~♥~ STALKERS ~♥~


Tuesday, July 31, 2012

@}--- Menu hari pertama berbuka di kampung...


Hari ni pepagi hari dah hujan kat Putrajaya.
So alang-alang hujan dan sejuk, better layan mata dengan makanan.
Boleh layan rasa lapar....muakakaka
Gila kijam niat di hati.
Eh tapi memang tengah sakit hati pun hari ni.

Tunggu cari mangsa je nak kene maki hamun.
Ishh ishhh ishhh....bersabarlah wahai hati.
Tak mo banyak cakap...moh layan piccas.

Ni semua menu iftar di hari pertama aku berbuka di kampung kat Kelantan.
Dasar nafsu!
Eh actually haku dah lama meroyan nak makan nasi minyak old school version.
Nasi minyak yang banyak letak minyak sapi dan susu....bau yang begitu lemak.
Oh lazat!
Ni adalah hasil tangan Mak Bonda....thank you Mak!!!



Yang bawah bawah ni plak....menu sampingan.



Eh tetiba terselit asam pedas ikan duri pula.
Ni requested by my uncle.
Orang Johor balik Kelantan, haruslah kene masak asam pedas kan.



** psst...Kak Iqa len kali wat sira labu cenggini taw!


Dan ini adalah dissert.
Oh heaven!!!


Sebenarnya ada lagi menu-menu yang terhidang + yang jiran tetangga bagi.
Tapi aku dah malas nak snap.
Pewot dah kelaparan.
Dan tak sabar nak makan nasi minyak....wakkakaa


Nota Kaki :: I'm moody right now!



Thanks for singgah dan membaca...
 

Monday, July 30, 2012

@}--- Nothing to say....



Lets picture story everything






Nak balik tidur!
Tuan tanah baru sampai dari Kelatan kol 6.30 am kekdahnya.
So no mood at all.
 

Thanks for singgah dan membaca...
 

Friday, July 27, 2012

@}--- Salam Pantai Timur


Buka apa hari ni?
Tuan tanah dah dapat menu yang diidam2kan....nasi minyak!!!
Homemade by Mak Bonda.
And actually....tuan tanah bersiaran dari Pasir Puteh, Kelantan.
Balik bercuti dan berpuasa bersama Nenda terchenta.
So first menu today....adalah Nasi Minyak Idaman Malaya....ouchhhh!
Enjoy your meals for iftar....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 26, 2012

@}--- Terkenang kenangan silam... T__T


Salam 6 Ramadhan....
Kejap je dah nak seminggu puasa kan?
Hari ni badan ala-ala tak bermaya....
Ngantuk!

Semalam  berjaya juga packing baju nak balik Kelantan malam ni.
Rasa macam nak balik sehelai sepinggang...senang!
Tapi apa kan daya....kat kampung mana ada stok kain baju aku.
Kang tak pasal-pasal kene pakai kain batik 24 jam.
huhuhuhu......I mane reti pakai kain batiksss uols. hahaha kantoikan diri sendiri.
Eh actually boleh pakai...tapi bukan untuk jangka masa yang lama laa.
Takat nak wat berkemban ke bilik air or sementara nak wat salin baju tu boleh la.
Lebih-lebih idak ler....I lagi rela pakai baju kurung taw!!!

Well pagi tadi hajat nak sambung packing toiletries.
Selongkar laa kejap laci-laci yang ada, cari toiletries travel bag.
Non-hado! Kompem aku dah buang.
Tapi aku jumpa benda lain.

I jumpa my late lovely fon.
hahahaha late lovely tu....
Dalam pada terkejar-kejar nak bersiap ke opis, sempat snap hokkay.
Kenangan 5 tahun lepas laju-laju masuk dalam kepala.
Maunya tak nak snap kan.

Ni lah handfon pertama hadiah hari jadi dari Incek Somi masa gedik-gedik bercouple dulu.
Handfon Nokia model 7390 Pink.....Limited Edition!
Hidup lagi tau fon ni....cuma ada sikit probs.
Satunya, suara ala-ala tak berapa nak dengar.
Duanya, bateri dah kembung, kejap je dah kong nanti.
Aku rasa ni semua impact aku baling fon ni kat lantai Alamanda masa perang besar ngan Incek Somi dulu.
Kejadian ni pun masa duk gedik-gedik bercouple laaa...
Skang takde dah perang-perang besar....perang manja-manja tu selalu!


Pastu tadi gatal-gatal cari pic henfon ni kat dalam website Nokia.
Tak de ko....lama sangat dah model ni.
Tapi aku sempat laa Google image....
Beginila rupa parasnya tatkala baru keluar dari kilang.
Sweet kan?
Kenapa dia limited edition....aku pun tak tau.
Yang aku tau dia special sebab ada label kain kat tepi flip tu.
Takde lagi kot company yang mampu letak label kain kat gadjet keluaran diorang.
Nokia je hado.



Walau seburuk mana pun rupa dia, aku tetap cuba untuk simpan.
Kenangan tu....
Kalau tiba-tiba nak tukar fon ni boleh tak?

Well....hari ni badan macam letih terlebih.
Aku rasa ni kesan-kesan menu berbuka yang tak berapa sedap semalam.
Harga je mahal...tapi tak nyaman di tekak.
huhuhuhu....nyesal I taw!!!

Semalam beli rojak Singapore. RM7!!!
Tak sedap pun.
Terus terbayang-bayang rojak asma kat Plaza Angsana, JB.
Arghhhh dari hari tu mintak ngan Incek Somi...tapi tak sempat-sempat nak pi beli.
Kene balik JB nih!
Then boneless crispy chicken by Uncle Bob.
1st time aku beli ni....walau dah berkurun ada kat pasar malam Putrajaya ni.
Sebelum ni tak terliur, tetiba semalam terasa nak plak.
Hamik ko....tak in langsung kat tekak aku.


Penyudahnya aku makan rojak ni separuh je.
Ayam tu pun makan laa dalam 5 potong.
Yang lain-lain.....ke tong sampah.
Pasni tak nak beli lagi dah.
Malam ni masak nasi, telor dador, ikan bilis ngan kicap je dah.
Jimat!


Ok tu statement poyo!
Sila jangan percaya.




Thanks for singgah dan membaca...

 

Wednesday, July 25, 2012

@}--- Iftar Hari ke-4


 nyumm nyumm nyummm
hahahaha...pepagi tengok makanan.
hazab!


Okeh tu semua menu tapawan aku kat Param Putrajaya.
Kecuali cekodok....tu minah osmet yang goreng.
Semalam memang tamak sebab mood swing, so layan je rasa tekak.
1st pic sebelah kiri tu nasi arab versi Melayu.
Sebab....nasi tu dah ok. tetiba ayam panggang dia berempah macam masakan Melayu.
What ever it is....aku suka ayam panggang dia tu.
Sambal tomato dia pun pedas....memang kene tekak Melayu.

Then tepung pelita masih ada baki 2 biji...takpe, petang ni boleh sambung.
Tak payah pegi Param....errr semalam mcm dgr citer ada orang nak masak.
So join kan kaki dan pewot. Settle!

Pastu terbeli cempedak goreng.
Masa kat Param tu bau dia....masyaAllah, memang menggugat iman.
Bila makan, rasa tak seindah bau.
Okeh aku tertipu lagi.

Last skali, cuci tekak dengan air ambra a.k.a kedondong asam boi.
Sedap!
Tapi tak sesedap kat restoran Mohd Chan Abdullah.

Mission hari ni tadah tekak tunggu minah-minah osmet masak.
Sekali tak jadi masak...masak laaa aku.
huhuhuhu

Okeh before chiao meh tengok sini => 3 sebab kenapa Hari Raya anda sangat indah.




Nota nafsu :: Macam nak pi belikan baju raya untuk Atok Kelantan laaa. Kat mana nak cari yang dekat2 Putrajaya ni ek??? Lusa dah nak balik Kelantan.




Thanks for singgah dan membaca...
 

Tuesday, July 24, 2012

@}--- Relaxing







from





 until I get the

 ======== * ========




hahahahaa...punyalah takde idea kan?!!

Pssttt...psstt...rahsia nak kekal sihat kena exercise guna benda ini.
ngeh...ngeh...ngeh



Thanks for singgah dan membaca...
 

Monday, July 23, 2012

@}--- Masak-masak sama Incek Somi...


Masih berpuasakah kalian?
Semoga khatam hingga ke akhirnya ye.
Hari ni takde mood nak story-story.
Sebab penat dan tak cukup tidur.
Malam tadi sampai lewat dari JB.
Pagi tadi pun bangun lambat....bahana tidur balik lepas sahur.

So kita share menu berbuka semalam je laaa.
Tak baek ekkk share piccas makan pepagi hari ni...tapi nak wat camno.
Takde modal nak citer dah...hehehe

Menu-menu ni biasa je tapi jadi special sebab masak bersama Incek Somi.
Almaklumlaaaa...haku kan 'saaaaangat terror' memasak. keh keh keh
Untung juga Incek Somi pernah part time banquet kat hotel.
Maka beliau reti laaa juga nak masak.
Harapkan aku....belum apa-apa dah pi google resepi.
Tapi bila masuk dapur, resepi entah ke mana.
Asik laaa jerit panggil.....abangggggggg! hahahhaa
Nasib ko laaa bang dapat bini tak pandai masak.

Eh tadi kata takde mood nak story mory...terpanjang lebor plaks.
hahhaa..ok ok tengok je laa picca.


Baby Sawi Masak Sos Oyster

Menu senang gila kan.
Tapi kalau dah namanya tak reti masak, semua rasa susah.
kikikiki
Dah siap masak pandai lak cakap..."oh senang je nak buat ni.."
Kesian haku kan?




Ikan Kerapu Masam Manis

Ni pun satu hal.
Bukan susah pun...simple je.
Men campak-campak jer. 
Tapi nak jugak Incek Somi yang buat....kah kah kah.
Takpe bang....pasni dah boleh buat sendiri dah. 


Actuallya ada lagi a few menu untuk berbuka.
Aku masakkan kue teow tom yam untuk Ayahanda.
Pastu ada buat manggo and grape puding.
Tapi tak sempat lak nak snap picca.
Ini je laaa pun yang sempat....hihihi
Ok chiaoooo...



Nota hati :: Hari ni berbuka sendiri laa. Lebih untung kalau minah-minah osmet ada kat rumah. Hurmmm...nak buka apa ari ni ek? Nak pergi bazaar laaa...buang-buang duit. kikikiki..


p/s:: Buffet Ramadhan di Tirai Ratus. Try nak?


Thanks for singgah dan membaca...
 

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...