~♥~ STALKERS ~♥~

Tuesday, April 9, 2013

@}--- Kejadian Jumaat Malam...

Sejarah mungkin berulang...maka berwaspadalah!!!
Kejadian yang paling tak disangka selepas 6 tahun pakai kereta.
Apa lagi kalo bukan pecah cermin kereta kan?

Berlaku kat dalam parking lot depan pintu masuk IOI Mall, Kulai pada Jumaat malam 05.04.2013.
Betul-betul di bawah lampu jalan.
Lokasi pun menghadap jalan utama.
Pada aku tu tempat yang selamat, tapi hakikatnya itulah tempat paling mudah penyangak nak wat keje.

Sebab pertama, betul-betul sebelah jalan utama dimana penyangak tu senang-senang je turun dari motor dan menuju ke kereta aku, pecahkan cermin, capai apa jua yang sempat harta dalam kereta dan laju-laju lari balik ke motor yang dah ready tepi jalan. Jahanam!!!!
Sebab kedua, kereta terletak dibawah lampu jalan yang memudahkan penyangak menjenguk isi dalam kereta.
Sebab ketiga, walaupun beg kecik aku tu terlindung dibawah bantal....penyangak bodoh tu tetap fikir dalam tu ada duit yang banyak.

Ok mungkin salah aku juga laaa sebab tinggal benda yang mengundang bahaya.
Tapi nak wat cemane kan...dah takde rezeki.
Aku redha dengan ujian kecil tu.
Lebih baik dia amik beg kecik tu daripada dia songlap kereta aku sebijik kan???



Ni keadaan kereta.
Lontaran cermin pecah tu sampai ke tempat duduk driver....so aku imagine kan hentakan tu kuat.
Bersepai kaca-kaca kat dalam tu.
Sempat jugak laaa berdarah lengan gebu aku sebab kaca-kaca halus tu mana nak hilang kalau dikibas-kibas....makin masuk dlm kulit adalaaa.

Mula-mula tengok cermin kena pecah, panik juga.
Rasa macam kaki tak jejak tanah.
Tapi drama Queen lagi panik....si Mak Bonda!
Sampai tercungap-cungap.
Kang kalo aku ikut sama panik...huru hara jadinya.
Dah laaa masa kejadian tu laki haku outstation, ayah aku pun outstation.
Memang tinggal ladies je nak uruskan tahap panik.
So...I have to be strong for my mom.
Just take a deep breath, acting cool and be more positive.
Alhamdulillah....panik hilang.





 Lepas buat report dengan sekuriti kat IOI Mall, Kulai tu.
Buat report kat IPD Kulai pula.
Jam dah kol 11 malam.
Jumpa dua orang pegawai ni...memang hilang terus rasa takut and panik.
Takut and panik tu bukan sebab apa pun...cuma otak serabut tak penah handle situasi macam tu.
So far Alhamdulillah...aku tak hilang benda-benda penting pun dalam hidup.
Purse...duit...3 bijik handfon...semua selamat.
Yang hilang cuma....

 My sweet sikat comei...huk huk huk
*kak Su....nanti hadiahkan kita lagi tau!



 Pen Minnie Mouse yang comei dari HKDL
*kak Lieya....kalo ko gi HKDL belikan aku sepoloh tau!!!



Calculator katak saya jugerrr...
*Incek Somi....nanti kita cari pengganti yer.... :(



 Huh!!! Tu je???
Dalam beg tu adalaaa aku punya BB usb charger, ubat2, note book, and more on my personal daily used stuffs. Oh ya....si 3 serangkai usb drive storage pun lesap. Abes koleksi cerita2 Korea haku.
Aku anggarkan kerugian dalam RM500 termasuk rege cermin keter aku.
Dugaan dugaan!
Terima kasih kerana hadir dikala aku kuat menghadapinya....
Dan aku juga terpaksa melepaskan 3 ekor burung peliharaan yang telah seksa disantau kaca.
Kasihan mereka....
Namun apakan daya....mereka tak mampu untuk kemana jua bersama-sama aku lagi.
Agak kronik santauan kaca mereka.
huk huk huk...
Terima kasih pada 'dia' yang menghadiahkannya... (T_T)


Akhir kata, sama-samalah kita beringat ye kawan-kawan.
Malang tak berbau.
Bahaya tak terundang.
Maka patuhilah tips-tips keselamatan yang selalu diwar-warkan oleh pihak berkuasa.
Antaranya elakkan tinggal barang berharga dalam kereta, kalau memandu elakkan letak handbag atas tempat duduk sebelah pemandu tu, jangan parking tempat yang jauh dari orang or yang terlalu hampir dengan jalan utama.
Berwaspadalah demi keselamatan anda dan keluarga.


p/s:: Terus rasa macam tak nak balik Kulai. Mind set - balik Kulai nanti cermin kena pecah.


hahahahahaa.....alasan je tu!!!


Thanks for singgah dan membaca...

 

0 Crappers:

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...