~♥~ STALKERS ~♥~


Friday, August 12, 2011

@}--- Suku Malas...

Malas nak citer.
Layan je piccas dan bayangkan keadaan aku berbuka semalam.
Terima kasih.


Menu utama adalah ulang tayang sandwich Croissant with Chicken Meatloaf and Cheese.

Bitajen yang sangat sodapppp!

 


Crispy Wedges



Toasted Butterscotch



Creamy Chicken Soup Campbells


Yang ni bukan menu berbuka.
Ni progress isi masa lapang sambil layan drama Ramadhan Terakhir.




- Tamat -




Thanks for singgah dan membaca...


Thursday, August 11, 2011

@}--- Jakunnya haku!!!


Okeh memang haku jakun.
Sebab orang lain dah lama ada, aku jer yang baru terkial-kial nak ade.
Kesian!
Ari tu tengok de satu je...so xde laa nak gebang-gebang.
Wat malu jek...orang lain ade berpuluh tak heran pon.
Tapi ari ni tengok ade tiga.
Wahhhh...merrier.
Terus cam nak gebang kata Love U Nuffnang!
Hipokrit?
Owhhh tentulah sama sekali tidak.
Ikhlas...terima kasih Nuffnang.
Kalau murah hati lagi...sila bagi lagi.
Memang di nanti² kewujudan mu.


hoyeay...hoyeay...hoyeayy



Thanks for singgah dan membaca...


@}--- Juadah Si Separa Bujang...


Ada kelas title I kan?
Separa bujang gitu.
Yelaa...nak wat camno, Incek Somi jauh.
Eh kalau dekat pun entah-entah menu sama gak aku buat.
kikikiki....dasar pemalas!

Sempena dah 10 hari berpuasa, maka juadah berbuka pun ala-ala dah malas.
Nanti tengah-tengah puasa laaaaagi laa malas nak masak-masak.
Nak gi bazaar...tak kose I nak bersesak-sesak.
Unless terpaksa layan anak tekak yang kadang-kadang meroyan tak tentu masa.

Okeh okeh jom tengok menu separa bujang...

Ulangan Crispy Mushroom
Semalam semalam dah buat, memandangkan semalam stock masih ada...so return jek la.
Makan selagi tak muak.
Eh silap...makan selagi stock masih ada.
hiks~


Yang ni plak Croissant with Chicken Meatloaf and Cheese
Sangat tak menyelerakan rupanya.
Sebab takde dedaun salad yg sangat sinonim ngan sandwich.
Tapi jangan risau....rasa memang tidak mematahkan nafsu tekak.
ekekekeke..tak caye boleh buat sendiri.
Product tu sumer boleh didapati di Giant Sri Kembangan.
Giant tempat lain aku tak jamin...sebab semalam aku gi beli kat sane.
hak hak hak...


Last but not least...!
Sila jangan nak cop aku berdiet.
Sebab nampak menu 2 tu jek.
Percayalah...disebelah² pinggan yang dua itu terdapat lagi satu pinggan berisi nasi goreng pedas².
Hasil tangan osmet.
Cume tak sempat nak snap...sebab semalam kebuluran di tahap maksimum.
Tenaga abes tatkala menjelajah Giant Sri Kembangan di tengahari.


Sekian, terima kasih.
hehehehe






Thanks for singgah dan membaca...

Wednesday, August 10, 2011

@}--- Angry Bird in da Car




 Belaan terbaru dalam kereta.
Tomei tak..? Tomei tak...?
Letak kat atas dash board.
Pagi-pagi mesti mood macam-macam kan.
Sesuai ler ngan adik-beradik Angry Birds nih.

Belaaan ni adalah tajaan seorang kawan BBM.
Sanggup dia drop by umah haku lepas berbuka umah mak dia semalam semata-mata nak bagi beburung nih.
Mekaseh laa bebanyak yek.
Wat susah-susah jek
Next time belikan yang besor yer, baru best nak di feloks!
hak hak hak

Pastu terasa macam dah lama tak tepek muka sendiri kat blog.
Godeh-godeh BB...banyak gupernye picca sendiri.
(dasar tak hado keje namanya...tu yg snap sendiri)
Maka inilah hasilnya....

** poyo-poyo si camwhore **

p/s :: Rambut saya sudah pendek di paras bahu...!



Thanks for singgah dan membaca...


@}--- Kamar beradu sumber inspirasi...


Asik citer pasal makan-makan je bulan puasa ni kan.
Tak pasal-pasal kuwus pose.
haaa....ari ni jom kita share deco kamar beradu.
Manalaa tau ada kawan-kawan yang tengah fikir nak decor bilik.
Boleh laaa buat rujukan.
Maklum, dah nak raya ni kan.
Rezeki limpah ruah, boleh tukar set bilik sekali.
 
Picca picca ni sumer aku cilok dari tenet.
Lupe plak nak simpan link.
Anyway....thanks laa pada web decor tu.
Sungguh aku tertarik dan teruja.

First review, bilik tidur warna Hijau.

Yang ni tak nampak hijau sangat kan?
Nampak putih je lebih.
Sekadar cadar yang hijau.
Tapi kira cantik jugak.
English concept gitu.


Haaa...yang ni baru nampak hijau dia lebih.
Dengan kerusi bulat tu warna hijau muda.
Langsir.
Sarung bantal dengan cover lampu dari fabrik yang sama.
Kombinasi hijau dan coklat...memang cantik.
Aku suka!
Warna cadar pun smooth jek kan?
Romantik + Islamic gitew..
Ouchhh....I loike!




Second review, bilik tidur warna Pink.

Giler luas bilik dia kan?
Apesal laaa Ayahanda dan Mak Bonda tak nak buatkan aku bilik camni ek?
huhuhu....jeles seyhhh!



Yang ni plak English concept.
Putih ngan Pink plus biru muda sikit memang kombinasi terbaik.
Suka laa cermin pink kat dinding tu.
Mane nak cari ek?
Ikea ada jual tak?



Ni pic yang sama tapi dari sudut lain.
Suka juga lemari yang bercermin bulat bulat tuh
Sweet sangat.
Biasanya mat saleh...kalau decor umah rajin jek diorg cat balik perabut sedia ada tu kan?
Kompom lemari tu dia cat sendiri.
Kat kedai perabot mane de jual kombinasi kaler camtu kan?
Ke ada?
Ke aku yang tak tau?
Kesian.


Pink dan Hijau.
Cantik gak ek
Ni sesuai sape yang de anak dara dua orang.
Cute sangat.


Simple. Just nice.
Ini untuk anak remaja sesuai laa kan.
Siap dengan meja study.
Pink + Yellow.
Suka suka.


Kalau camni nak describe ape ek?
Tak menarik sangat laa kan?



Ok...the most feberet!
English concept.
Totally putih and pink.
Sempoi.
Siap ngan meja komputer yang amat menarik rekabentuknya kan?
Haku sokaaaaa!
Nak jugak bilik cenggini..... huhuuhu (T__T)



Third review, bilir tidur warna Purple.

Tak berapa nak purple arrr.
Tak mo bilik nih.
Tak feeling.
ekekeke...sker sker aku jek.



Haaa...yang ni nampak purple.
Tapi semuanya petak.
Terus rasa macam kene hentak.
Tapi kerusi purple yang petak tu cantek.
Mane mao cari ek?


Yang ni pilihan hati.
Luxury.
Macam sabun lux pun ade.
kikikiki
Sweet sangat.
Walaupun sekadar dinding yang kaler purple.
Purple dia menarik....
Kalau bersejuk-sejukkan dalam bilik ni....sure sehari suntuk tak kuar bilik.
kan? kan?
Nikmat!
hahahahhaa


Tu semua angan-angan yang entah bila boleh jadi kenyataan.
Untuk aku, kene beli umah dulu.
Baru boleh fikir decor.
Tapi sebelum beli rumah, kene kumpul duit dulu.
Mulai hari ni, kene menabung singgit sehari.
Sempat ke?


Sempat tak sempat, kene feeling feeling dari katil sedia ada.
Nak yang best best tak dapat.
Buat buat laa best apa yang ada.
kan? kan?
Hijau, pink, cekelet, putih.
Purple jer takde lagi.
Takpe, sampai seru nanti...aku tepek kaler purple plak.
Muahahaha....

psst...tak best tak best pun penah gak tido sampai terbabas tak pi kojer!





p/s :: Kat JB kawasan mane umah teres yang besar tapi murah ek? Sape ada info? Kasi roger plishhh...



Thanks for singgah dan membaca...




Tuesday, August 9, 2011

@}--- Menu Iftar Bersama Ayahanda dan Mak Bonda

Salam....salam....salam...
First of all, kita kene hoyeayyyyyyyyyyyyyy...!
Syukur Alhamdulillah...ada rezeki untuk raya  nanti.
Walaupun semalam agak gundah gulana lepas dapat berita sedih, tapi akhirnya masih boleh senyum.
Terima kasih ye PM, sebab masih terbuka pintu hati nak bagi bonus khas raya pada kami.
(Walaupun aku dah tau ke mana hala tuju saguhati tu nanti....huhuhuhu)

Apa pun raya tahun ni tak best sebab Incek Somi bekerja.
Hwaaaaa....tak suke...! tak suke...!
Parents lak balik beraya ke Kelantan.
hwa hwa hwaaaa...double tak suke!!!
Tapi hidup tetap kena teruskan.....chaiyokkkk.

Hari ni nak share citer menu beriftar bersama Ayahanda dan Mak Bonda.
Walaupun dah basi, tetap nak share.
Nak update semalam tak sempat....kunun kunun bz.
Maklumlaaa semalam kan Monday.

Meh layan picca dari lensa blackberry haku yang tak baper nak cun...
Tetibe sebak memikirkan SLR.....hwaaa triple tak suke!!!
Eh...jom jom layan picca...

 Menu 1 :: Low Fat Puding Roti

Haaa....yang ni aku buat khas untuk Ayahanda.
Ayahanda aku ni kan orang Kelantan, makanya waktu berbuka memang tidak sah kalau takde yang manis-manis sebagai appetizer dia.
So, sebagai anak yang solehah...aku dgn rela hati buatkan puding roti ni.
Sekadar guna bahan apa yang ada kat rumah.
Lagi lagi terkena tempias ofismates yg galak duk buat puding roti, maka aku pun terjangkit sama.
Tapi sumpah, aku tak ingat langsung resepinya.
Ni men lanyak jek...janji ada rupa puding roti...kikikiki
Macam biasalaa kan..rendam roti dalam susu dan taburkan kismis.
Ayahanda aku ni memang kuat berpantang, sebab tu laa stock Low Fat milk ni sentiasa ada kat rumah.
Tetengah rendam roti tu susu Ductch Lady abes, Mak Bonda bagi aku susu cair F&N plak.
Lantak...kita kasi harung saja.


 Dah rendam dalam setengah jam, dah kembang....terus masuk microwave.
Inilah hasilnya.
Nampak moist...! Sebab aku bakar dalam microwave...kurang garinglaaa sebelah atas tu.
Nampak macam sedap giler.
Then buatkan sos custard utk makan bersama puding roti.
Waktu berbuka, Ayahanda makan memang tak pandang kiri kanan.
Semangkuk tu dia pulun sorang.
Sampai aku pun tertanye-tanye..sedap sangat ke?
Mintak sesudu kat Ayahanda sebab nak rasa.
SUMPAH TAK SEDAP!
Tawar....langsung tak rasa manis.
Rasa lemak susu cair semata.
Lantak ko laa Ayah...janji ko kata sedap, ada anak ko ni kesah kalau benda tu betul-betul tak sedap???
wakakakaka...



 Menu 2 :: Grill Black Pepper Chicken Wing

haaaa....yang ni plak atas arahan Mak Bonda.
Katanya, Ayahanda request dah lama...tapi nak tunggu jugak anak comei dia ni balik baru buat.
Tu sajer ar tuh... nak suh aku yg bertungkus-lumus di dapur.
Tapi takpe, demi Ayahanda dan Mak Bonda terchenta, lautan api sanggup anakanda renangi.
Hak hak hak

Okeh okeh
Memula sila marinate kepak-kepak ayam dengan sos lada hitam.
Tak payah susah2 nak fikir ramuan.
Beli je yang ada jual di pasaran tu.
Cuma Mak Bonda tambah sikit bawang putih dan halia yang ditumbuk lumat.
Then tambah sikit garam dan gula.
Lastly taburkan serbuk lada hitam.


Dah perap dalam sejam dua,  boleh laa di grill kan
Masa susun atas tray tu...sila kautkan rempah marinate tu.
Tepek atas ayam tu lagi dan tambahkan serbuk lada hitam.
Pastu bakarlaa dalam anggaran 30 minit.
Sebab kepak ayam jek kan...tak perlu lama sangat.
So ini lah hasilnya...memang sodap...!


Menu 3 :: Spicy Chicken & Prawn Carbonara

 Ekekee...tetibe terselit menu omputih.
Ni hasil sampukan osmet aku.
Spicy carbonara.
Hasil memang mantop.
Kompom ko tak kan rasa muak menelan carbonara tu walau berpinggan-pinggan ko belasah.
Sebab???
Sebab carbonara ko spicy.
Tidak muak ditelan dek tekak.
Rahsianya?
Ko cincang jek baper puluh tangkai cili padi yang ko nak...ko campak je dlm carbonara tu masa ko mereneh kuah carbonara tu.
So easy kan? kan?


 Menu 4 :: Spicy Crispy Wedges

Haaa yang ni kompom korang pun tau buatkan?
Kentang dipotong bentuk wedges, direbus sekejap.
Di taburkan serbuk kari dan garam.
Disalut tepung serbaguna.
Maka ini lah hasilnya.
Nak wat sos cheese tak pandai, maka makan jek laa ngan sos chili Life.
Pon sodappppp....!



Ok dah tu jek nak story.
Ni menu hari Sabtu.
Menu hari Jumaat dan Ahad, aku tak sempat nak snap snap.
Banyak lagi benda lain aku kerjakan....
Penutup kata, berbuka dengan keluarga memang seronok.
Terasa hari-hari nak bersama keluarga.
Baru laaa Mak Bonda tak selalu sentap ngan haku kan???


Maksud tersirat => Petang ni isi borang transfer ke JB. Kompom!




p/s :: Ada sapa-sapa nak ajak aku berbuka umah dia tak? Dah malas laa nak masak kat umah. Bowink...sendiri masak, sendiri makan.



Thanks for singgah dan membaca...





Sunday, August 7, 2011

@}--- Chauffeur or Supir

~ Sticky ~
* Scroll down for new entry. tq!








Thanks for singgah dan membaca...






~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...