~♥~ STALKERS ~♥~


Friday, January 21, 2011

@}--- Lawak Antarabangsa

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi sedunia di Langkawi.

Menteri Jepun, Amerika Syarikat dan Malaysia sendang 'ngeteh'.

Menteri Jepun ::  Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami. Baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papar sirkit elektronik dan lain-lain.  Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri Amerika ::  Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami. Baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif.  Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia ::  Oleh kerana tuan-tuan sedang berada di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini. Biar tahu apa ada di bawah tanah kami.

Maka, dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman mencecah 70 meter, kedua² tukang naik ke atas.

Menteri Malaysia ::  Apa korang jumpa?

Tukang gali ::  Tidak ada apa-apa.

Menteri Malaysia ::  Ada kabel telefon tak di bawah sana?

Tukang gali ::  Tak ada Dato'.

Menteri Malaysia ::  (sambil menjeling kerek ke Menteri Jepun dan Amerika)  Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala sudah mengenal teknologi WIRELESS.


________________________________________

hahahahhahaa....wakakkakakaa...muakakakakakkahahahhaha


Thanks for singgah dan membaca...
 

3 Crappers:

☆ lieya latif ☆ said...

hahaahahahahaha....bongok!!~

Rose Emely said...

kikiki... hopefully menteri-menteri tu tak baca. hak hak hak

alice said...

hahaha....lawaknya..

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...