~♥~ STALKERS ~♥~

Tuesday, November 30, 2010

@}--- Ok ke tak ok???

Kalau korang pernah baca blog aku or pernah terview blog aku ni, sure korang perasan ape bezanya now. 


Nampak ke tidak? Nampak ke tidak? Nampak ke tidak? (ala-ala Datin WanAbe) ekekeke

Haaa yg nyatanya....bee gumok tu dah takde dah. Alaaa yg suh korang komen² tuh...(tp tak komen pun kan?)

Now aku dah tukar kepada kartun yg tomeiii tomeii...geram jek! Sweet kan? kan? kan? (Baik angguk, kalo tak aku tikam korang nnti...!)



Thanks for singgah dan membaca...

@}--- Berita Terkini

Handphone yg aku dan Incek Tunang belikan utk atok aku belah Mak Bonda dah berkecai. Boleh terima call, tapi skrin dah tak berfungsi. Body retak sana sini. Kesian.

Sekian, terima kasih.

Source from Mak Bonda.


_______________ ***** _______________



p/s :: Kejadian adalah sebelum Raya Haji hari tu. Punyalah diorg semua takut nak ckp kat aku, baru skarang aku tau. Hurmmm....seb baik dah gantikan dgn yg baru. Lagi canggih pulak tu. Tapi aku tak tau model ape.



Thanks for singgah dan membaca...

Monday, November 29, 2010

@}--- OMG !!!

Another 5 months to go. Uishhh...kira suntuk dah ni. Apa pun tak settle lagi.

Aku pun boleh bersenang lenang agik. Macam tak kesah jer. Ishhh...kena bagi kesedaran servik sivik sikit ni.

Bunga telur yg aku angan-angankan nak buat sendiri pun tak gerak-gerak lagi ni. Asik mengular je. Pantang dah gaji. Pantang ada duit. Merayap sokmo! Kalo pegi settle barang takpe juga. Ni merayap perabis duit je. Kalo Mak Bonda tau ni...mau kena hamuk sakan aku! Kompem....insaf 2 jam. hiks....

Mulai esok sekarang check list barang-barang kena sentiasa berdamping dgn aku. Senang. Time tidur pun boleh fikir. Time makan pun kena fikir. Time keje boleh letak tepi.

Hurmmm...hari tu aku dah mengamuk dgn Incek Tunang. Ada improvement. Alhamdulillah. Pssst....Lysa minta maaf ye bang. Marah-marah tu bukan nak kurang ajar....tapi nak abg bekerjasama sekali. Mudah-mudahan lebih lancar.

Bulan 12 tak berapa hari je lagi. Sure mak andam dah nak panggil fitting lagi. Huh...! Muat ke tidak baju tu nanti ek? Asik melantak tak hengat donia ni! Aduhhhh...masak haku! Kasut pun aku tak cari lagi. Hari tu dah terjumpa kat Valentino. White set. Cantik! Harga pun cantik. Kalo harga tak cantik, aku dah rembat hari tu. Disebabkan harga cantik sangat....kena laa tunggu gaji bulan 12 sok! huhuhu jgn takde saiz pulak sudah.

Now nak kena fikirkan goodies bag or sourvenier. Apa laa aku nak bagi buah tangan kat tetamu yg hadir. Kalo aku tak bagi apa² boleh tak? Dah jamu korang makan kan? So tak payah laaa nak buah² tangan. Kang jadi buah mulut orang pulak...! Haishhh...kena fikir betul-betul ni. Bajet! Bajet!

Fuhhh merapu melepaskan keserabutan di otak. Benti kejap. Sambung buat bunge telor! hahahaa.....chaiyokkkkk


Thanks for singgah dan membaca...

@}--- Seharian di hari minggu.

Weekend aku best! Tak gaduh-gaduh pun. Maknanya...sepanjang masa gelak! Sonokkkkk....

 (manja-manja gitew..!)

Memulakan hari pd jam 12 tghari menuju ke Alamanda. Target adalah Ngangkung!

My Boo Boo....
(ehh baju yg sama la. Ari tu tgk movie pun baju ni gak... huh! ciri-ciri xde baju dah nih...)


Yesss dapat! Kol 1 gitew....


Okehhhh now cari bekal. Pagi sempat sarapan nugget, fries and cocktail....so wajib cari kudap-kudap! Untuk aku of course laa Chipster and Ice Lemon Tea large. hehehee....nak melantak ke nak menonton ni?


Sinopsis :: Cerita ni mengisahkan 3 sahabat yg gila ngangkung sbb nak dptkan nombor ekor. Nak hidup mewah melalui jalan yg salah. Setiap perbuatan salah mereka disertakan pembalasan. Ada pengajaran yang diterapkan.

Komen aku :: Over all cerita ok. Lawak dan tak membosankan sangat. Ada juga part yg bosan. Tapi masih boleh cover story. Hurm...tak seram sgt. Cuma terkejut terkejut sikit jek. Sangat banyak pengajaran diselitkan. Tak puas hati dgn watak Sam. Sebab dia mcm jd org lain. Bukan diri dia sendiri. What ever pun, still layan...

Then dah petang, perut kitorg dah keroncong. Layankan Incek Tunang makan steak kat TGI Friday's!






 Menanti dgn sabar walau dlm hati dah sumpah seranah sbb dah tahap lapar gila...!


Cover lapar....makanan tak sampai agik.


Taraaaaa....this is mine. Sizzling Chicken and Cheese. So yummy!



Lamb Steak for my fiance...!


Dah kenyang...mula laa buat perangai tak senonoh!


Last dessert with Oreo and Snickers!


Abes sesi TGI Friday's, back to Alamanda. End up the day with sweet Rapunzel. Owh gosh...damn sweet this story. Sangat seronok. Sangat terhibur. Sangat mencuit hati. Tak rugi tengok cerita ni walaupun kartun dan lebih sesuai utk kanak-kanak bawah umur. Kepada mereka yg belum tengok tu, sila laa cepat-cepat tengok. Sure korang akan terhibur dgn telatah Maximus dan sesumpah (aku lupa watak dia dlm cerita ni).

Tu jek kisah weekend aku. Sabtu adalah hari tidur sedunia! Chiauuuuuwwww....


Thanks for singgah dan membaca...

Friday, November 26, 2010

@}--- Entry Khas

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga pada seseorang yg berkesudian tolong tengokan kereta aku sepanjang peninggalan aku ke Kelantan tempoh hari. Memang aku ada minta tolong, itu pun kalau beliau ada masa. Maklumlah beliau ni seorang wakil rakyat. Maka jadual beliau memang padat. Aku pun sedar diri, takat nak realisasikan permintaan aku yg tiada berkepentingan tu, pasti memberi beban yg besar kepada beliau. Banyak lagi tugas² kerakyatan yg beliau wajib wakil kan. Tapi syukur Alhamdulillah, memang beliau seorang wakil rakyat yg bertanggungjawab. Permintaan menengokan kereta di suatu tempat parking direalisasikan tanpa ragu². Sungguh aku terharu. Terima kasih YB.


Ni la kereta aku yg wakil rakyat tu tengokkan. Bukan kereta mewah pun. Kereta cabuk jer. Kalau hilang pun takde laa orang² kaya kat luar tu nak meroyan lebih².



The new story is aku breakfast dengan menatang nih....


* sumber dari google

Okeh chaw...

Thanks for singgah dan membaca...

Thursday, November 25, 2010

@}--- Azam hari Khamis...!

Aku nak pergi cuci kereta lepas waktu pejabat! Sekian.






Updated.

Akhirnya aku berjaya juga mandikan kereta aku. Setelah sebulan dia berlumuran debu dan kotoran. Dalam hujan pun hujan lah...janji dah mandi. You look so sweet darling....


Thanks for singgah dan membaca...

Wednesday, November 24, 2010

@}--- AidilAdha || Kelantan [Part 2]

Okehhh kita sambung story k...

Hari Jumaat adalah hari majlis bersanding di rumah pengantin perempuan. Sempatlaa bergambar kenang²an. 

 My ayah dgn bakal menantunya... :))


Me ngan Mak Bonda ... ;))


Tiba-tiba jadi saudagar handbag. Aku juga yg gatal nak tolong pegang...sebab aku rasa mcm serabut je tgk cousin² and auty² aku pegang handbag time nak bergambar. So aku ngan baik hati jd penyangkut....kredit to Incek Tunang sebab tolong snap gambar aku nih!


Ni acara memasak gulai kawah. Sape tak kenal gulai kawah? Tu aku upload kan rupe gulai kawah. Kira cam gulai masak dalam kawah laaa....tu jekk! Haa yg ni hari Sabtu. Majlis di rumah Mak Long aku...umah pengantin lelaki la.




Yang ni pulak aku buat khas utk menu meja pengantin. Dessert jeli oren. hahahaa...buruk benar rupanya. But this is my 1st trial. Kira ok laa kan? Jeli tu lembut sgt. Tak cukup tegang. So tak cantik masa belah oren tu. Apa² pun kredit tu Shida Karim. Aku amik resepi dia ni. Triffle ada buat gak...tp tak sempat nak snap gambar. So lupakan jelah nak story... =)



Penampilan khas....
 
 Me with my future Family In Law from Pengkalan Chepa

 * Nak kutuk aku pakai baju yg sama silakan...sebab aku mmg bawak balik 2 helai baju kurung je.


 Incek Tunang bersama Abah nya...
 

Dan penutup mestilah gambar si tomei Nur Arissa Rania...or nama timang²an yg dia letak sendrik Meimey... euwww...geli tekak aku nak sebut Meimey. Arissa tu dah cukup sedap...nak juga sebut nama dia Meimey. Gediks arrr ko...Arissa!!!


Dah abes dah siri balik Kelantan. Tak banyak cerita pun... Gambar lebih senang menceritakan sesuatu kan? Esok² kalo banyak idea...aku story la lagi. (bajet cam ramai je suka baca story aku kan?)


Thanks for singgah dan membaca...

Tuesday, November 23, 2010

@}--- AidilAdha || Kelantan [Part 1]

Salam semua...

Tuan cuti, blog pun cuti. Baru ada masa nak update. Time cuti tu pun bukan bz sgt...tp malas nak on lappy. Pastu aku plak tak pandai lagi nak update direct dr BlackBerry. Kesian tol.
Pada sesiapa yg pandai tu tolong ajar boleh? Dah berapa kali try, failed jekkk

Raya haji tahun ni aku beraya kat Johor dulu. Atok sebelah mak wat korban sekor lembu.
Tak byk story nak share sebb aku sampai dr KL pun dah lewat mlm....so pagi raya tu aku cume bertrack suit dan tshirt. Sampai kampung, salam² sedara mara....tolong potong ketupat segera, aku makan.
Dah kenyang...setting tempat tidur. Terus belayar....tau² dah petang.
Siap² tahpaw daging lembu...lunch kejap, then berdezuppp balik Kulai. Baik kan aku? (siang tu langsung tak mandi...cousin² bising, aku kata aku dah mandi kol 2 pagi. mandi laa juga kan???)

Hari Khamis, jam 4 pagi sharp kitorg bertolak ke KB. Pejalanan awal pagi mmg membataskan pemandangan. Berkabus gile. Nasib Incek Tunang yg drive...aku? Sure laa tolong tidur kat belakang.
Benti solat Subuh kat Endau....siap solat, buka warung kopi kat bonet kereta di tepian jalan. Pagi² buta mane ada org meniaga lagi. So bawa bekal kopi dan nugget dan hashbrown...(mak aku ngah gile makan kentang hashbrown ni..)

9 jam perjalanan, kitorg dah sampai Pasir Puteh. Benti ada lah 3 4 kali, isi minyak, mkn, toilet...
Sampai² kampung terus bedal makan nasi, gulai kawah dan sebagainya. Takde masa dah nak terhegeh² benda lain. Letih! (cehhh mcm laa aku drive lelame...ada laa drive 2 jam. replace Incek Tunang yg kengantukan)

Malam ni nak g tengok abg sepupu aku akad nikah. Amik berkat gitew...ekekeke



 Ni gambor aku ngan mak ngan makcik² dan atok aku kat Kelantan tuh


 Bersama Mak Bonda...


 Pengantin to be . . .


Ni cousin aku yg nak nikah...amik berkat yer bang...hiks



Yg ni aku kurang paham...samada diorg posing senget...or cameraman yg amik senget.


Incek Tunang sgt gembira bila dpt mkn di malam itew...hak hak hak



Ok penutup ngan gambor si mont3l ini.... Aime. (anak sepupu aku)



p/s :: Bersambung di lain waktu.... kepala ngah sakit nih. Tak leh nak story lebih².



Thanks for singgah dan membaca...

Tuesday, November 16, 2010

@}--- Salam AidilAdha

Just a simple quick update.

"May all our struggles and sacrifices be rewarded with Allah's blessings..."

Wishing you a joyful EIDUL ADHA

From :: Rose Emely si m0nt3L gurl



p/s :: Petang ni balik JB naik bas jek. Doakan pejalanan aku selamat yer. Lusa bertolak balik ke KB ngan family dan Incek Tunang. Doakan jua pejalanan kami...takut² tersangkut banjir. Harap² takde apa²....


Thanks for singgah dan membaca...

Monday, November 15, 2010

@}--- Benchenta si chandurry . . .

Setelah puas memujuk merayu akhirnya cair juga hati si kanda. Wahhh...ada satu kejayaan di situ. Elehhh gedik je ckp mcm tu...org lain pun becinta juga. Takde kepochi pasal pujuk memujuk. Hado aku kesah??? wakakkakaa....gelak jahat!

Ehhh mane tak aku kevanggaan sekejap. At moment, Incek Tunang tu mmg susah nak dtg KL....sbb bibik umah dia baru je abes kontrak. Belum ada pengganti. So, Incek Tunang tu kan anak mithali....sgt baek menjaga bondanya. Kalau Incek Tunang leh dtg KL disebabkan pujukan aku, apekah maknanya??? (sendiri jawab..)

Motif suruh datang KL tidak lain dan tidak bukan adalah menghabiskan duit bersama. Tak sedar diri nak kawen, bkn kata nak simpan duit. Pi perabih duit ade arrr...

Memula terus pi hadap tengok movie. Citer Skyline! Okay...aku xnak komen lebih² sebab cerita ni mcm gampang. Sape² yg belum tengok tu....SILA JANGAN TENGOK!!!

Lepas sakit hati tengok Skyline tuh, aku pegi mengubat hati di Bagan Lalang... ekekeke dah lame tu tak layan ikan bakor kat sane. Winduuuu....! Order cam biasalah, terubuk bakar, ketam sweet sour, kepah halia, pahat sambal telor dan sotong goreng tepung.


* sotong goreng tepung aku tak smpt nak snap gambor...tau² dah licin...! 

Tunggu makanan sikit punya lama, sebab org dah ramai. Kebetulan mlm tu pulak hujan. So kene tahan sabar bebanyak. Bila makanan sampai, tak sampai sejam dah licin. Baik punya melantak... hehehe

Dah konyang....pi layan pewot ngan Megamind kat GSC Alamanda. Layan kartun midnight....boleh??? hahahah...kompom aku tido. (mmg tido pun kejap...)


* aku yg ting tong....ketoing. Olo...! hahahaa

Ahad layan Unstoppable pulak. Owhhh sangat seronok layan cerita cemas ini. Anda digalakkan menontonnya... Then end up our weekend ngan movie RED. hahaha sian aku...dah nak abes musim, baru hegeh² nak tengok. Tapi mmg layan giler....rugi sape yg tak tengok.


Sila tenung baju Incek Tunang saya. Tak sedar diri kan? Almost single! Punye laa byk tulisan lain...tu juga yg dia nak. Ape hal?!!

See... gedik², nanges² pujuk Incek Tunang dtg Putrajaya. Nak dating nengok wayang je. Ape ke pekdahnya? Pada hal barang² persiapan kawen tu byk lagi yg pending. Aku bukan tak nak fikir, bila fikir je jd stuck. Better jgn fikir. Aku duk dendiam....layan feeling² romantik. Pastu tidur.... esoknya  bangun g keje. Sampai ofis...clean up meja sikit lebih kurang, hapdet blog pulak. Petang baru boleh siap....(owhhh nampak sangat aku terbenti² reka cerita sebb sambil buat kerja ofis.... SILA JANGAN PERCAYA)

Ok aku nak balik....nak sambung shopping kat Alamanda. Lusa dah nak raya babe. Nak gi order lembu kat Carrefour japs...! kikikiki


p/s :: Thanks a lot abang... you're my very best ever after...!


 Thanks for singgah dan membaca...

Saturday, November 13, 2010

@}--- Apakah sebenarnya yang tersirat . . .

Aku bangun pagi ni dengan muka terpinga-pinga. Adakah benar mimpi hanya mainan tidur atau pun sebagai alamat menyampaikan or mengigatkan sesuatu perkara. Mimpi yang pelik. Tak penah aku dapat mimpi macam tu.

Termenung panjang atas katil....sambil mata kelip² pandang kipas siling.

Kalau betul lah ada maksud yang tersirat, aku mohon dijauhkan dari aku andai perkara itu perkara yang tak baik. Kalau betul pun ada hak aku sekarang yang nak ditarik balik oleh Maha Pencipta, aku redha...cuma biarlah aku dalam keadaan bersedia menghadapinya.

Dan seandainya ianya berbentuk rezeki kepada seseorang yg didatangkan melalui aku, aku mohon kepada-Mu ya Allah, tabahkanlah hatiku...berikan aku kesabaran yg tinggi...rahmatilah keredhaan aku. Apa² pun aku berdoa segalanya hanya yg terbaik utk aku, keluarga aku dan insan² di sekeliling aku.... Aku pasrah dgn ketentuan-Mu.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Okeh....habis dah feeling². Nak mandi...Nak siap². Jap lagi nak dating....Incek Tunang dgn bersusah payah otw dari JB now! Love so much laa abang... dah lama kita tak dating... ekekek...gediks tol. minggu lepas baru jek jumpe kat JB. Ehh...dah nama pun kekasih hati kan? Mane bley tahan tak jumpe lelame....

Before chow.... layan pic tribute shayer ek... windu kamoo abg!





p/s :: ni gambor time kuwus sket.... time skang makin b0000lat... ahaks!~


TATA TITI TUTU...


Thanks for singgah dan membaca...

Friday, November 12, 2010

@}--- Jangan Choba-choba =)

Baca tajuk tu mesti cam tertanya-tanya kan? Kenape jgn cuba². ekekeke....actually no story nak share around. Just lil funny joke. Jom layannnn....

Ujang masih belajar dalam darjah 2. Ayah dan ibunya sudah bercerai 4 bulan yang lalu. Ketika Ujang pulang dari sekolah, dia melintasi bilik tidur ibunya dan mendengar desahan desahan.... Dia melihat dari balik pintu, terlihat ibunya sedang berbaring dalam keadaan tanpa pakaian, dan sedang meramas-ramas dadanya sambil merintih... "Aku nak lelaki . . . aku nak lelaki . . ."

Dua hari kemudian, ketika pulang dari sekolah, Ujang sekali lagi melintasi bilik tidur ibunya dan terdengar ibunya sedang merintih. Ujang sekali lagi mengintip, dan melihat ibunya sedang dalam keadaan telanjang bulat, ditindih oleh seorang lelaki.

Ujang terpaku sejenak. Lalu ia cepat cepat menuju ke bilik tidurnya. Dengan segera Ujang membuka seluruh bajunya, telanjang bulat.  Lalu dia berbaring di katilnya, meramas-ramas dadanya dan merintih... "Aku nak iPhone . . . aku nak iPhone . . . . ."


hehehehee.....it was a joke lucah. lucah lucah pun....ada moral tuh. Si mak tu pun satu, tengok timing la kan kalo nak berjantan pun. Pastu ajar laa anak tu didikan agama yg cukup....kesian budak tu. Macam tu difikir nyaa cara nak minta barang.... hadoiyaiiiii....


p/s :: Buat teman-teman di luar sana....jgn choba-choba berkelakuan sebegitu ye. Tak baik!




Thanks for singgah dan membaca...

Wednesday, November 10, 2010

@}--- Dan air mata pun berguguran . . .

Crying 1
 
. . . menjadi seorang yang sangat sensitif malam ini . . .

 . . . mudah benar mengalirkan air mata . . .

. . . mungkin perkara remeh pada org lain tapi tidak pada aku . . .

 . . . air mata adalah teman terbaik . . .

. . . tiada kata mampu meluah perasaan . . .

 . . . pergilah air mata . . .

. . . kembalilah senyuman . . .



Thanks for singgah dan membaca...


@}--- Ting tong toinkkkk

Bugging Out
  waduhhhhh.....daku amat kebizian ini hari.

 tiada kesempatan mau hapdet blog.

terasa amat kesengalan di seluruh tubuhku...

daku mau istirehat dgn aman dan damai

agar tubuh ku segar keesokan hari nya...

marilah bermimpi²an bersama ku

. . . lena di ulit intan . . .

 Spider 
p/s :: congratz to my dear officemate on her new born baby girl... nnti kita wat special entry utk baby gurl tu ek.... (tu pun kalo rajin, caya sgtlaa ckp haku nih...ekekeke)


Thanks for singgah dan membaca...






~♥~ LinkWithin ~♥~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...