~♥~ STALKERS ~♥~

Tuesday, May 24, 2011

@}--- Alhamdulillah...

Nak citer ke tak nak citer?
Tak citer rasa nak citer.
Nak citer takut lebih citer jek kang.
Ok ✗ pe...✗ yah citer ape citernye.
Just to share my feeling.

Hari ni hari gaji kan? (Untuk org gomen laaa)
Opkos semua orang gembira, termasuk aku.
Tapi, balik keje tadi dapat satu berita baik.
So double happiness for today.

Alhamdulillah, masih ada rezeki aku.
And hopefully rezeki itu masih berpihak pada aku untuk waktu yang seterusnya.
Rezeki ape laa tu ek???!!!
Sssyyyhhh....✗ leh citer lg.
Cuma mengharap doa dari teman2 semoga aku berjaya menempuh halangan.
Doakan tau.... ;)

Agaknya perkara ni laaa yang aku nak tengok sampaikan mata kiri aku berkedip2 dua minggu lebih.
Jauh sungguh datangnya perkhabaran yang nak aku terima.
Apa pun syukur ke hadrat Illahi...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 20, 2011

@}--- Latihan HRMIS

Salam Jumaat semua...
Semoga semua dlm lindungan dan rahmat Ilahi hendaknya....InsyaAllah.

Hari ni kena masuk taklimat dan sesi amali submodul LNPT Aplikasi HRMIS.

Kira macam belajar cara2 nak isi SKT dan LNPT secara online.

Seriously aku amat bosan di kala ini.

Hwaaaaaaaa......sebab body dlm lab, jiwa dlm perjalanan balik JB.

Adehhhh seksa tol laa hidup berjauhan laki bini.

Hagak2 ari ni boleh balik JB ✗ ari ni ekk??? Huhuhuhu....

Abanggggg.......nak balik jumpe abggg!!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 13, 2011

@}--- Menjenguk Incek Somi

Tatkala ini aku sedang menikmati sausage bun dari Baker's Cottage di sudut ruang makan sebelum meneruskan langkah ke balai perlepasan di suatu sudut lain.

Kepulangan kali ini adalah untuk menjenguk Incek Somi.

Eh....dah ade suami ek?!! Cam kelakor jek....

Well....pray for my safe journey yek.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, May 11, 2011

@}--- Agenda 3 :: Bilik Pengantin

Quick update.
Ada yang requested nak tengok bilik pengantin.
Bilik pengantin sayer simple ajer...sebab majlis berlangsung di dewan.
Maka bilik ni takde laa berhiasan sangat.
Lagi pun bilik yang sempit ni kalau disaratkan dengan hiasan, nampak makin kecik.
So, atas jasa baik pakcik, makcik dan cousin...maka terhasil lah bilik yg simple nih.
But for me, its so nice....


(1) Asalnya, bilik saya macam ni jer. hehehe....nampak sangat malas kemas bilik kan? Jangan salah paham, haku kan duk Putrajaya, so bilik kat umah Kulai ni tak berpenghuni pun. Adik-beradik pun takde nak rebut² bilik. So, kalau macam ni aku tinggal, macam ni jugaklaa bila aku balik lagi nanti. Ada takde, Mak Bonda tulun tukar cadar jek....



(2) Tema dalam bilik ni kunun² purple putih. Tapi macam dah lari konsep sebab ada selit warna pink. Sama gak ngan hantaran. Takde dah tema purple putih haku. Pic ni aku snap time tengahari. So efect cahaya belakang tu terlebih...nampak tidak berapa nak lawa. Time malam memang romentik wa cakap lu....nnti aku cari picnye yer...kot kot ade terselit lagi....hihihi


 (3) Haaa...hantaran tu dah 90% complete. Sebab bakul sayur dan manisan tu dah ada. Tinggal kek dgn pulut kuning jer blom amik lagi.... Dasat tak haku? Orang sibuk antor bakul buah, aku hantor bakul lada. Dalam bakul tu penuh ngan lada benggala, terung purple ngan kobis purple jek... Ayahanda punya idea, supaya warga tua pun ada bahagian. Takde laaa budak² jer yang belasah buah² tu.... hihihi

Okeh...tu jek pic bilik. Tak perlu hias beria², yang penting belayar bahtera tu yang syiokkkkk!!!!
kikiki.....

daaaa~


Thanks for singgah dan membaca...


Tuesday, May 10, 2011

@}--- Agenda 2 :: Hantaran dari Pihak Perempuan

Lepas kisah telur, kita kisahkan hantaran.
Ni sebahagian dari hantaran pihak aku.
Actually tak lengkap lagi ni.
Sebab ada lagi hantaran-hantaran yg berbentuk makanan tak siap lagi.

Masa nikah cuma bawak dulang-dulang hantaran yang wajib, macam sirih junjung, al-quran dan cincin.
Dulang-dulang yang lain, kitorang tukar masa malam berinai selepas nikah.
So preparation untuk makanan² tu kena buat last minute nanti.

Gambar-gambar yg ada ni adalah hasil dari kamera sendiri.
Makanya, ke'PRO'an tidak berapa teserlah.
Cukup sekadar buat kenang-kenangan kan.
Dari takde langsung....sipi-sipi pun bolehlaaa.
hehehehe....

Jom layanzzzz....

Ni bakul yang berisi coklat, gula-gula dan duit. Dah dibungkus dlm kain organza kecik² dlm 3 warna. Bakul ni tak termasuk dlm hantaran. Prepare benda ni untuk baling pada budak-budak masa malam berinai nanti...


(1) Sirih Junjung

(2) Jam & Tali Pinggang


(3) Kain Baju Melayu & Samping

(4) Parfume

(5) Al-Quran & Tasbih

(6) Kasut

(7) Kemeja & Sapu Tangan

(8) Cincin

(9) Coklat

(10) Kek

(11) Bakul Sayuran

(12) Pulut Kuning

(13) Manisan

* Yang 4 perkara ni takde pic. Sebab prepare last minit. Nanti kalau ada pic, aku hapdet yer.

Semua hantaran tu adalah hasil tangan Ayahanda.
Aku???
Memang tak sentuh langsung.
Aku tolong pi beli bunga boleh.
Nak tolong gubah², gam² tu sorry yek....memang tak leh buat.
Euwwww...tak berseni langsung...
hihihih...bertuahkan jadi anak!





Thanks for singgah dan membaca...

Monday, May 9, 2011

@}--- Agenda 1 :: Telur Pindang

Assalamualaikum w.b.t....
Everything back to normal now. Hari ni pun dah start kejer.
So, no more coti-coti bulan dan madu campur racun.
Kerja! Kerja!! Kerja!!!

But today nak start share perjalanan majlis tawen haku.
Sempurna tak sempurna, aku anggap jer sempurna sebab aku pun dah selamat jadi bini orang.
Kalau tak sempurna maknanya tak selamat menikah.
kan? kannnn?

First story adalah pasal masak telur pindang.
Korang pun tau kan, masak telur pindang ni lama giler.
Tu yang kena masak awal².
Nak guna hari Jumaat (30/04/2011), maka start masak pada hari Selasa (26/04/2011).

Ni ada gambar² yang aku sempat snap...

(1) Mula-mula kena gotong-royong cuci telur. Ni semua kaum-kaum ibu yang tak bekerja di siang hari...


(2) Actually, diorang dah start susun telur baru aku teringat nak snap pic. So, ni lapisan yang ke-3.


(3) Sebelum susun telur, kena letak ramuan-ramuan yg sepatutnya dulu. Mula-mula kena letak segala daun².


(4) Antara daun-daun yg terlibat adalah daun serai, daun lengkuas, daun jambu batu, daun manggis, daun senduduk, kulit bawang dan ape tah lagi. dah tak hengat...






 (5) Pastu taburkan ketumbar dan jintan.


(6) Taburkan garam kasar pulak.



(7) Kemudian susun telur serapat yang mungkin.


(8) Last but not least, tuangkan kicap. Kicap biasa boleh, kicap pekat pun boleh.


(9) Ulang ramuan tadi sehingga telur habis.... (^_^)

Dah siap sumer tu...rebuslah tiga hari tiga malam. Baru laa berhasil telur pindangnya.

Psst....pic merebus dan hasilnya tak sempat aku nak snap sebab dah bizi wat mendalah lain. hiks!~




Thanks for singgah dan membaca...




Saturday, May 7, 2011

@}--- The Ship, KL

Hajat hati nak bermenu western kat The Ship, Batu Feringhi.
Malangnya semalam The Ship tu tersadai......CLOSED!
Maka, demi memenuhi hajat tekak....singgah jeklaa The Ship, KL.
Mai pekena Sirloin Steak jek...
Jom dinner...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 6, 2011

@}--- Ciom cikettt...

Bercanda di pasiran pantai...
Menyanyikan lagu asmara...
Indahnya dunia...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@}--- Makan Madu, Merenung Bulan...

At last sampai jugak aku kat Pulau Pinang nih.
Hehehe kesian ek....
But actually bukan tak pernah datang Penang, cuma sebelum ni lalu jek.
Tak de laa singgah2 dlm pulau ni.

Mula perjalanan Khamis malam, dlm kol 9.00 p.m. Ngam sampai kol 1.00 a.m.
Betul2 zero pasal pulau ni.
Cari2 jumpa laa 1926 Herritage Hotel.
Not bad hotel ni. Memang herritage.
Sempat gak terjun kolam renang pagi tadi.

Then tengahari lepak kat Perangin Mall.
Lepak2 sambil layan Fast & Furious 5.
Gila jauh nak tgk wayang....ahh lantak!
Janji happy..... (^_^)

And now otw to Batu Feringghi.
Hopefully sempat jumpa click2 bbm group kat Penang...

Till here...will update later!

Pisnowor....!!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...