Dah lama ekk tak jengah sini. Padahal weekend ada je lepak umah. Except petang Sabtu. Sepetang di rumah office mate buat ketupat sutong.
Actually aku yang buat kelas. Ye laa kan, officemate ni suka makan ketupat sotong versi aku.
Manjang kalo balik kampung or kat Putrajaya ni pun suh aku buat. Rasa nak makan je suruh aku buat.
Mana boleh tahan. Tak rajin okkkay.
So inisiatif terbaik, aku turunkan ilmu kat diorang. Haaa kan senang.
Rasa nak makan, korang buatlaa sendiri. Padan muka.
Maka inilah hasilnya... So sape-sape yang nak resipi boleh amik kat blog officemate aku.
Namun aku nak tulis kat sini...tak rajin!
Resepi Ketupat Sutong -
Shima
Weekend hari tu adalah hari-hari aku moody. Memanjang nak melalak. Tak pasal-pasal je.
Tapi bukan PMS ok. Or else, buang tebiat.
Eh korang tau aku ngah buat apa ni? Ngah melantak ni haaa...
Niat dalam hati nak update blog sambil-sambil melantak mee gurin mamak ni.
Tapi tak boleh laa pulak....
Baru click sekali, suap mee 3 kali. Camno?
Sudahnya kasi licin dulu sebekas. Baru boleh merapu dengan amannya.
hahahhaaaa...sengalll!
Start tahun baru ni , aku dah buat perangai dah. Minggu lepas je dah 3 hari lewat.
Semalam pun nyaris-nyaris lambat. Nasib baik sempat.
Dengan tak sempat nak make up. Muka dah macam apa dah. Pucat lesi.
Orang kata macam muka orang sakit. Miakakaka....
Hari ni azam baik sikit. Belum pukul 6 aku dah bangun mandi.
Sempat touch up. Semalam, sebelum tidur dengan rela hati gosok baju siap-siap.
Dah nama pun hajat nak bangun pagi kan. Haruslah ada preparation.
Keluar umah pun awal. Member serumah yang berbisnes nasi lemak pun tak kuar umah lagi.
Aku dah siap-siap kuar umah. Gila awal kan?
Oleh kerana ada masa, so panaskan enjin kereta tu lama laa sikit.
Sempatlaa temperature tu naik tinggi.
Biasanya, tak menyempat-nyempat aku jalan je. Takut punch kad merah! (Kesian opis aku kan? Pakai punch kad lagi)
Over confident punya pasal, dari parking basement tu boleh pulak aku naik ikut lorong kereta nak turun. (read : salah lorong)
Huh! Nasib baik separuh jalan aku terperasan.
Ada sebijik dua kereta yang lalu pandang-pandang.
Nak-nak plak time aku reverse.
Adesss...buat hal pulak. Cuak pepagi buta tak pasal-pasal.
Reverse punya reverse. Sensor dan bunyi. Eh sebab gelabah, reverse jugak.
Tekan juga pedal minyak tu. Tengok side mirror, jauh lagi.
Tetiba....gedegangggggggg!!!!
Owh shitttt. Aku hentam tiang batu la pulakkkk !!!
Pandang kiri kanan, seb baik takde orang tengok.
Jalan kedepan sikit. Fuhhh...takde yang jatuh.
Apa maknanya? Maknanya tak teruk laaa kan?
Ok sambung reverse balik. Actually kat situ selekoh. Tu yang aku failed.
Takpe, slow slow akhirnya berjaya juga ikut laluan yang betul.
Lepas tu fikir-fikir balik, kenapa aku tak naik je ikut lorong yang salah tu.
Pagi-pagi buta mana ada kereta nak turun. Semua nak naik pegi keja.
Sengal kan? Eh tak...aku kan gabra pepagi.
Cuaca pagi tadi agak lambat cerah. Sampai-sampai ofis, aku dapat parking yang sangat strategik.
Cepat-cepat kuar kereta. Tengok bumper belakang.
Fuhhhh hebat aku. Calar je babe!!!
Macam tu punya kuat hentam, boleh calar je?
Kebal juga kereta aku ni kan.
Dengan senang hati naik ofis.
Layankan meeting sampai tengahari.
Tibalah waktu lunch hour. Sepantas kilat keluar ofis.
Nak pegi bank hajatnya. Tengok-tengok kereta kena block.
Haram jadah tol diorg ni parking. Rapat gila depan belakang.
Nak adjust ke depan ke belakang pun tak lepas.
Double park pulak si kancil cenonet.
Aduhhh punah harapan.
Sambil call Incek Tunang, tengok balik calar pagi tadi.
Dengan bangga sampaikan berita. ''Calar je banggg..."
Tiba-tiba mata membuntang....! Korang tengok nih....
Eh aku lupa plak nak bulatkan merah masa edit tadi kat tempat spot tu.
Tapi area bawah lampu tu laa... nampak tak renggang sket.
Nampak kan kan kan....
Tapi aku, biasalaaa. Lek agik....
Serta-merta buka bonet pulak. Nahhhh....senyum kambing pun lagi lawa tau!
Haaamek ko!!! Semakin nampak pecahan nyaaa.....
Maaari kita closed-up sket....
Hwwaaaaaaa.....jahanam keter aku weiiiii!
Aku rasalahkan, nak tunggu aku abes hutang bayar kereta ni, sempat laa luruh segala body kereta ni aku kejerkan.
Dasat eh penangan aku!
Depan, belakang, kiri, kanan, sumer habis aku hentam.
Ni kalo Ayahanda tahu ni, mampos aku kena luku.
Abangggggggggggggggg....... Nak keter baru bang! Janji tak hentam kiri kanan depan belakang dah.
Tak best dah keter ni. Compang-camping!!!
Bajet boleh dapat. Penampar boleh laaa....
Ok abes kisah kereta. Mood jua tara mari. Ape lagi nak story?
Eh...Ahad lepas aku duk kat umah. Tetiba Incek Tunang ngan baik hati nak belanja Dominos.
Tapi bukan dia turun Putrajaya ni. Dia bank in duit je. Suh aku order Dominos.
Makan kat umah diam-diam. Jangan nak mengular-ngular.
Oklah macam biasa, sure order Combo 1 + Hot & Spicy Chicken Wings.
Nakkkkk juga ayam. Dah lama aku idam nak makan KFC. Tak dapat-dapat.
Siap mimpi kejer part time kat KFC ok.
Ada sapa-sapa nak belanja aku KFC tak? Ngidam ni weiiii....
Citer Dominos balik.
Tetiba operator tu kata, diorang ada bagi free gift dessert.
Oleh kerana dalam Combo tu aku dah amik Breadstix, so free gift tu aku amik Banana Kaya.
Sedap weiiiiiii! hehehe...1st time ni aku rasa menatang nih.
Dah lama kan dominos promo menatang ni.
Tapi aku laa jual mahal. Macam tak leh telan je benda manis-manis tu kan.
Dah rasa sekali, hamek ko....! Macam nak order lagi jek.
Makan plak panas-panas. Perghhhhh...memang mantop. Thumbs up!!!
Satu je menu yang aku tak puas hati.
Menatang ni haaaa....
Memang laa hot and spicy. Tapi kenapa tak garing ek?
Basah basah, lembik lembik.
Kembang jua tekak haku. Sedap lagi yang kat Pizza Hut tu.
Eh banyak plak komplen kan.
Menyesal gak order. Kalo tau sure tak amik dah.
Nak makan ayam punya pasal...licin juga aku bedal.
8 pcs Sorang. Sorang hokkay....Soooooorang !!!
Ok dah. Habis dah merapu. Kepala dah sakit mengadap pc nih.
Nak kena tidur ni. (Padahal perut kenyang!)
Catatan bunga telur :: Nasib baik balik JB hari tu cousin aku tolong buat. Now tinggal separuh lagi. Keep it up!!! Fight for it...hahahahha
Chiaoooooo
Thanks for singgah dan membaca...