~♥~ STALKERS ~♥~


Sunday, January 30, 2011

@}--- "Adakah Dia Benar-benar Mencintaiku?"

Membuat keputusan paling besar dalam hidup
 semestinya sesuatu yang sukar. 
Dalam memilih pasangan hidup juga,
kita perlu sentiasa redha dengan ketentuan-Nya
di samping mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan.
Namun begitu, dalam melalui hari-hari yang mendatang,
pasti sedikit sebanyak timbul keraguan.
 "Adakah dia benar-benar mencintaiku?"
Persoalan sebegini mungkin bermain di benak fikiran dan
sentiasa berkata-kata di dalam hati
walaupun si dia telah menjadi teman hidup anda yang sah.


1 Orang yang mencintai anda tidak perlu memberikan alasan punca dia mencintai anda. Yang dia tahu, di mata dia andalah satu-satunya.

==> Yerrrr...memang dia tak penah bagi alasan kenapa dia cintakan aku.


2 Orang yang mencintai anda mungkin jarang memberikan pujian tetapi di dalam hatinya anda adalah yang terbaik dan hanya dia sahaja yang tahu.

==> Memang susah nak dengar dia puji kecuali aku yang merengek-rengek minta di puji..!


3 Orang yang mencintai anda mungkin akan marah atau mengeluh jika anda tidak membalas pesanan atau panggilannya kerana dia peduli dan tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi pada anda.

==> Betul! Selagi tak reply or pick up call, selagi tu lah fon berdering. Syabas.


4 Orang yang mencintai anda hanya menjatuhkan air matanya di hadapan anda. Ketika anda mencuba untuk menghapuskan air matanya, anda telah menyentuh hatinya dan hatinya selalu berdegup untuk anda.

==> Hanya sekali aku lihat dia menangis. Ketika kami dilanda badai yang dasyat.


5 Orang yang mencintai anda akan mengingat setiap kata yang anda ucapkan, bahkan yang tidak disengajakan dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada waktunya.

==> huh! Umpama pulang paku buah keras...!


6 Orang yang mencintai anda tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin anda mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat selamanya.

==> Aku yang selalu paksa dia berjanji  =)


7 Orang yang mencintai anda mungkin tidak mengingati tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun anda tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap mencintai anda.

==> Eh! Dia ingat je tarikh-tarikh penting tu. Always!


8 Orang yang mencintai anda mungkin tidak mahu melafazkan 'aku mencintaimu' dengan begitu mudah kerana segala yang dia lakukan untuk anda melalui perbuatan adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya mencintai anda.

==> Hehehe...memang jarang pun ucap 'aku mencintaimu'. Selalu said "I love u' jek....hahhahaa


9 Orang yang mencintai anda selalunya berusaha membuatkan anda tersenyum dan tertawa walaupun kadangkala caranya membingungkan

==> Hmm...kadang-kadang suka buat perangai pelik-pelik!


10 Orang yang benar-benar mencintai anda akan membalut hati anda yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan anda apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa menyakiti hatinya sendiri.

==> Aku je yang selalu sakitkan hati dia. Memang tak patut kan?



Thanks for singgah dan membaca...
 

0 Crappers:

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...