Its weekend again....opss! Esok baru weekend.
Hari ni bunga-bunga weekend...tapi sure hati sudah manyak riang ria kan...
Well hari ni baru berkesempatan nak share story cuti cuti ke Sarawak bersama Atok terchenta.
Wahhhh manjang story sama Atok kan.
Nak wat camne, sekarang ni musim cuti-cuti sama Atok.
Selagi masih ada kesempatan, tak salah pun kan kita habiskan waktu-waktu bahagia bersama.
Sayang Atok saya....yang telah banyak berjasa untuk saya.
Nak balas budi memang tak mampu, cukuplah sekadar meluangkan masa bersamanya.
Asalkan Atok happy, saya sanggup buat apa saja....pisyo!
Okeh ni muka-muka ceria yang tumpang sekaki fly ke Sarawak.
Untung laaa diorang ni....sorang di taja Atok, sorang di taja Ayahanda beta...hihihihi
Kitorang sampai awal kat Senai International Airport.
Maklumlah, kereta kecik kena laa dua trip mengangkut passengers nyer.
Yang kiri kanan beria berborak, yang tengah tu maintain possing ek...
Pic Miss Wifey dan Incek Somi tak ketinggalan.
Mane boleh pic tuan tanah takde kan....
Tetibe berteknik gegar plak...takpe, janji nampak muka clean and clear.
Kami mampu naik ni jer.
Nak naik MAS tak mampu lagi.....kecuali ada sponsor dari ATOK ATOK hehehehe
Tak kisah laaa naik apa pun, asalkan kami dapat quality time bersama.
Ni pun dah bersyukur.
Wajah-wajah ceria.
Kuching here we come!!!
Flight landed dalam kol 1.30 pm Jumaat.
Lepas lunch terus ke Muzium Kucing.
Tomei tak kucing kucing gediks kat bawah ni....ngeh ngeh ngeh
Moh layan piccas....
Aku tak paham kenapa kitorang suka sangat amik pic kat pempuan tergantung ni.
Cat Woman!!!
Kami anak-beranak. Cute!!!
Rumah ni tersergam indah di luar pintu Muzium Kucing.
Aku pun tak pasti ini rumah apa.
Macam takde signage nak di baca....hehehe ke aku yang tak perasan.
Tak kisahlah, kitorang pulun amik picca jer kat sini.
Okay! Aku nampak dah....nama rumah ni TERATAK SEJIWA SENADA.
Ni plak pic bahagian luar muzium.
Pemandangan memang cantik sebab lokasi muzium ni betul-betul puncak bukit.
Langsai ronda muzium, kami ke Masjid India pula.
Jangan ingat KL je ada Masjid India okeh....kat Kuching pun hado!
Bezanya Masjid India kat sini taklah besar mana. Sekadar deretan kedai menjual cenderahati dan baju-baju dan macam-macam lagi...
Terselit pula Little Lebanon.
Kedai makan je kat sini yang aku nampak.
Mungkin makanan Lubnan.
Uniknya Masjid India kat Kuching ni, di celah-celah kedai jual baju ada pula kedai jual barang basah...sayur mayur, ikan, ayam, daging....errr daging ni aku tak perasan pula daging lembu atau kambing atau babi...
hahahaha...sila perhati betul-betul yer....
Ada satu yang menarik, bebudak kedai ni cakap kat aku..."kak, try beli ikan piranha ni. sedap kak..."
Ko gila ke hape nak suruh aku makan ikan piranha.
Aku tak percaya itu ikan piranha.
Gigih hokkay tunjuk kat aku gigi piranha tu.
hahahahaharam jadah tol.
Last last...Incek Somi kata itu ikan Pacu.
Betul ke?
Ikan pacu pun aku tak kenal.
Yang aku kenal siakap, cencaru, mayong dan apa-apa ikan yang sentiasa ada tak kira musim....hahahaha
Berdepan dengan kawasan Masjid India tu Waterfront atau pun lagi glamor di panggil Esplanet.
Kawasan santai tepi Sungai Sarawak...syok amik angin petang.
Tuan tanah agik....syok berchenta!
Lepas amik angin, kitorang decide nak makan malam kat seberang sungai ni.
Nak try makan ayam pansoh.
Korang tau tak ayam pansoh tu apa?
Haaaa....ayam yang dalam buluh tu.
Ni recommendation dari anak kawan ayah aku....Nora.
Aku memang dah lama nak try makan ayam dalam buluh ni, cuma tak tau nama sebenar masakan ni dan tak tau kat mana ada jual.
As long as ada yang recommend, jom pi try.
Lokasi adalah di sini....Baruk Village.
Klasik hokkay kedai makan ni.
Takut jugak nak naik atas tu.
Rasa macam tak kukuh jer.
Dah laa semua berat-berat....hahaha
Another side to step in.
Klasikkkk!
Terasa macam makan kat rumah klasik orang Sarawak.
Standby for dinner.
Dinner....time ni baru pukul 6.30 petang.
Tak lama dah azan maghrib dah...sebelah Baruk Village ni ada surau orang kampung.
Yeahhh...ini lah yang ditunggu-tunggu...Ayam Pansoh!
Ni betul-betul baru masak.
Aku usha kat mane dia bakar buluh ni tak nampak laa plak.
Sebatang buluh ni cukup untuk 8 orang makan.
Tapi aku tamak, so order 2 batang.
hahahaha...padahal tak penah rasa.
Ntah ntah tak sedap kan....tamak punya pasal, semua diketepikan...
Ayam ni diperap dengan rempah tersendiri, di masak bersama daun pucuk ubi, serai dan daun mengkudu.
Korang boleh bayangkan rasa dia yang pahit sikit.
So far, semua keluarga aku suka.
Incek Somi pun suka.
Maka tak rugilah aku order 2 batang buluh....walaupun masih ada balance yang agak banyak.
Haaa tu bahagian Mak Bonda laa nak meratah malam-malam buta kat hotel nanti...kikikiki
Luckily aku jumpa ayam pansoh yang original...iaitu masak or bakar terus dalam buluh.
Kata Nora (anak kawan Ayah) setengah tempat diorang masak je dalam kuali dengan menggunakan resepi asli. Cuma cara masak dah tak asli....so rasa manis buluh tu dah takde.
Selesai makan, semua balik hotel.
Penat!!!
Maka tidur dengan dengkuran yang sangat lena.
hehehehe.....
Okeh chiawwww....sambung next extry yek!
Nota kaki :: Balik JB lagi tonite! Hoyeahhhh...
Thanks for singgah dan membaca...
0 Crappers:
Post a Comment