~♥~ STALKERS ~♥~


Friday, September 9, 2011

@}--- Senandung Malam, Bagan Lalang


Celebrating Syawal 10, all in red having peaceful seafood dinner.... much luv it!



hehehehe....intro feeling terlebih.
Ni kira rezeki la ek.
Planning asal nak terjah open windows jek, tetiba BFF Incek Somi wat open table daa.
Haku laju jek...apetah lagi hala tujunya Bagan Lalang!

Dah lama hokkay plan nak pegi, tapi tak kesampaian sebab jauh.
Last pegi sebelum kawen ari tu.
Kira berbulan2 gak laa tak makan kat Bagan ni...memang dah terasa2 kat tekak.

Semua berkedondong pakai baju merah. Ngan haku2 pakai tshirt merah.
Kitorang takde call or janji pun...tup tup kuar keter tengok memasing pakai merah kecuali si kanak-kanak rebina bertiga tuh...
Psst...pstt....ada opismate kata kalau MAKAN SAMBIL TENGOK WARNA MERAH, NAFSU MELANTAK MEMANG MENYALA-NYALA.
Memang pun...licin sumer tu di bedal...hak hak hak

Okeh ni menu-menu yang memang selalu diorder. Kira wajib laaa....


Udang Sambal



Sotong Celup Tepung yang terbaekkkkk...


Pepahat Sambal Telur

Actually ada 2 masakan, satu lagi Pepahat Halia.
Tapi aku belasah yang ni jek...ngeh ngeh ngeh


Ikan Pari dan Cencaru Bakar.

Eh kesian ehh ikan2 cencaru tu menganga sumer.
Wakakakak
Takpe2...kesian2 pun dah selamat masuk pewot haku!




Tom Yam Udang

Ni jek tak habis dan di tapaw.


Disebabkan masih mood beraya, so kat sini tak ramai orang.
Kitorg sampai dalam 9.45 mlm camtu.
Kol 10 lebih order dah sampai...kira cepat jugak laa.
Settle mkn 11 lebih.
Terus rush balik....haku kompom2 tido dlm keter. hahaha dah kenyangkan...ape nak buat.
Rugi jek sengkang mata...wakakaka

Well...thanks a lot to Mad and Aliaa sefamily.
Next turn kitorg plak yer....nnti kita set time.



p/s :: Hujung bulan ni Mak Bonda nak datang terjah KL lagi. Maybe dgn Atok, Pak Long and Mak Long. Ada rezeki lebih boleh ajak diorg melantak kat sini. hehehee....best best!






Thanks for singgah dan membaca...

Thursday, September 8, 2011

@}--- Jom Naik Tangga

 OFFICE SAPE ADA MENATANG KEMPEN NIH???

Cepat angkat kaki!!!!



hahahahhahaa....
Ni kempen kat ofis aku yer....sesuai laaa dgn nama KKM kan.
Haruslah ada kempen kesihatan.
Letak plak bersebelahan dgn pintu tangga tapi bertentangan dgn pintu lif.
Opkos laaa aku sebagai pekerja cemerlang, berhenti dan snap kempen terbaik ini, lantas menekan butang lif untuk naik ke tingkat 7.
wakakakka....
Bijak kan? Sangattttt bijak!
Walaupun pewot agak ketat selepas menyerang 2 buah rumah terbuka waktu lunch tadi, tidaklaa pula datang keinsafan nak pi naik tangga. 
Turun tangga okay la kot... hak hak hak




p/s :: Mekaseh ye Mad & Aliaa dan Kak Shima & En. Din utk menu-menu beraya tadi. Alhamdulillah, kyg sebentar pewot saya.... Next saper??????



Thanks for singgah dan membaca...




@}--- Spontaneous Thursday #1


 Apakah maknanya ini???






Yer.... Mr. Canon dah pulih dari koma.
Selepas mendapat sentuhan Incek Somi.
Pulih selepas hari raya dan beraya... T______T
Alhamdulillah...



p/s :: Skrin Mr. BB jek tak pulih pulih lagik. Semalam dah survey² cost area Bangi, semua dlm lingkungan 2-3 rat. adesss....ader harapan tukar baru tak bang??? huhuhu....ade sesape nak sponsor? derma ke? plishhhh...


Thanks for singgah dan membaca...



Wednesday, September 7, 2011

@}--- Ayam Kicap Blackpepper



Balik nanti nak buat lagi lah!
Resepi paling mudah.

Ayam yg dah siap di goreng, bahan tumis (kayu manis, bunga lawang, cengkih), bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, lada hitam (kisar kasar), kicap, garam dan gula.

Kompom 2 pinggan nasik leh disebat!
Ouchhhh....nikmat.    (^__^)



Thanks for singgah dan membaca...

@}--- The Smurfs


Semalam baru berkesempatan layan movie Smurfs ni.
Not bad!
Actually, aku memang tak layan sangat kartun Smurfs.
Macam boring pun ada walau Smurfs tu nampak comel.
Siri kartun tu tak lawak sangat kot.
Tang movie ni lagi kelakar.
Lagi-lagi watak si kucing Azreal...perghhh memang terbaek!
Pendek kata, sepanjang cerita ada je aksi-aksi kelakar.
Tak boring dan for sure tak TIDO!

For those yang belum tengok, pegi laaa tengok cepat-cepat.
Memang tak rugi.
Walaupun korang sama macam aku, tak layan siri kartun...sila laaa layan siri movie ni.
Pasti gamat panggung nanti.

Happy Smurfs Day!!!


p/s :: Ada orang ajak lawan² collect toys Smurfs ni kat Mc'D. Dah pegi dah makan kat Mc'D. Tapi macam tak tergamak plak nak amik Happy Meal set tu. So....abaikan je laa ek!



Thanks for singgah dan membaca...

@}--- Wordless Wednesday #3


ehem ehem!
Walau dah semakin comel dan dah kawen TOTAP dapat uwet raya.
Mekasih insan-insan kesayangan...
Sampul hijau dari Atok.
Sampul merah dari SIL.
Sampul kuning emas dari Incek Somi.
Total total....tak cukup pun nak wat rembat Bold 4 or Torch 2.
huk huk huk


Thanks for singgah dan membaca...


Tuesday, September 6, 2011

@}--- Aidilfitri Y2011


 Salam Syawal!

 

Jeles tengok semorang up picca beraya sakan ek...
Haku jek takde picca raya.
Hado pun sosat dalam camera family yang lain.
Al-maklum saje ler.... Mr. Canon dah pass out...!
Zero harapan laa nak snapping sana sini.
Pic kat atas ni pun pic raya ke-3 masa nak jalan raya ke Batu Pahat.

Well, raya tahun ni beraya di rumah mertua.
Meriah!
Sebab ramai adik-beradik dan ipar-duai.
Tapi tetap tak best sebab Incek Somi bekerja di 1 Syawal.
Walau sempat beraya di malam dan subuh Syawal...tetap rasa tak cukup.
(kene belajar pasrah laaa....tiap-tiap tahun pun akan jadi macam ni)
huhuhuhu

Di sebabkan Incek Somi sibuk berkhidmat pada para insan berdaulat, maka segala aktiviti yang aku buat tewos jadi tak best.
Actually, banyak je story nak share.
Tapi disebabkan sensorang, terus jadi tak hado mood.

Beraya ngan Mak Bonda dan Ayahanda pun dah 5 Syawal.
Sempat laaa masakkan diorg juadah beraya.
Percaya tak percaya, berjaya juga aku buat rendang daging.
Kira complete laa menu yg mcm Mak Bonda buat tiap-tiap tahun beraya.
Ada ketupat segera, kuah kacang, kari ayam, ayam masak merah, rendang daging dan sayur tumis kacang.
Walau rasa tak berapa nak sedap, tapi kira berjaya laa juga aku laki bini masak.
Next time training lagi, sure menjadi lagi kan kan

Lastly, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ye!
Ada kuih raya lebih-lebih tu sila laaa jamu sama saya.
Psst psst...raya tahun ni tak best!
hahahahhaahaha




p/s :: Nak start pose 6 + ganti arrr...! Bila ek?



Thanks for singgah dan membaca...



~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...