~♥~ STALKERS ~♥~


Wednesday, August 1, 2012

@}--- Ais Krim Durian Malaysia


Errrr....ais krim durian Malaysia or ais krim Malaysia durian ek???
What ever....
Hari ni just nak share cara-cara buat ais krim durian versi Mak Bonda.

Bahan paling utama adalah DURIAN.
Kalau boleh dapat yang fresh.
Laaaagi super sedap.



Lepas tu rebuskan seperiuk air.
Bila air dah mendidih, masukkan je ulas-ulas durian tadi.
Berapa banyak, terpulang pada korang.
Lagi banyak durian, lagi sedap pada aku.
Tapi tulah, nanti nak packing susah sket.


Rebus durian tu sampai isi-isi terasing dari biji.
Masa korang kacau tu, siat-siat sekali isi durian tu dari biji.
Rebus lagi sampai isi tu macam dah lebur sikit.


Lepas tu masukkan santan, gula dan sedikit serbuk pewarna.
Kalau ikut Mak Bonda, 10 ulas durian tu, dia masukkan santan pekat RM2.
hahhaaha sumpah aku tak reti nak sukat.
Gula tu ikut suka tekak korang....kot nak lebih manis. Letak laa lebih sikit.
Didihkan santan....api slow je taw, nanti pecah santan tak sedap laa plak.
Agak-agak dah didih, tutup api dan sejukkan.


Then masukkan dalam jag supaya senang nak masukkan dalam plastik ais krim Malaysia tu.
Part yang tu tak tunjuk gambar pun korang tau kan.


Maka ini lah hasilnya setelah disejukkan....
Nyaman bila lalu kat tekak...


Kaedah ni sama je macam buat serawa or gula durian tu.
Cuma untuk ais krim ni buat laaaaagi cair.
Warna tu pula terpulang pada korang laa nak letak color apa.
Mak Bonda sempat buat 4 color....merah, hijau, kuning dan coklat.
Merah guna sirap ros.
Hijau dan kuning guna serbuk pewarna.
Coklat tu guna gula melaka atau gula merah....so jadi warna coklat perang sikit.

Ni antara option untuk abiskan stok durian selain boleh buat serawa, bubur, lempuk dan pulut durian.
Enjoy happily!




Thanks for singgah dan membaca...
 

3 Crappers:

lieyalatif said...

oooo mcm tu rupenye....aku suke versi ni tak suke versi yg bubur kacang duyan buat aiskrim tu....aku nak buat leee nanti.....

Rose Emely said...

Lieya Latif...

Yerr...macam tu jer. Senang je kan?
Sila buat dan bagi aku in return. hahahhaa

JOHARI bin RAMLI said...

Hantar kedai laku keras ni

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...