~♥~ STALKERS ~♥~


Monday, August 13, 2012

@}--- Resepi cekodok selagi mampu....!!! hahaha


Ni siyes tak de bahan punya kes.
Tak kisah laaa....janji boleh share ngan uols kan...
Moh layan resepi hujung-hujung puasa....mood berbuka dah ke laut.

Mula-mula hiris bawang besar. Ikut suka hati kome laa nak tebal mane.
Pastu amik 2 batang sosej yang korang suka, aku guna sosej lembu brand ramly.
Potong dadu...pepandai laa nak buat cemane.
Then masukkan dalam mangkuk.


Lepas tu hiris halus cili padi pula.
Ni terpulang, kalau tak nak pedas tak payah letak.
Aku letak ni kaedah kalau malas makan cicah sos.
So siap-siap dah rasa pedas.
 

Terjumpa pula kentang kat rak bawang.
So aku cincang dadu juga kentang tu.
Masukkan sekali dalam mangkuk.


Masukkan telur pula.
Tapi bukan telur mentah ye uols....masukkan telur yg dah siap di goreng.
Kacau-kacau sket masa goreng tu.
Macam kat gambar tu.


Ni ingredient paling penting.....ikan bilis!
Aku tumbuk je ikan bilis ni.
Supaya dia terasa-rasa bila digigit dalam cekodok tu nanti.
Eh kalau korang tak rajin, korang bleh blender je.
Kalau malas, pakai kiub pati ikan bilis pon boley...


Tambahkan sedikit garam.


Sebelum letak tepung, uols gaul-gaulkan dulu bahan-bahan tadi tau.
Bagi mereka bermesraan sesame mereka gitu.


Then letak laa tepung.
Banyak mana?
Sker hati engkorang laaaa.


Bancuh dengan air.
Nak dapatkan texture yang lembut, campur air panas sikit.
Jangan banyak-banyak...nanti lembik plak.
Ready to fry!


Ready to eat!


 Kenapa nama dia cekodok selagi mampu?
Sebab apa sahaja bahan basah korang boleh masukkan...contoh lagi udang, sotong, ayam.
Selagi mampu...korang masukkan je lah.

Menu ni sesuai untuk orang yang duk umah bujang dan guna bahan sekadar apa yang ada.
Miahahahhaa.....penghasilan adalah disebabkan sifat super malas untuk keluar mencari juadah.

Sekian, terima kasih.

* sebab resepi merepek, maka malas aku nak besarkan pic.
Wat malu Mak Munah je anak dia share resepi cekodok.
Wakakakkakakaaa


Thanks for singgah dan membaca...
 

0 Crappers:

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...