~♥~ STALKERS ~♥~


Saturday, January 29, 2011

@}--- Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Bergaduh, berselisih pendapat, bertikam lidah, cemburu hanyalah satu bentuk ujian yang tidak akan memisahkan anda dengan orang tersayang selagi kita tidak membenarkannya. Dalam hal ini, pasangan suami isteri perlu bekerjasama dan sering menyokong antara satu sama lain tidak kira sesukar mana pun badai yang melanda kerana melalui kesepakatan dan persefahaman, hubungan yang rapuh juga mampu dipulihkan.


KONFLIK 1: PENDAPATAN

Soal pendapatan suami lebih besar daripada isteri sememangnya bukan perkara luar biasa.  Apabila hal ini berlaku, masalah akan timbul. Suami akan berasa rendah diri kerana pendapatannya tidak dihargai manakala isteri berasa dirinya sebagai tulang belakang keluarga sehingga menjadi bongkak dan tidak menghormati pasangan.

PENYELESAIAN

Walaupun pendapatan isteri lebih besar daripada suami, cuba bersikap bijaksana dan tetap menghormatinya sebagai ketua keluarga. Hargai dirinya. Jika anda berterusan mempersoalkan pendapatannya, lama kelamaan dia akan menjadi bosan dan akan timbul pertengkaran.

KONFLIK 2: ANAK

Ketidakhadiran anak dalam keluarga sering menimbulkan konflik berpanjangan antara pasangan. Mungkin selepas 5 tahun perkahwinan, suami selalu menyalahkan isteri sebagai pihak yang mandul. Walhal suami sendiri tidak mahu mendapatkan rawatan untuk mengetahui siapa yang bermasalah.  Menuding jari sahaja tanpa mengetahui kebenaran dan hakikatnya tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

PENYELESAIAN

Berbincang secara baik dengan suami dan bersama-sama membuat pemeriksaan. Jika doktor mengatakan anda dan suami sihat, kenapa harus saling menuding jari? Mungkin Tuhan masih belum mahu memberikan rezeki kepada anda. Tuhan juga ingin menguji kesabaran anda dan pasangan. Jika masih juga belum dikurniakan cahaya mata sehingga 10 tahun atau lebih, berbincanglah dengan baik, minta pendapat ahli keluarga terdekat jika perlu. Mungkin anda boleh mengambil anak angkat.

KONFLIK 3: CAMPUR TANGAN KELUARGA

Kehadiran orang ketiga seperti ipar atau saudara-mara dalam keluarga kadang kala menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Hal kecil yang sepatutnya tidak menjadi masalah berubah menjadi besar. Misalnya soal pemberian wang saku kepada adik ipar atau wang kepada ibu bapa.

PENYELESAIAN

Anda harus bersikap terbuka. Sebelum anda dan suami memberikan bantuan, samada untuk keluarga anda atau pasangan, bawalah berbincang mengenai jumlah yang harus dikeluarkan dan siapa yang harus diberikan bantuan.

KONFLIK 4: SEKS

Masalah seks turut menjadi isu dalam perkahwinan.  Biasanya suami sering mengadu mengenai ketidakpuasan selepas melayan isteri.  Suami umumnya bersikap ego dan tidak mahu tahu.  Mungkin ada banyak perkara yang menyebabkan isteri bersikap seperti itu. Contohnya letih, tertekan dengna kerja di pejabat atau hamil.

PENYELESAIAN

Isteri atau suami yang mempunyai msalah hubungan seks dengan pasangan, sebaik-baiknya berterus-terang. Hanya komunikasi yang baik dapat mengelakkan pasangan tidak curiga dan seterusnya menerima keadaan diri masing-masing seadanya.

KONFLIK 5: KEYAKINAN

Pasangan yang sudah berikrar untuk sehidup semati tidak mempersoalkan mengenai keyakinan mereka untuk mengharungi bahtera kehidupan. Namun, banyak persoalan timbul selepas berumah tangga sehingga penyebab berlakunya pergaduhan.

PENYELESAIAN

Tetap berpegang pada janji itu dan cuba untuk saling menghargai. Walaupun di pertengahan anda atau pasangan sepakat untuk memilih perpisahan, sebaik-baiknya ia tiada paksaan.

KONFLIK 6: MENTUA

Kehadiran mentua dalam rumah tangga sering menjadi masalah. Hal ini berlaku kerana ada anak yang terlalu mengikut cakap ibu sehingga mengabaikan isteri.

PENYELESAIAN

Sekiranya anda tidak berkenan dengan komen atau teguran mentua, jangan tunjukkan riak wajah negatif di hadapannya. Cubalah berfikiran tenang, ajak suami bertukar fikiran untuk mengatasi masalah.

KONFLIK 7: KEPERIBADIAN YANG BERBEZA

Menyatukan dua hati, bererti menyatukan dua peribadi dan selera yang tentu saja berbeza. Misalnya suami seorang pendiam, sementara isteri peramah dan cerewet dan belum termasuk soal hobi atau bersukan serta pelbagai benda yang ketara perbezaannya.

PENYELESAIAN

Terima pasangan seadanya. Jika suami anda seorang pendiam, anda haru peramah. Cuba selami minat pasangan anda.

KONFLIK 8: KOMUNIKASI

Sekali lagi ditekankan bahawa komunikasi adalah penentu segala. Pasangan suami isteri yang sama-sama sibuk biasanya tidak cukup waktu untuk berkomunikasi. Mereka bertemu ketika hendak tidur. Kadangkala, untuk sarapan pagi atau makan malam pun masing-masing tiba lewat. Kurangnya atau tiada waktu berkomunikasi menimbulkan pelbagai tanggapan yang salah, kerana masing-masing tidak tahu masalah yang dihadapi oelh pasangan masing-masing.

PENYELESAIAN

Sesibuk mana sekalipun anda dan suami, tetapkan waktu untuk komitmen bahawa bersama keluarga adalah hal paling penting.  Cari juga waktu bersama keluarga misalnya bersarapan dan makan malam bersama. Demikian juga dengan hari berhibur. Usahakan untuk menikmatinya bersama keluarga. Walaupun anda dan suami bekerja seharian di luar rumah, namun keluarga tidak terabai sebaliknya keluarga dan karier harus seimbang.

__________ **** __________


* Sumber:Majalah Pengantin, Januari 2011.

p/s :: Semoga aku terpelihara dari segala kemungkaran.


Thanks for singgah dan membaca...
 

0 Crappers:

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...