~♥~ STALKERS ~♥~


Tuesday, December 21, 2010

@}--- Usah pilih kasih antara anak², Untungnya aku si anak emas!

Syian blog haku ni sunyi. Tu arrr sape suruh tak hapdet... padan laa muka haku!

Bukan malas hapdet. Tapi takde story nak share. Last weekend pun biasa² jer. Lebih² lagi Atok aku sakit. So lebih byk habiskan masa dgn dia. Bila orang tua tu dah ada kat rumah aku, automatik laaa rumah aku penuh. Sekejapan ada je yg dtg bertandang. Bukan laa sesape pun, pakcik² & makcik² aku juga. Tak semena-mena kenalah masak lelebih sket. Mujur mak long aku ada...hiks bertungkus lumus laa memasak 2 beranak. Mak Bonda baik je bersila mengadap bapak dia. Tak jenguk dapur dah...

Bila dah ramai² tu, mcm² laa cerita keluar. Dan aku sgt tertarik pd cerita perihal si anak. Aku nak describe mcm mana pun susah. Nama pun manusia. Macam² perangai hado. Pantang-larang pulak, jgn nak mengata org, nanti esok lusa balik kat kita semula. Simpang malaikat 44...minta dijauhkan.

Aku bukan nak mengumpat mengata....tapi itu laa hakikat. Aku nak mengata nasihat laa juga kat parents yg ada anak lebih dari sorang ni. Jangan laaa pilih kasih antara anak². Mentang² yg sorang ni lebih pandai, lebih cantik, bekerjaya....mak bapak lebih kan yg ni sorang je. Kena laa pulak sorang lagi tu kurang bernasib baik, tak secerdik mana, tak bekerjaya, tak berupa paras....mak bapak berkira² lebih pulak dgn yg ini. Kan nampak ketidakadilan disitu.

Jgn disangka yg belajar tinggi², kerja bagus², ada rupa paras tu mampu bela mak bapak di hari tua nnti. Silap² anak yg takda apa² kelebihan di dunia ni laaa yg esok² sanggup pikul beban bela mak bapak. haaa time tu laa baru mak bapak rasa nak menyesal dulu² buat tak endah je dgn anak yg sorang ni dek kerana lebih kan yg sorang lagi.

Lain laa haku ni. Aku memang bukan nak berlagak, tapi dah memang rezeki aku dilahirkan sebagai Anak Emas. Sah-sah laaa aku tak pernah rasa perkongsian kasih sayang. Jgn kata kasih syg...semua benda laah. Aku sorang je yg punya. Tapi tu masa kecik² laaa...bila dah besar ni beban tanggungjawab pun terpikul sama. Yelaah sape lagi nak diharapkan. Itu pun....aku rasa Incek Tunang byk membantu. Walaupun belum jadi menantu, tapi tanggungjawab sebagai anak lelaki dah terpikul di bahu dia. Terima kasih Tuhan kerana menemukan aku insan sepertinya. Terima kasih abang kerana kau sangat memahami.

Kepada si anak tu pun....jgn laa nak amik kesempatan. Mentang²laaa ko anak kesayangan. Jgn laa di waktu² senja si mak bapak ni ko nak bebankan diorg lagi. Fikirlah secara meluas. Byk jasa mak bapak yg kita takkan mampu nak balas dan bayar balik. Cukuplah sekadar kita menyenangkan hidupnya. Beri kegembiraan di hari tua mereka. Tak rugi berbakti dgn org tua. Hidup akan lebih tenang bila mak bapak kita gembira dgn kita. Berkat hidup kita nanti.



Nota hati :: Aku sayang mak ngan ayah aku... ~♥~





Thanks for singgah dan membaca...

Friday, December 17, 2010

@}--- @#$%^&*(*&^%$#@

Senang je nak buat tajuk macam aku buat kat atas tu. Korang tekan Shift pastu tekan je semua barisan nombor kat atas keyboard korang tu. ekekekekkeee.....ok tak lawak!

Hari ni none hado mood nak hapdet blog. Petang ni off to JB. Nak lek kampung. Nak jumpa Mak Bonda. Dah lama tak tido ngan Mak Bonda. Ayahanda pun none hado, sibuk bercourse kat Sabah. So, leh berhoyeay hoyeay ngan Mak Bonda dan Incek Tunang.

Esok ada date ngan wedding planner. Nak fitting² kebajuan gitu. huhhhh....mintak-mintak muat ek. Haku ni haram nyaa nak berdiet. Memang failed. Sok kalo tak muat, mmg kena tadah telinga dgr ceramah! Fuhhh kene buat persiapan mental dan emosi dgn gigih ni. huhuhuhu......

Last but not least..... korang ni kan baek hati. Apa kata korang klik klik kat link haku letak ni. Mana laa tau  korang pun terjatuh cinta sama dia.... jgn lepaskan peluang yg cerah....ok. Chiaauuuuuuu....






Thanks for singgah dan membaca...

Thursday, December 16, 2010

@}--- Kasih ku menebal kpd Celcom

Tak sia² aku berurusan pepagi hari. Terima kasih Celcom. Sekarang aku dah boleh melayari laman² sesawang yg diharamkan dr Internet Provider office aku. Suka² hati mak² dan bapak² je aku nak bukak laman mana pun. No more 'PENCAPAIAN ANDA DI SEKAT'! 

Kira kecap cekap gak laa Celcom pagi ni. Biasa tu dah byr bill, kena call Celcom Care Centre, jawab mcm² soalan (utk pengesahan), baru laa diorg sambung semula line yg dah kena barred. Tapi hari ni, lepas je buat online payment (m2u of course), call je Centre, mamat tu kata line aku dah active. Lorrrr...dah tak payah dah merayu² suruh open line. Ini sudah cukup bagus kan? Atau sebenarnya sebab aku ada buat extra payment RM34??? Ishhh musykil musykil.... tak pernah² hokkay dia open line cepat camni.

Tapi tak kisahlah. Mood aku terus ceria pagi ni. Rezeki pun bertambah-tambah.
 



Thanks for singgah dan membaca...

Wednesday, December 15, 2010

@}--- Hati ku Hati mu Jua

Tajuk jiwang karat. Sila paham aku memang sentimentel...yer memang mentel. Eh korang tau ke mentel tu ape? Bukan ni istilah² bahasa pasar ke? Atau memang ada tulis maksudnya dlm kamus dewan? Tolong semak utk haku yer..... (dasar pemalas kan?)

Apa² pun aku nak menunjuk. Pagi ni aku ada new tag covered. Pink yg kurang soft. But it still pink hokkay! Pada member² yg gila mabuk ngan kaler pink, sila jgn jeles! kakakakakaaa

* see see....suweeeeet jek dak ni kan? oooohh nama itu  harus ku padam. 
bukan nak sorok, tapi segan ahhh kalo org baca my real name. 
bak kata kengkawan office yg tak bleh harap, nama kampung je pun... =(


Ok ok....motif sebenar nak cerita mendalah ni. Korang tau tak ni ape? Tolong perhati betul². Alaaa...sekali imbas pun korang dah nmpk bebola silver tu kan. Sila abaikan back drop bonet keter yer. Ni disebabkan dah takde lokasi strategik nak amik gambor, lepas snap je terus campak dlm kereta Incek Tunang. Pos balik JB....eh mcm laa kat JB takde jual mendalah ni kan? ekekekeee...






Haaa...yg ni aku closed up sket. Tomei tak? Tomei tak? heheehe bebola silver....ouchhhhhh




Aku bajet korang dah tau ape mendalah ni. So agak² korangkan, kalo beli time² sekarang ni kat mana² shopping complex, time korang usung pi kaunter bayaran tu dgn imej korang bertudung bagai (ala-ala gadis melayu), makhluk² sekeliling korang tu pandang korang semacam tak?

Mesti korang terfikir yg dlm kepala otak makhluk² sekeliling korang tu generate ayat ni... ''eh budak ni duk berhias pokok kat rumah juga ke?''  kan? kan? Ada tak korang terfikir macam tu? Kompom ade....!

What ever it is....adalah sesuatu yg aku nak buat dgn mendalah ni. Tak payahlaa extreme sgt nak fikir aku hias pokok tirus warna hijau tu. Apa yg sesuatu tu, sampai masa nanti aku info. Korang jgn risau² or susah² fikir. Tapi semalam mmg muka aku pun naik merah bila makhluk² sekeliling pandang semacam jek. huhuhu...cian aku. Nak punya pasal...kena sabar je lah!

Mujur Incek Tunang hado. Leh cover² sket. Tu pun sempat buat² muka merajuk, tak kasi Incek Tunang balik. Majuk² gedik namanya....biasalah. Aku kan....


Pastu di pujuk dgn sepinggan..... Bihun goreng kerang....! Cudap cudap...yummy...


Cukup dah cerita. Nak sambung buat SKT. Boss suruh edit balik pencapaian tahunan yg tak tercapai. Perghhhh dah ngadap blog, lagi laa tak tercapai SKT tu.... dah jom sambung wat kijer sambil layan nih... ↓

































hahahhahahaaa.....



Thanks for singgah dan membaca...

Tuesday, December 14, 2010

@}--- This is Celcom Teritory !!!

heh...! Korang guna Celcom tak? Korang mcm ada niat nak tukar korang punya hand phone tak? 
haaa...apa kata korang klik je kat link bawah ni. Sure korang dpt ilham macam mana nak gabungkan dua persoalan kat atas tuh!



 Enjoy the sale guys...




Thanks for singgah dan membaca...


@}--- Lelaki Manja Itu Romantik !

Tu topik Hot Chat di Hot FM hari ni. Takde kena mengena dgn entry aku. Cuma aku sangat suka dgn statement itu...Lelaki Manja Itu Romantik ! Ehh bang....abg manja tak? Manja ke mengada²???! ekekeke

Apa² pun meh tenung muka haku....pic fresh from oven! hihihi


Mata kuyu sebab tak cukup tidur. Semalam pulun tengok muvi ngan Incek Tunang. Akibat balik awal pagi, dan tidak kecukupan ketiduran. Kesan sampingan punch card hari ni merah!

Kisah bermula dgn memaksa Incek Tunang dtg sini temankan aku tengok muvi. Peringkat awal paksaan tidak di layan. Akibatnya....sebijik fon CSL aku hancur! Yer...itu kesan aku hempas kat lantai umah. Ugutan kedua adalah apabila aku cuba utk hempas BlackBerry aku. Tapi sayangnya tak sempat hempas, dah hang! Padan muka haku...satu hari tak leh berBBM. Tapi kan...dek kerana sayang, sharp kol 10 Incek Tunang dah terpacak kat Kondomaniam Balaci Kerajaan yg aku duduk. Seronok hokkay!!! Eh ni cerita hari Ahad malam tau....bukan semalam. 

Semalam pegi repair BB....tp cam haremmm smpai je kedai, BB tu dah back to normal. Bikin gua bengang sajok! Dah settle BB, lepas office pergi serang GSC. Masuk² keter, tiket dah siap terpacak kat celah petak air bag. hehhehee...caaaayang abg!



Memula tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.

 * Gagah snap papan iklan yg kat tembok atas nih. Kat bawah nyer iklan aku tak jumpe.... 
tak sedor diri amik pakai fon, len laaa bwk SLR.


Sinopsis :: Cerita adalah kesinambungan dari filem Zombie Kg. Pisang. Tapi kali ni, Kg. Pisang digemparkan dgn hantu Kak Limah yg berjiran dgn si Hussin (Awie). Memetik juga kisah percintaan masa lampau antara Hussin dan Che Nin (aku tak igt nama betul pempuan nih). Cerita ni hanya kisah satu malam di mana seluruh org kampung berusaha utk memulihkan keadaan kampung yg gempar dgn kepulangan hantu Kak Limah. End of story, korang pi tengok sendiri.... kikiki

Komen aku :: Best! Walaupun ada yg komen lawak dlm cerita ni lawak ulang². Tapi pd aku, diorg buat mcm tu sbb tu trademark org Kg. Pisang. Siyes...lawak citer ni. Aku pun sampai tak cukup napas nak gelak. Incek Tunang siap tersedak pop corn. Seb baik panjang umur lagi. hehehehe...tak rugi wooo layan!


Then kitorg layan cerita Narnia!


Sinopsis :: Pengembaraan dua beradik si Lucy dan Edmund beserta sepupu diorg ke Narnia. Gaduh siket² dgn pedagang jahat. Misi adalah menjadi 7 bilag pedang yg boleh menghasilkan kuasa yg tiada tandingan. Ada cabaran² yg diorg kena tempoh sblom dpt collect semua pedang. End of story, aku tidur....so tak tau ending!!!! hahahahha...... (siyes ni weiii. aku tak tipu!)

Komen aku :: Hurmmm siri kali ni tak laa best mana. Untungnya ada si Prince Caspian yg hensem tu. So aku masih boleh layan. Jalan citer cam lembs sket arrr...sbb si kecik dua org tu je yg  berlakon. Kakak ngan abg dia kononnya sedang further study. So, pertempuran yg diorg buat....cam lite lite je. Tak heavy...kang tak larat plak dak2 tu nak bertarung. Apa pun....citer ni still boleh di layannn.... =)


Settle movie dlm kol 12.30 am. Poie isi perut lak. Incek Tunang mao makan steak. Berdesup ke foodcourt Uptown Lama. Kat sini steak dia best jugak laaa. Nak compare ngan TGI Friday, mmg kalah laa dia. But just nice....masih boleh return laaa. Dah bape kali pergi tp masih tak  berkesempatan nak snap pic makanan kat situ. Setiap kali pergi malam....time tu plak mata aku ngantuk. No mood nak snap snappy. Baik aku hadap je steak depan mata tuh! Next time laa k...




Yeayyyyy....kami yg membahagiakan!

So in Lurve with u Sayang.... ♥

Thanks for singgah dan membaca...

Monday, December 13, 2010

@}--- Catch Korean Pop Stars live in Malaysia!

KabooooommmmmmMMMMMMM....!


For those yg gila-gila minat K-Pop Stars (Korean), Beast, 4minute dan G.Na. Sila dapatkan tiket konsert anda di kaunter pra-jualan bertempat di 1 Utama Shopping Centre (New Wing).

Untuk maklumat lanjut boleh klik klik link kat bawah ni....

http://www.churpchurp.com/roseemely/share/catch-korean-pop-stars-live-in-malaysia


See you there...!

Thanks for singgah dan membaca...

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...