~♥~ STALKERS ~♥~


Friday, July 29, 2011

@}--- Jumaat nan indah...







Sangatlah indah hari ni.
Tu setelah mentari menjenguk bumi...
Pagi tadi hujan lebat...time-time nak Subuh tu laa hujan lebat.
Sejukkkk!
Syok wo kalo sambung tido...nasib laa pagi ni ada meeting.
Kalau tak...sure aku sambung tido.
Agak-agak kol 10 kang, aku masuk laa opis.
Reason :: jam loceng abes bateri.
Ok pass!

Nak di jadikan cerita di pagi yg hening ni...ada plak makhluk Allah yg buat hal.
Kalau kat KKM ni, cafe opis ni mmg dah terkenal dgn perangai owner cafe yg charge makanan tu mahal nak mampos.
Standard standard restoren gayanya.
Tapi yg selalu jd bahan umpatan dan makian orang-orang KKM ni adalah si sang suami.
Memang cekik darah!!!

Citernya camni...pagi tadi aku cam nak kene serang migrain.
Gara-gara sedar dr tidor dlm keadaan terkejut.
Dan dan tu laa sakit kepala.
Kene pulak otw nak masuk opis kene hujan sket.
Kompom2 lagi sakit kepala aku.
Tapi takpelah, fikir lepas breakfast, boleh makan panadol.

Maka aku berjemaah laa dgn kawan-kawan pi tapaw kat cafe...
Menu nasi lemak + telur goreng + paru goreng + air mineral (sebotol)
Total = RM6.40
Mahal tak???
Terencat jap aku pepagi buta kene bayar RM6.40 utk nasi lemak yg tak baper nak sedap pun!
Lagi aku sakit hati bila dialog bermula....

Aku :: RM6.40??? Nasi ni berapa? (Mulut cakap tapi tetap hulur RM10. Tokei gampang tu pun return baki RM3.60)

Owner Cafe yg GAMPANG :: Kan saya dah cakap tadi.

Aku :: Yelah...berapa?

Owner Cafe yg GAMPANG :: Nasi ni RM4.00, Air mineral RM1.20.

Aku :: Nasi RM4.00, air mineral RM1.20. Baru RM5.20. Mcm mana boleh jadi RM6.40 plak??? (time ni suara dah tinggi. org lain yg que pun dah pandang2 jek. tokei gampang tu cam kelam kabut nak jawab. padahal dia mengira tu tekan kat calculator)

Owner Cafe yg GAMPANG :: Owhh ye... saya bagi balance berapa? 

Aku :: RM3.60. 

Korang tau dia bagi lagi duit baper? 20 sen je! 20 sen jer hokkay!!!! Dah tu makanan tu rege RM6.20 laa?
Lantas bersuara kembali...

Aku :: Nasi RM4.00, air mineral RM1.20 baru RM5.20. Mane datang RM6.40???

Owner Cafe yg GAMPANG :: Ok silap... 


Without say SORRY. Pulangkan balik baki duit aku RM4.80 dengan muka macam CILAKAK!!!
and without any comment.... BABI punye JAILANI...!!!


Dengan muka berapi...marah-marah terus naik opis.
Terus tak lalu nak melantak.
Kasi settle kejer...ke hulu ke hilir bagi cool sebab hari ni mmg Jumaat yang cool.
Kol 9 lebih baru makan....sbb dah lapar giler.
Kepala pun dah makin sakit.
At last....hati sesejuk lautan alantik...

The best part, hari ni hari dessert!

COCKTAIL

Tenkiu pada Pn. Aida Sahak for ur sweet delicious cocktail.
Rugi kepada sahabat-sahabat yg tidak menghadirkan diri.
Paling best bila dapat jilat sumi kepink kepink...kikiki




APAM LADYBUGS

Apam ni Pn. Shima Zahar yg bawak.
Sedap!!!
Walau sekadar order, tapi sebab dia bawak laa kita merasa. (ayat bodek nih)
Yang kaler kuning tu sedap sebab ada rasa oren.
Yang merah ada rasa rose.
Kat bawah lady bug tu ada lapik cokelat.
Biasa apam ni filling dia coklat...ni dia buat lain sket.
Coklat sebagai pelapik lady bug tu.
Pendek kata memang sedap!
Mekaseh kak Shimot mot mot...





ONDE ONDE BERENDAM

Ada tau kaa kamu dengan ini kuih??
Ni set set ore Kelate tau laa kot.
Kat belah sini jarang-jarang nak jumpe. 
Agaknye lah...sebab mmg aku jarang jumpe kat kedai2.
Tak taula bulan puasa ni nanti...sure macam2 jenis kuih di jual.
Onde onde berendam ni pun hasil tangan Pn. Shima Zahar.
Mekasih ye kak.
Siap meletop dan merembes gula dalam onde onde tu...
Sangat cudap!!!





Tu jer pic yang ade.
Tapi ada 3 lagi menu yang aku tak dan nak snap pic sebab camera fon buat hal.
Eh silap...fon yg buat hal.
Ala-ala nak mintak ganti yang baru caranya...

Ada puding roti made by Pn. Wani
Ada beledo santan made by Pn. Zura
Dan ada ayam ros made by Pn. Aida.

Yang lelain ni aku melantak gak...tapi tak berkesempatan nak promote hasil tangan diorg kat blog aku nih.
Ape pun thanks a lot guys!
Aku kenyang sampai petang...
Semua berasaskan santan, susu and gula....memang sangat bertenaga aku ari ni!!!


p/s :: Marhabban ya Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan.



Thanks for singgah dan membaca...

Thursday, July 28, 2011

@}--- Kepada Opismate


 Terasa nak melakukan seperti perkara di atas.
Ada faedah tak?
Ishhhh tak bleh tak bleh....rugi!!!


Dapat layan ni lagi best kan? kan?
Tiba-tiba rasa nak tujukan permintaan kat seseorang....
Tu pun kalau-kalau dia terbaca...




Ke hadapan opismate yang memahami,
(hopefully dia sedar aku mention dia sebenarnya)

Kita macam dah lama tak menjenguk SB kan? 
Pekena Frap memang berbaloi-baloi di tengahari.
Mahukah kamu menuju ke destinasi bersama-sama dengan diriku?

Ketepikan segala tomahan, apa yang penting adalah kebahagiaan kita bersama.
Langkah seiring dan sejalan adalah ciri-ciri menuju kebahagiaan.
Walau badai datang menghempas, walau taufan melintas di depan... 
Segalanya sanggup ku redah bersamamu.
Sesungguhnya, hanya dirimu yang amat memahami.

Andai ada cebisan kasih dan sayang ke atas seorang opismate...jomlah kita pergi bersama-sama.
Layangkanlah kata-kata setuju mu buat halwa syahdu di telinga ku.

Sekian.
Terima kasih opismate.



Yang mengharap,










Thanks for singgah dan membaca...


@}--- Disaat Aku Mencintaimu

Sekarang sedang kemaruk dengan lagu ni.
Layan ferahsaan.
Layan jiwang.
Layan sengsara.
Di mana-mana dengan lagu ni.
Ofis.
Rumah.
Ringtone BlackBerry.
Ringtone Message Nokia.
Dalam kereta.
Pendek kata, dimana-mana jua.
Kemaruk!!!



Layan lagu ni ingat aku taw...taw...taw...!

Chiawwww...



Thanks for singgah dan membaca...




Wednesday, July 27, 2011

@}--- Hutan Lipur Lentang, Highway Karak, Bentong

Hari Isnin lepas aku ponteng kejer.
Ni sumer gara-gara Incek Somi ada.
Walau dia kata ok je kalau aku nak gi keje, aku la plak yang jadi malas tahap gaban.
Asik nak melekat....
Mane bley tahan tengok Incek Somi sedap je terbongkang atas katil, haruslaa join sama kan?
Baru sehati sejiwa.

Tapi hakikatnya, nak sambung tidur dalam keamanan memang tak dapat ler.
Sebab satu nya, aku dah tak tau nak kelentong apa ngan boss.
Lagi-lagi minggu lepas, boss dah pernah kuarkan ayat yang ala-ala perli kat haku.
Siap tanya lagi, weekend ni balik JB tak? (ni ayat minggu lepas)
Aku sengih-sengih jawab tak...

Al-maklumlaaa, aku ni kan kalau dah balik JB weekend...kompom kompom Isnin tu aku MC.
Gigih pi cari MC..... tapi tak men arr MC swasta.
Sumer MC kerajaan...berlakon kene baik!!!
Hahahaa...ni sumer ciri-ciri nak selamat kan cuti tahun yang memang tak pernah cukup.
Hah...skang ni, menggelupur tak tau nak bagi reason apa.
Padan muka haku!

Alang-alang dah ponteng keje tu kan, macam membazir la plak kalo takat bergumpal atas katil kan?
Tanya Incek Somi, bleh plak dia nak ajak pi mandi laut.
Adoiyaiii...dah laa musim musim panas ni, nak gi jemur tepi laut plak.
Makin hitam aku hokkay.
Fikir punya fikir, aku ajak beliau pi mandi kat kawasan air terjun Lentang.
Jawapan positif!

So...terus pi dapur goreng nuget, kentang ngan bihun.
Bawak bekal...tak yah singgah-singgah kedai perabih duit beli jajan.
Kang tapaw air mineral jek....jimat + sihat...kikiki

Kuar umah kol 10:00 am. Bleh plak sosat....Incek Somi terlepas simpang nak ke Genting.
Tak pasal-pasal ronda jalan Gombak.
Keliling laa kejap ikut jalan lama.
Dalam kol 12 lebih kitorang sampai ke destinasi.
Manyak syiok wo.... sejuk!

Pintu masuk ke Hutan Lipur Lentang

*credit to owner pic... (aku tak sempat nak snap pintu masuk ni)


Ada jambatan gantung. Seberang sana ada lagi wakaf untuk rehat.
Kawasan sini luas. Tempat nak berBBQ pun di sediakan.


Ni plak scenery sekeliling port kitorang. Tenang jek kan?
Air memang sojuk giler. Dah tengahari pun masih sejuk.
Disebabkan aku pegi hari Isnin, makanya tak ramai manusia kat sini.
Syiok wo...privacy.
Yang ada pun secouple dua jek and a few family yang bawak anak-anak pusing.



 Nampak tenangkan?
Jangan risau.....kompom takde buaya kat sini...
Buaya darat pun tak hado!
Bersih!
 



Laluan turun nak ke gigi air pun diorang buat cantik.
Kira tak risau laa nak jatuh.
Apa-apa pun kat tebing-tebing tu tetap kene hati-hati.


Sebelum mandi dan bersojuk-sojuk, haruslah isi pewot dulu.
Incek Somi memang kelaparan, sebab dia tak breakfast sebelum kuar umah.
Haku? Kompom arr kenyang, curi-curi makan nuget masa goreng tadi.
See see...dah separuh bihun tu...


Kasi closed-up sket.
Masa ngah penuh2, santek2...tak dan nak snap.
Dah kene ngap baru ternampak camera.
Telor dadar sama lebar ngan bekas...kikiki
Tak kesah...yang penting Incek Somi puji sodap!
Ahhh...bahagia setahun. ngeee :D


Dah kenyang baru leh berendam.
Kasi kecot segalanya....hihihi






Oleh kerana tahap kesejukkan adalah di luar tahap ketahanan kami, maka kami cuma bertahan selama sejam jer dalam air tuh. 
Terus packing, salin baju dan balik.
Huhuhu sojuk....!!!
Toilet takde laa bersih mana.
Pun guna air gunung tu jugak kot...sebab keruh.
Then korang cuma kene sedekah 20 sen je kat situ.
Tapi ada dua bilik air.
Yang sebelah depan tu cantik sket, so kene bayar 30 sen.

Kesimpulannya, kat sini memang best.
Next time, kene plan ngan kawan plak.
Bleh wat BBQ skali. Tak laa bowink berdua jek...
Men bara-bara panas, lari berendam dalam air baru laa de pekdahnya.

Okeh tu jek citer weekend lepas.
Weekend ni ada program BBQ bersama BFF Incek Somi.
Kami kene jadi tuan rumah....ape mao prepare ek???
Harus amik cuti lagi....adesss! 
Blom raya coti sudah mao abes...blom hujung tahun maaa!





Thanks for singgah dan membaca...



Tuesday, July 26, 2011

@}--- Wedding Kawan....

Last weekend import Incek Somi datang Putrajaya semata-mata mau pi wedding officemate kat Jengka 25.
Boleh tahan jauhnyer.... seb baik ade Incek Somi.
So, bila tayar bergolek, mata haku pun pejam.
Sedor-sedor....dah kuar tol Temerloh.
Amacam? Bagus tak jadi bini?
Mestilah bagus kan???

Sebelum pejam mata harus snap pic dulu.... Asal aku yg snap, mesti kapla Incek Somi ilang suku. Grrrrrr....tangan taraaaa bedung kaaa amoi???


Perjalanan amik masa 3 jam + sesat.
Kejap ke kiri, kejap ke kanan.
Mujurlaaa sesat-sesat tapi jumpa jalan....
Sampai-sampai peranten dah selamat makan berdamai.
huhuhuhu...tak dan nak join.

Jom layan pic peranten....

haa ni dia merpati dua berjoli...

manje-manje gitew...


tang ni memang tak leh blah...hahaha


Pic haku laki bini tak hado sebab tak dan nak posing poyo ngan diorg.
Tetibe jek jadi cameraman terjun, so si bini bg instruction, si somi tukar petik.
Saje gedik-gedik amik pic diorang.
Seb baek time tu dah nak hujan...kalau tak haku suruh diorg ni guling-guling kat kebun sawit.
Wat pic outdoor kat kebun sawit....baru ade trademark Jengka. kan? kan?

Oleh kerana terasa tak puas hati sebab pic sendiri tak hado...
maka aku berkesudian nak up pic x-housemate aku masa wedding dia dulu.
Sebelum ni malas nak up...sebab mood nak update blog tak hado.
Bila datang rajin.....korek laa juga pic lama-lama.
Osmet aku ni kawen ngam-ngam beza sebulan ngan wedding haku....
Ni dah 2 bulan baru nak up....
Alaaa....2 bulan jek, tak lama mana pun.
Masih baru.....inai di jari pun tak abes lagik....

 Sila jangan tanye kenape muka haku pucat time nih...
Wedding ni kat Felda Adila, Kota Tinggi, Johor.
Jauh giler dari umah aku kat Kulai.
Kira-kira memang sempat cair segala mekap haku.
Dah laa aku ni jenis cepat berpeluh.
Macam sama ngan kaler dinding dah muka haku....huhuhu


 Kali ni baru nampak berseri sebab aku je yg pakai baju berkaler menyerlah.
ngeh...ngeh...ngeh...


Okeh...abes citer pasal tu.
Nanti sambung citer lain plak.
Nak pi Anjung sat....




Thanks for singgah dan membaca...

Sunday, July 24, 2011

@}--- Yang besar dan panjang jugak yang sedap...

Betul tak? Betul tak?

Sebab dia besar...terasa puas.

Sebab dia panjang...rasa bertahan lama.

Kan kan?

Haaa pe lagi.....gi beli fries yg besar dan panjang...

Nikmat!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 22, 2011

@}--- Mengerang di malam hari

Hilang kesah segala angan-angan nak berlauk masak lemak cili padi, malam ni laki bini kejer mengerang!

Ekekekeke....

Bukan mengerang shedap tapi mengerang lazattt...

Wahhh wah wah.....

Mari mari kita serang itu kerang satu kuali...

Cicah sambal kicap bleh, cicah sos bleh, makan begitu saja pun bleh.....

Zasssss.......permisi ya buk!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@}--- Menu sempena episod akhir ANNISSA


Udang Masak Lemak Cili Api

Menu khas sempena episod akhir drama bersiri ANNISSA.
Masak pedas-pedas mau feeling feeling air mata berjuraian lebih.
Tapi hakikatnya, tak pedas mana pun.
Sebab....stok cili padi tak banyak.
Takat pedas pedas di bibir tomei.
Apa-apa pun terima kasih pada officemate yang bagi resepi original nogori.
Memang sedap!
Makan ngan nasi panas panas, di tambah lagi dengan telor dadar....
Sedar tak sedar dah dua pinggan haku sebat.
Seb baik ingat ada housemate tak makan lagi... kalau tak selamat semua masuk perut sendirik.

Hari ni berangan nak buat ketam masak lemak cili padi.
Berangan jugak ayam masak lemak cili padi.
Tambah angan-angan daging goreng kunyit + kicap + black pepper.
Sipi-sipi berangan pepahat masak cili telur.
Berangan jauh nak masak terubuk bakar.
Perghhhhhh.....sedapnyer.
Merembes....!!!

Jom gi Bagan Lalang..... (^__^)



Thanks for singgah dan membaca...



Sunday, July 10, 2011

@}--- Happy Birthday

Terima kasih ya Allah kerana aku masih diberi kesempatan untuk hidup.

Terima kasih ya Allah kerana aku masih dipanjangkan umur.

Terima kasih ya Allah kerana aku diberi kesempatan hidup sempurna.

Sesungguhnya kepada-Mu jua aku bersujud.

Terima kasih jua buat suami tersayang kerana sudi berbahagi kasih dan cinta.

Terima kasih pada emak dan ayah kerana membesarkan aku.

Terima kasih pada teman-teman kerana mengingati aku.

Terima kasih pada mereka yang sentiasa ada di sisi tak kira waktu susah dan senang.

Sesungguhnya aku sangat bertuah mempunyai kalian dalam hidup aku.

Moga Allah makbulkan segala doa dan merahmati segala perkara.

...Selamat hari lahir buat diriku...






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, July 7, 2011

@}--- Lawak M.J.

Korang tau x.. Kaum pompuan sebenarnya ibarat Radio.. kalo x caya.. cuba hayati cita n dialog nehh....

Semasa hendak tido.. Sang isteri berkata kpd suaminya...

Isteri: Abang nk tau x...?
Suami: Apa dia..?
Isteri: Perempuan lebih kurang mcm radio tauu..
Suami: Radio..? Mcm mana tuhh..?
Isteri: Mulut neh jd speaker..
Suami: Lagi..
Isteri: Buah dada kiri neh sebagai tuner.. dan buah dada kanan neh sebagai volume..
Suami: Oh yeke..? Kalo mcm tu boleh la abg on kan radio neh kan?
Isteri: Boleh saja.. kan radio neh abg yg punya..
Suami: (Terus menyentuh buah dada kanan isteri nya) xde bunyi punnn...
Isteri: Nk bunyi cmne banggg....Abg blum cucuk plug nya lagii...
Suami: Laaaaa....


Psssttt...Selamat Malam Jumaat, bukan sekadar cecair, ianya kejuruteraan bendalir.
(cita ini x melibatkan kepada yg masih hidup atau sudah mati)

Hahahaha....


Note :: Petikan adalah dari koleksi lawak teman-teman BBM.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, July 2, 2011

@}--- Guava Peel Fresh

Dalam suram aku menikmatinya.

Walau jam menunjukkan 3 petang.

Suramkah waktu itu? Atau....?

[Letak jawapan sendiri]

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 1, 2011

@}--- Itu Susah Orang a.k.a ISO

Next week ada audit SIRIM demi memenuhi standard ISO.

Oleh yang demikian, minggu ni adalah minggu bekerja bagai esok nak mati.

Namun, demi mencapai sasaran KPI, jom kita baca Mingguan Wanita Edisi 1 - 7 Julai 2011 sambil menikmati Cadbury HazelNuts.

Topik menarik adalah CARA TANGANI KERENAH MENTUA.

Best kan? Ada pengalaman? Hehehe


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...