~♥~ STALKERS ~♥~


Monday, December 13, 2010

@}---- Hasil tangan keras aku !!!

Macam mana nak intro ek! Hari ni bab mengutuk diri sendiri. Nak kata aku ni gurly sangat tak juga. Nak kata tomboy lagi laaa sangat2 bukan. So aku ni mcm mana? Haaa biarlaa mereka2 yg pernah berada bersama aku tolong jawab aku ni jenis perempuan macam mana. Siapalah aku nak menilai diri sendiri kan?

What ever pun hari ni aku nak share hasil kerja tangan aku yg kira cam keras gila babi laaa bab2 menghasilkan kerja2 yg mmg selalu gegurl buat. Maklumlaaa aku ni tak minat benda2 yg renyah2 ni. Dah tu aku minat ape? Hahaha aku sendiri pun tak leh jawab apa yg aku minat....errr aku minat LELAKI jer. kikiki

Benda ni aku buat sempena aku nak kawen. Ntah mcm mana, tiba2 timbul pula hajat di hati nak juga buat hasil usaha dan tenaga sendiri. Macam mana pun rupa dia, aku tetap nak buat. Tak kira laa cantik ke tak cantik ke asal itu HASIL TANGAN AKU! Alaaa lagi pun benda ni nak bagi org, lantak laa cemane pun....org main sapu je. Benda freeee..... hak hak hak

Jom layan gambar....

 (1) Mula2 kita perlukan manik2 yg telah dicantum menjadi kelopak bunga. Haaa...manik2 ni pun aku cantum sendiri ok.... Ikut pandai aku laa bentukkan kelopak tu cemane rupanya.



(2) Pastu kita perlukan dawai yg paling keras, No.16 kalau tak silap aku (ni orang2 yg selalu guna tau laa pasal nombor2 ni). Dawai ni dah siap aku lilit dengan reben warna purple line silver (kalo satu warna je tak nampak plak belang2 tu kan?) dan bentukkan bujur camtu laa... eh bujur ke tu? Tak kira laaa...tapi mmg nak kena bentukkan cam dlm gambar tu.




(3) Then aku perlukan 3 jenis reben yg telah dipotong dan diikat menjadi seperti di bawah ni. Perlu juga net utk isi telur tu...(ni net segera zaman skarang, mcm net isi buah tu...dah tak payah susah2 nak potong kain net yg dulu2 jual ikut meter2 tuh...). Haaa....nampak tak sekor rerama putih tu? Yg tu utk hiasan sampingan....




(4) Finally.....taraaaaaa! Bunga telur versi aku dah siap. Cantik tak? Cantik tak? Tak laa cantik mana pun. Kira oklaaa dgn tangan aku yg tak pernah nak sentuh bab2 bunga ni. Tapiiiii..... KO HADO? tak hado kan....so tak yah nak kutuk mcm2. Cakap cantek sudehhhhh....hiks!~




Kalau tak silap aku, aku start buat benda ni dari waktu aku lepas bertunang dulu. Dlm bulan 8 camtu. Sampai ke bulan ni....aku baru siap sempurna 14 kuntum. Adesss...sempat ke nak kejar smpai bulan 4 nanti nak dptkan 80 kuntum nih???



Nota Kaki :: Hari ni Incek Tunang ada di sini....haku gembiraaaaaa!

Thanks for singgah dan membaca...

Friday, December 10, 2010

@}--- Malas tahap dewa...

Minggu ni agak kelam kabut. Sungguh tak konsisten untuk kehidupan normal aku. Secara jujur aku stop aktiviti-aktiviti tak berfaedah (secara luaran) untuk minggu ni. Waktu aku semua tertumpu dgn aktiviti-aktiviti di rumah. I'm a good girl. Tak caya...tanya housemate aku! Tapi....semuanya still messy! 

Serius aku malas tahap dewa. Bangun pagi pun liat. Kejap awal kejap lambat. Dan mostly....aku lambat. So aku amat-amat memerlukan terapi minda. Cuma aku tak tau ape aku nak buat...! Weekend ni pun tak sure lagi apa yg menarik boleh aku buat. For sure, indoor activity tu mmg dah tersedia. Antara nak buat dgn tak je.

Hopefully takde yg cari pasal dgn aku. Mood aku tak stabil. Sape buat salah sikit, kompom kene maki byk dgn haku. So beware...don't u dare!!!



Cakap banyak tak guna....sebab aku nak drug aku ni lagi. Walaupun aku baru je amik hari Rabu lepas...!!!!
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Thanks for singgah dan membaca...

Tuesday, December 7, 2010

@}--- B E L L A

Attention kepada yg mengenali BELLA...!

Sila renung-renungkan gambar di bawah...
















Taraaaaaa.....











5 ekor hokkay...!!!






~*~ END OF STORY ~*~



Thanks for singgah dan membaca...


Monday, December 6, 2010

@}--- What happened last night?


Okehhh itu bukan tajuk sebenar cerita hari ni...tapi itu persoalan di baju aku. hiks.... gediks!

Story of the weekend!

Last weekend agak meaningful sebab Mak Bonda dan Incek Tunang ada bersama. Jalan-jalan tinjau-tinjau sampai duit aku habis. Lepas ni jangan tanya, mana pergi duit imbuhan RM500 yg kerajaan bagi. Semua settle dalam masa 3 4 hari lepas. Totally aku yg sponsor. Terima kasih kerana aku jd seorang yg pemurah.

Mulakan hari Sabtu dengan menjelajah ke MAHA 2010 di MAEPS Serdang. Semua gara-gara Incek Tunang yg tak menyabor, kol 7 dah terpacak kat tapak MAHA tu. Gila ko...umat peniaga pun tak bangun tidur lagi. Punyalaa semangat!!! Tapi ada faedahnya, kitorg boleh parking betul-betul sebelah kawasan food court dekat dengan area exhibition hall tu. So takde laa susah payah naik transit or tram dari car park ke exhibition centre.

Inilaaa faedahnya bila sampai di tempat kejadian terlebih awal dari kejadian. Ayam KFC pun tak sembelih lagi hokkay...!
 Haku suruh kerja...ko bantai tidur ye Pak Guard!!! (credit to Incek Tunang sbb snap juga pic abg jaga ni yg dah senget-senget kengantukkan..)



 Yeahhhh...with Mak Bonda..! Kepink gituuu....ahaks!~


Sila lihat bebetul...jejaka yg sedang berdiri berkaca mata bingkai hitam seolah-olah sedang memberi penerangan tu adalah Ayahanda beta! Singgah booth beliau utk menjengah saja...tiada niat lain.


 Bergambar kenangan bersama Kerapu Harimau. Masak stim pun sodap nih...!!!



 Satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu Malaysia!!! hahaha...awat kat picca ni Mak Bonda ceria jer???



 Yeahhhhh....susunan sayur-mayur yg dah lisut misot... ehhh mcm nama panggilan dak-dak ofis kat aku plak!


Then bergambar kenang-kenangan dengan lembu-lembu berbaka pelik-pelik. Siap ada yg berbaka limousin. Perghhhh...dasat. Kacuk ngan lembu dari mana laa gamaknya nih. Kalo sembelih pun...belum tentu aku selera nak makan. Gila besar!


Incek Tunang pun tak lepaskan peluang. Cantik warna lembu ni. Ada juga yang kaler kepink! Tapi tak dan nak snap....time tu dah hujan renyai-renyai. Better blah cecepat. Cian kat Mak Bonda dah kepenatan berjalan...



Habis kat MAHA....kitorg berdesup ke Nilai 3. Shopping munge-mungean. Sakan memilih munge sampai lupe nak snap snappy picca. Alaaa Nilai 3 je kot....tak payah snap pun org dah leh bygkan tempat tu cenggane. Kan kan kan...?


_______________ ***** _______________



Now starting the Matahari-day with drift car crash. Tapi sebelum tu dah pi sarapan kat mamak kembar. Apa lagi menu kalau bukan tosei. Syiok wo...  

Drift ni tak start lagi, diorg ni baru warming up je. Start pukul 11 actually. Disebabkan rushing, so tak boleh nak tunggu lama. Tengahari nanti Mak Bonda dan Incek Tunang dah nak  balik JB. So tengok diorg training je laa dulu. Incek Tunang dah bengang dah...tak dapat hadap kereta-kereta ni lelame. Tu laaa...haku dah kata amik bas petang tak nak. Nakkkkk juga balik tengahari... padan muka! keh keh keh




 Lepas drift ganas-ganas, kitorg gi manja-manjakan diri kat MyCATs 2010, PICC. Diorg buat show kucing antarabangsa. Ramai yg join. Ada dari Indonesia, China, US dan ramai lagi laaa. Sesiapa yg minat dengan kucing, mmg tak rugi pergi tengok. Actually ada pertandingan di kalangan kucing-kucing ni. Ada laaa beberapa kategori yg dikhaskan. Majoriti kucing-kucing ni ada medal.




Picca tak leh snap memanyak sebab mostly kucing dalam carrier or sangkar cun diorg. Perghhh  mmg gila-gila punya minat kucing. Aku rasa sikat bulu kucing tu lagi mahal dari sikat rambut owner nya... But mmg enjoy tengok kucing-kucing tu. So sweet, cute, manje gituuuu....

Dalam banyak-banyak kucing tu, aku paling suka ngan kucing ni. Baka Parsi juga ni. Tapi gebus gila. Warna totally putih, kecuali atas kepala tu sikit warna hitam. Nampak macam dia pakai ribbon. Muka dia kecikkkk je. Geram aku. Kalo dapat gomol sure best nih....



Siap merayap-rayap, pergi makan kat Presint 9. Pekena nasi ayam kegemaran kami. Then hantar Mak Bonda dan Incek Tunang ke Bukit Jalil. Balik JB naik bas sajok.... Wokehhhh tu je citer weekend haku. Petang selebihnya...aku  bantai tidur kat umah. Penat seyhhhhh....



Thanks for singgah dan membaca...

Friday, December 3, 2010

@}--- Kisah Satu Malam

Last night was my bad time.

My parents was here. Mak Bonda baru sampai tenghari semalam. Ayahanda plak...dari minggu lepas ada kat KL sbb terlibat dengan exhibition di MAHA. Di pendekkan cerita, semalam aku ajak Mak Bonda pergi Alamanda. Beli a few things laaa... Then decide nak makan kat Johnny's. Dah dapat seat, tengok² menu, baru nak order....Ayahanda call. Dia baru nak masuk hotel (baru balik dr MAHA). So, aku pun decide nak pergi makan ngan Ayahanda sekali. Ayahanda stay Kajang.

So berlarian laa aku ngan Mak Bonda ke Kajang. Perot mmg dah berkeroncong gila. Betul betul lapar.

Lepas fetch Ayahanda, diorg kata nak makan satay Hj. Samuri. So pegilaa kat bangunan Hj. Samuri yg besarrrrr kat Kajang tu. Korang tau je laa kan jalan² kat Kajang tu. Sibuk, sempit, byk kereta, byk jalan sehala....salah masuk simpang kena pusing balik jauh. Aku ni pulak tak berapa nak familiar jalan kat situ. Apatah lagi di malam hari. Selalu pun pegi Kajang dgn Incek Tunang. Kawasan nak fucking parking kereta tu pun boleh tahan gelap. Harap kan cahaya samar². 

Nak dijadikan cerita, time time aku nak belok ke tempat fucking parking tu aku terlanggar la sorang mamat motor ni. Perghhhh kpd sesape yg selalu or pernah langgar kenderaan org tu sure tau perasaan time tu cemane kan? Kesilapan aku adalah tidak memberikan signal nak belok ke kiri. Kesilapan mamat tu adalah memotong di bahagian kiri. hurmmm...nak melalak pun ada time tuh. Cuak hokkay! Dah laa time tu bawa mak bapak.... spoil my time!

Jahatnya aku sbb aku tak berhenti langsung. Ekekee...padan laa muka kan sape suh ko potong sebelah kiri. Tapi mamat tu follow gak kereta aku. Aku takde laa kisah sgt sbb mmg sama² salah. Then, Ayahanda pun laju je keluar kereta marah budak tu sbb potong belah kiri. Budak tu pun tak puas hati sebab aku tak bg signal. Maka bertekak laa mereka berdua akan perihal itu. Masing² tak nak kalah. 

Aku makin bengang. Perut makin berkeroncong. Terkejut lagi. Menggigil laa kejap...(gigil terkejut + lapor = seram sejuk). Budak tu pun bukan teruk sgt... takat terhimpit sikit then dia sangkut kat divider. Brake kaki bengkok, jari kelingking kanan dia luka kene divider. Tu je pun. Bkn patah riuk or mati pun. Kecoh lebih...siap nak tepon bapak! 

Tengok diorg tak benti bertekak. Aku pun kuar say sorry. Then aku tanya berapa dia nak aku ganti rugi. Eh baik plak dia ckp...ikut akak laa nak bagi saya berapa. Perghhh ms ko bertekak ngan bapak aku tadi bukan main lagi ko adu kata brake tu bengkok laa, kaki luka laa, nak gi kedai motor tanya harga laaa, nak panggil polis laa. ape kejadahnya???? 

Mujurlaa aku ni BAEKKKK.... Aku bg dia RM70...tutup perihal. No ungkit-ungkit. Aku mintak maaf banyak². Dah nampak note hijau n merah kat tangan tu dan dan hulur tangan...salam ngan aku. Terima kasih laa kak....saya bukan apa. Cuma terkilan je.... Terkilan ape benda nya??? Bukan ko terbujur kaku kat situ ponnnn.... WTF!!!

Dan sebagai kesan dan akibat kejadian malam tadi.... aku makan seumpama manusia yg tidak punyai nafsu. Telan sekadar telan, kenyang sekadar kenyang. Tak nikmat langsung...! To mom and dad, I'm so sorry...
_______________ ***** ______________



p/s :: budak yang aku langgar tu....boleh tahan cute! i loike the face.... (^_^)


Thanks for singgah dan membaca...

Thursday, December 2, 2010

@}---- Ketidakpuasan hati...

Pepagi hari lagi dah tak puas hati kan? Memang pun! Aku bukan apa laa...cuma rasa ada beberapa kerat manusia yg tak berkesedaran dalam diri. Pepagi hari dah buat hati org lain panas...

Aku ni bukanlaa baik sgt. Jauh sekali perfect! Sopan santun tu pun akan lebih terserlah dlm waktu² tertentu je. Kebanyakan waktu....'aku budak takde perasaan'! Eh jap...budak lagi ke? ekekekeke.....blom 30, budak lagi laa kan? (sila laa komen kalo tak puas hati ngan statement aku ni...)

Haaa kisah sebenarnya adalah pasal pemanduan kereta² di laluan kanan. Aku cukup sakit hati kalo org yg drive di lane kanan tapi meter kereta tu macam meter motor. Motor pun lagi laju tau tak?!!! Cukup cukup aku sakit hati... Dah laa bawa mcm org bercinta... dlm lane kanan... drive mencucuk² pun buat bodoh aje.... high bim lampu pun tak ganjak²...! Perghhh aku rasa mcm nak ketuk cermin pastu cakap...'ko dulu amik undang² paham bahasa jalan raya ke tidak???'

Serius aku mmg tak boleh blah dgn manusia mcm ni. Dah laa tu kadang² yg kereta besar² ni pun yg CC lebih dr 2.0 pun boleh bawak kereta mcm siput kat lane kanan tu. Buat muka tak bersalah jer. Mcm jalan tu bapak dia sorang yg punye! Arghhhh aku rasa mcm nak maki nasihat je sorang² owner kereta tuh.

Lagi memedihkan hati bila kereta² kecik yg tak sedor diri duk lane kanan. Kereta besar kat belakang dia dah cucuk rapat...eh dia buat tak tau jer. Perghh time tu mmg menyirap je darah... Bila kita potong kereta dia, dia buat muka slumber tak bersalah jer. Sekali lagi aku rasa nak maki nasihat cukup².

Ade juga penyakit driver² yg suke drive pastu main tekan² brake. Padahal jarak kereta dia ngan kereta depan tu jauhhhh lagi. Boleh muat sebiji kereta sedan lagi. Aduhhhh....tensi ok kalo ada manusia² macam ni atas jalan raya. Aku mmg jenis tak boleh sabar....dan tak reti nak bawa kereta slow² (tp takde laa laju sgt....sedang² dlm 100-120 km/j). So tolonglaaa kepada insan² yg seperti manusia² di atas ni...tolong paham keadaan org lain juga. 

Muafakat membawa berkat. Majulah sukan untuk negara!

_______________ ***** _______________


p/s :: waaa chaw pi MBB japs....ada urusan seri paduka baginda!
Thanks for singgah dan membaca...

Wednesday, December 1, 2010

@}--- Errr......errr.....

Hari ni dah 1st December 2010. Wah....another 30 days to 2011. So fast laaa....

Masuk tahun baru maknanya mcm2 benda baru akan kita lalui. Paling utama adalah pertambahan umur. Huhuhuhu.....tidakkkkk!  Errr...tp tahun depan juga nak tukar title 'Puan'. Ouchhh! Bersediakah aku? Doa2kan aku ya teman2...

Kalau tahun depan dah kahwin, tahun depan juga kena fikir nak tambah aset. Yg utama beli rumah. Target sebelum umur cecah 30, mesti dah beli. So from now kene recce mana2 kawasan yg strategik utk bermastautin. Yg pasti...aku nak beli rumah kat JB. Dan kawasan tu haruslah ditengah2 antara umah mak aku dan umah bakal mertua aku. So senang!

Seperkara lagi aku kena fikir pasal nak transfer balik JB. Now syiok bersenang lenang duk kat Putrajaya ni. Sampai lupa ada mak bapak kat Kulai tu. Ada waktu pulak, Incek Tunang yg lebih bertanggungjawab jenguk Mak Bonda dan Ayahanda aku. Pegi hospital pun Incek Tunang yg hantarkan. Anak dia ni jd apa? Syok je membongkang kat gumah...ekekekeke (mau kena penampor kalo Mak Bonda tau ni)

Ishhh....bila fikir2 byk hal lagi rupanya. Tapi, buat masa skarang ni....aku tak nak fikir byk2. Cukup utk fokus pada hal kawen. Incek Tunang pun dah semakin rancak....semalam seharian berdiskusi dgn mak dia. Aku juga byk benda lagi tak bergerak. Kena fokus....fokus....dan terus fokus!


p/s :: Esok Mak Bonda dtg umah! yeayyyyy....leh ajak jenjalan carik pasal!

Thanks for singgah dan membaca...

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...