~♥~ STALKERS ~♥~

Monday, February 20, 2012

@}--- Tortilla Si Separa Bujang [♥]

Happy Monday people....happy working too.
Hari ni mood tak berapa nak cantik....
Hope so by couple of hours....mood dah ok.

Now nak share menu hujung minggu hari tu.
Menu sihat untuk yang berdiet atau yang malas....hehehe.



Tortilla Pocket

Bahan-bahan:

Tortilla 
Chicken Fillet
Sosej
Salad
Mayonis
Sos Cili


Cara-cara:

Mula-mula panaskan kepingan tortilla ni.
Guna microwave pun boleh, tapi pun panaskan atas kuali tanpa minyak.
Sekejap je taw...
Tortilla ni boleh beli kat mana-mana hypermarket.
Aku beli kat Carrefour Alamanda je.....garlic flavor.
Kalau kat Giant, ada macam-macam flavor.
So terpulang nak amik yang mana ye.



Pastu toskan salad.
Haku memang addicted dgn coral salad ni.
Beli yang organik.
Memang best....!
Sesape yang nak tambah tomato pun boleh.
Haku malas nak beli tomato...cam leceh plak nak potong benda-benda basah tu kan. 
Nak letak tomato ceri, takut berlarian plak tomato tu.
Or else nak letak timun pun bolehhh.
Sesuka nafsu korang je nak letak sayur ape.
 


Then gorengkan sosej dan chicken fillet ni.
Sebelum ni aku tak pernah jumpe chicken fillet ni.
Hari tu survey kat Carrefour ada plak....brand Farmbest.
Sedap ayam dia....!
Kalau takde chicken fillet atau any boneless chicken, boleh je ganti dengan nuggets.
 


Jangan lupe segala perasa ni yer.
Mayonis tu wajib....baru  laa terasa lemak-lemak.
Slurppppp gitu.
Sos tu aku amik mudah jer....sos-sos balance beli kepsi ori dan kepsi pasar malam.
Wakakaka....gile malas kan?



Bahan dah tersedia, sila corakkannya.
Amik kepingan tortilla, letak atas pinggan.
Then letakkan daun salad di bahagian atas tortilla tu.
Letak sosej dan chicken fillet yang dah digoreng tu atas daun salad.
Then picitkan mayonis sebenar Lady's Choice.
Diikuti dengan sos cili seperti dalam gambar.
Mudah kan???

Terliur tak? Terliur tak?



Kemudian, lipatkan bahagian bawah tortilla ke atas.



Lepas tu lipat pulak bahagian kiri dan kanan tortilla.
See.....dah jadi pocket tortilla.
 

 Inilah hasilnya.
Lauk di celah salad.
Ouchhhh...sangat sodap hokkay!!!


Very the yummeh....
Hwaaaa...tetibe aku terliur pulak.
Dah laa puasa hari ni....menggelodak pewot lapor!
Tidakkkkkkkkk!


Best tak? Best tak menu haku?
Boleh di sajikan waktu sarapan pagi, atau brunch, atau waktu minum petang.
Eh pendek kata sesuai untuk semua waktu.
Makan sambil lepak-lepak tengok tv.
Tak payah nak pegang-pegang pinggan kan?
Dah siap gulung-gulung pocket tu...pegang dan makan sambil mengadap tv.
Oh sangatlah heaven!




Thanks for singgah dan membaca...
 

Tuesday, February 14, 2012

@}--- D.I.Y. :: Make Over Personal Diary

Masih ada ke yang setia dengan personal diary book?
Atau semua dah ubah selera pada online diary macam blog?
Aku ni dua-dua pun tak setia....baik buku diari atau online diary....tetap tak setia.
Time rajin aku buat entry...time tak rajin aku biar dia sampai berhabuk.
Buku diari ni pun sama.....kalau rajin macam-macam laa aku isi.
Tak rajin....berbulan tak sentuh.
But actually....aku takde laaa rajin sangat nak cerita perihal diri...selalunya aku cut, copy and paste apa-apa info yang aku rasa berguna untuk sepanjang hayat.

Kalau nak ikutkan peredaran zaman, Google info tu lagi senang dari buat secara klasik nak kene buat paper cut and paste.
Tapi itulah kenyataannya, minat setiap orang tu berbeza kan...
Dan aku mmg lagi suka buat paper cut ni....sebab aku sukakan colorfulllllll....
Atau skarang ni lagi famous dgn paper crafts....
Sekadar isi masa lapang kat rumah, ada laa jugak nak di buat.

Well hari ni nak share cemane nak make over personal diary book.
Macam dah boring tengok yang sama kan....Let's do it!



Haaa...ini ghuper diari saya.
Aku beli buku ni dekat MPH Bookstore....cover buku ni adalah plastik.

 


Kebetulan hari tu ada jalan-jalan kat IOI Mall, Kulai...jumpa satu kedai D.I.Y
Terjumpalah Plush Deco Stickers ni.
Saiz adalah B5, atau separuh A4.
Terus teringat diari yang dah boring tengok cover dia tu kan.
Maka ku gapai laa kepingan2 Plush Deco Stickers ni.
Ada macam2 corak....but since I peminat pink color, so haruslah amik color pink.
heheheheh
Harga murah jek...sekeping RM1.90
Rembat 2 keping.




Mula-mula kene ukur ye.
Supaya lebihan setiap tepi cover diari tu nampak sama.
Mana yang lebih boleh dipotong dan buang.
Sudut tu pulak potong kan serong supaya pertemuan setiap bucu nampak lebih cantik.

 


Bila dah ukur.....boleh laa tampak terus pada kulit diari tu.
Nama pun sticker kan...so tak payah laa susah2 nak buh gam sendiri.
Gunakan pembaris atau objek yg rata untuk meratakan sticker pada cover diary.


Rapikan jugak disebelah dalam cover.
Bila kita dah potong serong bucu sticker tadi, maka hasilnya seperti di bawah.
Kemas kan?



Pandangan sebelah luar.
Nampak kemas jugak kan?


Buat pada kedua-dua belah cover.
Depan belakang nampak sama.
And opkos....menarik!
So....dah siap!



 hahaha...ok dah.
Tu jek hasilnya.
Nanti dah boring, aku fikirkan cemane nak make over lagi.








Nota hati :: Nak make over rumah plak lahh....hehehe




Thanks for singgah dan membaca...


Thursday, February 9, 2012

@}--- Kotak Harta Karun

Treasure Chest!

Tetibe rasa nak kumpul harta.....harta karun!
hahahaah....
Bunyi macam banyak benor harta ko kan. Padahal.....nak makan pun terkial-kial.
Tapi takpe, orang-orang tua kata berangan-berangan dulu, mudah-mudahan nanti jadi kenyataan.
Berangan laa sangat kan....

What everrrr....
Malam tadi mimpi pasal harta karun.
Terus pagi ni sibuk cari kotak harta karun.....owh tapi bukan buat treasure hunt ye tuan puan.
Sekadar Google mane nak beli kotak harta karun nih.
Aku malas nak pi menjelajah kedai-kedai yang jual treasure chest ni, try Google online shop.
Tapi hampeh, tak jumpe pon.

Buat masa skang nih kasi layan mata dulu....feeling feeling simpan harta karun kat umah nanti.


Yang ni plastik...!
Tak mo. Tak rare!
Nak yang kayu jugak....



Haaa...yang ni baru betul.
Kayu....klasik!



Ni laaagi klasik.
Takdelah bentuk dia petak sangat.



Yang ni nampak cam mewah.
Sebab ada dua warna pada satu kotak tu.
Tak best....mengundang mata perompak.
hahaha...bleh ke alasan tu.



Comel!
Kecik je kot....tapi nanti tak leh isi banyak-banyak harta karun.



Ni special sket bentuk dia.
Ouchhh....i loike!



Simple gile!
Kurang minat.



Owhhh sangat soooka yang ini.
Letak plak mangga yang besar.
Tapi bukan Solex taw..!



Pirate taste!
Ahaks....
Dapat yang ni memang laju jer orang nak merompak.
Trade mark lanun kan....



Ni dah macam nak simpan barang-barang magik laa plak kan.
Ganassssss...~



Yang ni pun rare kan..
Jangan nanti tiba-tiba bukak harta karun aku bertukar jadik tengkorak!
wakakakkaa



Dan hakikatnya...aku memang nak sangat-sangat menatang treasure chest nih.
Nak pi beli! Nak pi beli!
Nak wat isi cenggini........keh keh keh



Kata Hati :: Kat mana nak songlap emas besor besor ek? Jongkong emas.....!


Thanks for singgah dan membaca...


@}--- Computer Armoire

Computer Armoire!

Sape tau computer armoire tu ape?
Penah tengok tak kat Malaysia ni....
Or aku je ketinggalan zaman?
But so far, aku Google...jumpe semua contoh-contoh kat oversea jer.

Computer Armoire ni adalah almari meja computer.
Meja komputer bersekali dengan almari.
Erti kata lain, kat situlah meja komputer ko, kat situlah juga ko simpan komputer.
Boleh bayangkan tak????
Tak payah fikir-fikir, meh layan picca yang aku dah Google siap-siap untuk korang....


Layanzzzz.....



Cantik takkkkkk???
Sweett kan?
Boleh simpan pc dalam almari tu....bila nak guna, bukak je pintu almari, tarik kerusi....buat keje.
Siap keje....shut down pc, tutup suiz....tutup pintu almari tu.
Terus tersimpan rapi....

Okeh...ni contoh ke dua.


Hitam gitu...
Ni sesape yang minat warna block...hitam pun cantik.
Kompom tak nampak berhabuk.
Solid!
Siap sebelah atas almari tu boleh letak hiasan lagi....
Ishhhhh....memang berkenan laaa. Yang penting adalah nampak kemas.



Armoire yang ni plak lebih lebar.
Meaning.....banyaklah ruangan storage korang.
Ni nak letak dalam bilik tidur memang makan space, tapi kalau letak dekat hall memang cantik.


Haaaa....yang ni kecik sikit.
Tetap cantik.
Aku ni dah terminat barang-barang warna putih, tak sedar yang diri pemalas nak mengelap.
Kesan dan akibatnya adalah, kompom almari ni bertukar warna.
Tapi jangan risau.....sekarang ni musim DIY menjadi-jadi, so boleh je nak tukar dari warna putih jadi warna lain.
Contohnya.....PINK. hahahaha tak pun hijau. Lawa jugakkkk.....


Macam dalam picca ni.
Aku rasa market Malaysia ni jarang nak jual warna pastel camni, oversea banyak laaa sebab English style kan.
So boleh je kalau korang rajin, cat jer kaler hijau ni. Suweeeet! ouchhhh~


Lagi contoh kaler putih. heheheh....warna hitam pun ada. Tapi lebih berkenan kat yang putih nih.












Menarik bukan????
Selain dari nampak kemas dan tersusun, almari ni untuk keselamatan juga.
Especially dari kanak-kanak, kalau dah tertutup rapi camni, takde laa budak-budak nak datang mengusik or tekan button yang tak sepatutnyakan.
Pastu kalau ada tetamu datang, lagi-lagi yang bawak anak yang diluar kawalan, dari kita sakit hati tak boleh nak marah anak orang, simpan macam ni kira selamat laa kan.
Lagi menarik work station kita.....sangat teruja!
Less habuk lagi....
Tapi kat mana nak beli?????? Dalam IKEA pun takde jual lagiiiiii......huhuhu



Kata Hati:: Kalau pindah JB nanti muat ke bilik yang kat JB tu nak isi barang-barang yg kat Putrajaya nih...


Thanks for singgah dan membaca...

Wednesday, February 8, 2012

@}--- Tiramisu versi tak cukup bahan.......

Selamat kembali bertugas ya teman-teman....
Tuan cuti lama....blog cuti laaaaagi lama.
Ni tahap kemalasan meng-update blog sangat laaa tinggi.
Tapi hari ni gen rajin ada sikit lebih, so bolehlah share story.

Ni agenda cuti 4 hari sempena Maulidur Rasul + Thaipusam.
1st day cuti memang tak ke mana-mana laa...takat melepak umah Mak Bonda jer.
Hari Ahad plak....seharian merayap ke Tanjung Piai, Pontian tengok kapal-kapal.
Pastu merayap kat Bazar Karat, JB.
Then end up kat Steam Boat stall bersebelahan Dataran Bandaraya JB.

Isnin baru berkesempatan nak buat tiramisu.
Buat untuk Incek Somi....sebab beliau sangat sooooka sama cheese.
Resepi asal amik kat blog ni.
Tapi disebabkan bahan yang aku cari tu takde....aku ubah sket ikut suke² aku.

Okeh.....lets share.


Bahan-bahan:

1) KRAFT Philadeplhia Cream Cheese 250g - aku beli yang 60% less fat
2) EMBORG Whipping Cream 200ml - resepi asal 250ml, tapi ni nak kurangkan lemak aku amik yang 200 ml je
3) VAN HOUTEN Pure Soluble Cocoa
4) KRAFT Oreo - resepi asal guna kek sponge
5) Cup
6) Biskut Oreo yang telah diasingkan cream
7) Gula kastor - tapi aku kisar gula prai biasa je dan sukatannya kurang sikit dari setengah cawan
8) Esen Vanilla - terlupa plak nak snap pic

Dah sediakan semua bahan tu, hancurkan pulak biskut oreo tadi.
Tujuan biskut oreo ni adalah untuk dijadikan lapisan kepada cream cheese sebagai ganti kepada kek sponge seperti dalam resepi asal.



Cara-cara nak buat boleh rujuk kat blog tadi yer.
Aku malas nak story....
Cara-cara buat sama je....sekadar gantikan biskut oreo.
Maka hasilnya adalah sebegini.


Comottttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.....
Tu semua sebab serbuk koko.....bila tapis kene kat tepi-tepi cup tu, aku hentak² supaya masuk dalam cup.
Terus jadi cam comot² kat sebelah dalam cup tu...
What everlahhh....janji sodap di makan.
Untuk sukatan aku tu, cuma boleh dapat 5 cup mcm dlm pic kat atas tu.
Tapi cup ke 5 tu aku separate dua sebab itu utk Ayahanda ngan Mak Bonda.
Diorang mane nak makan sangat benda dissert² ni...so buat kan yang low quantity utk diorg.

Rasa memang superb....sebab?
Sebab tak terlalu manis, dan tidak terlalu muak.
Ada pulak rasa sikit masin² biskut oreo.
Next time boleh buat lagi.....tu pun kalo ada bajet.
Bahan sumer mahal²....bankrap kocek I tawww!




Kata Hati :: Menyesal tak snap picca buat Tortilla, kalau tak boleh share ngan uolls kan... sob sob!


Thanks for singgah dan membaca...


~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...