Pagi hari ke-2.
Pukul 6 dah kena gegar pintu bilik ngan Mak Bonda...ajak turun pi Pasar Satok.
Haa kat Pasar Satok ni kira macam pasar minggu laa kat tempat kita ni.
Bezanya, dia buka dari pagi Sabtu sampai tengahari Ahad.
Malam tu tutup laa....
Kat sini boleh laa nak beli hasil tani.
Memang segar-segar directly dari petani.
Kita layan pic laa ek...
Inilah rupa Pasar Satok.
Sekeliling tu gerai-gerai menjual hasil tani.
Tapi petang sikit ada juga laa jual baju-baju dan cendrahati.
Murah juga laa beli kat sini selain di Masjid India.
Pic kat bawah ni takde apa yang luar biasa pun.
Cuma aku suka tengok dia ikat sayur-sayur tu.
Ko rajin nak ikat daun kucai tu sama rata je getah-getah tu semua?
Susun sebaris jek....daripada tak nak beli terus rasa nak beli sebab nampak kemas dan rapi.
Atok aku memang peminat tegar keladi.
Pergi Sarawak pun cari keladi.
Adoiyaiiii....takpe Tok. Beli tok beli....baggage ada 40kg standby!
Kat sebelah tu menantu mithali a.k.a Ayahanda beta....setia tolong pilih keladi.
Hai laaa keladi Sarawak...comei comei!
Tengok! Tengok! Tak cukup atas meja....bawah meja pun dia godeh.
Labu sayong pun nak juga...
Beli Tok beli....asalkan dirimu bahagia...
Gila besor pelam ni.
Tak tau laa pula rasa dia manis or masam.
Tokei kedai pun tak nak letak tester.
Penggemar nanas Sarawak!
Masa aku amik pic ni tokei kedai tu siap interview nak bawa balik gambar ke mana.
Jawab KL je...terus dia kata kat KL pun dah ada orang tanam nanas Sarawak.
Nun kat Chow Kit.
Tapi pakcik....kat Chow Kit tu benih nanas Sarawak, bukan tanah Sarawak.
Tak sama lohhhhh....hehehe auta!
Jom main meriam buluh!
Eh tapi ni kecik je kan? Untuk ladies ok laa kan...
Punya laa banyak buluh kat sini, sampai buluh muda ni pun boleh jual kat pasar.
Ni a few pic yang jarang kita jumpa kat Semenanjung...or maybe takde jual langsung!
Obor-obor basah dan obor-obor masin.
Buah macam gasing.
Korang penah jumpa?
Spesis terung...tokei ni cakap masak dalam gulai sedap!
Kalau jumpa mau bebudak ni buat gasing dalam umah.
Tapi unik! Selalunya tumbuh di tepi laut....
Lada!
Selalu aku jumpa kat Kelantan.
Sebab dekat ngan Siam kan....makanan pelik-pelik or bentuk pelik-pelik ni selalu datang dari Siam.
Yang ni kompom aku tak tau sayur apa.
Nampak macam sedap je kalau masak lemak....huhuhu
hahaha....ikan yu besor.
Yang pegang tu pun besor...ahaks!
Tokei kedai siap perli...amik gambar free je dik...hawau tol!
Last dari Pasar Satok.....ulat saguuuuu!
Masa mula-mula dengar akan keenakannya, terasa teringin juga nak rasa.
Tapi bila tengok dia bergerakkkkkkk......arghhhhhh lintang pukang aku lari.
Geli dohhhhhhh!
Okeh.....kita tinggalkan Pasar Satok.
Now otw ke Kampung Budaya, Santubong.
Aku tak pasti samada betul atau tak pic ni pic Gunung Santubong.
Sebab lokasi memang menghala ke Santubong....
Culture Village tu pun memang dekat-dekat ngan Gunung Santubong.
Welcome abroad!
hahahaha...gila mahal hokkay nak masuk Culture Village ni.
Tapi berbaloi-baloi...memang puas hati.
Harga untuk Senior Citizen (berumur 55 tahun ke atas), Student and Junior Citizen = RM30
Harga untuk Adult = RM60.
60 hokay....huhuhu
Masuk sini korang akan dapat satu passport untuk amik cop kat setiap rumah yang korang lawat.
Then boleh buat kenang-kenangan laaa passport tu.
Banyak sangat pic kat Kampung Budaya ni.
Aku pun dah tak tau rumah suku kaum apa.
Yang mana sempat snap nama rumah tu ingat laaa....
So....korang layan picca je laa ek.
Aku suka pi Kampung Budaya ni...sebab dapat naik tangga yang kayu sebatang ni.
Mencabar juga....yg rendah tu ok laa
Yang tinggi-tinggi tu gayat wooo
Atok aku buat lawak masa nak naik jambatan ni..."Assalamualaikummmmmm.....tumpang lalu.."
hahahha adoilaaa Atok...ni bukan jambatan real kat dalam hutan tu siap nak mintak izin tumpang lalu.
Bawah tu rumput je pon....kikikiki
Kalau tak silap aku ni rumah Bidayuh.
Currrrlas Atok I....jumpa tuai rumah macam nak minta ilmu jek
Sampai-sampai pintu terus bagi salam sekuat-kuat alam...
Dah semua orang pandang-pandang...wakakakaka
Ada jugak jual cendrahati.
Ni rumah bidayuh moden.
Kayu solid.
Tak macam yang kat atas tu...klasik lagi.
Rasa takut masa pijak-pijak lantai tu...macam nak reput jek
Kat rumah baru ni...aku snap tempat ritual je.
Yang lelain masih sama, cuma kayu tu dah kayu mahal.
Bukan pakai buluh lagik.
Dua pic bawah ni aku tak ingat kat rumah apa.
Main redah jek laaa tepek picca...
Ni kat umah panjang Iban.
Ramai gilos orang....
Ni kat rumah Penan
Ada aktiviti menyumpit juga.
Tiga kali cuba...RM1
Ko cuba laa sampai ko tercabut napas pun, harga masih berpatutan.
Atok saya bab bergambar memang sporting.
hahaha....kene cuci dan frame kan pic ni besor-besor laaa.
Ni rumah Orang Ulu
Gila tinggi kau nak panjat naik atas tu....
Incek Somi tak naik...zoom amik pic kitorang dari bawah je
Incek Somi dah penah datang sini....so dia tak de laa hairan sangat.
Kitorang je kejakunan...huhuhu
See see my Atok sangat laa sporting.
Layan....
Ada persembahan muzik dari Orang Ulu ni....memang best.
Rumah Melanau
Gila tinggi rumah ni....nak sampai level pertama tu umpama ko naik umah 2 tingkat.
Bawah rumah memang boleh bela zirafah or gajah.
Siyes luas....
Salah satu tangga naik...antara cuak ngan tidak je untuk ko naik dan turun.
Aku berjaya naik...turun tidak! Aku cari tangga lain...kui kui kui
Tinggi tak tinggi laa kan rumah Melanau nih....
Gayat hokkayyy...
Ni pula di rumah Melayu Sarawak.
Cantik.
Uniknya rumah-rumah orang Sarawak ni sebab semua diperbuat dari kayu.
Rumah Melayu ni dari jenis kayu berlian.
Cantik berkilat je.
Sejuk je masuk umah....tapi ni dah di modenkan. So tesergam indahlaa sebijik air-cond di dalamnya.
Yang ni aku tak paham kenapa ngan Mak Bonda...
Yang anak sedara seronok semacam, mak dara sebuk tadah tangan...
Mak o mak...
Kami tamu dari Semenanjung sik...
Satu-satunya rumah yang masuk kena buka kasut...
Kat dapur rumah Melayu ada jual kuih kapit dan bauhulu cermai.
Highly recommended beli bauhulu cermai tu.
Sangat sedap.
Lebih-lebih lagi fresh....baru masak terus boleh makan.
Rumah terakhir...rumah Cina
Yang ni biasa je macam rumah cina di Semenanjung.
Mak Bonda testing kandar.
Menurut Atok....zaman dulu-dulu pakai kandar ni laaa untuk angkut buah sawit.
Korang bayangkan....betapa berat beban yang diorang kena pikul???
No wonder laaa sekarang kerajaan hujan emaskan hasil pendapatan diorang.
Dah lama diorang tanggung azab mencari rezeki.
So tak payahlaa dengki dengan hasil orang FELDA....aku tumpang syukur Alhamdulillah.
Jerit perih Atok aku dari zaman perang dunia ke-2, sempat dinikmati sebelum habis hayatnya....
Batu pengisar.... untuk sesiapa yang tak tau.
Kisar beras boleh, kisar soya pun boleh.
Rumah Cina ni memang macam biasa je.
Tapi korang jangan tengok atas je....sila tengok lantainya juga.
Tidak bersimen ye tuan puan.
Itu tanah semata.
Oleh kerana dah dipijak bertahun-tahun lamanya, maka tanah itu menjadi rata, mampat dan licin.
Kalau pergi Kampung Budaya Sarawak ni hujung minggu, diorang ada buat persembahan budaya.
Pukul 11.00 pagi dan 4.30 petang.
Sangat best.
Aku ada record video...tapi tak jumpa pula kat mane save nyer....
Maka sorry laa ye tak dapat nak share..
Very the entertaining...
Last but not least....berdepan dengan Kampung Budaya adalah Damai Sentral.
Ada Dataran Kenyalang di sini.
Ala-ala Dataran Helang, Langkawi.
Tapi uniknya Kenyalang ni, diperbuat daripada kayu.
Sebelum balik hotel sempat singgah Muzium Negeri Sarawak.
Ada lagi dialog kelakar Atok aku....
Rujuk meriam di belakang beliau..
"Eh kenapa meriam ni takde sumbu ye....?"
Adoilaaa Atok...kalau letak sumbu mao nyer de orang baik hati letak blerang skali.
Maka meletop laaaa bandar Kuching itu....kikikkikiki
Motif singgah muzium ni satu je mission Atok aku.
Nak tengok kepala BABI.
Okeh dah Tok....jom balik.
Kang termimpi-mimpi plak malam nanti.
kikikikiki...
Adoiyai...panjang tol entry.
Sebab gambar banyak.
Esok kita sambung lagi sikit yek....
Chiaoooo.....
Thanks for singgah dan membaca...
3 Crappers:
banyak banyak gambar yang paling tertarik dan tertanya tanya.. kenapa mak munah tadah tangan,.. hahahahha kelakar laa mak munah nie...
Kak Sheema...
kan kan kan...
aku pun tergelak masa amik gambar tu.
orang tua tu memang...sker buat benda pelik2..
pastu nnti dia tanye...eh kenapa gambar aku cenggitu.
sabor jek laaa!
Lucu la atok u...hehe.
Post a Comment