~♥~ STALKERS ~♥~


Thursday, April 25, 2013

@}--- Pump-Gun

Halo halo halo
Happy Thursday peeps!!!

Aku baru beli pump-gun.
Senang nak memburu.
Senang juga untuk berjaga-jaga bila tinggal sorang-sorang kat rumah.

Aku dapat stock murah kat Air Hitam, Johor.
Dah lama aku and hubby cari....tapi baru-baru ni je dapat.
Tak sangka kat Air Hitam ada jual pump-gun.
Bila dapat...rasa mcm hidup cukup lengkap.
Tak perlu dah rasa takut-takut lagi nak berhadapan dengan 'dia'....
Tibalah waktu 'dia' pula takut dengan kami.

Malam pertama berburu, aku dapat 3 mangsa.
Memang tak de ampun...
Sekelip mata dapat mangsa.
Lepas dapat 3...dah tak nampak yang lain.
Semua lari....mungkin dah nampak kawan-kawan dia jadi mangsa.
Tu laaa...sape suruh kacau aku lagi kan???
Sekarang...aku dah tak takut lagi!!!

Terima kasih pada pembekal...kalau perlu aku tambah lagi satu pump-gun.
Senang bila pegang sorang satu pump-gun.
Korang pun kalau nak...boleh cari kat Air Hitam, Johor.
Boleh private message (pm) aku untuk direction.

Ini laaaa pump-gun aku.
RM20 siap ngan bullet.


Ni plak mangsa pertama.
Tembakan tepat di kepala.
Siap berdarah mulut dia.....wakakakaka
Padan muke ko!!!
Memekak sangat kat umah aku kan......hambek ko!!!



Muahahahahahahaa...hebat tak? hebat tak?





Thanks for singgah dan membaca...

 

Wednesday, April 24, 2013

@}--- Teddy in da Castle





Nama saya Teddy.
Saya oren macam sunkist.
Saya terlalu lazat untuk dirasa.
Saya tak suka bercerita, tapi saya suka bermain.
Jom tengok gambar-gambar saya....



 Comei tak saya???




 Saya suka lepak tepi sliding door.




Saya masih setia menanti kehadiran 'dia'....meowwww


Okeh bye....syuhhh syuhhhh gi sambung kijer!!!


Thanks for singgah dan membaca...
 

Tuesday, April 23, 2013

@}--- Asam Pedas Ikan Air Tawar

Salam....salam...salam...
Huhuhuhu....bz bz bz
Semakin hari semakin terasa kesibukan bekerja di Johor ni.
Semakin terasa kenikmatan bekerja.
And at moment....otak asik fikir nak amik cuti dan nak berehat-rehat.
Oh heaven!!!

Well hari ni nak share pasal tempat makan.
Asam pedas ikan air tawar kaedahnya.
Actually tempat ni di suggest oleh Ayahanda sejak tahun lepas.
Luckily, last weekend baru dapat jejak.
Itu pun keputusan last minute Incek Somi.
Jom terjahhhhhh....!

Lokasi adalah Air Hitam. Keluar tol Air Hitam, belok kanan menuju ke Kluang.
Beberapa kilometer dari simpang tol tu, warung ni terletak sebelah kiri korang.
Sempoi je pon kedainya....


Okeh signboard memang gempak....Selera Best Istana.
Tengok tu siap mention 'Khazanah Empangan Sembrong'.
Korang tau kat mana Empangan Sembrong tu?
Sumpah aku pun tak taw....haahah


Kat sini memang jual ikan air tawar semata-semata.
Awas!!! Jangan sesekali cuba cari KEPALA MAYONG! Faham???!!! 
Opsyen lain untuk mereka yang tersesat ikut kawan-kawan makan asam pedas ikan air tawar boleh laa amik ayam goreng or telor masin or telor dadar yerrrr.

Masakannya sangat sesuai untuk orang yang suka asam pedas tapi tak suka pedas. Asam pedas kat sini tak berapa pedas...light light jer pedasnya.
Kalau bawak anak-anak pun takde masalah makan asam pedas nih.
Semua peringkat umur boleh layan....


Kita kasi spot sket....ni opkos laa pilihan aku.
Kepala patin! Aku cari keli, tapi keli takdop....so redha je laa amik patin. Sedap gak!


Ini pilihan Ayahanda....seekor Lampam.
Eh sedap ikan ni...ala-ala Terubuk. Sebab dia banyak tulang halus...
Tengok tangan gemok nih...tak sabor-sabor nak amik ikan...tak nyempat2 aku nak snap gambor.
Dah lapor sangat ke hape bapak aku nih!!!


Yang ni plak, ikan baung.
Errrr....aku tak berapa sangat ikan nih.
Rasa laa juga secubit.
Haaa...Mak Bonda tak amik ikan apa-apa, tapi dia sebat semua ikan kitorang.


Inilah rupa hidangan untuk berempat.
Gila banyak....nasi siap extra satu untuk tambah...hiks


Makan...makan...tak payah nak stress sangat.
Hahaha...Mak Munah oh Mak Munah!
Asal amik gambor muke ketat.
Tak paham aku....pastu salah kan aku tak pandai snap.
Adoiyaiiiii



Budak gumok paling gembira bila asam pedas menjadi menu lunch beliau.
Oh terima kasih sayang sebab banjer kitorg...
Next bonus, nasi arab plak ehhhh...hihihihi


Total lunch RM38.00 sahaja.
Air kitorg order yang simple-simple je....sirap, sirap limau, teh 0 ais and limau panas.
So....pada aku, harga itu ok. Lebih kurang RM10 seorang.
Sempoiiiiiiiii...
Eh korang kalo nak beli ikan mentah pun dia ada jual tau.
Tapi depends on stock laaa...
Kalau rasa-rasa nak tapaw ikan air tawar tu...boleh laa tanye kat kaunter.
Aku tau pun sebab ada ternampak makcik sorang tu bungkus ikan mentah....walau dah sebat semangkuk bersama suaminya yang terchenta....

Last but not least.....
Haaa tatap....tatap laaaa
Muke penyokong setia JDT yang kaciwa tak dapat mandi ayaq terejonnnn!!!
Arghhhhh...stress stresss...


Chiawwwwwwwwwww.....miaw miaw miaw ;)


Thanks for singgah dan membaca...

 

Wednesday, April 17, 2013

@}--- My Pre-2nd Anniversary Dinner


First of all, tahniah pasukan JDT atas kejayaan mengalahkan team Selangor semalam.
1st time ni JDT dapat kalahkan Selangor.
Best best....menyaksikan pelawanan dengan penuh emosi.
Next game, lawan Pahang pula. Go JDT go!!!

Okeh stop citer tu.
Meh citer makan-makan plak.
Dah nak 2 tahun kawen rupanya aku nih.
So kami pi laaa wat pre-anniversary dinner....katanyaaaa!!!
hahaha....itu semua poyo!
Bukan laaa nak celebrate sangat....memang nak pi melantak pun sebenarnya.

Mari kita gedik-gedik meronggeng di Silka Hotel, Johor Bahru.
This is an apartment concept hotel.
Masa lalu kat kawasan hotel ni....haram aku tak perasan itu adalah hotel.
Sebab semuanya apartment.....


Makan di sini....Checkers Cafe.
Sebab pegi weekdays, maka takde orang pun.
So...suka hati ko laaa nak borak high volume pun...


Tempat ni kecik je pun...sebab takde orang.
Maka kami melepak di bahagian tengah cafe....
Nak romen-romen gitu....hahaaha


Okeh....ini menu-menunya. Aku amik 1 jer air...watermelon juice.
Sebab hari tu dah banyak sangat minum air manis....so kami share aje.
Better minum plain water....
Lagipun haku masih batok tok tok...huk huk huk

Layan appetizer, aku amik Mushroom Soup dan Incek Somi amik Ceasar Salad.
Sedap...tapi masalahnya aku makan lambat. Time ni manager hotel datang melepak kat meja sebab manager tu kenalan lama Incek Somi.
Tak kan dia borak aku nak layan melantak kan??? So ala-ala terkulat-kulat jugak laaa aku mensyekik.
huhuhu....rugi rugi....terkial-kial makan sebab nak cover. 



Main course sama-sama amik Chicken Chop.
Aku time ni dah mengah dah...sebab mushroom tu aku abeskan dekat separuh gak laa...
Layan 4 5 suap...terus tukar plate ngan Incek Somi sebab plate dia sangat cepat licin.
Tak sia-sia aku tak abes makan....



Dessert lak amik Cheese Cake Ice-cream dan Banana Split.
Opkos laa aku abeskan separuh je cheese cake....tapi aiskrim licin ye!
Banana Split jangan ditanya....tak bersisa!



Mesti korang ngata kitorang buruk lantak kan?
Apalaaa salahnya appetizer dan dessert tu share je kan?
Nak wat camner....pakej datang camtu.
Setiap orang kena pilih sorang satu....so pilih je laaa kan kan.
Total makan RM51.90 sahaja.
Wink wink....

Well, we had so much food that day.
hahaha...bukan had so much fun ye.
Btw, sangat gumbira bila berjaya menambah kebesaran pewot Incek Somi...





Thanks for singgah dan membaca...
 

Friday, April 12, 2013

@}--- Cemburu menguasai diri....


Saya sangat teruja bila meng'gugel' kecantikkan Pulau Rawa, Johor.
Tapi jadi sakit hati bila Incek Somi dah menjejak kaki ke Pulau Rawa sangat cantik hari ni.
Walaupun bukan untuk bersuka-ria, saya tetap cemburu.
Biarpun demi tugas......saya tetap sakit hati kerana tugas saya tak melayakkan saya untuk jejak kaki ke Pulau Rawa ini....
Bukan sekejap ye kawan-kawan.....3 hari okay! 3 hari!
Argghhhhhh.....stress stressss!!!
Kena kumpul duit cecepat nih...nak gi pulau juga.
Nak rehat-rehat.......
Hurmmmm....tiba-tiba rindukan Pulau Tioman!

Buat Incek Somi terchenta....ingatlah isteri mu di sisi.
Kalau terjun laut itu....ingat-ingatlah daku yang terjun atas tilam aje.
Kalau bersantai-santai dengan bayu laut tu....ingat-ingatlah daku yang layan bayu kipas aje.
huk huk huk......aku cemburu!!!!


 







Kredit pada blog ni sebab share pic.
Nak tunggu real pic dari aku....entah bilaa laaa dapat jejak kaki kan.
Tunggu pic-pic dari Incek Somi je laa nanti....hwaaaaaa
Menangis tak berlagu laaa aku 2 3 hari nih!!!


Thanks for singgah dan membaca...

 

 

Thursday, April 11, 2013

@}--- Kamar Cinta Berahi

hahahaha...tajuk tak leh blah.
What so ever laaa....tapi pada aku, itu kenyataan.
Merah itu panas.
Merah itu merangsang.
Merah itu berahi.
The most suitable words are.... I Love Red.











How? How?
Berahi tak???
Hahaha...sape cakap tak dia memang bermasalah.
Pada mereka yang suka merah juga....jom decor-decor kamar cinta kita.
Kasi lebih hot...kasi lebih berahi....
Ouchhhh saya suka dengan sumber-sumber piccas dari Incek Gugel nih!!!





Thanks for singgah dan membaca...
 

Wednesday, April 10, 2013

@}--- The Croods


I'm happy to see you Croods' Family!!!
Siapa dah layan cerita ni?
Release on 22 March 2013.
Best kan???
Rugi pada mereka yang belum tengok....
Sila sila laaa pegi tengok...sesuai juga untuk kanak-kanak.
Memang enjoy gila.

Aku ni pun tetiba je hari Isnin hari tu Incek Somi ajak jalan-jalan ke AEON Bukit Indah.
Tak de agenda apa-apa pun, sekadar pusing-pusing cuci mata.
Alang-alang dah lalu depan TGV tu...aku ajak je tengok wayang.
The men choose je citer The Croods ni.
Tak sangka pilihan menepati citarasa.
Dari mula sampai akhir.....gelakkkkkkkkk sakan!



Muke pun dah lawak...apetah lagi karektor memasing.
Ouchhhh I loikeeee!
Very the happy familia.


Watak utama dimainkan oleh Nicholas Cage dan Emma Stone.
Patutlaaa suara macam familiar je.
Menatang kecik belakang hero tu laaaagi laa kelakar nak mampos.
Kalo tengok realiti, spesis monyet ni takde laa menarik.
Dah jadi kartun ni....comel laaa pulak.
hahahhaa.....bias!



Selain jalan cerita yang menarik dengan aksi-aksi dari satu keluarga yang happy, background cerita memang superb. Colorful macam dalam citer Avatar.
Faham-faham je laaaa kalau dah kartun.
Yang tak logik pun nampak menarik jer.
But frankly....i love it so much.


So sesiapa yang belum tengok tu disarankan pegi tengok dengan kadar segera.
Nak tunggu CD ori keluar pun boleh, tapi macam tak feel pulak kalau tengok kat rumah.
Moment gelak sakan dalam panggung dengan penonton-penonton lain tu yang membezakannya.
Ok aku rate 5 bintang dari 5 bintang!
Awesome!!!



Thanks for singgah dan membaca...
 

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...