~♥~ STALKERS ~♥~


Tuesday, January 18, 2011

♥ Contest Insan Kesayanganku ♥

Salam.

Wah...update blog terus join contest. Sungguh tak sedar diri. Tapi takpe, manalah tau menang. Dapat hadiah tomei tomei, leh juga di buat² kenangan.

Well, contest ni datangnya dari blog si cute Syamiza. Dan aku telah di tag oleh si comel Alice.
Terima kasih!


 Demi menyahut cabaran dan mencuba nasib dalam contest maka, aku dengan rasa rendah diri mempersembahkan insan-insan yang sentiasa bertakhta di hati aku walau ke mana jua kaki aku melangkah.

*****

Sesungguhnya, mereka ini sangat aku sayangi. Tiada galang gantinya andai takdir, qada dan qadar memisahkan nyawa dari jasad mereka. Dan sesungguhnya, tidaklah aku berkemampuan untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap aku. Sesungguhnya aku amat bersyukur di takdirkan mempunyai emak dan ayah seperti mereka. Walau tidak mewah, walau tidak kaya, tapi kami cukup bersederhana. Kami cukup makan dan minum. Kami ada tempat berlindung. Kami lengkap berpakaian. Dan kami masih mampu menjalani tanggungjawab yang dituntut dalam agama.

Inilah mereka. Kedua ibu bapa aku yang sentiasa berada di kiri dan kanan aku. Sentiasa menjadi tulang belakang aku. Mereka jualah tempat aku mengadu susah senang kerana aku dilahirkan sebagai anak emas. Kehidupan yang terlalu istimewa.
Terima kasih emak!
Terima kasih ayah!
Kasih dan sayang kalian tidak berpenghujung.


 * Di hari pertunanganku *


Terima kasih juga buat lelaki ini. Sangat sabar melayan karenah aku. Sangat memahami sikap aku. 
Sangat berusaha dalam membahagiakan aku. Sesungguhnya aku bertuah mengenalinya. 
Pengorbanannya tak kan mampu aku tandingi. Kesabarannya jauh lebih tinggi dari aku. Kesopanannya lebih baik dari aku. Kau insan sempurna di mataku.  

Tuhan itu Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Penyayang. 
 Semoga rumahtangga yang bakal di bina mendapat keredhaan-Nya.
Dilimpah ruahkan kesenangan, kekayaan, kasih sayang dan mengekalkan perasaan cinta di antara kita hingga ke akhir hayat. Amin


~*~  Terima kasih kerana menyayangiku ~*~

 _______________________________________________________

Ok. Abes dah sesi meluahkan perasaan sayang dan cinta. Now nak tag kat kawan-kawan.

(4) Shida

Diorang ni aku kira-kira rajin laa nak join contest ni. Best of luck!




Thanks for singgah dan membaca...

2 Crappers:

Syamiza Hadi said...

nice post!
thanks join contest ni..;)

Rose Emely said...

Syamiza...

Thanks for drop by...
Hopefully leh menang... =)

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...