



 Yeahhhh...with Mak Bonda..! Kepink gituuu....ahaks!~


Sila lihat bebetul...jejaka yg sedang berdiri berkaca mata bingkai hitam seolah-olah sedang memberi penerangan tu adalah Ayahanda beta! Singgah booth beliau utk menjengah saja...tiada niat lain.


 Bergambar kenangan bersama Kerapu Harimau. Masak stim pun sodap nih...!!!



 Satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu Malaysia!!! hahaha...awat kat picca ni Mak Bonda ceria jer???



 Yeahhhhh....susunan sayur-mayur yg dah lisut misot... ehhh mcm nama panggilan dak-dak ofis kat aku plak!


Then bergambar kenang-kenangan dengan lembu-lembu berbaka pelik-pelik. Siap ada yg berbaka limousin. Perghhhh...dasat. Kacuk ngan lembu dari mana laa gamaknya nih. Kalo sembelih pun...belum tentu aku selera nak makan. Gila besar!


Incek Tunang pun tak lepaskan peluang. Cantik warna lembu ni. Ada juga yang kaler kepink! Tapi tak dan nak snap....time tu dah hujan renyai-renyai. Better blah cecepat. Cian kat Mak Bonda dah kepenatan berjalan...



Habis kat MAHA....kitorg berdesup ke Nilai 3. Shopping munge-mungean. Sakan memilih munge sampai lupe nak snap snappy picca. Alaaa Nilai 3 je kot....tak payah snap pun org dah leh bygkan tempat tu cenggane. Kan kan kan...?


_______________ ***** _______________



Now starting the Matahari-day with drift car crash. Tapi sebelum tu dah pi sarapan kat mamak kembar. Apa lagi menu kalau bukan tosei. Syiok wo...  

Drift ni tak start lagi, diorg ni baru warming up je. Start pukul 11 actually. Disebabkan rushing, so tak boleh nak tunggu lama. Tengahari nanti Mak Bonda dan Incek Tunang dah nak  balik JB. So tengok diorg training je laa dulu. Incek Tunang dah bengang dah...tak dapat hadap kereta-kereta ni lelame. Tu laaa...haku dah kata amik bas petang tak nak. Nakkkkk juga balik tengahari... padan muka! keh keh keh




 Lepas drift ganas-ganas, kitorg gi manja-manjakan diri kat MyCATs 2010, PICC. Diorg buat show kucing antarabangsa. Ramai yg join. Ada dari Indonesia, China, US dan ramai lagi laaa. Sesiapa yg minat dengan kucing, mmg tak rugi pergi tengok. Actually ada pertandingan di kalangan kucing-kucing ni. Ada laaa beberapa kategori yg dikhaskan. Majoriti kucing-kucing ni ada medal.




Picca tak leh snap memanyak sebab mostly kucing dalam carrier or sangkar cun diorg. Perghhh  mmg gila-gila punya minat kucing. Aku rasa sikat bulu kucing tu lagi mahal dari sikat rambut owner nya... But mmg enjoy tengok kucing-kucing tu. So sweet, cute, manje gituuuu....

Dalam banyak-banyak kucing tu, aku paling suka ngan kucing ni. Baka Parsi juga ni. Tapi gebus gila. Warna totally putih, kecuali atas kepala tu sikit warna hitam. Nampak macam dia pakai ribbon. Muka dia kecikkkk je. Geram aku. Kalo dapat gomol sure best nih....



Siap merayap-rayap, pergi makan kat Presint 9. Pekena nasi ayam kegemaran kami. Then hantar Mak Bonda dan Incek Tunang ke Bukit Jalil. Balik JB naik bas sajok.... Wokehhhh tu je citer weekend haku. Petang selebihnya...aku  bantai tidur kat umah. Penat seyhhhhh....



Thanks for singgah dan membaca...

0 Crappers:

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...