~♥~ STALKERS ~♥~

Wednesday, January 19, 2011

@}--- Malam pertama...

Sepasang pengantin baru siap menjalani upacara persandingan.
Pada malam hari, saat suami masuk ke bilik, dia melihat isterinya telah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Kesian bini aku. Penat rasanya ni."

Si suami berkata di dalam hati lalu mematikan lampu dan berbaring di samping isterinya.

Tiba-tiba isterinya berbisik penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa?"

"Sudah! Apa pulak laa bini aku ni?" Si suami bertanya dalam hati. Separuh malam dia termenung. "Oh, agaknya bini aku teringat kampung. Kesian! Sampai mengigau. Tak pelah. Biarlah dia tidur."

Malam kedua, adegan yang sama berlaku tetapi berlainan dialognya. "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" Berkatalah si isteri kepada suaminya.

"Siannya bini aku. Betul-betul rindu dengan kampung dia ni sampai mengigau 2 malam berturut-turut. Takpe. Besok aku tanya bapak. Mungkin dia ada jalan." Fikir si suami pula.

Ayah si suami terbeliak mata mendengar keluhan anaknya. "Aku hantar kau sekolah jauh-jauh, benda macam ni pun kau tak boleh faham?"  Ayahnya kemudian menjelaskan sedikit sebanyak tentang sok sek sok sek alam perkahwinan dan malam pertama.

"Oh! Macam tu ke?!"  Sengih si suami. "Baru paham. Tahulah apa nak buat malam ni!"  Getus hati suami.

Malam itu, si isteri sudah dibawah selimut. Suami menunggu-nunggu si isteri untuk bersuara. "Lah! Kenapa senyap pula ni? Merajuk ke?" Dia kemudian memulakan bicara, "Dah lapar betul rasanya perut ni, boleh tupai datang merasa?"

Sunyi. Tiada balasan dari isteri. "Uishhh! Merajuk betul ni. Takpe, kita try lagi!"

"Kain pelikat dah disinsing ke tepi, boleh pak tani turun menyemai?"  Pun masih tiada jawapan.  Si suami sudah mula risau.  Cuba sekali lagi.

"Juruterbang dah siap sedia, boleh pesawat turun mendarat?"

Sayup-sayup terdengar suara bisikan si isteri, "Maaf tuan, landasan baru sahaja banjir."


______________________________________________

hihihi... renung-renungkan dan selamat beramal !!!


Thanks for singgah dan membaca...
 

0 Crappers:

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...