~♥~ STALKERS ~♥~


Friday, January 27, 2012

@}--- The things I love about you....



I'm So Thankful For You


I'm so thankful for a husband
Who cares for me so
And for all the love
To me that you show

You're one of the best
With a pure heart of gold
You're thoughtful and kind
You have a good soul

That's the kind of person
I see in you
Someone I can count on
Without you, what would I do?


http://www.GlitterMaker.com/ - Glitter Graphics








p/s:: Hadiah birthday tangguh dulu ye sayang....tunggu dinda bersamamu...hiks!~



Thanks for singgah dan membaca...




Thursday, January 26, 2012

@}--- Si Ayan a.k.a Tempayan

Spontaneous Thursday hari ni versi panjang.
Tiba-tiba nak citer pasal si Ayan yang manja.
Ayan ni anak kepada Bella.....musim ke-3.
Maksudnya si Bella tu dah 3 kali beranak.....

Nama penuh Ayan adalah Tempayan...sweet kan?
Ni Incek Somi punye kejer.....
Adik-beradik Ayan yang lain diletaknyer nama Besen, Bakul, Baldi dan Gayung.
Simboliknya sebab si Bella tu dulu takmo beranak dalam kotak yang Incek Somi sediakan, dia pindah beranak dalam besen.
Then, anak-anak Bella ni amik ler nama benda-benda yang seangkatan dengan besen.
Brilliant!
Sangat......




Ayan memang cute...tapi comot.
Muka dia tak secomel adik-beradik yang lain.
Nak snap picca yang lelain memang nan hado, sebab semua dah kene angkut ngan orang-orang yang minat.
Ada sekor tu sebijik sejibon cam Bella.
Saper yang tak hengat Bella, bleh tengok kat sini.



Ni blanket baru saya.....kepink-kepink gitu.
Disebabkan blanket saya kepink-kepink, Ayan pun sibuk nak melekat tido sama saya.
Macam sedap sangat tido berbantalkan kaki haku kan.....


Kat celah-celah jugak dia nak wat port.
Kalau nasib tak baik, dia siap buat massage free dengan kuku dia.
Owhhhh sangat comel....rasa cam nak sepak ke dinding jek.



See....see....sedap tol dia melingkor!
Tuan tido, dia pun nak tido....



Di mana tuan dia landing....kat celah tu laa dia nak landing.
Siap masuk dalam selimut hokkay!
Tuan tido siang, dia pun tido siang.
Malam apetah lagi....


Tido pun nak kat celah-celah ketiak kan...
Sedap sangat laaa bau masam ketiak.....
Time ni aku pegang tangan Incek Somi, dia baru pusing dan sikit lagi nak hempap si Ayan.
Kalau tak sure dah arwah si Ayan nih....
Menyelit kalahkan haku plak......ceh!


Latest news.....tadi Incek Somi call kata Ayan hilang.
Takde kat dalam rumah, dalam cage pun takde.
Ntah mane dia menghilang.
Kalau ke rumah jiran takpe, takut ada jiran yang songlap macam abang-abang dia dulu.
Cian Incek Somi, habes dah anak-anak kucen dia.
 

Nota Hati :: Betul ke hujung bulan ni dapat tunggakan gaji baru? Cukup tak nak wat tambang balik JB minggu depan ek??? Abang.......sponsor plsssss :)


Thanks for singgah dan membaca...

Tuesday, January 17, 2012

@}--- Hobi Malam Buta....

Hari ni nak share sikit tahap ke'kemaruk'an haku sejak akhir-akhir ni....
Kemaruk berhobi baru di malam buta....tatkala nak tido.
Dah macam satu penyakit plak....tak tengok 'dia' memang macam tak sah.
Apetah lagi kalau tak menyentuh 'dia'.
Siap rasa macam tidur jadi tak lena kalau tak bermesra dengan 'dia' dulu.
Dasat tak penangan hobi baru ni????

Sebelum tu sila kasi aku tayang pic twist fries ni...
Ya Allah....ya ampun! Aku sangat soka ini fries yer.
Ko bagi laaa sedulang pun....kompom slowly aku boleh kasi licin.
Frozen pun ada jual kan???
Tapi aku berkeyakinan tinggi bahawa rasa fries yang kita goreng sendiri tetap tak sama dengan yang kat Mekdi nih....
Nasib je laaa dalam Putrajaya ni takde Mekdi drive thru....kalo tak sure muka haku jek yang pi que tetiap hari....huk huk huk


Okeh okeh...berbalik pada hobi baru....
Taraaaaaa......
Ini laaa hobi baru aku....
Sebelum ni layan jugak Sudoku nih, tapi kadang-kadang jek laaa
Sekarang ni dah menjadi kebiasaan pulak...
Tetiap hari mesti nak kasi game....tak dpt 2 3, 1 pun jadik laaa


Buku Sudoku ni aku baru jer beli Sabtu lepas....kat Popular, Jusco Equine.
Malam tadi aku dah turn to puzzle 31....so purata 3 hari aku kasi settle 10 puzzles.
Buku ni tahap MILD....agak senang nak game.
So that, aku just buat time limit.
Mostly boleh settle dalam masa 5 minit tu pun kalau 100% fokus laaa...kadang² buat sambil mengadap tv, makan, sembang² dgn minah² osmet....maka, ke laut laaa time limit haku tu...


Sebelum ni aku ada beli buku Sudoku ni...
Yang ni tahap General....ada part yang susah, ada part yang senang.
Honestly, ada laaa around 7 puzzles yang aku tak dapat settle kan walau dah 5 6 ploh kali padam petak-petak nombor tu.
Memang kene critical thinking kot....mencari segala kemungkinan.
Hehehe....kene asah kapla otak lagik nih.



Actually, last weekend ada beli 3 buku Sudoku nih...
Yang warna hijau tu yang aku duk pulun kejekan tetiap malam skarang nih.
Yang purple tu plak setia dalam handbag, ke mana je aku ngular dgn handbag....so setialaa Sudoku tu dlm handbag...
Konon²nya kalau pegi mane² tempat ada free waktu, boleh layan Sudoku.
Tapi sampai hari ni belum layan lagi buku purple tu...erti kata lain, aku sangat bz dgn keje skarang nih!




Yang oren tu plak.....SUDOKU SPICY....jgn ingat kepsi jek ada spicy ye tetuan!
Haaa oleh kerana dia spicy, maka aku hold dulu tahap spicy dia.
Susahhhhhh dowh!
Sampai hari ni, satu puzzle pun aku tak boleh buat lagi....
Kene cari tips² dari mereka yang dah khatam buku² Sudoku yang hebat...
Tu belum lagi dapat tahap Sudoku yang bagi clue takat 2 3 angka jek...
Kompom terkeluar otak nak memikior....huhuhu

Okehhhh tu jek nak share....
Nak sambung buat keje....!
Daaaaa..........




Hati Berkata-kata :: Nak rumah besor! Nak rumah besor! Amin.....



Thanks for singgah dan membaca...





Monday, January 9, 2012

@}--- Kasih tertumpah daaa.....


 Happy Monday peeps!
Selamat bekerja dengan bersungguh-sungguh.
Semoga dimurahkan dan dilimpah ruahkan rezeki kita hari ini.

No topic for today.
But one pic for your beautiful eyes...

Korang kenal tak sape ni?
Warga JOHOR wajib kenal.
Sape tak kenal, sila buangkan diri anda ke negeri lain.
Okehhh??!

Hensem kan dia?
Maka kerna itulah kasih tertumpah.... ;)


 * Pic di cilok dari twitter TMJ





My hubby's birthday is around the corner.....any good suggestion for his birthday gift???


Thanks for singgah dan membaca...

Thursday, January 5, 2012

@}--- Perginya Kasih Seorang Emak.... 17.11.1937 - 31.12.2011

Gugurnya Kelopak Itu....

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentari,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik anakmu,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

 
Al-Fatihah.....






 Dari tanah kita dijadikan, ke tanah jua kita dikembalikan.
Semoga dikau tenang di sana......~



Thanks for singgah dan membaca...

Sunday, January 1, 2012

@}--- Happy New Year... 2012

Selamat datang....


 Semoga kehidupan lebih bermakna di tahun ini.
Semoga segala urusan dipermudahkan.
Semoga apa yang dicita-citakan menjadi kenyataan.
Semoga diberi kesihatan yang berpanjangan.
Dan semoga sentiasa di dalam rahmat-Nya.

Amin...~



Thanks for singgah dan membaca...


~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...