~♥~ STALKERS ~♥~

Monday, July 23, 2012

@}--- Masak-masak sama Incek Somi...


Masih berpuasakah kalian?
Semoga khatam hingga ke akhirnya ye.
Hari ni takde mood nak story-story.
Sebab penat dan tak cukup tidur.
Malam tadi sampai lewat dari JB.
Pagi tadi pun bangun lambat....bahana tidur balik lepas sahur.

So kita share menu berbuka semalam je laaa.
Tak baek ekkk share piccas makan pepagi hari ni...tapi nak wat camno.
Takde modal nak citer dah...hehehe

Menu-menu ni biasa je tapi jadi special sebab masak bersama Incek Somi.
Almaklumlaaaa...haku kan 'saaaaangat terror' memasak. keh keh keh
Untung juga Incek Somi pernah part time banquet kat hotel.
Maka beliau reti laaa juga nak masak.
Harapkan aku....belum apa-apa dah pi google resepi.
Tapi bila masuk dapur, resepi entah ke mana.
Asik laaa jerit panggil.....abangggggggg! hahahhaa
Nasib ko laaa bang dapat bini tak pandai masak.

Eh tadi kata takde mood nak story mory...terpanjang lebor plaks.
hahhaa..ok ok tengok je laa picca.


Baby Sawi Masak Sos Oyster

Menu senang gila kan.
Tapi kalau dah namanya tak reti masak, semua rasa susah.
kikikiki
Dah siap masak pandai lak cakap..."oh senang je nak buat ni.."
Kesian haku kan?




Ikan Kerapu Masam Manis

Ni pun satu hal.
Bukan susah pun...simple je.
Men campak-campak jer. 
Tapi nak jugak Incek Somi yang buat....kah kah kah.
Takpe bang....pasni dah boleh buat sendiri dah. 


Actuallya ada lagi a few menu untuk berbuka.
Aku masakkan kue teow tom yam untuk Ayahanda.
Pastu ada buat manggo and grape puding.
Tapi tak sempat lak nak snap picca.
Ini je laaa pun yang sempat....hihihi
Ok chiaoooo...



Nota hati :: Hari ni berbuka sendiri laa. Lebih untung kalau minah-minah osmet ada kat rumah. Hurmmm...nak buka apa ari ni ek? Nak pergi bazaar laaa...buang-buang duit. kikikiki..


p/s:: Buffet Ramadhan di Tirai Ratus. Try nak?


Thanks for singgah dan membaca...
 

0 Crappers:

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...