~♥~ STALKERS ~♥~


Saturday, January 22, 2011

@}--- Cinta Si Pasangan Tua

Di suatu malam yang dingin,
di dalam sebuah bilik yang sederhana besar,
di atas katil.....
sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu....abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tidur."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya. Selepas itu si suami mula mengantuk semula.

Beberapa ketika selepas itu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian.....abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi isterinya.
Sambung tidur balik si suami itu.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....abang selalu gigit-gigit leher saya...."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bergegas bangun dari katil itu.

Si isteri bertanya lagi, "Abang nak ke mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi la ni!!!"

___________________________________________

Pakcik-pakcik dan Makcik-makcik, jangan marah-marah ye bila tua nanti.
Hidup kena ceria selalu !



Thanks for singgah dan membaca...
 

1 Crappers:

esa said...

Cita penuh pengajaran & lawak cita ni... Persoalannya. Di mana gigi pakcik itu simpan?

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...