Salam 6 Ramadhan....
Kejap je dah nak seminggu puasa kan?
Hari ni badan ala-ala tak bermaya....
Ngantuk!
Semalam berjaya juga packing baju nak balik Kelantan malam ni.
Rasa macam nak balik sehelai sepinggang...senang!
Tapi apa kan daya....kat kampung mana ada stok kain baju aku.
Kang tak pasal-pasal kene pakai kain batik 24 jam.
huhuhuhu......I mane reti pakai kain batiksss uols. hahaha kantoikan diri sendiri.
Eh actually boleh pakai...tapi bukan untuk jangka masa yang lama laa.
Takat nak wat berkemban ke bilik air or sementara nak wat salin baju tu boleh la.
Lebih-lebih idak ler....I lagi rela pakai baju kurung taw!!!
Well pagi tadi hajat nak sambung packing toiletries.
Selongkar laa kejap laci-laci yang ada, cari toiletries travel bag.
Non-hado! Kompem aku dah buang.
Tapi aku jumpa benda lain.
I jumpa my late lovely fon.
hahahaha late lovely tu....
Dalam pada terkejar-kejar nak bersiap ke opis, sempat snap hokkay.
Kenangan 5 tahun lepas laju-laju masuk dalam kepala.
Maunya tak nak snap kan.
Ni lah handfon pertama hadiah hari jadi dari Incek Somi masa gedik-gedik bercouple dulu.
Handfon Nokia model 7390 Pink.....Limited Edition!
Hidup lagi tau fon ni....cuma ada sikit probs.
Satunya, suara ala-ala tak berapa nak dengar.
Duanya, bateri dah kembung, kejap je dah kong nanti.
Aku rasa ni semua impact aku baling fon ni kat lantai Alamanda masa perang besar ngan Incek Somi dulu.
Kejadian ni pun masa duk gedik-gedik bercouple laaa...
Skang takde dah perang-perang besar....perang manja-manja tu selalu!
Pastu tadi gatal-gatal cari pic henfon ni kat dalam website Nokia.
Tak de ko....lama sangat dah model ni.
Tapi aku sempat laa Google image....
Beginila rupa parasnya tatkala baru keluar dari kilang.
Sweet kan?
Kenapa dia limited edition....aku pun tak tau.
Yang aku tau dia special sebab ada label kain kat tepi flip tu.
Takde lagi kot company yang mampu letak label kain kat gadjet keluaran diorang.
Nokia je hado.
Walau seburuk mana pun rupa dia, aku tetap cuba untuk simpan.
Kenangan tu....
Kalau tiba-tiba nak tukar fon ni boleh tak?
Well....hari ni badan macam letih terlebih.
Aku rasa ni kesan-kesan menu berbuka yang tak berapa sedap semalam.
Harga je mahal...tapi tak nyaman di tekak.
huhuhuhu....nyesal I taw!!!
Semalam beli rojak Singapore. RM7!!!
Tak sedap pun.
Terus terbayang-bayang rojak asma kat Plaza Angsana, JB.
Arghhhh dari hari tu mintak ngan Incek Somi...tapi tak sempat-sempat nak pi beli.
Kene balik JB nih!
Then boneless crispy chicken by Uncle Bob.
1st time aku beli ni....walau dah berkurun ada kat pasar malam Putrajaya ni.
Sebelum ni tak terliur, tetiba semalam terasa nak plak.
Hamik ko....tak in langsung kat tekak aku.
Penyudahnya aku makan rojak ni separuh je.
Ayam tu pun makan laa dalam 5 potong.
Yang lain-lain.....ke tong sampah.
Pasni tak nak beli lagi dah.
Malam ni masak nasi, telor dador, ikan bilis ngan kicap je dah.
Jimat!
Ok tu statement poyo!
Sila jangan percaya.
Thanks for singgah dan membaca...
0 Crappers:
Post a Comment