Tapi aku rasa blog aku ni manjang citer pasal makan.
Tak kesahlah....sebab makan itu memang best!
Ok kali ni kitorang makan kat Little Pantry or lebih sesuai kalo letak Little Pink Pantry.
Nak gi Full House tak dapat dapat...so feeling feeling Full House kat Little Pantry pun ok what...
Lokasi adalah di Jusco IOI Mall Puchong.
Berdepan dengan Wendy's dan bersebelahan dengan J.Co Donut.
Apa yang menarik Little Pantry ni?
Pada aku sebab dia ada warna pink dan deco adalah english concept.
Memang romantik!
Little Pantry ni ada 2 pintu masuk.
Ini dari sebelah dalam Jusco.
*Sila abaikan pic Incek Tunang yang dah tak sabor nak gi makan.
Ada rostrum. Patutnya ada waiter kat situ...since pegi hari Isnin hari tu adalah weekdays, so I paksa Incek Tunang diri kat situ...hiks
Yang ni pula entrance dari sebelah luar Jusco.
View adalah dari parking lot.
Dua-dua entrance ada letak table for menu.
So senang laa sebelum masuk nak selak-selak menu dulu kan..
Ini view kat dalam Little Pantry.
Sweet kan...?
Sebelah kanan tu ada satu ruang makan lagi. Yang banyak-banyak tingkap tu.
Dalam tu lebih sesuai kalau datang makan ramai² or family yang ada anak-anak kecik.
Sebab kawasan tu tertutup, so kalau anak-anak memekak or jalan-jalan sekitar kawasan tu takkan ganggu orang lain yang ngah feeling feeling mencekik.
So nice la...
Ni pulak gambar area pantry dia. Ada pintu and window counter.
Ada jugak disediakan table panjang untuk 12 orang.
Deco atas meja tu memang sweet.
Feeling makan kat rumah...satu table panjang.
Jom tengok menu lak.
Air dia ada macam-macam gak. But so far takde la yang pelik-pelik.
Pasta dia pun banyak jenis. Pilih je mana-mana yang korang nak.
Ada western. Biasalah Chicken Chop, Sirloin Steak, Lamb Shank, Salad pun banyak jenis.
Main course adalah makanan Melayu. Nasi lemak pun hado.
Soft shell crab pun ada....tapi aku tak order. Pada aku hard shell lagi sedap kot...baru thrill kopak kulit ketam kan? Soft shell tu sesuai utk orang-orang tua tak hado gigi ok la kot... ngeh ngeh ngeh
Ada juga pilihan cake untuk dessert. Ala-ala Secret Recipe gitu...
See...see...haku sebuk snap snap pic...dia sebuk dah tunjuk nak minum ape!
Order Lite Coke jek pun...kecoh!
Tapi aku order air nih....
Ice Blended Purple Plum with Buble.
Highly recomended...!
Agak manis tapi disebabkan ada rasa masam plum tu...just nice la.
Yang paling best adalah bijik-bijik buble itu.
Eh korang penah minum kat Cool Blog tak?
Bubble kat Little Pantry ni tak macam buble yang biasa-biasa kita minum yang kenyal-kenyal tu.
Bubble yang ni lain sikit.
Nak citer tu susah....korang gi laa rasa.
Ni aku closed-up sket.
Bubble tu rasa sebijik cam buah anggur kecik-kecik.
Haishhh susah laa nak citer. Gi rasa ek!
Okeh first menu adalah salad.
Apa namanya tah...tapi siyes sedap!
Nak nak ada Salmon....ni ayat utk si penggemar salmon la.
Aku memang tak makan salmon. But kali ni aku ada rasa sikit laa...
Sedap gupernya salmon ni ek...hehehehe
Yang ni plak plate aku. Spaghetti Bolognese.
Memang tidak mengecewakan.
Sangat mesra kuah dan spaghetti tu.
Cuma takde meat ball. Kalau ada sure lagi sedap....
Lamb Shank ni plak santapan Incek Tunang.
Hurm...lamb shank ni kureng sket rasanya.
Incek Tunang lagi suke yang kat Secret Recipe.
So korang tak yah order lamb shank nih....
Order mendalah lain yek....
Kalau korang datang lunch kat sini, ada disediakan menu combo.
Ada beberapa pilihan la.
Kalau tak silap aku ada Chicken Chop, Salad and apetah lagi 2 set tu.
Serve with soup and cake of the day.
Complete ngan dessert...kira ok la kan.
Air plak of course dia bagi air paling murah....Ice Lemon Tea.
Psst....nak dating romantik romantik kat sini memang best. View tenang dan jiwang jek.... hiks!
Tiba-tiba rasa nak gi berchenta lak ari ni....
Last but not least....mestilah tepek gambor empunya blog yang berjaya memerajukkan diri dengan Incek Tunang yang mulanya tak mo makan kat Little Pantry nih...
Time ni mood dah ok dah....hiks.
Mohon ampun ye abang...janji buat lagik...!
ok dah...
chaw!!!
Thanks for singgah dan membaca...
2 Crappers:
eLLysa..sWEEtnyer teMPat nih.. nih kLo baWAK imAD nih raSAnya haRUs dok kat tEMpat berkaCa tu.. takder peluang ar aku dok tempAt yang datIng2 tu...huhuhu
eh aKu suKe bubbLE tuh...mCM nak tRY jer...hehehe
yup...very sweet.
little pinky
hehehe...ok jer kot.
yg dalam tempat kaca tu lagi sweet deco dia...
ko try laa google pic2 yg lagi cuns.
aku tu kejorkan makan jek...nak bergerak2 snap pic tak de ar...
hiks
Post a Comment