~♥~ STALKERS ~♥~


Wednesday, December 21, 2011

@}--- Austin Steak House

Bila dating dengan Incek Somi....menu steak memang tak pernah ketinggalan dalam menu.
Pokcik ni memang suke makan daging....tengok badan laa kan.
Bang....lepas ni kita kumpul duit, buat ternakan lembu laa plak ek.
Agak-agak nak makan daging lebih...kita panggang je sekor lembu.
Baru laa charaaaa......

Then....last Ahad-day pi laa cari kedai steak yang dekat-dekat ngan Putrajaya nih.
Ronda punya ronda, maka di takdirkan kami berhenti di sini.
Austin Steak House!

Standard kedai Melayu laa kan...suasana kedai sure nak malap-malap, suram-suram.
Konon nyer romantik laa tu...padahal rasa cam nak celik mata pun susah!
Sebab tu laaa aku suka makan kedai mamak....terang benderang.
Kompom-kompom kebersihan makanan dan peralatan tu ko nampak.

Original scene dalam Austin Steak House
Malap...syok romen romen nih.


Menu






Siap letak doa sebelum dan selepas makan.
Tapi buku menu ni diorang amik lepas amik order....
So pada sesape yang tak hafal doa tu...sila pinjam buku menu ni yer.


Alamat restoran.
Area Seksyen 7 Bangi.
Sebelum nak ke Red Wok Bangi.


Masa kitorang sampai tak ramai orang pun.
Eh tak lama lepas tu berduyun-duyun yang masuk....pembawa rezeki sungguh kan?


 My luvly hubby...si bam-bam!



Tapi malam tu dia buang tebiat tak makan steak....tapi makan chicken chop.
Hurmmm pelik pelik.


Ni menu aku....Sizz Chicken.
Fanas fanas....menggelegakk.
Abes percik-percik kat fon I yang cap ayam tuh!


Hasilnya memang tidak menduka citakan.
Atau lebih tepat, kami mengamalkan konsep jangan membazir.
* Ada yang tersirat di situ....paham-paham sudehhh..


Sebelum pindah JB....wajib pi Victoria Station.
Adoiyaiii....bila laa nak pegi nih!



Thanks for singgah dan membaca...






Tuesday, December 20, 2011

@}--- Wedding My Niece

Ni kisah wedding on 11 12 2011 yang lepas.
Anak sedara Incek Somi....si Lydia di Batu Pahat, Johor.
Dah nak basi baru nak up cerita...sume sebab Mr. Canon ada ngan Incek Somi.
Maka.....segala kelewatan meng-upload cerita berlaku.

Last week plak on 18 12 2011, majlis menyambut menantu dah berlangsung kat Keramat, Kuala Lumpur.
Alang-alang nak up picca....up dua-dua majlis.
Biar lambat asal selamat....ekekeke
Eh by the way...picca kali ni tak berapa nak menjadi bagi aku.
Sebab Mr. Canon tidak di tangan haku....
Kejap di tangan Incek Somi, kejap di tangan anak-anak buahnya.
Haku malas nak pegang Mr. Canon...terasa mcm berat plak.
huhuhu...so tengok je laa hasil dr tangan-tangan mereka yg tak pro....waakaaka
Mampus haku kalau diorang baca haku ngutuk nih....Sowie ye lalink lalinks...

 
Majlis berlangsung kat Hotel Pelican.
 

 
Dari sesi berinai, nikah dan bersanding.
Semua buat kat hotel ni.
So kompom-kompom umah tak bersepah...


Ni dia pasangan pengantin yang baru lepas di ijab kabul kan.
Simple but nice.....sweet.
Congrats to both of you dear.


Hantaran ke dua-dua belah mempelai.
Tema orange dan biru.


Sementara tunggu waktu bersanding...
Mari kita menjamu selera sepuasnya.
hehehe...

[♥] us [♥]


Family members






Tu dia...pengantin perempuan dah ready nak tunggu ketibaan suaminya.
Time ni kat pintu utama hotel.
So sempat laa menyelit nak amik gambar ngan pengantin.
Pastu tak dan dah....ramai giler org.

psst.....I ikut tema uolss...hahaha


Incek Somi pun gigih haku paksa cari baju oren.
Sekedondong laa jugak kan?
Tomei tomei....


Dua pic jer aku  besarkan..
Sebab kami berdua je yg ikut tema.
Family Incek Somi yang lain....warna baju sumer ke laut.
Wakakakaka...

Yeayyy....pengantin dah nak sampai.
Pengantin lelaki diiring kumpulan superbike.
Tapi...xde sorang pun biker yg hensem.
Sumer level-level vapak worang...huhuhu

Naik BMW tu.....mmg laa 'Best Man Win'
hiks!


huhuhu syahdu
Teringat pulak kejadian 7 bulan lepas.
Cam nak wat majlis kawen skali lagi jek....hahaa


Simbolik diorg adalah melepaskan merpati.
Ape korang sebelum ni duk dlm sangkar ke yunkkk oit!
eh tapi kan....merpati ni tak terbang jauh.
Mungkin sebab dh kekenyangan...hihiihi


Maka bersandinglah mereka.
Pelamin diorg cantik hokkay...tema adalah Hutan Rimba.
Ada pokok kat tepi2 tu...and full of flower.
Masalahnya...time ni orang sangat ramai.
Ruang pulak terhad dgn persembahan tarian zapin.
Makanya...Incek Somi sempat snap dari jauh.
Seb baik pakai Mr. Canon....boleh laa zoom jauh sket.
Kalau pakai camera tepon jer....kompom snap vontot worang jek.
huhuhuhu


Eh tetiba nak selitkan muka Mak Bonda.
Ape daaa...posing kat meja bersantap jek!
Ni anak buah Incek Somi gak layankan snap picca....


Aku tak tunggu lama, masa pengantin nak makan berdamai aku gerak balik.
Keadaan hall sangat pack...tak daya dah haku nak tunggu.
Balik tu singgah Air Hitam dulu....borong kerepek mepek utk kengkawan opis.
Tapi tu semua aku ngepow Incek Somi.
Hoyeahhh...!

Then last week kami ke AU5 Keramat.
Sebenarnya takde plan pun nak ikut pegi hantar pengantin.
Tapi last minit pulak, Incek Somi dapat apply cuti.
Maka, berdirilah kami di sini.
Kami wakil family sebelah Incek Somi.
Yang lelain adalah keluarga sebelah kakak ipar.

* Tangan sape laaa yang amik pic ni...sanggup tak masukkan pic haku!
First time ni dalam usia yang muda remaja dapat makan kat meja makan berdamai.
Seronok....tapi tu laa, kene sandang title Uncle & Aunty.
sob...sob...sob...


Haku time nih dah menggigil-gigil tangan.
Bukan sebab lapar.
Tapi sebab kitorg laki bini kene pegang pahar bunga telur.
Pahar tu plak ceramic yang berat gilos....
Jalan kat red carpet....opkos laa kene sama slow ngan pengantin kan.
Hwaaaa....seb baik je tak jatuh ke lantai.


Tema kat sini adalah hijau.
Aku tak tau pun tema kaler ni....so sah-sah kaler baju haku laki bini memang ke laut.
Eh tapi tengok-tengok family pun tak ikut tema.
Acara bebas.
See see...pengantin bz bergossip.
hehee



Lepas makan adalah sesi santai-santai dan bergambar bersama pengantin.
Aku lepak kat meja jer ngan family.
Dan tak tau ape motip....aku just snap pic kuih ni.

psst....ada cam Masam Manis punya style tak?
waakkakaka


Last but not least....Incek Somi mensumbangkan sore beliau.
Biarlah Bulan Bicara dan Angin Malam by Breory Marantika menjadi halwa telinga.
Ini memang feberet beliau.
Ada sesape nak amik beliau jadi pensumbang sore sila PM haku yek.
Secara tak langsung haku akan jadi manager beliau.

Sampai hari ni....telinga aku masih berdarah.
Sebab keluarga kakak ipar aku asik puji sore beliau sedap.
Uishhhh tak larat nak jahit seluar-seluar beliau yang koyak itew....
Okay...statement jahit seluar koyak tu mmg tipu.

What ever pun....suara abang memang sedap.
Lagi-lagi time mohon didendangkan lullaby....
(^_*)



 Okeh...tu jek story.
No Wordless Wednesday today.
Entry panjang berjela.

So Happy Newly Wed tu Lydia dan Hariz.
Wish both you happy ever after.



Nota :: Weekend ni ada sorang lagi family members kawen.....yeah kenduri lagikkkk!


Thanks for singgah dan membaca...


Monday, December 19, 2011

@}--- Ghost Protocol

Happy Monday peeps!
Selamat bekerja bagaikan dikau hidup seribu tahun lagi....hihihi
Mood haku sangat baek ini hari sebab Incek Somi masih di sini....tapi malam kang sure sob sob sob...sebab beliau sudah mao pulang ke JB.
Takpe...weekend ni aku plak balik JB...yeah yeah!!!

By the way, hari ni nak share cerita terbaek di penghujung 2011 ni.
Semua orang sibuk duk cerita dan kemaruk pasal Ombak Rindu...tapi gayanya aku tak berkesempatan menikmati kehangatan filem tu. Baca novel lagi feeling kot...
Nak layan Ombak Rindu macam dah terketinggalan...terus decide, nnti beli cd jek laaa....
Cd cetak rompak pun dah cun....maklum laa Astro First. wakakakaaka...
Makanya kami melayan....Protokol Hantu aka Ghost Protocol.
Superb!!!


Actually pergi tengok 2 cerita semalam.
Mula-mula layan Alvin and The Chipmunks 3....tapi aku tak nak komen pasal cerita ni.
Pada aku cuma so-so. Takde yang menarik sangat....a bit bored.
Nasib baik bored tu terubat dengan Protokol Hantu ni.
Naik  hantu jugak masa tengok....terbaekkk!!!



The most favorite actor...Agent Hunt!

♥ Ethan Hunt ♥



The best team ever....Agent Hunt, Agent Jane, Agent Benji and Agent Brandt.

" No Plan! No Backup! No Choice! "

Awesome!

I'm so addicted.
 
 
Okeh ini antara aksi-aksi yang buat haku rasa seriau...nervous....panik!
Sesejuk mana pun panggung wayang tu...tapak kaki ngan tangan aku berpeluh-peluh.
Gayat hokkay!!!
Burj Khalifa tu....tertinggi di dunia kot....wa tabik spring wooo...


 Haishhhh...kalau laa terrrrrjatuh.
Arwah dah si Tom Cruise nih...
Cemane laaa dia boleh berlakon kan?
Tak gayat ke weiiiii???


Memang selamber...!
Ye aku taw dia ada banyak protection.
Tapi lakonan dia sangat real....



Ni pulak scene yang Agent Hunt dalam cubaan melompat masuk ke bilik hotel dia kerana tali tersebut tidak cukup panjang.
Kalah spider man nih!

 
Cubaan melompat masuk adalah gagal....sebab muka dia terhantuk kat bingkai cermin tu.
Arghhhhh...time ni semua orang menjerit panik!
Haku siap menggigil kot.....very the cemas!
Agent Brandt dan Agen Jane sebagai penyelamat.
Scene ni paling best...paling dasyat..!


Lelaki suka part ni kot.
Agent Jane sangat seksi.
Tengok dekat-dekat....telos sampai dalam-dalam tuh!
Eh...tapi aku pun suke tengok.
Siap hint Incek Somi...tak nak ke belikan baju yang ala-ala gitu...
hak hak hak


 Penampilan istimewa....Mr. Anil Kapoor.
Lawak!
Memang berdekah-dekah part mamat ni berlakon.
ekekeke...tengok taw!


Ini yang haku adore kannn....
Santek kan keter dia!
BMW je ponnnn....
Terbayang-bayang sampai skarang...
Mimpi jelaa pun yang mampu...hihihi


*sumber picca adalah dr Mr. Goog

Okeh tu jek nak tunjuk.
Apa-apa pun memang tak rugi korang tengok MI : Ghost Protocol nih.
Highly recommended!
Haku pun terasa nak pi tengok lagi...
Tapi better beli cd nanti...boleh buat collection MI.



p/s :: Bonus dah dapat....tapi sob sob sob! Kene bayor roadtax la plakkk.....hwaaaa


Thanks for singgah dan membaca...

Friday, December 16, 2011

@}--- Kucing Manja


Sape ada beli kucing???
Kucing korang manja macam kucing ni tak?
Baik macam kucing ni tak?
Sila layan video ini yer....


 Cute kan?
Best giler ada kucing manja-manja gedik cam nih.
Dah laa kaler dia menawan...ekor dah cam ekor singa.
Montel lak tuh....gerammm.
Wish my Bella will be like dis....T_T


Thanks for singgah dan membaca...


Thursday, December 15, 2011

@}--- Spontaneous Thursday #5




Thanks for singgah dan membaca...

Wednesday, December 14, 2011

@}--- Wordless Wednesday #9

 Gambar menceritakan segalanya.


Tapi....hati meronta mahukannya...!!!



Thanks for singgah dan membaca...

Tuesday, December 13, 2011

@}--- Free Calendar 2012

Dan tengah bulan Disember....ada siapa² dah dapat kalendar percuma untuk tahun 2012???
Haku memang non-hado!
Zaman dah semakin canggih, mungkin sebab tu printable calendar dah susah nak dapat secara percuma dari kedai².
Atau pun mungkin, semua peniaga nak berjimat cermat.
Takde dah zaman order gas Shell, dapat percuma kalendar kuda.
Beli tv Panasonic dpt kalendar besarrrr yang ada gambar awek-awek cun.
Dah abes dah musim tu....
Skarang semua tulis dalam smart phones. Siap ada reminder lagi....lagi senang!

By the way, haku rasa masih perlu lagi printable calendar nih.
Senang nak nampak kot. Senang nak conteng².
Sebagai back-up pun ye jugak....mane laa tau, time² nak tengok kalendar tu phone korang abes bateri.
Boleh laaa jugak selak-selak kalendar ni kan.

Oleh yang demikian, haku buat amal sket hari ni.
Bagi link untuk korang print santek-santek...
Nanti senang korang nak letak kat meja korang....or heret ke mana-mana sekali pun.



Calendar 2012




 Mini Calendar 2012





Weekly Planner




 Daily Goals




Ok done! Kalau baik hati boleh print untuk bos-bos jugak.
Harus laa cari yang colorful...supaya mood seharian tidak down.
Motip harus ada....hihihi
Btw, thanks a lot for both blogger Creative Mamma and IHeart Organizing for their freebies.
Enjoy!



pssstttt.... malam ni episod terakhir Cinta Elysa. Wajib tonton yek!


Thanks for singgah dan membaca...

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...