~♥~ STALKERS ~♥~


Showing posts with label Kawen. Show all posts
Showing posts with label Kawen. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

@}--- Wedding My Niece

Ni kisah wedding on 11 12 2011 yang lepas.
Anak sedara Incek Somi....si Lydia di Batu Pahat, Johor.
Dah nak basi baru nak up cerita...sume sebab Mr. Canon ada ngan Incek Somi.
Maka.....segala kelewatan meng-upload cerita berlaku.

Last week plak on 18 12 2011, majlis menyambut menantu dah berlangsung kat Keramat, Kuala Lumpur.
Alang-alang nak up picca....up dua-dua majlis.
Biar lambat asal selamat....ekekeke
Eh by the way...picca kali ni tak berapa nak menjadi bagi aku.
Sebab Mr. Canon tidak di tangan haku....
Kejap di tangan Incek Somi, kejap di tangan anak-anak buahnya.
Haku malas nak pegang Mr. Canon...terasa mcm berat plak.
huhuhu...so tengok je laa hasil dr tangan-tangan mereka yg tak pro....waakaaka
Mampus haku kalau diorang baca haku ngutuk nih....Sowie ye lalink lalinks...

 
Majlis berlangsung kat Hotel Pelican.
 

 
Dari sesi berinai, nikah dan bersanding.
Semua buat kat hotel ni.
So kompom-kompom umah tak bersepah...


Ni dia pasangan pengantin yang baru lepas di ijab kabul kan.
Simple but nice.....sweet.
Congrats to both of you dear.


Hantaran ke dua-dua belah mempelai.
Tema orange dan biru.


Sementara tunggu waktu bersanding...
Mari kita menjamu selera sepuasnya.
hehehe...

[♥] us [♥]


Family members






Tu dia...pengantin perempuan dah ready nak tunggu ketibaan suaminya.
Time ni kat pintu utama hotel.
So sempat laa menyelit nak amik gambar ngan pengantin.
Pastu tak dan dah....ramai giler org.

psst.....I ikut tema uolss...hahaha


Incek Somi pun gigih haku paksa cari baju oren.
Sekedondong laa jugak kan?
Tomei tomei....


Dua pic jer aku  besarkan..
Sebab kami berdua je yg ikut tema.
Family Incek Somi yang lain....warna baju sumer ke laut.
Wakakakaka...

Yeayyy....pengantin dah nak sampai.
Pengantin lelaki diiring kumpulan superbike.
Tapi...xde sorang pun biker yg hensem.
Sumer level-level vapak worang...huhuhu

Naik BMW tu.....mmg laa 'Best Man Win'
hiks!


huhuhu syahdu
Teringat pulak kejadian 7 bulan lepas.
Cam nak wat majlis kawen skali lagi jek....hahaa


Simbolik diorg adalah melepaskan merpati.
Ape korang sebelum ni duk dlm sangkar ke yunkkk oit!
eh tapi kan....merpati ni tak terbang jauh.
Mungkin sebab dh kekenyangan...hihiihi


Maka bersandinglah mereka.
Pelamin diorg cantik hokkay...tema adalah Hutan Rimba.
Ada pokok kat tepi2 tu...and full of flower.
Masalahnya...time ni orang sangat ramai.
Ruang pulak terhad dgn persembahan tarian zapin.
Makanya...Incek Somi sempat snap dari jauh.
Seb baik pakai Mr. Canon....boleh laa zoom jauh sket.
Kalau pakai camera tepon jer....kompom snap vontot worang jek.
huhuhuhu


Eh tetiba nak selitkan muka Mak Bonda.
Ape daaa...posing kat meja bersantap jek!
Ni anak buah Incek Somi gak layankan snap picca....


Aku tak tunggu lama, masa pengantin nak makan berdamai aku gerak balik.
Keadaan hall sangat pack...tak daya dah haku nak tunggu.
Balik tu singgah Air Hitam dulu....borong kerepek mepek utk kengkawan opis.
Tapi tu semua aku ngepow Incek Somi.
Hoyeahhh...!

Then last week kami ke AU5 Keramat.
Sebenarnya takde plan pun nak ikut pegi hantar pengantin.
Tapi last minit pulak, Incek Somi dapat apply cuti.
Maka, berdirilah kami di sini.
Kami wakil family sebelah Incek Somi.
Yang lelain adalah keluarga sebelah kakak ipar.

* Tangan sape laaa yang amik pic ni...sanggup tak masukkan pic haku!
First time ni dalam usia yang muda remaja dapat makan kat meja makan berdamai.
Seronok....tapi tu laa, kene sandang title Uncle & Aunty.
sob...sob...sob...


Haku time nih dah menggigil-gigil tangan.
Bukan sebab lapar.
Tapi sebab kitorg laki bini kene pegang pahar bunga telur.
Pahar tu plak ceramic yang berat gilos....
Jalan kat red carpet....opkos laa kene sama slow ngan pengantin kan.
Hwaaaa....seb baik je tak jatuh ke lantai.


Tema kat sini adalah hijau.
Aku tak tau pun tema kaler ni....so sah-sah kaler baju haku laki bini memang ke laut.
Eh tapi tengok-tengok family pun tak ikut tema.
Acara bebas.
See see...pengantin bz bergossip.
hehee



Lepas makan adalah sesi santai-santai dan bergambar bersama pengantin.
Aku lepak kat meja jer ngan family.
Dan tak tau ape motip....aku just snap pic kuih ni.

psst....ada cam Masam Manis punya style tak?
waakkakaka


Last but not least....Incek Somi mensumbangkan sore beliau.
Biarlah Bulan Bicara dan Angin Malam by Breory Marantika menjadi halwa telinga.
Ini memang feberet beliau.
Ada sesape nak amik beliau jadi pensumbang sore sila PM haku yek.
Secara tak langsung haku akan jadi manager beliau.

Sampai hari ni....telinga aku masih berdarah.
Sebab keluarga kakak ipar aku asik puji sore beliau sedap.
Uishhhh tak larat nak jahit seluar-seluar beliau yang koyak itew....
Okay...statement jahit seluar koyak tu mmg tipu.

What ever pun....suara abang memang sedap.
Lagi-lagi time mohon didendangkan lullaby....
(^_*)



 Okeh...tu jek story.
No Wordless Wednesday today.
Entry panjang berjela.

So Happy Newly Wed tu Lydia dan Hariz.
Wish both you happy ever after.



Nota :: Weekend ni ada sorang lagi family members kawen.....yeah kenduri lagikkkk!


Thanks for singgah dan membaca...


Monday, November 14, 2011

@}--- Setengah tahun menunggu....

Cerita penat....
Setengah tahun menunggu baru siap....
Pengantin pun dah basi.
Tapi takpelaaa...kena paham juga, keje mengedit gambar mmg meletihkan.
So redha je laaa ngan tempoh masa yg photographer nak.

Ngam ngam cuti raya haji hari tu, album story board pun dah siap.

Album kawen yang biasa tu lama dah siap....tinggal story board ni je berjeman nak tunggu.
Alhamdulillah laaa....puas hati dgn hasilnya.

Datang bersama briefcase....utk simpanan jangka masa lama.
Berat nak mampos!


Ini isinya....
Cover album adalah dari acrylic...(camtu ke ejanya?)
Tu yg buat berat nak mampos...


Pages tak laa banyak mana...tapi board memang tebal.
Skali lagi...ia membuatkan album itu berat nak mampos!


And the rest is my story....layannn







* picca adalah dr camera BB...maka hasilnya kureng. harap maklum!


Thanks for singgah dan membaca...

Monday, December 13, 2010

@}---- Hasil tangan keras aku !!!

Macam mana nak intro ek! Hari ni bab mengutuk diri sendiri. Nak kata aku ni gurly sangat tak juga. Nak kata tomboy lagi laaa sangat2 bukan. So aku ni mcm mana? Haaa biarlaa mereka2 yg pernah berada bersama aku tolong jawab aku ni jenis perempuan macam mana. Siapalah aku nak menilai diri sendiri kan?

What ever pun hari ni aku nak share hasil kerja tangan aku yg kira cam keras gila babi laaa bab2 menghasilkan kerja2 yg mmg selalu gegurl buat. Maklumlaaa aku ni tak minat benda2 yg renyah2 ni. Dah tu aku minat ape? Hahaha aku sendiri pun tak leh jawab apa yg aku minat....errr aku minat LELAKI jer. kikiki

Benda ni aku buat sempena aku nak kawen. Ntah mcm mana, tiba2 timbul pula hajat di hati nak juga buat hasil usaha dan tenaga sendiri. Macam mana pun rupa dia, aku tetap nak buat. Tak kira laa cantik ke tak cantik ke asal itu HASIL TANGAN AKU! Alaaa lagi pun benda ni nak bagi org, lantak laa cemane pun....org main sapu je. Benda freeee..... hak hak hak

Jom layan gambar....

 (1) Mula2 kita perlukan manik2 yg telah dicantum menjadi kelopak bunga. Haaa...manik2 ni pun aku cantum sendiri ok.... Ikut pandai aku laa bentukkan kelopak tu cemane rupanya.



(2) Pastu kita perlukan dawai yg paling keras, No.16 kalau tak silap aku (ni orang2 yg selalu guna tau laa pasal nombor2 ni). Dawai ni dah siap aku lilit dengan reben warna purple line silver (kalo satu warna je tak nampak plak belang2 tu kan?) dan bentukkan bujur camtu laa... eh bujur ke tu? Tak kira laaa...tapi mmg nak kena bentukkan cam dlm gambar tu.




(3) Then aku perlukan 3 jenis reben yg telah dipotong dan diikat menjadi seperti di bawah ni. Perlu juga net utk isi telur tu...(ni net segera zaman skarang, mcm net isi buah tu...dah tak payah susah2 nak potong kain net yg dulu2 jual ikut meter2 tuh...). Haaa....nampak tak sekor rerama putih tu? Yg tu utk hiasan sampingan....




(4) Finally.....taraaaaaa! Bunga telur versi aku dah siap. Cantik tak? Cantik tak? Tak laa cantik mana pun. Kira oklaaa dgn tangan aku yg tak pernah nak sentuh bab2 bunga ni. Tapiiiii..... KO HADO? tak hado kan....so tak yah nak kutuk mcm2. Cakap cantek sudehhhhh....hiks!~




Kalau tak silap aku, aku start buat benda ni dari waktu aku lepas bertunang dulu. Dlm bulan 8 camtu. Sampai ke bulan ni....aku baru siap sempurna 14 kuntum. Adesss...sempat ke nak kejar smpai bulan 4 nanti nak dptkan 80 kuntum nih???



Nota Kaki :: Hari ni Incek Tunang ada di sini....haku gembiraaaaaa!

Thanks for singgah dan membaca...

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...