~♥~ STALKERS ~♥~


Showing posts with label Merapu. Show all posts
Showing posts with label Merapu. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

@}--- Fuhh fuhh fuhhh.....

Assalamualaikum w.b.t.

Mari kita mulakan...
Sesi mengibas habuk habuk habukkkk...
Setengah jam kemudian....
Sesi memotong lalang dan rumput rampai...

 Hoihhh lama gila tak update blog.
Reason adalah kebizian yang tak tertanggung.
Itu yang tersurat....
Yang tersiratnya adalah MALAS.

Okeh cukup untuk permulaan....sambung esok lusa tulat.
Tu pun kalo rajin....hik hik hik
 
Thanks for singgah dan membaca...
 

Thursday, April 25, 2013

@}--- Pump-Gun

Halo halo halo
Happy Thursday peeps!!!

Aku baru beli pump-gun.
Senang nak memburu.
Senang juga untuk berjaga-jaga bila tinggal sorang-sorang kat rumah.

Aku dapat stock murah kat Air Hitam, Johor.
Dah lama aku and hubby cari....tapi baru-baru ni je dapat.
Tak sangka kat Air Hitam ada jual pump-gun.
Bila dapat...rasa mcm hidup cukup lengkap.
Tak perlu dah rasa takut-takut lagi nak berhadapan dengan 'dia'....
Tibalah waktu 'dia' pula takut dengan kami.

Malam pertama berburu, aku dapat 3 mangsa.
Memang tak de ampun...
Sekelip mata dapat mangsa.
Lepas dapat 3...dah tak nampak yang lain.
Semua lari....mungkin dah nampak kawan-kawan dia jadi mangsa.
Tu laaa...sape suruh kacau aku lagi kan???
Sekarang...aku dah tak takut lagi!!!

Terima kasih pada pembekal...kalau perlu aku tambah lagi satu pump-gun.
Senang bila pegang sorang satu pump-gun.
Korang pun kalau nak...boleh cari kat Air Hitam, Johor.
Boleh private message (pm) aku untuk direction.

Ini laaaa pump-gun aku.
RM20 siap ngan bullet.


Ni plak mangsa pertama.
Tembakan tepat di kepala.
Siap berdarah mulut dia.....wakakakaka
Padan muke ko!!!
Memekak sangat kat umah aku kan......hambek ko!!!



Muahahahahahahaa...hebat tak? hebat tak?





Thanks for singgah dan membaca...

 

Friday, April 12, 2013

@}--- Cemburu menguasai diri....


Saya sangat teruja bila meng'gugel' kecantikkan Pulau Rawa, Johor.
Tapi jadi sakit hati bila Incek Somi dah menjejak kaki ke Pulau Rawa sangat cantik hari ni.
Walaupun bukan untuk bersuka-ria, saya tetap cemburu.
Biarpun demi tugas......saya tetap sakit hati kerana tugas saya tak melayakkan saya untuk jejak kaki ke Pulau Rawa ini....
Bukan sekejap ye kawan-kawan.....3 hari okay! 3 hari!
Argghhhhhh.....stress stressss!!!
Kena kumpul duit cecepat nih...nak gi pulau juga.
Nak rehat-rehat.......
Hurmmmm....tiba-tiba rindukan Pulau Tioman!

Buat Incek Somi terchenta....ingatlah isteri mu di sisi.
Kalau terjun laut itu....ingat-ingatlah daku yang terjun atas tilam aje.
Kalau bersantai-santai dengan bayu laut tu....ingat-ingatlah daku yang layan bayu kipas aje.
huk huk huk......aku cemburu!!!!


 







Kredit pada blog ni sebab share pic.
Nak tunggu real pic dari aku....entah bilaa laaa dapat jejak kaki kan.
Tunggu pic-pic dari Incek Somi je laa nanti....hwaaaaaa
Menangis tak berlagu laaa aku 2 3 hari nih!!!


Thanks for singgah dan membaca...

 

 

Thursday, August 2, 2012

@}--- .......... [tak mampu letak tajuk...sebab sedih tengok mereka ni.]


Kesiankan pakcik dan makcik ni?
Duduk kat pondok usang je.
Atap pun asal boleh.
Dinding pun sebelah je. Mungkin angin selalu bertiup dari arah tu...maka di situ je laaa dinding yang tertutup.
Buaian dari jala usang untuk hiburan kehidupan.
Sedih melihatkan kedaifan mereka.

Pagi hari lagi dah hidupkan api.
Nak bakar ubi kayu katanya.
Maklumlah, bulan puasa. Tak ada dapur gas, maka pagi hari lagi dah mula memasak.
Agar sempat di buat juadah berbuka puasa.
Bagai nak menitis air mata melihatkan mereka.

Kepada sesiapa yang sudi menderma, nak berzakat, nak beramal, boleh laa hubungi saya.
Mereka tidak meminta tapi kita yang patut menghulur.
Tangan yang menghulur itu lebih baik dari tangan yang menerima.....
Selamat beramal!



























hahahhahaa.....mampos kalo mak bapak aku baca nih!!!



Thanks for singgah dan membaca...
 

Monday, July 30, 2012

@}--- Nothing to say....



Lets picture story everything






Nak balik tidur!
Tuan tanah baru sampai dari Kelatan kol 6.30 am kekdahnya.
So no mood at all.
 

Thanks for singgah dan membaca...
 

Thursday, July 26, 2012

@}--- Terkenang kenangan silam... T__T


Salam 6 Ramadhan....
Kejap je dah nak seminggu puasa kan?
Hari ni badan ala-ala tak bermaya....
Ngantuk!

Semalam  berjaya juga packing baju nak balik Kelantan malam ni.
Rasa macam nak balik sehelai sepinggang...senang!
Tapi apa kan daya....kat kampung mana ada stok kain baju aku.
Kang tak pasal-pasal kene pakai kain batik 24 jam.
huhuhuhu......I mane reti pakai kain batiksss uols. hahaha kantoikan diri sendiri.
Eh actually boleh pakai...tapi bukan untuk jangka masa yang lama laa.
Takat nak wat berkemban ke bilik air or sementara nak wat salin baju tu boleh la.
Lebih-lebih idak ler....I lagi rela pakai baju kurung taw!!!

Well pagi tadi hajat nak sambung packing toiletries.
Selongkar laa kejap laci-laci yang ada, cari toiletries travel bag.
Non-hado! Kompem aku dah buang.
Tapi aku jumpa benda lain.

I jumpa my late lovely fon.
hahahaha late lovely tu....
Dalam pada terkejar-kejar nak bersiap ke opis, sempat snap hokkay.
Kenangan 5 tahun lepas laju-laju masuk dalam kepala.
Maunya tak nak snap kan.

Ni lah handfon pertama hadiah hari jadi dari Incek Somi masa gedik-gedik bercouple dulu.
Handfon Nokia model 7390 Pink.....Limited Edition!
Hidup lagi tau fon ni....cuma ada sikit probs.
Satunya, suara ala-ala tak berapa nak dengar.
Duanya, bateri dah kembung, kejap je dah kong nanti.
Aku rasa ni semua impact aku baling fon ni kat lantai Alamanda masa perang besar ngan Incek Somi dulu.
Kejadian ni pun masa duk gedik-gedik bercouple laaa...
Skang takde dah perang-perang besar....perang manja-manja tu selalu!


Pastu tadi gatal-gatal cari pic henfon ni kat dalam website Nokia.
Tak de ko....lama sangat dah model ni.
Tapi aku sempat laa Google image....
Beginila rupa parasnya tatkala baru keluar dari kilang.
Sweet kan?
Kenapa dia limited edition....aku pun tak tau.
Yang aku tau dia special sebab ada label kain kat tepi flip tu.
Takde lagi kot company yang mampu letak label kain kat gadjet keluaran diorang.
Nokia je hado.



Walau seburuk mana pun rupa dia, aku tetap cuba untuk simpan.
Kenangan tu....
Kalau tiba-tiba nak tukar fon ni boleh tak?

Well....hari ni badan macam letih terlebih.
Aku rasa ni kesan-kesan menu berbuka yang tak berapa sedap semalam.
Harga je mahal...tapi tak nyaman di tekak.
huhuhuhu....nyesal I taw!!!

Semalam beli rojak Singapore. RM7!!!
Tak sedap pun.
Terus terbayang-bayang rojak asma kat Plaza Angsana, JB.
Arghhhh dari hari tu mintak ngan Incek Somi...tapi tak sempat-sempat nak pi beli.
Kene balik JB nih!
Then boneless crispy chicken by Uncle Bob.
1st time aku beli ni....walau dah berkurun ada kat pasar malam Putrajaya ni.
Sebelum ni tak terliur, tetiba semalam terasa nak plak.
Hamik ko....tak in langsung kat tekak aku.


Penyudahnya aku makan rojak ni separuh je.
Ayam tu pun makan laa dalam 5 potong.
Yang lain-lain.....ke tong sampah.
Pasni tak nak beli lagi dah.
Malam ni masak nasi, telor dador, ikan bilis ngan kicap je dah.
Jimat!


Ok tu statement poyo!
Sila jangan percaya.




Thanks for singgah dan membaca...

 

Tuesday, July 24, 2012

@}--- Relaxing







from





 until I get the

 ======== * ========




hahahahaa...punyalah takde idea kan?!!

Pssttt...psstt...rahsia nak kekal sihat kena exercise guna benda ini.
ngeh...ngeh...ngeh



Thanks for singgah dan membaca...
 

Sunday, July 22, 2012

@}--- Menu iftar pertama...

Salam hari minggu....
Bersiaran dari tapak pasar pagi Khet Long Garden, Kulai.
Comei tak budak sengal ni? ngeh ngeh ngeh
Sementara tunggu Ayahanda beli sayur dan lauk, anakanda senang-lenang duduk dlm kereta sambil update blog.
Korang buka apa semalam?
Mestu sedap2 kan....maklum 1st day puasa.
Semangat masak juadah berbuka tu lain macam sikit kan?
Ke masak dihujung jari a.k.a tunjuk2 di bazaar Ramadhan? Heheheh
Aku x sempat lagi nak pegi bazaar.
Masak simple2 jua yg termampu.
Oleh kerana tinggal berdua je waktu berbuka semalam, maka menu pun ala2 set yg dijual di kedai2 makan.
Ikan bakar, sayur yg dicelur dan sedikit nasi goreng.
Senang....x pyh byk2 pinggan.
But actually aku ada masak sup juga.
Extra menu.
Hari ni pecah kepala balik.....fikir apa nak masak.
Àyahanda pula jenis x mkn nasi...so kenalaa fikir menu untuk dia.
Ïncek Somi pula jenis mkn nasi...so kenalaa msk nasi jugak.
Huhuhuhu masak haku ari ni!
Okeh arr nak sambung perah otak...
Makkkkkkkkkkk cepat laaa balik!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 21, 2012

@}--- 1 Ramadhan

Hai teman-teman....
Ye saksikanlah muka tak bermaya saya di siang 1 Ramadhan ketika menemani Ayahanda beli tiket.
Kesian kan???

Well.....Seronok puasa?
Mesti semua orang semangat bangun sahur pagi tadi kan?
Sahur hari ni cuma bersama Incek Suami dan Ayahanda.
Mak Bonda dah terlepas balik Kelantan....sambut puasa bersama ibu mertua kaedahnya.
Well everything went well....walau pertama kalu urus rumah tanpa mak. Heheehhe
Menu simple je nasi, ikan goreng, telur dadar dan telur masin. Makan ngab kicap.
Ayahanda belasah roti jer.
Pic x sempat nak snap sebab dah kelam kelibut.
Well otak ngah perah ape nak masak petang ni.
Dah laaa tinggal berdua jer. Incek Somi kijer.
Korang masak pe?
Dalam otak ni fikir sup cendawan, ikan bakar n ulam2an.
Menu sihat kaedahnya.
Boleh laaa kan....kata jg kesihatan.
So x payah laa nak menu bukan2.
"psssst...ayah kalau nak makan best2 tunggu mak balik taw...."
Hahahahahh gile kejam jd anak.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 16, 2012

@}--- In other words


 Today is


I am in

 

..... and 


 Abang! Lets be like this.


 .... and wish God will



 So I will always in love mode.




Thanks for singgah dan membaca...

 

Friday, July 13, 2012

@}--- Mood ke laut JB


Dari pagi asik laaa jeling beg ni.
Kejap kejap tengok, kejap kejap pegang.
Kejap kejap buka, kejap kejap tutup.
Haishhh selagi tak pukul 4.30 ptg.....selagi tu laaa macam tak senang duduk.
Cepatlaaa petang.....tak sabar nak balik JB.

JayyyyyBee here I come!!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

@}--- Piranha


Salam Jumaat...
Moga hari ni kita diberi limpahan kurnia dari Allah s.w.t dan dibukakan segala pintu rezeki. Amin....

Eh! Korang dah baca paper?
Especially BH. Dah?
Ada jumpe hot story ni tak?


Jumpa?
Tak jumpa?
Sape belom baca....klik kat link ni.

Gambar (kiri) mangsa gigitan piranha manakala gambar (kanan), seorang penduduk menunjukkan ikan piranha bergigi tajam yang ditangkap di sungai Guangxi.

Haa ni gambar yang di publish.
Aku bukan laa nak komen apa.
Cuma teringat masa pergi Sarawak hari tu, kan ada budak jual ikan spesis piranha kat Masjid India tu.
Belek punya belek.....aku rasa macam sama plak pic piranha tu.


See see...samakan bentuk mulut dan kepala dia.
Warna tu je macam ada lain sikit.
Ishhh kalau betul laaa memang wujud kat Malaysia ni, hilang harapan laaa nak mandi sungai.
Bila dah membiak....diorang jelaa conquer sungai.
huhuhuhu...
Harap harap ni bukan spesis yang makan orang tu.
Spesis yang di makan manusia tu ok.

Aku terjumpa pulak story piranha di Sungai Hulu Tembeling.
huhuhu....serammmmm!



Notakaki :: Yeayyy....hari ni balik JB lagi!


Thanks for singgah dan membaca...
 

Thursday, July 12, 2012

@}--- Oh my wedges!


Kejadian berlaku petang semalam.

Masa kat opis aku dah terpandang kat wedges aku yang tak sampai sebulan baru beli.
Watdehel tetibe ada permukaan yang mengelupas nih???
Tak sampai sebulan kot pakai.
Bukan laaa lasak sangat aku pakai, takat dari parking sampai dalam opis je pun buat bejalan.
Sampai opis sure aku buka and tukar pakai flip flop @ fipper.
So macam tak logik jika pengelupasan itu akibat pergeseran sesama kaki.

Lepas opis je, laju-laju masuk kereta.
Belek punya belek.....


 * Tenung dan renung dan kaji.

Kompom itu bukan kesan geseran tapi adalah kesan gigitan!!!!
Pertama kali berlaku ni.
Hwaaaaaa....
Ape ke dengki sangat menatang ni nak gigit wedges aku???
Ape sedap sangat rasa wedges tu?
Ade cam cheesy wedges kepsi tak?
Grrrrrrrrrrrrrrrr.......
Okeh persoalannya skarang....menatang apekah yang bermastautin dalam kereta aku sampai sanggup geget wedges haku ni???
Adakah cengkerik kembali bermaharajalela???
Andai benar.......abang!!!! Lysa nak wedges baruuuuuuuu...huhuhuhu

* Hanya orang tertentu je tau sejarah cengkerik ni! Harap maklum.



Thanks for singgah dan membaca...
 

Tuesday, July 10, 2012

@}--- I'm turning 28 years old...



 10 JULAI 1984

Oh God....I'm 28 today!

Syukur Alhamdulillah....masih bernafas di muka bumi Allah.
Masih lagi diberi kesempatan untuk meraikan hari lahir yang ke-28.
Masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati hidup pada hari ini.

Moga aku sentiasa di dalam lindungan dan naungan Allah s.w.t.
Moga aku sentiasa diberi kesihatan baik, ketajaman fikiran yang berterusan dan di jauhi penyakit lupa.
Moga Allah limpahkan segala rahmat, bukakan pintu-pintu rezeki dan nur ke atas diri ku.
Moga ditambah keimanan dan ketaqwaan ke atas-Nya.
Moga ditambah kesabaran dan keredhaan dalam apa jua perkara.

Sesungguhnya aku makhluk yang hina dan kerdil....
Sering melakukan kesilapan....
Sering melayari kealpaan....
Sering juga membuat khilaf.

What ever it is, 28 is just a number. I'm still young!!!
hahahhaa



Thanks for singgah dan membaca...

 

Monday, June 25, 2012

@}--- Sayang ayah saye....

Ayah saya selalu pegi exhibition anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kerjasama dengan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.


Baru baru ni Ayah pegi karnival Jelajah Janji Di Tepati....!

Μacam-macam dia bawak balik, tshirt, cap, note book, pen, key chain, bekas pen dan fridge magnet.

Hakikatnya, Ayah aku ni mmg hardcore pen collector.....erti kata lain, pen2 free gift tu memang rajin benor dia collect.

Berbekas2 dah kat umah tu....sampai ada yg dah kering dakwatnya.

Aku dah plan.....terdesak2 nanti aku nak bukak gerai kat Bazaar Karat JB, jual balik pen2 tu sumer....kikiki giler kijam jd anak!

Pic kat atas tu hasil rembatan aku dr Ayah...aku bwk balik dekat 20 batang pen MPIC tu...sedekah kat member2.

Note pad, stick note & note book tu utk personal use....limited!


Untung ada Ayah yg jd collector ni...tapi untung lagi jd anak yg tukang perabis dan penjahanam....wakaakkakaa



Nota hati :: Mata kelat giler.....dapat plak mkn pulut kuning ngan rendang ayam pagi ni, subsidi dr pn. Iqa...bertambah2laaa ngantoknyer. Nak bantallllllllllllllllll........


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 31, 2012

@}--- Beginilah nasib...



Brunch with Mr. Mamee and pretend to be a lonely monster....

What a crap?

huhuhuu....

Begini laaaaa nasib bila hidup berjauhan.....

Mamee pun mamee la kan...sambil layan 3 Idiots pun best jugok!!!!


p/s:: Sat gi nak order Dominos ahhhh


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 21, 2012

@}--- I'm currently in love with this guy....

** Tangan di dada....mata ke atas...  **
 


Sangat sexy.
Body tough.
Ohhh tersangatlah jatuh chenta... [♥]
 

Thanks for singgah dan membaca...
 

Tuesday, March 20, 2012

@}--- My Ever Favourite...yummeh!


















 Kak Shimot & Kak Fedot
jom pegi The Mines!!!
Shayer mao Oreo Chocolate Blog...


p/s:: Nak ajak Kak Aida takot...sebab shayer pernah bagi dia satu cool blog sebelum dia patah tangan dulu...huhuhu (T___T)



Thanks for singgah dan membaca...
 

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...