~♥~ STALKERS ~♥~


Thursday, December 30, 2010

@}--- Hip hip hooreyyy...!

Esok cutiiiiii....! Esok cutii weiii...!
hehehe....excited macam laaa kita yang sumbangkan kemenangan.
Ehh korang tau kan aku citer pasal ape?
Selagi korang rakyat or pemastautin tetap kat bumi Malaysia yg bertuah ni, kot laa korang tak tau citer kan?

Ishhh memang tak logik. Lain citer laa kalo korang memang jenis tak amik tau.
Tapi kalo aku pun, kalo tak amik tau pasal bola, pasal cuti sure aku amik tau.
Yelahh sape yg tak nak cuti free kan? Lagi-lagi manusia mcm aku ni, yg tengah-tengah tahun lagi dah kehabisan cuti tahunan.
So, azam 2011 aku nak kawal tempoh bercuti aku. Aku berazam untuk lebih rajin bekerja.

Ehhh boleh caye ke?
Tahun depan kan dah kawen...Insya-Allah, sure aku lagi banyak cuti. Ye laaa...konon-konon nak laksana tanggungjawab utk suami. ahaks!~ bleh gitu?
Tolong laaa percaya, memang aku akan pulun cuti cukup-cukup!

Apa-apa pun, tahniah laa pada skuad bola sepak Malaysia kerana beraksi dgn penuh gagah dan berani mengharungi pelbagai cabaran, tak kira samada di padan atau luar padang.
Cuma aku tak puas hati si Julia Perez tu tak kuar-kuar ngan coli laser dia. Aku baru nak amik ilham utk malam pertama nanti... kasi laki aku mata pinar-pinar sket. kikikiki

Well, apa agenda korang esok? Cuti dah jadi 3 hari termasuk weekend. Mesti gi jalan-jalan sambut new year kan?
Ha ni lagi satu rugi. Cuti new year jatuh hari Sabtu. Ishhhh...rugi rugi. Tak leh dpt cuti ganti.
Aku mungkin balik JB lagi malam ni.

Nak wat camner, Ayahanda pepagi hari dah tepon suh balik JB malam ni.
Siang sikit, Mak Bonda pula cucuk jarum suh balik.
Siang lagi sikit, Incek Tunang lagi laa setuju suh balik. So kesimpulan, kena balik.
(hwaaaaaa baru plan nak sambut new year kat Putrajaya...) hahahhaa...poyo jek.

Tak penah hayat aku nyambut new year ni bagai...! Baik tidur kat umah lagi bagus dari bersengkang mata tunggu detik 12 mlm. Pastu nak count down terpekik2 sampai sakit tekak. Kalo tidur kat umah kan lagi nyenyak kan? Selesa gitu.... =)

Ok...now nak sambung kijer jap. Dah abes merapu dah ni. Nak settle kijer-kijer yg tertunggak seblom masuk 2011. Pastu nak prepare sket-sket untuk kerja-kerja tahun 2011. Hopefully, semua berjalan lancar.

Dengan lafaz Bismillah....aku sambut kedatangan tahun 2011. Semoga tahun hadapan memberikan aku kehidupan yang lebih baik dan lebih sempurna. Semoga aku sentiasa di lindungi di bawah lembayung Islam oleh Allah s.w.t dan terpeliharalah aku dari segala kemungkaran. Aminnnnnnnn.... ♥


Thanks for singgah dan membaca...


Wednesday, December 29, 2010

@}--- Teman tidur malam ku....

Tajuk nak suspen. Tapi memang pun. Macam tak sah kalo tak nampak 'dia' sebelum tidur.
Dapat tengok kejap pun jadilah. Tapi alang-alang dah tengok, sure sejam. Kalo mata tahan...jejak juga 2 3 jam.

Haa...meh layan picca teman tidur malam aku....
Semua gambor aku cilok kat pokcik Google jek.
Nak snap depan²...sampai mati pun belom tentu jumpe....


Taraaaaaa...

Ni laa Kim Hyun Joong
atau lagi best dgn nama Ji Hoo dlm K-Drama Boys Over Flowers





 Closed up sket....cuweet kan?
Kalo tidur malam mimpi dia tiap-tiap malam pun aku tak kisah... 


 wahhhh....sangat manis menggoda


 Part ni dia dah potong rambut...
Makin cute...
Tapi kan...dia mmg lebih sesuai dgn suite putih...


 Ouchhhh...sangat menawan!


Actually K-Drama ni dah lama pun di tayangkan. Aku je yg tak jemu-jemu melayan.
Dah beli dah pun VCD drama ni for a past few months. Aku sengaja beli VCD sebab dlm tu ada 25 keping CD.
So lama sket boleh layan....or take time laa nak abiskan drama ni. Kalo beli DVD tu...leceh nak forward2 citer kalo tak sempat abeskan sekeping DVD tu.

Dalam tempoh bape bulan beli ni, aku dah layan 4 kali. Campur seskali lepas gian tengok kat Youtube, adalah 7 kali aku tengok citer ni. Tu tak kira plak yg kadang2 layan kat Youtube dari fon. Ada jugak tau....

Setiap kali layan, setiap kali tu laa aku fokus, gelak and menangis (tahap air mata jatuh berjuraian) tau. Emosi sungguh...! ehh tapi tak kata laaa...aku baca novel je pun boleh menangis teresak-esak. Sangat pandai membaca dgn nada yg betul...walau pun novel tu sekadar tulisan. Poyo jek kan?

Sape yg tak pernah tengok citer ni??? Rugi....memang rugi. Rugi pada yg suka drama Korea la. Yang tak suka tu memang tak kan heran pun. Kalo ada masa...layan laa kat Youtube. Nak effect yg lagi syok, sila beli VCD or DVD. Tak mahal mane pun....below hundred.

Aku bagi sinopsis sket. Citer ni pasal cinta 3 segi yang terhalang oleh kedudukan darjat antara si miskin dan si kaya dan teman baik. Hero aku yg cute tu, adalah orang ke 3. Tapi dia bukan perampas. Malah dia memainkan peranan sebagai penyelamat walaupun dia terpaksa beralah dan serahkan cinta dia pada teman baik sendiri. Citer ni aku rasa ada full element of emotion. Kelakar ada, sedih byk, serius pun ada, marah pun banyak.... pendek kata, kalo korang hayati dgn penuh emosi...hati korang mmg tak senang duduk. Ketenteraman akan wujud bila korang tengok heroin tu dlm keadaan selamat.

Apa-apa pun korang tengok laa sendiri. Baru laa menjadi keseronokkan yg abadi. hehehehe

haaaa gambar kat bawah ni adalah watak-watak utama.  


Yang ni pulak hero dan heroin. Dalam tu nama diorang Geum Jan Di dan Gun Jun Pyo. Watak heroin ni mmg best. Seorang gadis miskin yg bercinta dengan anak Presiden company besar. Anak org kaya laaa. Cinta dihalang oleh mak si Jun Pyo poyo tu. Nama jer bercinta, tapi kejer diorg ni bergaduh je. Seronok laaa...byk gak elemen2 lucu. Ala-ala lurus bendul pun ada minah ni. Kira tak rugi laa kalo layan....


Ada a few theme songs yang aku suka dari movie ni. Dan dah selamat aku download utk ring tone BB aku. 
Lagu One More Time dan Because I'm Stupid. Nak tidur malam pun layan lagu ni...kasi feeling feeling Korea gitew...
ahaaks... oklah. Tu jer aku nak share. Lain kali aku tersampuk K-Drama lagi, aku story lagi ek.... 

Chawwww....nak sambung buat bunge telor! yeahhhhhh 




Thanks for singgah dan membaca...
 

Tuesday, December 28, 2010

@}--- Aduhai Bella . . .

Bella selepas 20 hari dalam pantang...

 




 Ini adalah gumpalan anak-anak si Bella...


 Ehhh....kucing ni kena pantang bape hari ek???
Korang tau tak?
Aku memang tak tau....
Tak payah fikir, jom layan cheese cake...


 
* Gambar adalah dirakamkan ketika berada di rumah Incek Tunang...

Thanks for singgah dan membaca...

Monday, December 27, 2010

@}--- Sizzling Stone Grill

Jalan-jalan cari makan lagi.
Ni aktiviti selepas tamat berkursus semalam.
Niat di hati nak makan kat A&W jer.
Dapat waffle ngan ais krim plus rootbeer float kat best kan.
Malangnya kat JB cam dah susah nak cari A&W sekarang ni.
Dan dan laa teringat kat Alamanda tu tercongok A&W, tapi tak plak berhajat nak makan kat situ.
Manusia ni pelik-pelik kan???

At last, menapak ke Pelangi Mall je. Jumpa laaa Sizzling Stonegrill ni.
Aku dah lama nak masuk StoneGrill yang kat Jusco Tebrau, tapi asik cancel jek.
Incek Tunang mesti tukar menu.

Tapi lately ni, dia sedang bertekak western, so dapatlaa juga try makan atas stone ni.
Kat Pelangi Mall ni restoran dia tak cantik sangat. Cantik lagi kat Jusco Tebrau.
Deco semua berasaskan stone. Boleh feeling feeling zaman Flinstone.
So sesape nak try, kat JB tu silalaa ke Jusco Tebrau.
(korang boleh je google image kalo nak review)
Kat KL aku tak tau kat mana.
Ada atau tak pun aku tak tau. heheehe korang google laa sendiri.

Ok ok...jom kita layan gambar...


Antara menu yang ada. Harga pun boleh tahan...
Oklaaa takde mahal sangat.




Haruslah ada muka ini b000dak.
Dan saya sayang sama ini b00dakkk...


 

Air biasa je, Ice Lemon Tea.
Ice bled pun menarik. Tapi takut muak. So ini yg terbaik, ada masam-masam sket.


Yeahhhh.... ini menu aku Grilled Chicken Surf !
Di datangkan bersama prawn, nasi goreng dan sweet corn.

 

Closed up sket !
hehehee...semua mentah hokkay. ko tunggu laa sampai masak atas stone tu.
Nasib aku order chicken, kalo tetiba aku buang tebiat amik steak?
Kompom daging tu merah merah....half done! euwww....

Ok dah sampai mcm ni jgn korang biarkan.
Sila laaa balik balikkan ayam and udang tu or apa-apa menu yang korang order la. Kang hangus sebelah pula...sebelah lagi mentah.
Nak lagi best korang sapu laa sket black pepper sos yang tersedia tu.

Dah masak lauk-lauk ni, korang boleh turunkan atas piring yang disediakan.
Then, korang leh panaskan pulak nasi goreng yang kat tepi tu.
Baru leh makan panas-panas.
Kalo takde kejer, boleh jugak panaskan sweet corn tu.
Harga Grilled Chicken Surf ni cuma RM19.90

*Gambor sesi memasak tak dan snap, sebab dah kebulur. Makan je laa, xde nak snap snap dah.




Ini menu Incek Tunang. Aku dah lupa nama menu ni.
Kalo tak silap Spaghetti with Spicy Salmon. Lebih kurang kot camtu namanya.
Ada option samada nak Tuna or Salmon.
Harga Spghetti ni RM9.90.


Time makan tu, ada table lain order Grilled Salmon.
Sangat menarik hokkay.
Incek Tunang dah terliur tengok Salmon selambak atas stone tu.
Mamat ni memang gila Salmon. Seb baik dia kata tahan perasaan, lain kali leh return.
hehehehe....nasib nasib...!

Dah kenyang, bergegas ke Larkin. Buat ape?
Balik Putrajaya laaaaa....ape lagi!
Kalo tak cemane aku nak update blog pagi nih.... =)



Nota kata :: Terpaksa cancel pergi kursus. Ada kerja yg lagi penting nak kena settle. Apasal laaa diorg ni suka sangat menyusahkan aku....huhuhu (T_T)



Thanks for singgah dan membaca...

Sunday, December 26, 2010

@}--- Short update...!

Aku penatlah.

Kursus dari pagi sampai petang.

Selit lagi agenda-agenda yg tak terjangka.

Berulang-alik dari Kulai ke JB.

Walaupun bersama Incek Tunang, tapi tetap terasa penatnya.

Malam ni naik bas balik Putrajaya.

Tak sempat rehat lagi.

Esok dah nak kena pergi kursus kat UKM.

hwaaaaa.....winatttt! 

Nak cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


* Padan muka aku. Siapa suruh habis cuti awal². Orang lain hujung² tahun ni amik cuti rehat²...aku pulak menggelupur bekerja. Kena laa tunggu cuti tahun depan pulakkkk....


Thanks for singgah dan membaca...

Saturday, December 25, 2010

@}--- Menantikan aku . . . ?

Aku kini di Johor Bahru. 

Di kampung halaman. 

Sedang menjalani kursus kawen.

Sedang bertungkus lumus menyegarkan diri
dari kengantukan.

Nanti kita story mory lagi ek....



chauuuuu....

Thanks for singgah dan membaca...

Friday, December 24, 2010

@}--- Bila aku masuk shopping mall sorang²...

Tajuk macam nak ada insiden tragik kan? Tak tragik mana pun.... sendiri juga cari pasal.
Ok ok....kita start cerita.
Petang semalam, jalan² ke Alamanda. Mana lagi nak pergi kalau kat Putrajaya ni kan.
Boleh je nak pergi JJ kat Equine or Puchong, tapi weekdays ni malas la. Sure jammed!

Motif utama adalah nak buat gambar passport. Esok nak pergi kursus kahwin.
So kena buat gambar passport.
Mesti pelikkan, apa kena mengena gi kursus kawen ngan gambar passport?
Haaa jgn tak tau, kat Johor je sijil kursus kawen tu nanti ada gambar.
Kompem orang tak boleh duplicate...! 

Dah pi snap gambar kena tunggu 15 min. Sambil tunggu aku jalan² dlm Carrefour.
Nak cari menatang ni haaa....


Cita-cita besor tu...nak baca buku dlm bas time² balik kampung. Gila poyo!
Tengok tu buku apa....Indahnya Hidup Bersyariat - Ustaz Ismail Kamus!
Hahahaha...mcm tak caya je kan. Eh tapi buku ni best woooo...siap gambar berwarna tu.
Real picture tau...bukan ilustrasi. Ni kira motif no.2 laaa nak gi beli buku ni. (konon² persediaan nak kawen....aicehhh)
 

Tak sempat gi beli buku, aku dah rembat menatang lain.
Taraaaaaa.....


Tukar case fon lagi. Yang ni tak tau laa berapa lama je aku pakai... Gatal kan?
Yer aku mmg tak boleh tengok benda² colorful yg menarik minat aku...sekian, harap maklum.

Ok sambung cerita.
Dah amik gambar passport. Apesal muka aku macam orang sakit ekk? Abaikan ia disitu.... =(


Masuk MPH plak. Mencari-cari buku Ustaz Ismail Kamus tadi.
Skodeng punya skodeng....tak jumpe.
Tanye promoter tu, dah SOLD OUT!
Arghhhhhhh....baru semangat nak pupuk ilmu di dada.
Sedih hokkay....

Ngadu ngan Incek Tunang.... seb baik dia kata beli je buku lain yg seakan-akan.
Pusing-pusing kat celah-celah rak tu...aku amik laa buku ni.
Formula Solat Sempurna.... kita mulakan dgn tiang agama.
Harga buku ni RM25.90. Kadar mampu milik.
Ehhh korang doakan aku rajin membaca yer....hihihihi (ada tanda² tanduk mula tumbuh...)
 

Tak habis kat situ. Aku kan dah kata, aku mmg gilakan benda² yg colorful.
Ni sebahagian koleksi yang aku suka. Pen color color. Warna hijau muda tu baru je aku rembat.
Sebab tu ink dia banyak lagi....
Motif beli pen hijau muda ni sebab esok nak pergi kursus kawen.
Nanti nak conteng-conteng senang.

Soalan korang :: Eh mcm tak boleh guna pen biasa pulak kan?
Jawapan aku :: Kata majlis ilmu, kenalaa pakai pen warna hijau.

Hijau tu kan macam sesuai je dengan keindahan Islam ni kan. Tapi aku bukan ahli parti PAS k!
 

Dah amik pen, korang ingat terus gi bayar ke? Jangan harap... sure mata melilau-lilau.
Tengok magazines...tapi yang biasa aku beli dah beli pun last week.
So pandang sekali lalu je.

Tiba-tiba.....lalu kat almari kaca. Berkenan kat menatang ni pulak. Lama hokkay aku tenung menatang nih.
Berkira-kira berapa laaa harga. Nak tengok harga, berkunci kot almari ni.
Nak tanya promoter, malu... kang kalau mahal, aku tak jadi beli, tak ke kena kutuk? Ni persepsi aku laaa...
Sekian lama aku tenung atas bawah...baru aku perasan kat cermin tu ada tag PUSH.
hahahaa....sengal. Tekan je...dah terbuka. Ape lagi...belek cecepat.
Owhhh tak laaa mahal sangat. RM36 jek. Under budget lagi....
Tak semena-mena, menatang ni dah ada kat rumah aku....lalalalaaaa

Tapi kan.... aku pun tak tau aku nak wat ape ngan menatang ni. kah kah kah
Ada sifat-sifat syaitonirrajim di situ. Membazir!!!
Motif beli sebab menatang ni kaler pink.
Aku ulang lagi, aku kan tak boleh tengok benda² yg colorful!

  
Kalau aku dapat beli buku Ustaz Ismail Kamus tu, kosnya baru RM55.00.
Tapi now dgn buku Solat, pen hijau dan caption maker ni....total kos dah jadi RM66.00!!!
hwaaaa....tak pasal-pasal jer.
Ni laaa akibat BILA AKU MASUK SHOPPING MALL SORANG²... takde yg nak pantau. 

Siap bayar, cepat-cepat lari. Pergi cari makan pulak. Perut dah bunyi-bunyi.
Bab ni kena pantau, Incek Tunang suh makan yang ringan-ringan je.
Salah satu kaedah suruh aku diet!
Ok aku dengar kata, tapau laaa Crispy Popiah ni.

Korang tau apa ada dalam tu? Mesti tak tau kalau aku tak cakap kan?
Takde maknanya aku nak beli Crispy Roll yang biasa tu....
Kompom tambah Chicken and Cheese. Ulang lagi sekali....Chicken and Cheeseeeeeee!!!
Berkaedah ke nak diet? Memang tidak sama sekali....hihihihi
Sssyyyhhhhhh....Incek Tunang tak tau nih. =)


Akhir kata, malam tadi testing booklite ngan buku baru. Ok kan kalo baca dalam keadaan gelap.
Ehhh....korang caye ke aku baca malam tadi?
Sila jangan terpedaya, tapi kalau fikiran baik, Alhamdulillah...aku doakan syurgalaa tempat kalian.

** Aku snap untuk demo booklite tu je. Dah snap, tutup letak kat meja semula. hahahahaaaaa


Ok chau... Tetiba banyak pulak kerja datang. Aku dah semangat nak balik kampung.
Takde perasaan dah nak buat kerja-kerja ni.
Kompem buat ala kadar jek....lantokkk laa labu!




Catatan Bunga Telur :: Dalam masa seminggu ni, aku cuma cantum²kan manik dan lilit dawai dgn reben. Tak tercantum menjadi kuntuman yg cantik lagi. huhuhuhu...bila laa nak siap nih...!




Thanks for singgah dan membaca...


~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...