Setelah sekian hari bersama Incek Tunang, semalam dengan rela hati melepaskan beliau balik ke JB.
Balik macam biasa ek...sila naik bas ekspress. Murah!
Oleh kerana bas dari Putrajaya - JB dah full booked, so kitorg ke TBS.
Maka sesi cerita hari ni adalah pasal Terminal Bersepadu Selatan atau short formnyer TBS.
Korang dah pegi blom? Tempat baru ni. Belakang Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan.
Tapi new building ni dah bercantum menjadi satu kawasan.
Haaa....ini buildingnya. Sangat besar dan cantik.
Picca² dalam ni aku songlap dr web Jom Naik Bas. Credit to the crew.
Sebab tu semua gambar adalah di waktu siang. Padahal aku pegi malam.
Ni bahana nak berstory tapi takde bukti...so pinjam laa gambar depa sat. hihihi
Dan oleh kerana aku parking kereta kat luar bangunan, so Incek Tunang tak benarkan aku membawa Si Canon....takut nanti time jalan sensorang ada yang nak ragut.
Alasan diterima...so luas mata memandang jek laaa.
Waktu malam lagi cantik dengan lampu neon di sepanjang jalan. Berseri-seri jek bangunan baru nih.
Memang kalah laa Puduraya walau dah di upgrade kawasan yang berair-cond.
Masuk je pintu utama, korang akan nampak kaunter pembelian tiket kat sebelah kanan korang.
Kaunter banyak giler. Kalau tak silap aku ada 70 kaunter. Sangat tersusun dan mudah.
So tak kan ada masalah berebut-rebut. Sistem pun dah distandardkan
Takde dah tiket yang cam dulu ada cop company bus...skang ni print jek.
Yang paling best, passenger kene bagi kad pengenalan dan no fon untuk record perjalanan.
Kat tiket tu pun ada nama tau.
Korang jangan ingat nak naik flight je ada Boarding Pass.
Naik bas pun dah ada boarding pass ok!
Sistem kat TBS ni memang sebijik macam terminal flight.
Kaunter A tu adalah khas untuk orang-orang OKU.
Agak-agak kaunter tiket tu penuh, korang boleh je beli melalui e-tickets kat machine khas ni.
Sangat fleksible. So...no reason ko nak berebut-rebut. Sila jaga tingkah laku!
Sila tengok betul-betul!
Bas pun dah ada Departure Schedule okay! Jangan ingat kat KLIA or LCCT jek ada mendalah ni.
Kat TBS pun hado taww...
Skrin ni ada pasang kat ruang legar, food court area dan waiting area.
Lepas ni dah takde reason tertinggal bas ek.
Kat skrin tu siap tulis no plat bas. Kalo tertinggal jugak, makna kata ko tu yang bongok.
Signage ni kat Level 3. Masuk masuk pun memang dah kat level 3.
Kat TBS ni pun dah guna konsep terminal kapal terbang siap ada Balai Ketibaan dan Pintu Perlepasan.
hehehe....Bak kata Incek Tunang, pasni nak bawak luggage takde laa seksa macam naik kat Puduraya.
Yang ni plak Executive Lounge. Ruang menunggu Kelas Pertama.
Tang ni aku tak pasti sangat apa kelebihannya.
Cuma satu yang aku nampak tempat ni tertutup.
Samada ada dihidangkan makan atau tak, aku tak pasti sebab masa aku pergi tempat ni takde orang gak.
Yang ramai kat open waiting area nih. TV yang tergantung tu semua adalah skrin Departure Schedule.
Dalam toilet jek diorg tak pasang skrin nih. hehehehe...
Then ini adalah Pintu Perlepasan. Ada 16 gate semua skali.
Ticket holder diarahkan turun ke Departure Gate SETENGAH JAM awal!
Dan hanya pemegang tiket dibenarkan turun ke Departure Gate nih.
Takde dah sesi-sesi nak antor passenger sampai ke atas bas.
Bersesak-sesak nak bawakan beg sampai naik bas.
Kadang-kadang tu yg nak naik bas sorang jek....yang mengantor sekampung!
Kat TBS ni jgn harap laa....
So far aku rasa Terminal Bas TBS ni yang terbaik laaa.
Cantik pun cantik. Sistematik pun ye. Kira thumbs up la... (tempat baru kan? mmg la ok)
Buat masa sekarang ni tak banyak kedai lagi yang buka.
Masa ronda-ronda semalam, ada laa nampak a few kedai yang dah beroperasi.
Macam biasalaa..7-E ada dimana-mana. Operation tu aku tak sure laa samada 24jam atau tak.
Kat Level 4 tu ada satu kedai Nasi Kandar, Baker's Cottage, KFC dan kedai-kedai mini mart.
Opening soon yang aku perasan ada Hailam Kopitiam, Wendy's, Kenny Rogers.
Meriah ok.... sure tak kisah nak lepak kat TBS ni lama-lama sebab tunggu org.
Tempat makan best-best wooo...
Kat Level 3 tu mostly kedai-kedai barangan la.
Ada jugak butik, tapi tak ingat butik apa. Opening soon adalah Elianto. hehehe
Dan masih ada kiosk² yang kosong. So, pada sesape yang nak meniaga...sila amik peluang yg hado.
TBS memang terbaekkkkkk! (aku suka sebab tempat ni fully air-cond. tak panas macam kat Puduraya. and confirm aku dah tak maki hamun stress sebab kepanasan.....)
Thanks for singgah dan membaca...
2 Crappers:
nk tanya ni. tp nk gelak dulu.. hahaha.. kaunter ade 70 eik? =p
hahahhaa
ha'ah ek. aku pun tak sure. ntah ntah...40 jek kot!
Post a Comment