~♥~ STALKERS ~♥~

Friday, January 21, 2011

@}--- Kat mana lokasi yang masih selamat???

Dua minggu lagi Chinese New Year. Hati semakin berkobar-kobar nak balik kampung. Cuti sakan, kalah orang Cina yang memang nak sambut raya. hehehe...biasalah. Masyarakat Malaysia, tak penah lepas peluang. Dah nama pun 1 Malaysia. Beri sokongan laa konon-kononnya ni.

Dalam hati bergembira, ada juga terselit kerisauan. Hujung tahun lepas, kawasan apartment aku duduk tu di gemparkan dengan kes curi tayar kereta. Keempat² tayar. Sempat juga aku tengok kereta Myvi mangsa tu. Cantik je dia tenggek atas batu-bata. Zalim sungguh!

Lepas tu kecoh pula kes pecah rumah. Pencuri masuk ikut pintu dapur. Ishhh...dasyat betul kerja diorang nih. Kalau nak ikutkan, jarak antara balkoni dapur ngan koridor pejalan kaki tu jauh ya amat. Kalo jatuh, kompom telentang kat bawah tu. Eh...boleh je diorang meniti nak pecah masuk umah ek. Dasat tul ko pencuri. Sebagai langkah berjaga-jaga, terus kitorang pasang mangga kat grill dapur.

Awal minggu hari tu pula, housemate bagi tau, ada pasangan kena tangkap khalwat kat block sebelah. Masya-Allah! Satu kes lagi. Hurmm...makin giat buat operasi rupanya. Tak cukup kes tangkap khalwat, sekali lagi kitorang dengar berita cubaan pecah rumah. Pun kat block sebelah.

Ni lagi dasyat. Tuan rumah ada dalam rumah. Berani sungguh pencuri ni. Dan nasib baik juga, tuan rumah sedar yang pencuri tu tengah godeh pintu depan umah dia. Terus call polis, pastu cakap kuat-kuat. Lintang pukang lari penyamun tu. Pintu grill dia dah berjaya buka, nasib pintu rumah tu lambat sikit nak terbuka.

Haishhhh...ni pecah rumah amik barang. Tu kalo pecah rumah yang dah berfamily. Kalo umah bujang? Anak dara lagi? Camno? Ni kalo kobarkan kek omak mao omak darah tinggi! Apo nak buek?


Kena standby baseball bat ke setiap sorang? Tak pun kayu hoki. Paling tidak pun sesuatu benda keras. Agak-agak sekali hempuk leh pengsan la pencuri tu. Standby jugak tali pengikat tangan. Senang nak ikat bila dia dah pengsan. Sementara nak panggil jiran, atau rukun tetangga atau polis.

Pastu time tidur, peluk laa spray nyamuk botol kecik tu. Kot-kot sedar ada orang masuk umah, terus spray kat muka dia. Pakai laa topeng macam mana pun, spray nyamuk tu tetap boleh hidu. Sure sesak napas kejap. Time tu baru boleh belasah. Hehehehe...yer yer jek kan!

Hmmm...apa-apa pun aku berdoa agar kami serumah sentiasa selamat. Di jauhkan dari segala penjahanam. Semoga Tuhan melindungi kami. Terhindar dari segala malapetaka. Aminnnn

pstttt.....eh Polis tu ronda kat bawah je nak buat apa kan? Ronda laa setiap floor rumah, baru gerun sket...!!!



Thanks for singgah dan membaca...


5 Crappers:

Shida Karim said...

isk³.....
ko standby spray nyamuk byk² sekali sembur sebotol. konpem pencurik tu besara dari pekerjaan die...

Rose Emely said...

huhuu...tu ar kan.
makin risau nak tinggal rumah lama². tapi kalo diberi pilihan, biarlaa diorg amik barang dari amik harga diri. kan kan...

Shida Karim said...

ha btol tu... ko pakai la cawat besi sot.. konpem harga diri ko tak di amik. huhuh

Rose Emely said...

adehhhh...

nak pakai baju pun malas, ko suh aku pakai cawat besi lak. hehehehee

Shida Karim said...

kahkahkahkahh...... lawak la ko nihh

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...