~♥~ STALKERS ~♥~


Wednesday, July 27, 2011

@}--- Hutan Lipur Lentang, Highway Karak, Bentong

Hari Isnin lepas aku ponteng kejer.
Ni sumer gara-gara Incek Somi ada.
Walau dia kata ok je kalau aku nak gi keje, aku la plak yang jadi malas tahap gaban.
Asik nak melekat....
Mane bley tahan tengok Incek Somi sedap je terbongkang atas katil, haruslaa join sama kan?
Baru sehati sejiwa.

Tapi hakikatnya, nak sambung tidur dalam keamanan memang tak dapat ler.
Sebab satu nya, aku dah tak tau nak kelentong apa ngan boss.
Lagi-lagi minggu lepas, boss dah pernah kuarkan ayat yang ala-ala perli kat haku.
Siap tanya lagi, weekend ni balik JB tak? (ni ayat minggu lepas)
Aku sengih-sengih jawab tak...

Al-maklumlaaa, aku ni kan kalau dah balik JB weekend...kompom kompom Isnin tu aku MC.
Gigih pi cari MC..... tapi tak men arr MC swasta.
Sumer MC kerajaan...berlakon kene baik!!!
Hahahaa...ni sumer ciri-ciri nak selamat kan cuti tahun yang memang tak pernah cukup.
Hah...skang ni, menggelupur tak tau nak bagi reason apa.
Padan muka haku!

Alang-alang dah ponteng keje tu kan, macam membazir la plak kalo takat bergumpal atas katil kan?
Tanya Incek Somi, bleh plak dia nak ajak pi mandi laut.
Adoiyaiii...dah laa musim musim panas ni, nak gi jemur tepi laut plak.
Makin hitam aku hokkay.
Fikir punya fikir, aku ajak beliau pi mandi kat kawasan air terjun Lentang.
Jawapan positif!

So...terus pi dapur goreng nuget, kentang ngan bihun.
Bawak bekal...tak yah singgah-singgah kedai perabih duit beli jajan.
Kang tapaw air mineral jek....jimat + sihat...kikiki

Kuar umah kol 10:00 am. Bleh plak sosat....Incek Somi terlepas simpang nak ke Genting.
Tak pasal-pasal ronda jalan Gombak.
Keliling laa kejap ikut jalan lama.
Dalam kol 12 lebih kitorang sampai ke destinasi.
Manyak syiok wo.... sejuk!

Pintu masuk ke Hutan Lipur Lentang

*credit to owner pic... (aku tak sempat nak snap pintu masuk ni)


Ada jambatan gantung. Seberang sana ada lagi wakaf untuk rehat.
Kawasan sini luas. Tempat nak berBBQ pun di sediakan.


Ni plak scenery sekeliling port kitorang. Tenang jek kan?
Air memang sojuk giler. Dah tengahari pun masih sejuk.
Disebabkan aku pegi hari Isnin, makanya tak ramai manusia kat sini.
Syiok wo...privacy.
Yang ada pun secouple dua jek and a few family yang bawak anak-anak pusing.



 Nampak tenangkan?
Jangan risau.....kompom takde buaya kat sini...
Buaya darat pun tak hado!
Bersih!
 



Laluan turun nak ke gigi air pun diorang buat cantik.
Kira tak risau laa nak jatuh.
Apa-apa pun kat tebing-tebing tu tetap kene hati-hati.


Sebelum mandi dan bersojuk-sojuk, haruslah isi pewot dulu.
Incek Somi memang kelaparan, sebab dia tak breakfast sebelum kuar umah.
Haku? Kompom arr kenyang, curi-curi makan nuget masa goreng tadi.
See see...dah separuh bihun tu...


Kasi closed-up sket.
Masa ngah penuh2, santek2...tak dan nak snap.
Dah kene ngap baru ternampak camera.
Telor dadar sama lebar ngan bekas...kikiki
Tak kesah...yang penting Incek Somi puji sodap!
Ahhh...bahagia setahun. ngeee :D


Dah kenyang baru leh berendam.
Kasi kecot segalanya....hihihi






Oleh kerana tahap kesejukkan adalah di luar tahap ketahanan kami, maka kami cuma bertahan selama sejam jer dalam air tuh. 
Terus packing, salin baju dan balik.
Huhuhu sojuk....!!!
Toilet takde laa bersih mana.
Pun guna air gunung tu jugak kot...sebab keruh.
Then korang cuma kene sedekah 20 sen je kat situ.
Tapi ada dua bilik air.
Yang sebelah depan tu cantik sket, so kene bayar 30 sen.

Kesimpulannya, kat sini memang best.
Next time, kene plan ngan kawan plak.
Bleh wat BBQ skali. Tak laa bowink berdua jek...
Men bara-bara panas, lari berendam dalam air baru laa de pekdahnya.

Okeh tu jek citer weekend lepas.
Weekend ni ada program BBQ bersama BFF Incek Somi.
Kami kene jadi tuan rumah....ape mao prepare ek???
Harus amik cuti lagi....adesss! 
Blom raya coti sudah mao abes...blom hujung tahun maaa!





Thanks for singgah dan membaca...



2 Crappers:

yatt said...

harap2 encik azhar baca la blog ko... good luck hehe

Rose Emely said...

hahaha....
bengong ko kak yati...!
blog haku dia tak baca kot...tapi blog dia aku penah baca. kikiki

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...