~♥~ STALKERS ~♥~


Monday, January 7, 2013

@}--- Selamat Tinggal Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Isnin yang indah dari bumi Johor.
1st day report duty kat Johor hari ni.
Erti kata lain, bumi Putrajaya telah ku tinggalkan.....

Sedih....tapi apakan daya, lumrah kehidupan mesti dilalui. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah.
Entah macam mana laaaa kehidupan baru di negeri sendiri.
Zaman belajar dulu di bumi Pahang. Macam2 dugaan bersama kawan2.
Zaman mula kerja di bumi Putrajaya. Makin hebat dugaan....makin hebat juga teman2 disekeliling.
Dan kini, kembali mencurah bakti di negeri sendiri. Harap2 ada kekuatan dengan sokongan Incek Suami dan keluarga terchenta.

Biar jauh di mata, tapi dekat di hati.
Keranamu teman...kau takkan ku lupakan.
Hari ni berpisah, esok pasti bertemu lagi.
Umpama pantun....

     Ikan sembilang di tapak tangan,
     Di mata hilang di hati jangan.

Mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap.
Moga diberi keampunan di dunia dan akhirat.

      Kalau ada sumur di ladang,
          Boleh hamba menumpang mandi,
      Andai ada umur yang panjang,
          Boleh kita berjumpa lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 31, 2012

@}--- Selamat Tahun Baru 2013

Setahun telah berlalu namun kenangan semalam masih segar bersama.

Tiada perayaan...tiada keraian...tiada kemeriahan, cukup sekadar alunan serangkap Yassin yang lebih merdu, lebih beralun, lebih meruntun kalbu.

Titipan doa dan sedekah sentiasa diiring agar dikau lebih aman di sana.

Salam al-Fatihah buat Allahyarhamah mak mertuaku...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 13, 2012

@}--- Ragam Si Pemakai Tudung FAREEDA

Semalam lunch Mee Tarik Warisan Asli kat Sungai Besi.

Memang sedap. Actually that was my 2nd time.

So aku dah rasa dua2 mee dan kue teow.

Nama menu aku tu aku tak ingat...yang ingat no 414. Mee with fungus and beef kot...kalau tak silap laaa..

Paling menarik time lunch bila makan dgn kawan2 yang gilakan fareeda...hahahhaa ampunnnn....

Lihat saja aksi dan gaya demi Fareeda.

p/s: Jangan bunuh aku woiiii.....hahahaaaaaampun.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, December 11, 2012

@}--- Salam perkenalan

Fuhhhhhh....

Dah berabuk sangat dah ni. Janji cuti kejap....ni macam dah berbulan-bulan cuti.

Well...mood berubah-ubah. Haruslah entry pun berubah-ubah.

Bape hari lagi dah nak abes tahun 2012....mari pasang azam baru nak rajin post entry.

Rajin la sangat.....esok senyap balik ni.

Btw....i'm on leave today. Tak berapa nak sihat, plus malas keje. Cuti ada lagi...so pulun laa amik cuti sehari.

Ok....saya dah bermalas-malasan. Sampai dah waktu nak pi isi perut yang menjerit2 kelaparan.

See ya.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 15, 2012

@}--- Selamat Hari Raya







 Tuan tanah start cuti esok bersamaan 16 Ogos 2012 hingga 27 Ogos 2012.
Now ngah tunggu Incek Somi datang amik....lepas berbuka nanti, terus gerak balik JB.
28 Ogos 2012 baru menjejak kaki ke opis semula.
Eh tapi tu perancangan, agak-agak bosan duk kat JB....balik laa Putrajaya awal sikit.
Harapan!

Well di kesempatan ini, nak ucap Salam Aidilfitri buat semua keluarga, teman-teman dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yang meraikannya tak kira di mana jua anda berada.
Mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap samada sengaja atau tidak.
Adat laaa kan, jadi manusia suka gurau-gurau kasar, kot kot ada yang sentap mintak mahap laaa yer.

Pesanan penaja, untuk mereka yang akan menempuh pejalanan yang jauh tu hati-hati laaa ye di jalan raya.
Jangan nak fikir raya je, fikir keselamatan tu dulu.
Make sure kenderaan anda dalam keadaan baik.
huhuhu aku pun baru nak pi hantar servis hari ni.

Maka dengan itu, diumumkan blog akan bercuti raya juga.
Kalau rajin dan banyak masa terluang, insyaAllah....update thru Miss Note.
Kalau rajin ok.....kalau rajin!
* Kebarangkalian tak rajin adalah sangat tinggi.

By the way, nak wish happy anniversary to myself too.
Bersempena hari ni genap 6 tahun  bermastautin dan bekerja di Putrajaya.
Hopefully tak sempat jejak 10 tahun kat sini, aku dah pindah JB.
Harapan yang ke-2!
Muakakkakaaka.....

Pssst...pssstt.....men meriam lidi nanti ingat kat haku tau.
Dah bertahun rasanya tak men bunga api.
huhuhuhu jeles!!!

 
Thanks for singgah dan membaca...
 

Monday, August 13, 2012

@}--- Resepi cekodok selagi mampu....!!! hahaha


Ni siyes tak de bahan punya kes.
Tak kisah laaa....janji boleh share ngan uols kan...
Moh layan resepi hujung-hujung puasa....mood berbuka dah ke laut.

Mula-mula hiris bawang besar. Ikut suka hati kome laa nak tebal mane.
Pastu amik 2 batang sosej yang korang suka, aku guna sosej lembu brand ramly.
Potong dadu...pepandai laa nak buat cemane.
Then masukkan dalam mangkuk.


Lepas tu hiris halus cili padi pula.
Ni terpulang, kalau tak nak pedas tak payah letak.
Aku letak ni kaedah kalau malas makan cicah sos.
So siap-siap dah rasa pedas.
 

Terjumpa pula kentang kat rak bawang.
So aku cincang dadu juga kentang tu.
Masukkan sekali dalam mangkuk.


Masukkan telur pula.
Tapi bukan telur mentah ye uols....masukkan telur yg dah siap di goreng.
Kacau-kacau sket masa goreng tu.
Macam kat gambar tu.


Ni ingredient paling penting.....ikan bilis!
Aku tumbuk je ikan bilis ni.
Supaya dia terasa-rasa bila digigit dalam cekodok tu nanti.
Eh kalau korang tak rajin, korang bleh blender je.
Kalau malas, pakai kiub pati ikan bilis pon boley...


Tambahkan sedikit garam.


Sebelum letak tepung, uols gaul-gaulkan dulu bahan-bahan tadi tau.
Bagi mereka bermesraan sesame mereka gitu.


Then letak laa tepung.
Banyak mana?
Sker hati engkorang laaaa.


Bancuh dengan air.
Nak dapatkan texture yang lembut, campur air panas sikit.
Jangan banyak-banyak...nanti lembik plak.
Ready to fry!


Ready to eat!


 Kenapa nama dia cekodok selagi mampu?
Sebab apa sahaja bahan basah korang boleh masukkan...contoh lagi udang, sotong, ayam.
Selagi mampu...korang masukkan je lah.

Menu ni sesuai untuk orang yang duk umah bujang dan guna bahan sekadar apa yang ada.
Miahahahhaa.....penghasilan adalah disebabkan sifat super malas untuk keluar mencari juadah.

Sekian, terima kasih.

* sebab resepi merepek, maka malas aku nak besarkan pic.
Wat malu Mak Munah je anak dia share resepi cekodok.
Wakakakkakakaaa


Thanks for singgah dan membaca...
 

Thursday, August 9, 2012

@}--- Crumble tak jadi....


Hajat hati nak belajar buat manik crumble.
Tapi tak berjaya....asal jahit mesti buka balik.
Rasa macam tak cantik je.
Ni laaa kaedahnya kalau belajar jahit main ikut kepala sendiri...

Eh tapi tak kisahlah...janji baju-baju haku ada manik.
Tak crumble pun tak pelah...
Yang penting aku dah jatuh chenta sama itu pearls....ouchh!!! 



Haku dah salah setting ni...siapkan jahit manik untuk baju-baju yang bukan nak pakai pagi raya.
Yang untuk first raya masih kosong agik.....adoiyaiii!
Mintak-mintak laaa sempat pulun weekend nih!


Nota minda :: Bersederhana saja Aidilfitri tahun ni. Asalkan punyai waktu bersama keluarga dah cukup baik.


Thanks for singgah dan membaca...
 

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...