~♥~ STALKERS ~♥~


Tuesday, August 30, 2011

@}--- Cornflakes Madu

Kuih raya paling sempoi...paling senang...paling mudah...paling enak!

Cepat di buat. Cepat di makan. Cepat jugak licin.

Cubaan pertama memang menjadi......

Mekasih Kak Shimot atas resepi kamu.....


Sent from my @}--- Black Rose Berry® smartphone

Friday, August 26, 2011

@}--- Selamat Hari Raya!!!




Salam Syawal
Buat semua umat Islam di seluruh dunia.
Moga Syawal kali ini lebih bermakna buat kalian.
Maaf dipohon andai ada salah dan silap.


~♥~ Dari kami :: Arif & Ellysa ~♥~





Thanks for singgah dan membaca...



Thursday, August 25, 2011

@}--- Nasi Lemak Separa Bujang

Menu berbuka puasa ke-24.


Nasi Lemak + Daging Goreng + Fresh Salad



Meriah tak pinggan aku?
Tu laa sebabnya di namakan Nasi Lemak Separa Bujang.
Semua dalam satu pinggan!
Sila laa beli fresh organic salad yang terjual di Carrefour Alamanda tu sebagai hiasan penarik selera.
Telur rebus tu aku tak belah dua sebab masa kopek kulit tu, bahagian putih telur tu masih lembik2.
Kompom telur dalam tu belum betul2 keras....haku sooooka!
Daging goreng black pepper tu mmg dah lama teringin nak makan, semalam baru dpt buat.
Walaupun sedikit liat (sebab rebus sekejap je) totap lazat melalui anak tekak!
 
Aku rasa ni menu terakhir aku masak dalam bulan puasa ni kot.
Dah takde mood dah nak masuk dapur.
Mood raya plak mencanak-canak walaupun hati terasa macam tak raya.

Malam ni dah plan ngan Minah Osmet nak pi melantak Sushi King.
And opkos aku prefer pergi lepas mahgrib.
Takde laa nanti kene makan laju-laju.
Mane nak feel kan?

Jumaat ni plak dah nak balik JB.
Dah tentu-tentu memang membeli jek laa nak berbuka puasa.

For those yang dah start cuti dan dah memulakan pejalanan balik kampung, semoga kalian selamat dalam perjalanan ye.
Berhati-hati ketika memandu.
Don't BBM or SMS or nap while drive....hihihi tu aku laa yang selalu buat.



~*~ Selamat Menyambut Syawal ~*~




Thanks for singgah dan membaca...

Wednesday, August 24, 2011

@}--- Wordless Wednesday #2





 
Jom...jom... jom kita ke Baskin Robin!!!
Grab your 31% discount during 31st of the month.
But, since dis year double celebration for Hari Raya dan Merdeka day, there will be a little earlier promotion.
It will be on 26th until 28th August 2011.
Time ni ramai yang dah start cuti raya kan?
So ape lagi...bleh laa serbu mana-mana outlet Baskin Robin bersama family tercayang.
Hoyeah!




Thanks for singgah dan membaca...


Tuesday, August 23, 2011

@}--- Chicken Meatballs Pasta

Menu iftar hari ke-22 Ramadhan.

Chicken Meatballs Pasta
* versi separa bujang




Bahan-bahan :

Setengah peket pasta (direndam dan direbus)

1 tin sos Prego tradisi
1 tin cendawan butang (dipotong sesuka sesuki kamu)
1 peket (lebih atau kurang terpulang pada korang ) chicken meatballs
2 keping daging burger (dihancurkan mcm daging cincang)
2 keping atau lebih cheesedales (guna cheddar or mozarella lagi syiokkk)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
5 sudu makan cili giling (aku guna brand Puteri sebab cili giling ni betul-betul pedas dan tak masam)
1 sudu makan lada hitam (dikisar kasar)
Sedikit minyak masak
Sedikit air
Garam
Serbuk perasa (aku guna ajinomoto jek. eh ada jenama lain ke yg femes?)



Cara-cara :

Gorengkan sekejap chicken meatballs tu. Jangan terlalu masak, agak-agak nampak kekuningan boleh angkat dan toskan.

Panaskan sedikit minyak (aku guna minyak yg goreng chicken meatballs tadi, tapi kurangkan sikit kalau terlalu banyak), tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dah dicincang tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan cili giling dan sedikit serbuk lada hitam. Biarkan sekejap.

Masukkan sos prego. Masukkan daging burger, cendawan butang, chicken meatballs, serbuk lada hitam, sedikit garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.

Setelah masak, boleh taburkan kepingan-kepingan cheesedale yang dah dipotong dadu (rujuk gambar). Lagi banyak cheesedale lagi sedap....sebab kuah akan jadi sticky....

Siap....boleh di hidangkan panas-panas atau sejuk.



~ Ini hasilnya ~


Sambil menikmati Orange Tea
Heaven!



Selamat mencuba!!!
~ dari tukang masak tomei... (^_~)




p/s :: Hari ni bercita-cita nak masak daging masak kicap. Owhhh rindunya nak makan daging....ahaks!~


Thanks for singgah dan membaca...





@}--- Ayam Bakar Bersos Nando's ft. Ketupat Sotong

Ramadhan ke 21 baru berpeluang berbuka puasa dengan MIL.
Maklumlaaa, anak menantu ni kan duk jauh.
Seskali jer baru dapat balik JB.
Ahaks!~ ye tu ayat poyo...lalalala

But actually, weekend lepas balik JB sebab dah plan untuk berbuka bersama-sama Atok dan MIL.
So kenelaaa selesaikan hajat, walaupun badan memang penat gilos!
Ape pun, mekaseh ye pada MIL Angkat (aku ada 3 org MIL hokkay...Sorang MIL Angkat, Sorang MIL Kandung, Sorang MIL Tiri....ko hado? tak hado kan? sila kagum dengan aku...kawen-kawen je terus ada 4 org MAK...) sebab perli... 'Lysa balik senyap-senyap je yer...'
keh keh keh...mau nyer tidak, balik dari hari Jumaat, hari Ahad petang baru aku jengah dia.
Tu pun Ahad malam dah nak balik KL....mmg syok kene perli. kikiki

Ok ok...berbuka di rumah MIL Angkat adalah beserta Mak Bonda dan Ayahanda.
Actually, acara ni dah jadi acara tahunan since aku jadi tunangan Incek Somi.
Memang Mak Bonda akan masak beria-ia kat rumah, then pi makan umah MIL.
Menu-menu adalah Nasi Dagang, Gulai Ikan Tongkol, Pajeri Nenas, Acar Timun, Cencaru Bakar, Karipap, Pasta, Ketupat Sotong dan Ayam Bakar Bersos Nando's.

Aku capture dua menu jer kat sini....jom share!



Ketupat Sotong


Senang je nak buat ni. Yang penting kena ada sotong, beras pulut, santan, gula merah dan pencungkil gigi.
Lepas cuci sotong tu, korang sumbat je beras pulut tu dalam sotong anggaran separuh badan sotong.
Ada setengah orang, sumbat pulut yang dah dimasak.
Pada aku kurang sedap, sebab pulut yg dah masak tu tak mesra rasa lemak santan dan sotong tu.
Sebab tu aku lagi rela isi beras pulut yang masih mentah.

Dah sumbat sumbat semua,
Tutup sotong dengan kepala sotong dan sematkan pencungkil gigi supaya kepala sotong tu tak tercabut dan beras pulut tu tak terkeluar masa merebus nanti.
Hasilnya macam picca kat bawah ni.
Susun terus dalam periuk.


Dah siap sumbat segala sotong tu.
Masukkan santan sampai menutup segala sotong tu.
Rebus dengan api yang kecil.
Agak-agak sotong-sotong tu dah tegang dan boncit-boncit, masukkan gula merah, dan sikit garam.
Aku masukkan sikit gula pasir.
Rebus lagi sampai kuah pekat.
Dalam setengah jam....dah siap!



Ayam Bakar Bersos Nando's


Mula-mula kene beli sos Nando's.
Boleh beli kat Nando's atau mana-mana pasaraya yang ada jual.
Aku beli kat Tesco.
Sebotol RM11.
Kopak haku!!!



Perap ayam dengan Hot Peri-peri Sos
Then taburkan serbuk lada hitam.


Lepas perap dalam 2 jam, rebus kejap ayam dengan santan.
Sampai kuah tu pekat.


Dah pekat, susun atas tray.
Siap untuk di bakar.


Lepas setengah jam, ini hasilnya.
Cedap sangat!
Makan dengan Extra Hot Peri-peri.
Arghhhhh nikmat!


Resepi asal ayam ni aku cilok kat AKU BUKAN CHEFF.
Next time boleh buat lagi....tapi kene tunggu poket tebal.
Senak aku nak beli sos tu...mahal!
Baik pi makan kat Nando's terus...siap ada sidelines lagik.
hiks!


p/s :: Tak sabarnyer nak raya.....tapi aku takde baju raya pun. hwaaaaa... (T_T)



Thanks for singgah dan membaca...




Monday, August 22, 2011

@}--- Iftar di Thistle Hotel, JB

Salam 22 Ramadhan...
Tinggal 8 hari jer lagi nak puasa.
Best! Best!
Tahun ni puasa paling seronok...rasa sekejap jer.
Tau tau dah nak raya...
Tapi....duit raya tak prepare lagi.
Tak pe, haku serah je pada Incek Somi...kikikiki
Anak-anak buah dia ramai, haku takde anak buah...sebab aku takde adik-beradik.
Hiks....heaven heaven!

Ari ni nak share cerita beriftar di Hotel Thistle hari Jumaat lepas.
Actually aku dah lama plan nak bawa Atok aku berbuka kat hotel.
Plan dari tahun lepas lagi.
Tapi tahun lepas teramat busy dan kesuntukkan masa.
So kitorg forward tahun ni dan Alhamdulillah laaa dgn ada rezeki lebih, Atok pun panjang umur dapat laa tunaikan hajat.


First of all, haruslah ucap jutaan terima kasih kepada Incek Somi yang bertungkus-lumus merealisasikan kehendak Puan Isteri kan. Tanpa beliau, siapalah aku....ekekekeke. Dengan ucapan..."Abang, tahun depan kita pegi lagi ek...."


Ini laa hotel nyer.
Nak snap picca penoh tak dapat laa jack!
Pakai compact camera jek....mane bley nak snap satu bangunan.
Len laa ko hangkut DSLR kan?
Alamak...windunya sama Canon ku....huhuhuhu


Kat lobby ada replika rumah kampung nih.
Paksa Mak Bonda ngan Atok amik gambor kat sini.
Comei jek umah tu...


Otw ke Ballroom.



 Pak Mertua dan Anak Menantu
Eh mak bapak aku ni kan...bab amik gambar memang selalu buat muka takde perasaan.
Tension haku taw!!!
Lepak kat sini dulu...sementara nak duduk kat meja santap.
Padahal meja santap depan mata jek...kikiki


 Apepun sorry ye aku tak dan nak snap deretan-deretan meja buffet dan gerai-gerai makanan yang hado.
Haku bz mengCOLLECT makanan jer ler.
Bukannya apa, manusia memang ramai.
Makanan pun memang banyak.
Macam-macam ada.
Memang tak terbendung nafsu nak melantak.
Reason utama tak dan nak snap adalah....MALU HAKU WEIII NAK SNAP² PICCA BUFFET TU.
Kat hotel kot aku nak buat perangai camtu...len arrr hangkut DSLR.
Takde arr malu sangat...ni compact cam. 
Siap ngan flash lagi...huhuhu malu malu (T_T)

Okeh ni meja santapan kitorg.
Penuh tak? Penuh tak?
Makan untuk 5 orang, tapi meja penuh macam seploh orang.
Last-last aku kira cawan minum tu ada 15 hokkay!

Actually buffet ramadhan ni diorg buat kat dalam ballroom.
Tapi malangnya, disebabkan kitorg booking lambat kitorg dapat meja kat luar.
Eh tapi aku suka jek...sebabnya kat situ lagi lapang.
Dalam ballroom tu lagi sempit nak mampus.
Jauh plak tu nak pi amik makanan.
Siap ada piano belakang kitorang.
Agak-agak terra pi laa petik piano tuh.
Takat lagu enjit-enjit semut pun xpe... tu kalau tak malu la kan...



Ini dessert pertama yang aku amik.
Kek coklat tu memang super sedap.
Takde tandingan.
Sangat moist, sangat creamy, memang sedap laaa...
Eh tapi mana-mana hotel pun aku rasa dessert diorg memang super sedap.
Lepas makan aku return lagi pi cungkil kek coklat nih.
Arghhhh sampai hari ni masih terasa-rasa di tekak!


 Okeh ni menu utama aku.
Udang, Sotong, Pari dan Salmon bakar.
Sape hantu Salmon?
Sila laaa ke buffet Ramadhan di Thistle Hotel ni.
Ko nak telan satu tray salmon tu pun orang tak marah.
Makan sampai muntah pun takpe.
Paling tidak pun orang kutuk dan halau keluar jek.
Time aku snap pic ni, ada Chef lalu...siap perli "amik gambar ye kak? ini laaa yg saya makan hari ni."
huhuhu...pasrah jek laa kan.


Ni menu ke dua.
Nasi beriani + Kuzi kambing + Puyuh goreng
Puyuh goreng tu teramatlaa sodapppp!
Mak Bonda pun bleh habis sekor.
Hebat Mak haku!
Ayam pandan tu toksah kata laaa sedapnye....dahlaa dibalut sungguh2 ngan pandan.
Sampai seksa aku nak bukaknye.


Okeh ni menu bapak haku.
Sangat kampung sampai dalam hotel pun nak tibai sambal tumis petai.
hehehe...tapi memang best pon!

Menu orang lain aku tak dan nak snap.
Takde masa nak snap.
Terliur dah tengok menu sendiri.
Incek Somi opkos laa dengan timbunan salmon dan saladnya.
Feeling mat soleh celup!



Ada jugak satay.
Ni Ayahanda aku punye kerja.
Kunun-kunun amik sepinggan utk semua.
Padahal aku dah sound awal-awal, amik makanan utk sendiri-sendiri jek.
Cuak laa orang tua tu sebab tak abis-abis.
Kikiki....
Actually Ayahanda aku ni, memang pantang pembaziran.
Event kat hotel tu tak kisah pun sebab ko dah bayar, but since kita ni orang Islam, berjimat-cermat tu kan amalan mulia.
So walaupun dah mengah tahap dewa, dia usahakan juga abiskan satay-satay dia.
Padan muke!
hahahhaaha



Since ko iftar kat hotel kan.
Dah bayar mahal-mahal kan.
So baik ko gunakan masa yang diberikan sepenuhnya.
Boleh lepak sampai kol 10 mlm....so no point laa ko nak balik awal kan?
Surau pun ada tersedia.
Comfort lagi.
Agak-agak dah kenyang tu gi laa solat dulu.
Pastu boleh sambung makan lagi.
Lepas borak-borak dan santai-santai, aku pi rembat lagi ikan-ikan ni.

Ikan merah, siakap dan salmon bakar.
Beserta sambal kicap dan air asam.
Perghhh...memang syok layan!



Ada banyak lagi menu yang kitorang makan.
Tapi tak sempat laa nak makan nak amik gambar.
Terganggu selera i tawww..
Siap ada eskrim Nestle kat situ.
Ko beratur jek laa kat tepi peti eskrim tu...adalah waiter yang tolong cedokkan.
Eskrim potong pun hado.
Beberapa menu yang aku tak dan nak makan seperti di bawah:
1) Yong Tau Fu
2) Fruits + Chocolate Melt
3) Durian Goreng
4) Otak-otak JB
5) Macaroni and Pasta
6) Vegetarian food
7) Kambing Panggang

Hopefully next year dapat iftar kat sini lagi.
Ayahanda plak sponsor.
hehehehe...

Buffet kat sini charge RM75 per head.
Gov tax 6%
Service charge 10%
Total makan kat situ...kira laa sendiri yek.


Last but not least...haruslah tepek tuan blog yang happy sebab Incek Somi sudah kasi belanja sama kitorang.
heehhehee...ni yang makin sayang nih.




p/s :: Malam ni nak sambung buat Cookies Sundal Malam arr...



Thanks for singgah dan membaca...

Friday, August 19, 2011

@}--- Jangan cari aku!!!



 Sebab aku....



 *aku cilok kat pokcik gugel nih.


 hehehe
Happy Weekend peeps!



psstt...pssttt.... hari ni iftar bersama family tercayang di Hotel Thistle JB. hoyeahhhh....



Thanks for singgah dan membaca...






Thursday, August 18, 2011

@}--- Biskut Croquant @ Cookies Sundal Malam

Tajuk cerita macam hape jek kan???
Tapi itulah hakikat sebenarnya.
hahahhaa....meh nak story!

Semalam haku telah di booking oleh Minah Osmet agar tidak berlegar² ke mana² selepas waktu berbuka kerana Minah Osmet ada misi membuat kuih raya.
Owhhh pelish laaa...dah 5 thn duduk serumah, baru puasa tahun ni Minah Osmet ajak buat kuih raya bersama.
Motif?
Aku fikir mungkin sebab kami sama² sudah genap 27 tahun. Eh ye ke? Haku baru 18 hokkayyyy...(ni teriakan dari hati...huhuhu)

Misi bermula jam 9:30 malam.
Resepi di cilok dari blog resepi4u.
Aku sharekan jugak kat sini resepinya kalau² korang malas nak click link tuh.



Biskut Croquant



Bahan-bahan:

110g mentega
25g gula kastor + 15g gula kastor
20g tepung jagung
1 biji telur kuning
160g tepung gandum
2 cawan cornflakes kisar kasar
2 cawan badam hancur
6 keping cookies chocolate chips dihancurkan



Bahan hiasan:

Kuning telur
Croquant (campuran gula, kacang hazel cincang dan badam cincang) 
Coklat yang disagat halus
Note :: kitorang tukar hiasan asal kpd coklat yang disagat halus sebab croquant tu dah dimasukkan siap² dalam doh.



Cara Penyediaan:

Masukkan mentega bersama gula kastor ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang.

Setelah kembang, masukkan tepung jagung dan kuning telur. Kacau hingga sebati.

Masukkan tepung gandum dan uli hingga membentuk doh.

Masukkan juga cornflakes, badam dan cookies chocolate chips yang telah dihancurkan tadi dan uli sekata dalam doh.


Canai adunan setebal 1cm. Cetak mengikut bentuk yang disukai. Susun atas dulang pembakar yang telah digris dengan mentega atau minyak masak. Kitorang buat ikut suka hati.

Sapukan kuning telur pada permukaan biskut dan taburi croquant. Kitorang tak sapu telur, cuma letak coklat yang dah disagat halus tadi.

Bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak. Kitorang panaskan oven pada suhu 170C tapi masa membakar hanya menten dengan suhu di bawah 100C dalam tempoh 10 min. Mungkin sebab doh yang kami cetak tu kecik, maka dalam tempoh 10 min dah kekuningan dan masak.

Setelah masak, boleh dihidangkan panas-panas atau biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara. Tunggu betul-betul sejuk baru terasa kerangupannya.

Selamat mncuba.Try and error adalah percubaan yang terbaik. hahahahaha....


Note :: Tulisan berwarna merah adalah apa perubahan yang kitorg buat dari resepi asal.


MARI KITA LIHAT HASIL SEBENAR...!

hahahahahaaha
Mula² mmg kene gelak dulu.
Satu adunan resepi kat atas tu tak banyak mana pun.
Maka adunan pertama adalah sesi membuat eksperimen samada sedap atau tidak.
Tray pertama dan kedua adalah eksperimen tahap kemasakan mengikut daya kepanasan resepi asal.
Hasilnya semua hangus.
Dan bila rasa, cookies tidak rasa sedap sebab tepung tu kosong.
Maka kami eksperimen dengan bahan² tambahan yang tulisan berwarna merah itu.
Last skali ekperimen meletakkan hiasan coklat yang disagat kasar.
Agak tidak menarik di situ kan?
Tapi rasa cookies tu sudah sodapppppp!


Bila rasa dah sodap, maka kami menukar pula rupa parasnya.
Start adunan ke-2 dgn menDOUBLEkan jumlah adunan.
Misi bermula kembali jam 11:00 p.m.... ko mampu???

Bolat-bolatkan.


Penyekan dan tabur coklat hiasan.


Dibakar dan terhasil sudey...


Selepas 2 adunan...inilah hasilnya. 
Tak seal habis lagi....sebab Minah Osmet nak tambah lagi.
huhuhu berjaya juga walau rupa tak lawa.



Maka dengan itu, kami mengisytiharkan biskut raya ini Cookies Sundal Malam...!
wakakakka....next time kene cetak lawo lawo laaa.
Ok dah tu jek citer semalam.
Tamat jam 2:00 pagi!


p/s :: Petang ni beriftar di De Lanai Lakeview Cafe, Presint 11 bersama teman-teman tercayang. Pastu balik Jaybeeeeeee.....yeayyyyy!




Thanks for singgah dan membaca...







Wednesday, August 17, 2011

@}--- TGI Friday's ft. Old Town White Coffee

 Cak cak cak
hehehe...pagi tadi baru pestime buat Wordless Wednesday,
alih-alih now up entry panjang berjela.
Ahhh tak kira tak kira...nak story mory the morning glory gak.

Semalam berhajat nak berbuka di Nando's, atas permintaan teman.
Tapi tau² je laa kat Alamanda tu, tak pernahnya kosong kalau time² bulan pose ni.
Semua tempat FULL BOOKED!
Tengahari semalam ada call Nando's nak wat booking, diorg lak kata tak amik booking. 
Semua kene walked-in.
Kalau dah walked-in kol 6.45 p.m. tu memang harapan laa nak dpt tempat.
Ntah dari mana manusia segala tu...eh korang tak reti nak berbuka kat umah ke hah??!
kikikikiki
Sian kitorang taw.

Takpe²...lepas tawaf segala tempat makan, last-last TGI je ada kosong.
Cantekkkkk...!
Asalkan aku tak kene tapaw air kotak dulu wat buka puase, pastu meleleh² ayaq liuq tengok org makan sementara tunggu que, aku rela menempatkan diri di TGI ni walaupun semalam bukan Friday.


Mari tengok ape aku melantak semalam...




 Kat TGI ni ada buat buffet juga.
Secara percuma lagi.
Tapi buffet utk salad, kuih muih, sup, french toast and kurma.
hehehe...ni diorg sediakan utk pelanggan berbuka dulu kalau order lambat sampai.
At least takde laa korang melangut, merungut dan memberontak sebab dah  lapar gila tapi makanan tak sampai-sampai.
So sila laa pi senduk ape yang ada tu untuk kudap-kudap.



 Kurma + Popiah

Kurma tu biasa je, popiah tu yang sodap.
Cicah plak ngan sos Heinz.
Mantop!



Garlic French Toast + Keropok Udang

Teman kata garlic french toast ni paling sedap.
Sedap la juga sebab garing gila.





Chicken Soup
Ada french toast haruslah ada sup kan?
Sup dia pun sodap.
Secukup rasa jek...siap ada rasa pedas.
Macam dah siap-siap buh cili dalam tu.






 Salad + Kerabu Mangga

Haku memang ketagih nak makan sayur.
Macam dah lama aku tak makan sayur...so salad ni paling membukit aku amik.
Tetiba leh terselit kerabu mangga dalam TGI ek.
Macam pelik.
Tapi siyes sodap.




 
Chicken and Shrimp Diablo Pasta
Ni main menu teman.
Banyak gila udang dia.
Ayam pun sama.
Tapi sos pasta tu kurang kick ar...



Sizzling Chicken and Cheese
Ni memang feberet menu kalau kat TGI.
Chicken breast cicah ngan sizzling cheese.
Super nyummy uols...



 Giler banyak makan.
Sampai senak pewot memasing.
Tapi hasil memang tidak mendukacitakan.
See see...
I told u...tak baek membazir.
Ni dalam usaha aku menghabiskan Watermelon Juice aku hingga ke titisan akhir!
Slurrrrrppp...



 Kisah makan tak habis di situ ye teman-teman.
Memalam ade plak kawan ajak pi supper sambil borak².
Hoyeahhhh...memang haku soooka!
Tapi kawan tak mo lepak mamak.
Dalam Putrajaya ni mane tempat nak lepas selain mamak lepas kol 10:30 p.m.?
Ce citer kat aku kat mane?
Tak hado kan?
Kesian taw.....


Maka dengan sepantas kancilnya kitorang ke Cyberjaya.
'Jom lepak Old Town...!'
Okeh tu ayat kawan, lantas berlegar-legar dalam kapla dua menu feberet nih.


Old Town White Coffee with Hazelnut



Double Kaya and Butter Toast


 hahahhaa....giler kenyang!
Sampai ke sahur tak makan dah.
Cukup sekadar segelas air dan dua biji kurma.
Btw, thanks guys.
You're rock!!!


p/s :: Tak sabar tunggu hari Jumaat ni. Special date with sumbody.....ahhhh cepatlah jam berputar.
 


Thanks for singgah dan membaca...



~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...