~♥~ STALKERS ~♥~

Monday, January 31, 2011

@}--- Never lose your PEN


 
No Pen, No Notes

No Notes, No School

No School, No Diploma

No Diploma, No Work

No Work, No Money

No Money, No Food

No Food, Hungry

Hungry, Thin

Thin, Ugly

Ugly, No (boyfriend / girlfriend)

No (boyfriend / girlfriend), No Marriage

No Marriage, No Baby

No Baby, Depressed

Depressed, Sick

Sick, Dead

Dead, Goodbye


WoOoOoOoOoW

All that's because you lose your pen. 
Moral of the story, never lose your PEN


Thanks for singgah dan membaca...





Sunday, January 30, 2011

@}--- "Adakah Dia Benar-benar Mencintaiku?"

Membuat keputusan paling besar dalam hidup
 semestinya sesuatu yang sukar. 
Dalam memilih pasangan hidup juga,
kita perlu sentiasa redha dengan ketentuan-Nya
di samping mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan.
Namun begitu, dalam melalui hari-hari yang mendatang,
pasti sedikit sebanyak timbul keraguan.
 "Adakah dia benar-benar mencintaiku?"
Persoalan sebegini mungkin bermain di benak fikiran dan
sentiasa berkata-kata di dalam hati
walaupun si dia telah menjadi teman hidup anda yang sah.


1 Orang yang mencintai anda tidak perlu memberikan alasan punca dia mencintai anda. Yang dia tahu, di mata dia andalah satu-satunya.

==> Yerrrr...memang dia tak penah bagi alasan kenapa dia cintakan aku.


2 Orang yang mencintai anda mungkin jarang memberikan pujian tetapi di dalam hatinya anda adalah yang terbaik dan hanya dia sahaja yang tahu.

==> Memang susah nak dengar dia puji kecuali aku yang merengek-rengek minta di puji..!


3 Orang yang mencintai anda mungkin akan marah atau mengeluh jika anda tidak membalas pesanan atau panggilannya kerana dia peduli dan tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi pada anda.

==> Betul! Selagi tak reply or pick up call, selagi tu lah fon berdering. Syabas.


4 Orang yang mencintai anda hanya menjatuhkan air matanya di hadapan anda. Ketika anda mencuba untuk menghapuskan air matanya, anda telah menyentuh hatinya dan hatinya selalu berdegup untuk anda.

==> Hanya sekali aku lihat dia menangis. Ketika kami dilanda badai yang dasyat.


5 Orang yang mencintai anda akan mengingat setiap kata yang anda ucapkan, bahkan yang tidak disengajakan dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada waktunya.

==> huh! Umpama pulang paku buah keras...!


6 Orang yang mencintai anda tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin anda mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat selamanya.

==> Aku yang selalu paksa dia berjanji  =)


7 Orang yang mencintai anda mungkin tidak mengingati tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun anda tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap mencintai anda.

==> Eh! Dia ingat je tarikh-tarikh penting tu. Always!


8 Orang yang mencintai anda mungkin tidak mahu melafazkan 'aku mencintaimu' dengan begitu mudah kerana segala yang dia lakukan untuk anda melalui perbuatan adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya mencintai anda.

==> Hehehe...memang jarang pun ucap 'aku mencintaimu'. Selalu said "I love u' jek....hahhahaa


9 Orang yang mencintai anda selalunya berusaha membuatkan anda tersenyum dan tertawa walaupun kadangkala caranya membingungkan

==> Hmm...kadang-kadang suka buat perangai pelik-pelik!


10 Orang yang benar-benar mencintai anda akan membalut hati anda yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan anda apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa menyakiti hatinya sendiri.

==> Aku je yang selalu sakitkan hati dia. Memang tak patut kan?



Thanks for singgah dan membaca...
 

Saturday, January 29, 2011

@}--- Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Bergaduh, berselisih pendapat, bertikam lidah, cemburu hanyalah satu bentuk ujian yang tidak akan memisahkan anda dengan orang tersayang selagi kita tidak membenarkannya. Dalam hal ini, pasangan suami isteri perlu bekerjasama dan sering menyokong antara satu sama lain tidak kira sesukar mana pun badai yang melanda kerana melalui kesepakatan dan persefahaman, hubungan yang rapuh juga mampu dipulihkan.


KONFLIK 1: PENDAPATAN

Soal pendapatan suami lebih besar daripada isteri sememangnya bukan perkara luar biasa.  Apabila hal ini berlaku, masalah akan timbul. Suami akan berasa rendah diri kerana pendapatannya tidak dihargai manakala isteri berasa dirinya sebagai tulang belakang keluarga sehingga menjadi bongkak dan tidak menghormati pasangan.

PENYELESAIAN

Walaupun pendapatan isteri lebih besar daripada suami, cuba bersikap bijaksana dan tetap menghormatinya sebagai ketua keluarga. Hargai dirinya. Jika anda berterusan mempersoalkan pendapatannya, lama kelamaan dia akan menjadi bosan dan akan timbul pertengkaran.

KONFLIK 2: ANAK

Ketidakhadiran anak dalam keluarga sering menimbulkan konflik berpanjangan antara pasangan. Mungkin selepas 5 tahun perkahwinan, suami selalu menyalahkan isteri sebagai pihak yang mandul. Walhal suami sendiri tidak mahu mendapatkan rawatan untuk mengetahui siapa yang bermasalah.  Menuding jari sahaja tanpa mengetahui kebenaran dan hakikatnya tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

PENYELESAIAN

Berbincang secara baik dengan suami dan bersama-sama membuat pemeriksaan. Jika doktor mengatakan anda dan suami sihat, kenapa harus saling menuding jari? Mungkin Tuhan masih belum mahu memberikan rezeki kepada anda. Tuhan juga ingin menguji kesabaran anda dan pasangan. Jika masih juga belum dikurniakan cahaya mata sehingga 10 tahun atau lebih, berbincanglah dengan baik, minta pendapat ahli keluarga terdekat jika perlu. Mungkin anda boleh mengambil anak angkat.

KONFLIK 3: CAMPUR TANGAN KELUARGA

Kehadiran orang ketiga seperti ipar atau saudara-mara dalam keluarga kadang kala menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Hal kecil yang sepatutnya tidak menjadi masalah berubah menjadi besar. Misalnya soal pemberian wang saku kepada adik ipar atau wang kepada ibu bapa.

PENYELESAIAN

Anda harus bersikap terbuka. Sebelum anda dan suami memberikan bantuan, samada untuk keluarga anda atau pasangan, bawalah berbincang mengenai jumlah yang harus dikeluarkan dan siapa yang harus diberikan bantuan.

KONFLIK 4: SEKS

Masalah seks turut menjadi isu dalam perkahwinan.  Biasanya suami sering mengadu mengenai ketidakpuasan selepas melayan isteri.  Suami umumnya bersikap ego dan tidak mahu tahu.  Mungkin ada banyak perkara yang menyebabkan isteri bersikap seperti itu. Contohnya letih, tertekan dengna kerja di pejabat atau hamil.

PENYELESAIAN

Isteri atau suami yang mempunyai msalah hubungan seks dengan pasangan, sebaik-baiknya berterus-terang. Hanya komunikasi yang baik dapat mengelakkan pasangan tidak curiga dan seterusnya menerima keadaan diri masing-masing seadanya.

KONFLIK 5: KEYAKINAN

Pasangan yang sudah berikrar untuk sehidup semati tidak mempersoalkan mengenai keyakinan mereka untuk mengharungi bahtera kehidupan. Namun, banyak persoalan timbul selepas berumah tangga sehingga penyebab berlakunya pergaduhan.

PENYELESAIAN

Tetap berpegang pada janji itu dan cuba untuk saling menghargai. Walaupun di pertengahan anda atau pasangan sepakat untuk memilih perpisahan, sebaik-baiknya ia tiada paksaan.

KONFLIK 6: MENTUA

Kehadiran mentua dalam rumah tangga sering menjadi masalah. Hal ini berlaku kerana ada anak yang terlalu mengikut cakap ibu sehingga mengabaikan isteri.

PENYELESAIAN

Sekiranya anda tidak berkenan dengan komen atau teguran mentua, jangan tunjukkan riak wajah negatif di hadapannya. Cubalah berfikiran tenang, ajak suami bertukar fikiran untuk mengatasi masalah.

KONFLIK 7: KEPERIBADIAN YANG BERBEZA

Menyatukan dua hati, bererti menyatukan dua peribadi dan selera yang tentu saja berbeza. Misalnya suami seorang pendiam, sementara isteri peramah dan cerewet dan belum termasuk soal hobi atau bersukan serta pelbagai benda yang ketara perbezaannya.

PENYELESAIAN

Terima pasangan seadanya. Jika suami anda seorang pendiam, anda haru peramah. Cuba selami minat pasangan anda.

KONFLIK 8: KOMUNIKASI

Sekali lagi ditekankan bahawa komunikasi adalah penentu segala. Pasangan suami isteri yang sama-sama sibuk biasanya tidak cukup waktu untuk berkomunikasi. Mereka bertemu ketika hendak tidur. Kadangkala, untuk sarapan pagi atau makan malam pun masing-masing tiba lewat. Kurangnya atau tiada waktu berkomunikasi menimbulkan pelbagai tanggapan yang salah, kerana masing-masing tidak tahu masalah yang dihadapi oelh pasangan masing-masing.

PENYELESAIAN

Sesibuk mana sekalipun anda dan suami, tetapkan waktu untuk komitmen bahawa bersama keluarga adalah hal paling penting.  Cari juga waktu bersama keluarga misalnya bersarapan dan makan malam bersama. Demikian juga dengan hari berhibur. Usahakan untuk menikmatinya bersama keluarga. Walaupun anda dan suami bekerja seharian di luar rumah, namun keluarga tidak terabai sebaliknya keluarga dan karier harus seimbang.

__________ **** __________


* Sumber:Majalah Pengantin, Januari 2011.

p/s :: Semoga aku terpelihara dari segala kemungkaran.


Thanks for singgah dan membaca...
 

Sunday, January 23, 2011

@}--- Gulp !!!

Suatu kejadian di suatu hari...

Ain :: Abang Mie, jomlah datang rumah. Ain rindulah... Lagipun suami Ain pergi oversea tadi.

Helmi :: Baiklah. Malam esok abang pergi tau....nanti pandailah abang tipu isteri abang tu.

Ain :: Oh ya, sebelum datang esok abang cukur misai kasi licin dulu ye. Abang taukan Ain suka lelaki yang baby face...

Helmi ::  Alamak...yang ni susah sikit. Isteri abang suka abang simpan misai ni....Nanti dia marah pulak.

Ain :: Alaaaa...abang ni nak jumpa Ain ke tidak ni???

Helmi :: Oklah oklah...Ain punya pasal apa saja abang sanggup.

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam kerana ada mesyuarat penting. Ketika di pejabatnya, Helmi telah mencukur misainya sampai licin.

Maka, Helmi terus menjalankan aktivitinya di rumah Ain.

Jam 4 pagi, ketika Helmi pulang ke rumah, isterinya sudah tidur.  Dengan perlahan Helmi salin pakaian dan naik ke tempat tidur. Tiba-tiba isterinya tersedar, lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan dan berkata, "Kenapa kau tak balik lagi Jalil? Kejap lagi suami akak balik....!"

______________________________________________

Fikir-fikirkan dan selamat beramal !!!

Thanks for singgah dan membaca...
 

Saturday, January 22, 2011

@}--- Cinta Si Pasangan Tua

Di suatu malam yang dingin,
di dalam sebuah bilik yang sederhana besar,
di atas katil.....
sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu....abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tidur."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya. Selepas itu si suami mula mengantuk semula.

Beberapa ketika selepas itu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian.....abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi isterinya.
Sambung tidur balik si suami itu.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....abang selalu gigit-gigit leher saya...."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bergegas bangun dari katil itu.

Si isteri bertanya lagi, "Abang nak ke mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi la ni!!!"

___________________________________________

Pakcik-pakcik dan Makcik-makcik, jangan marah-marah ye bila tua nanti.
Hidup kena ceria selalu !



Thanks for singgah dan membaca...
 

Friday, January 21, 2011

@}--- Kat mana lokasi yang masih selamat???

Dua minggu lagi Chinese New Year. Hati semakin berkobar-kobar nak balik kampung. Cuti sakan, kalah orang Cina yang memang nak sambut raya. hehehe...biasalah. Masyarakat Malaysia, tak penah lepas peluang. Dah nama pun 1 Malaysia. Beri sokongan laa konon-kononnya ni.

Dalam hati bergembira, ada juga terselit kerisauan. Hujung tahun lepas, kawasan apartment aku duduk tu di gemparkan dengan kes curi tayar kereta. Keempat² tayar. Sempat juga aku tengok kereta Myvi mangsa tu. Cantik je dia tenggek atas batu-bata. Zalim sungguh!

Lepas tu kecoh pula kes pecah rumah. Pencuri masuk ikut pintu dapur. Ishhh...dasyat betul kerja diorang nih. Kalau nak ikutkan, jarak antara balkoni dapur ngan koridor pejalan kaki tu jauh ya amat. Kalo jatuh, kompom telentang kat bawah tu. Eh...boleh je diorang meniti nak pecah masuk umah ek. Dasat tul ko pencuri. Sebagai langkah berjaga-jaga, terus kitorang pasang mangga kat grill dapur.

Awal minggu hari tu pula, housemate bagi tau, ada pasangan kena tangkap khalwat kat block sebelah. Masya-Allah! Satu kes lagi. Hurmm...makin giat buat operasi rupanya. Tak cukup kes tangkap khalwat, sekali lagi kitorang dengar berita cubaan pecah rumah. Pun kat block sebelah.

Ni lagi dasyat. Tuan rumah ada dalam rumah. Berani sungguh pencuri ni. Dan nasib baik juga, tuan rumah sedar yang pencuri tu tengah godeh pintu depan umah dia. Terus call polis, pastu cakap kuat-kuat. Lintang pukang lari penyamun tu. Pintu grill dia dah berjaya buka, nasib pintu rumah tu lambat sikit nak terbuka.

Haishhhh...ni pecah rumah amik barang. Tu kalo pecah rumah yang dah berfamily. Kalo umah bujang? Anak dara lagi? Camno? Ni kalo kobarkan kek omak mao omak darah tinggi! Apo nak buek?


Kena standby baseball bat ke setiap sorang? Tak pun kayu hoki. Paling tidak pun sesuatu benda keras. Agak-agak sekali hempuk leh pengsan la pencuri tu. Standby jugak tali pengikat tangan. Senang nak ikat bila dia dah pengsan. Sementara nak panggil jiran, atau rukun tetangga atau polis.

Pastu time tidur, peluk laa spray nyamuk botol kecik tu. Kot-kot sedar ada orang masuk umah, terus spray kat muka dia. Pakai laa topeng macam mana pun, spray nyamuk tu tetap boleh hidu. Sure sesak napas kejap. Time tu baru boleh belasah. Hehehehe...yer yer jek kan!

Hmmm...apa-apa pun aku berdoa agar kami serumah sentiasa selamat. Di jauhkan dari segala penjahanam. Semoga Tuhan melindungi kami. Terhindar dari segala malapetaka. Aminnnn

pstttt.....eh Polis tu ronda kat bawah je nak buat apa kan? Ronda laa setiap floor rumah, baru gerun sket...!!!



Thanks for singgah dan membaca...


@}--- Lawak Antarabangsa

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi sedunia di Langkawi.

Menteri Jepun, Amerika Syarikat dan Malaysia sendang 'ngeteh'.

Menteri Jepun ::  Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami. Baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papar sirkit elektronik dan lain-lain.  Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri Amerika ::  Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami. Baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif.  Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia ::  Oleh kerana tuan-tuan sedang berada di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini. Biar tahu apa ada di bawah tanah kami.

Maka, dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman mencecah 70 meter, kedua² tukang naik ke atas.

Menteri Malaysia ::  Apa korang jumpa?

Tukang gali ::  Tidak ada apa-apa.

Menteri Malaysia ::  Ada kabel telefon tak di bawah sana?

Tukang gali ::  Tak ada Dato'.

Menteri Malaysia ::  (sambil menjeling kerek ke Menteri Jepun dan Amerika)  Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala sudah mengenal teknologi WIRELESS.


________________________________________

hahahahhahaa....wakakkakakaa...muakakakakakkahahahhaha


Thanks for singgah dan membaca...
 

Thursday, January 20, 2011

@}--- Selamat Hari Thaipusam

Happy Thaipusam for those yang celebrate.

Cuti satu hari.  Apa korang buat ek?  Hari ni awal-awal lagi dah kena tinggal sorang-sorang.  Housemates dah keluar dating. Hopefully destinasi mereka adalah Batu Caves. Buat part time gamaknya diorang nih.  Tolong kutip kelapa pecah. hihihii...

Tak pasal-pasal aku kebosanan sensorang. Nak buat apa pun tak tau lagi. Sempat kemas bilik jer. Semakin hari semakin cepat berhabuk. Sehari tak menyapu, mesti kat lantai dah rasa macam berdebu. Huhuhu...tensi ah!

For lunch, macam biasalah, mesti order Dominos. Skang ni sambil kunyah sambil menaip. Sungguh tak konsisten. hahahaha Haku ni dah melekat hati ngan dominos. Pizza hut pun aku boleh tolak tepi sekarang. Asal cuti, sorang-sorang, sure order Dominos. Dah langgan Dominos ah, bayar monthly. Ok gak kan?

Minggu depan last kejer bulan Januari 2011 ni. Then, apply nak apply cuti 2 hari, dapat cuti seminggu. Sambut Tahun Baru Cina kat JB. Masalah sekarang, cuti tak apply lagi. Macam haremmmm nak buka HRMIS tu. Kat ofis dah memang tak boleh buka sebab aku punye IE dah problem. Access dari rumah pun tak lepas. Adehhh letih. Jangan cuti aku tak lulus sudah!

Cuti seminggu macam-macam dah plan. Cuma ntah jadi ntahkan tidak. Hopefully semua berjalan lancar.
Firstly, nak pergi fitting baju kawen kat Mak Andam yang lagi satu. Pastu, pegi tempah baju. Pastu nak pegi buat kad. Pastu nak adjust barang-barang dalam bilik. Pastu nak sambung buat bunga.
Lasttttttttttt skali nak buat sushi untuk Incek Tunang. hehehehe



Ni projek weekend lepas. Citer dah basi dah. Aku je tak sempat nak hapdet. So, tak payahla aku nak citer lebih². Cuma berhajat nak buat semula kat JB nanti. Sian Incek Tunang, hari tu dia sempat rasa sikit jer. Hopefully ada waktu nak buat masa kat JB nanti.

Boringlah hari ni. Tak tau nak buat apa. Jemu betul. Weekend ni pun apa laa nak buat ek. Semak kepala haku!!!




Thanks for singgah dan membaca...
 

Wednesday, January 19, 2011

@}--- Malam pertama...

Sepasang pengantin baru siap menjalani upacara persandingan.
Pada malam hari, saat suami masuk ke bilik, dia melihat isterinya telah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Kesian bini aku. Penat rasanya ni."

Si suami berkata di dalam hati lalu mematikan lampu dan berbaring di samping isterinya.

Tiba-tiba isterinya berbisik penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa?"

"Sudah! Apa pulak laa bini aku ni?" Si suami bertanya dalam hati. Separuh malam dia termenung. "Oh, agaknya bini aku teringat kampung. Kesian! Sampai mengigau. Tak pelah. Biarlah dia tidur."

Malam kedua, adegan yang sama berlaku tetapi berlainan dialognya. "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" Berkatalah si isteri kepada suaminya.

"Siannya bini aku. Betul-betul rindu dengan kampung dia ni sampai mengigau 2 malam berturut-turut. Takpe. Besok aku tanya bapak. Mungkin dia ada jalan." Fikir si suami pula.

Ayah si suami terbeliak mata mendengar keluhan anaknya. "Aku hantar kau sekolah jauh-jauh, benda macam ni pun kau tak boleh faham?"  Ayahnya kemudian menjelaskan sedikit sebanyak tentang sok sek sok sek alam perkahwinan dan malam pertama.

"Oh! Macam tu ke?!"  Sengih si suami. "Baru paham. Tahulah apa nak buat malam ni!"  Getus hati suami.

Malam itu, si isteri sudah dibawah selimut. Suami menunggu-nunggu si isteri untuk bersuara. "Lah! Kenapa senyap pula ni? Merajuk ke?" Dia kemudian memulakan bicara, "Dah lapar betul rasanya perut ni, boleh tupai datang merasa?"

Sunyi. Tiada balasan dari isteri. "Uishhh! Merajuk betul ni. Takpe, kita try lagi!"

"Kain pelikat dah disinsing ke tepi, boleh pak tani turun menyemai?"  Pun masih tiada jawapan.  Si suami sudah mula risau.  Cuba sekali lagi.

"Juruterbang dah siap sedia, boleh pesawat turun mendarat?"

Sayup-sayup terdengar suara bisikan si isteri, "Maaf tuan, landasan baru sahaja banjir."


______________________________________________

hihihi... renung-renungkan dan selamat beramal !!!


Thanks for singgah dan membaca...
 

Tuesday, January 18, 2011

♥ Contest Insan Kesayanganku ♥

Salam.

Wah...update blog terus join contest. Sungguh tak sedar diri. Tapi takpe, manalah tau menang. Dapat hadiah tomei tomei, leh juga di buat² kenangan.

Well, contest ni datangnya dari blog si cute Syamiza. Dan aku telah di tag oleh si comel Alice.
Terima kasih!


 Demi menyahut cabaran dan mencuba nasib dalam contest maka, aku dengan rasa rendah diri mempersembahkan insan-insan yang sentiasa bertakhta di hati aku walau ke mana jua kaki aku melangkah.

*****

Sesungguhnya, mereka ini sangat aku sayangi. Tiada galang gantinya andai takdir, qada dan qadar memisahkan nyawa dari jasad mereka. Dan sesungguhnya, tidaklah aku berkemampuan untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap aku. Sesungguhnya aku amat bersyukur di takdirkan mempunyai emak dan ayah seperti mereka. Walau tidak mewah, walau tidak kaya, tapi kami cukup bersederhana. Kami cukup makan dan minum. Kami ada tempat berlindung. Kami lengkap berpakaian. Dan kami masih mampu menjalani tanggungjawab yang dituntut dalam agama.

Inilah mereka. Kedua ibu bapa aku yang sentiasa berada di kiri dan kanan aku. Sentiasa menjadi tulang belakang aku. Mereka jualah tempat aku mengadu susah senang kerana aku dilahirkan sebagai anak emas. Kehidupan yang terlalu istimewa.
Terima kasih emak!
Terima kasih ayah!
Kasih dan sayang kalian tidak berpenghujung.


 * Di hari pertunanganku *


Terima kasih juga buat lelaki ini. Sangat sabar melayan karenah aku. Sangat memahami sikap aku. 
Sangat berusaha dalam membahagiakan aku. Sesungguhnya aku bertuah mengenalinya. 
Pengorbanannya tak kan mampu aku tandingi. Kesabarannya jauh lebih tinggi dari aku. Kesopanannya lebih baik dari aku. Kau insan sempurna di mataku.  

Tuhan itu Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Penyayang. 
 Semoga rumahtangga yang bakal di bina mendapat keredhaan-Nya.
Dilimpah ruahkan kesenangan, kekayaan, kasih sayang dan mengekalkan perasaan cinta di antara kita hingga ke akhir hayat. Amin


~*~  Terima kasih kerana menyayangiku ~*~

 _______________________________________________________

Ok. Abes dah sesi meluahkan perasaan sayang dan cinta. Now nak tag kat kawan-kawan.

(4) Shida

Diorang ni aku kira-kira rajin laa nak join contest ni. Best of luck!




Thanks for singgah dan membaca...

Friday, January 14, 2011

@}--- Tragedi hari Jumaat

Been busy for the whole week. Hehehe....yer yer jek.

Busy layan FB kot. Or skang ni tengah kemaruk tengok resepi sushi. Sebab weekend ni ada program masak or buat sushi beramai-ramai di rumah officemate. Takde keje sungguh. Eh kejer laa tu...berfaedahkan? Persediaan nak kawen gitu....

Ni kisah pagi tadi. Ntah apa ke malangnya di hari Jumaat yang hening hari ni. Pagi² dah hujan. Cuaca nyaman² tu lagi laaa buat aku tak mo bangun dari tidur. Sedar² dah 6.30a.m. huhuhu...macam pelesit bangun. Housemate sorang lagi lak tengah mandi. Ok takpe....gosok baju dulu. Eh tak...baju amik yg tak payah gosok dah, gosok tudung jek.

Mandi.

Pastu bersiap ala kadar. Pakai foundation, pakai BB cream. Muka dah memang tak lawakan, so banyak bendalaa kene tepek.

Compaq powder pun tak sempat pakai. Ok xpe, buh je dalam beg. Kang pakai kat ofis.

Amik eyeshadow base ngan eyeshadow kit, campak gak dalam bag.... Sempat ni pakai sebelum gi tahpaw sapan.

Dah siap. Capai kunci keter, lock pintu bilik, terus gi pintu depan.




Alamakkkkkkkkkk....



Kunci umah tertinggal dlm bilik. Adesss....grill pun kunci. So? Memang tak leh kuar laa kan?

Teringat ada simpan kunci spare dalam kotak kasut. Punggah semua kotak kasut dalam stor. Takde!!!! owh shit...

Terus call housemate....bantuan pernapasan plssss....!

Dekat setengah jam gak laa minah ni baru sampai. Cisss cam jauh je pejalanan ko ek.
Tapi tak kata apa laaa...pepagi jalan jem kat Putrajaya nih.

Lepas story mory the morning glory, minah tu pun ape lagi. Amik anak lesung ketuk tombol pintu haku....

Terus jadi camni.....huhuhu



Tapi aku redha. Sebab terus dah leh buka pintu bilik aku kan?

Hebat minah ni. The ladygagah!!!!



Ni masa mula². Duk usha-usha tombol pintu. Nak ketuk dari celah mana. Korang jangan memain ek...sekali dia smack down korang...kompom bekecai. wakakakakkaaa.....ampun buk!

Ok selamat dah kisah tu.

Tiba laaa waktu petang. Pulang dari kerja....

Balik dengan tergesa-gesa. Bukan apa. Nak ter'pee' sebenarnya. Cecepat masuk bilik, tutup pintu. Gedegang!!!

Buka baju, pakai towel. Cecepat dah tak tahan. Ehhh....pintu tak leh buka!!!!!!!

Aku lupe laa plak sebelah dalam dia tak loose sangat...



Baru renggang sket. Ades....! Pulas² tak mo jalan juga. Aku dah bengang. Housemates belum balik lagi.

Dari nak terrrrr'pee', terus takde rasa. Lepak dulu atas katil. Call Incek Tunang, borak². Call Mak Bonda, ngadu².

Pling !!!

Tetiba teringat ada skru driver dalam laci. Hahahahhaa....taraaaaaaaaaaaa



Hebat hebat!!! Dah boleh survive sorang diri. Terus pegi 'pee'....yeah yeahhh!

So, nasihat kat kengkawan. Kalo boleh kunci spare buat laa banyak sket. Letak laa di mana jua yang boleh di cari waktu kecemasan. Luar bilik satu, luar rumah satu, dalam kereta satu. Tempat persembunyian, kenalaa pandai² cari. hehehehe

Akibatnya, aku kena ganti tombol kunci bilik ni. Alahai, gaji lambat lagi. Ada sapa² nak sponsor???


Thanks for singgah dan membaca...
 

Tuesday, January 11, 2011

@}--- Mee Gurin Mamak pengubat lara...

Dah lama ekk tak jengah sini. Padahal weekend ada je lepak umah. Except petang Sabtu. Sepetang di rumah office mate buat ketupat sutong. 

Actually aku yang buat kelas.  Ye laa kan, officemate ni suka makan ketupat sotong versi aku.

Manjang kalo balik kampung or kat Putrajaya ni pun suh aku buat. Rasa nak makan je suruh aku buat.

Mana boleh tahan. Tak rajin okkkay.

So inisiatif terbaik, aku turunkan ilmu kat diorang. Haaa kan senang.

Rasa nak makan, korang buatlaa sendiri. Padan muka.

Maka inilah hasilnya... So sape-sape yang nak resipi boleh amik kat blog officemate aku.
Namun aku nak tulis kat sini...tak rajin!

Resepi Ketupat Sutong - Shima



Weekend hari tu adalah hari-hari aku moody. Memanjang nak melalak. Tak pasal-pasal je.
Tapi bukan PMS ok. Or else, buang tebiat.

Eh korang tau aku ngah buat apa ni? Ngah melantak ni haaa...



Niat dalam hati nak update blog sambil-sambil melantak mee gurin mamak ni.
Tapi tak boleh laa pulak....
Baru click sekali, suap mee 3 kali. Camno?
Sudahnya kasi licin dulu sebekas. Baru boleh merapu dengan amannya.
hahahhaaaa...sengalll!

Start tahun baru ni , aku dah buat perangai dah. Minggu lepas je dah 3 hari lewat.
Semalam pun nyaris-nyaris lambat. Nasib baik sempat.
Dengan tak sempat nak make up. Muka dah macam apa dah. Pucat lesi.
Orang kata macam muka orang sakit. Miakakaka....

Hari ni azam baik sikit. Belum pukul 6 aku dah bangun mandi.
Sempat touch up. Semalam, sebelum tidur dengan rela hati gosok baju siap-siap.
Dah nama pun hajat nak bangun pagi kan. Haruslah ada preparation.

Keluar umah pun awal. Member serumah yang berbisnes nasi lemak pun tak kuar umah lagi.
Aku dah siap-siap kuar umah. Gila awal kan?

Oleh kerana ada masa, so panaskan enjin kereta tu lama laa sikit.
Sempatlaa temperature tu naik tinggi.
Biasanya, tak menyempat-nyempat aku jalan je. Takut punch kad merah! (Kesian opis aku kan? Pakai punch kad lagi)

Over confident punya pasal, dari parking basement tu boleh pulak aku naik ikut lorong kereta nak turun. (read : salah lorong)
Huh! Nasib baik separuh jalan aku terperasan.
Ada sebijik dua kereta yang lalu pandang-pandang.
Nak-nak plak time aku reverse.
Adesss...buat hal pulak. Cuak pepagi buta tak pasal-pasal.

Reverse punya reverse. Sensor dan bunyi. Eh sebab gelabah, reverse jugak.
Tekan juga pedal minyak tu. Tengok side mirror, jauh lagi.
Tetiba....gedegangggggggg!!!!

Owh shitttt. Aku hentam tiang batu la pulakkkk !!!
Pandang kiri kanan, seb baik takde orang tengok.
Jalan kedepan sikit. Fuhhh...takde yang jatuh.
Apa maknanya? Maknanya tak teruk laaa kan?

Ok sambung reverse balik. Actually kat situ selekoh. Tu yang aku failed.
Takpe, slow slow akhirnya berjaya juga ikut laluan yang betul.
Lepas tu fikir-fikir balik, kenapa aku tak naik je ikut lorong yang salah tu.
Pagi-pagi buta mana ada kereta nak turun. Semua nak naik pegi keja.
Sengal kan? Eh tak...aku kan gabra pepagi.

Cuaca pagi tadi agak lambat cerah. Sampai-sampai ofis, aku dapat parking yang sangat strategik.

Cepat-cepat kuar kereta. Tengok bumper belakang.
Fuhhhh hebat aku. Calar je babe!!!
Macam tu punya kuat hentam, boleh calar je?
Kebal juga kereta aku ni kan.

Dengan senang hati naik ofis.
Layankan meeting sampai tengahari.

Tibalah waktu lunch hour. Sepantas kilat keluar ofis.
Nak pegi bank hajatnya. Tengok-tengok kereta kena block.

Haram jadah tol diorg ni parking. Rapat gila depan belakang.
Nak adjust ke depan ke belakang pun tak lepas. 
Double park pulak si kancil cenonet. 
Aduhhh punah harapan. 

Sambil call Incek Tunang, tengok balik calar pagi tadi.
Dengan bangga sampaikan berita. ''Calar je banggg..." 

Tiba-tiba mata membuntang....! Korang tengok nih....

Eh aku lupa plak nak bulatkan merah masa edit tadi kat tempat spot tu.
Tapi area bawah lampu tu laa... nampak tak renggang sket.
Nampak kan kan kan....
Tapi aku, biasalaaa. Lek agik....


Serta-merta buka bonet pulak. Nahhhh....senyum kambing pun lagi lawa tau!
Haaamek ko!!! Semakin nampak pecahan nyaaa.....


Maaari kita closed-up sket....



Hwwaaaaaaa.....jahanam keter aku weiiiii!
Aku rasalahkan, nak tunggu aku abes hutang bayar kereta ni, sempat laa luruh segala body kereta ni aku kejerkan.
Dasat eh penangan aku!
Depan, belakang, kiri, kanan, sumer habis aku hentam.
Ni kalo Ayahanda tahu ni, mampos aku kena luku.

Abangggggggggggggggg....... Nak keter baru bang! Janji tak hentam kiri kanan depan belakang dah.
Tak best dah keter ni. Compang-camping!!!

Bajet boleh dapat. Penampar boleh laaa....

Ok abes kisah kereta. Mood jua tara mari. Ape lagi nak story?

Eh...Ahad lepas aku duk kat umah. Tetiba Incek Tunang ngan baik hati nak belanja Dominos.
Tapi bukan dia turun Putrajaya ni. Dia bank in duit je. Suh aku order Dominos.
Makan kat umah diam-diam. Jangan nak mengular-ngular.

Oklah macam biasa, sure order Combo 1 + Hot & Spicy Chicken Wings.
Nakkkkk juga ayam. Dah lama aku idam nak makan KFC. Tak dapat-dapat.
Siap mimpi kejer part time kat KFC ok.
Ada sapa-sapa nak belanja aku KFC tak? Ngidam ni weiiii....

Citer Dominos balik.
Tetiba operator tu kata, diorang ada bagi free gift dessert.
Oleh kerana dalam Combo tu aku dah amik Breadstix, so free gift tu aku amik Banana Kaya.



Sedap weiiiiiii! hehehe...1st time ni aku rasa menatang nih.
Dah lama kan dominos promo menatang ni.
Tapi aku laa jual mahal. Macam tak leh telan je benda manis-manis tu kan.
Dah rasa sekali, hamek ko....! Macam nak order lagi jek.
Makan plak panas-panas. Perghhhhh...memang mantop.  Thumbs up!!!

Satu je menu yang aku tak puas hati.
Menatang ni haaaa....


Memang laa hot and spicy. Tapi kenapa tak garing ek?
Basah basah, lembik lembik.
Kembang jua tekak haku. Sedap lagi yang kat Pizza Hut tu.
Eh banyak plak komplen kan.

Menyesal gak order. Kalo tau sure tak amik dah.
Nak makan ayam punya pasal...licin juga aku bedal.
8 pcs Sorang. Sorang hokkay....Soooooorang !!!

Ok dah. Habis dah merapu. Kepala dah sakit mengadap pc nih.
Nak kena tidur ni. (Padahal perut kenyang!)


Catatan bunga telur :: Nasib baik balik JB hari tu cousin aku tolong buat. Now tinggal separuh lagi. Keep it up!!! Fight for it...hahahahha

Chiaoooooo


Thanks for singgah dan membaca...
 

Thursday, January 6, 2011

@}---- Cabaran Tahun 2011

Wahhh lama ehh aku tak hapdet blog. Sudah hilang keminatankah aku untuk merapu di sini? Atau sudah ketandusan idea kah aku untuk mengulas di sini? Semuanya hanya Dia yang tahu....

Aper citer tahun baru korang? Mesti ada citer pasal azam baru, cuti-cuti makan angin tahun baru or segala-galanya bertukar baru....

Eh...ok lagi tak kalo aku nak wish. Belasah jer laaa....Selamat Tahun Baru ye teman-teman. Semoga kehadiran 2011 menjadikan kita lebih matang, lebih rasional dalam menjalani kehidupan dan mudah-mudahan hidup kita lebih diberkati oleh-Nya serta dihindarkan diri kita dari perkara-perkara yang terlarang. Aminnnn....

Mula je tahun baru, maka bermulalah cabaran baru. Cabaran yang pertama ni, memang sangat mencabar bagi aku. Sesuatu yang tak pernah lagi aku buat. Hopefully, cabaran ini dapat aku atasi dengan jayanya dan memberikan aku hasil yang sempurna. Sama-sama kita nantikan penghasilan nilainya yer.

Cabaran kedua adalah cabaran menukar status Cik kpd Puan. Ouchhh...sudah tidak lama laaa lagi. Sikijap jek...pejam celik pejam celik...dan sampai waktunya. Usaha gigih sedang dijalankan agar cabaran kedua ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Mohon doa teman-teman agar segalanya berjalan dengan lancar.

Cabaran ketiga adalah cabaran menjalankan tanggungjawab. Tak lama lagi, kemana pun kaki ini melangkah, wajib diingat sesungguhnya diri ini kini telah berdua. Bukan seorang diri lagi yang bebas ke sana ke mari tanpa memikirkan tanggungjawab. Mudah-mudahan Dia memberikan rahmat agar cabaran ini mampu dipikul hingga ke akhir hayat dengan penuh kesabaran dan ketaatan.

Cabaran terakhir adalah cabaran mengharungi tahun 2011. Harap-harap lebih banyak perkara yang baik berlaku dari yang tak baik. Korang senang, aku pun senang.... =) Aminnnnnn....

Ok dah dah...nak sambung kijer. Ni curi-curi time hilangkan bosan mengadap surat-surat. Good luck everybody....Happy happy owayz.... \(^_^)/

Thanks for singgah dan membaca...


~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...